MENYELAMI HATI BUDI WENGER...

Friday, July 31, 2009


Kita tak mahu berperang...

Sebenarnya, saya merasa amat sedih kerana terpaksa berperang dengan bloggers UMNO lain selang beberapa hari yang lepas. Hasrat saya bukan untuk mendokong mana mana pemimpin dalam UMNO, hasrat saya mendokong cita cita dan aspirasi parti.

Kita sedar dalam PRU yang lepas, UMNO kehilangan sokongan orang bukan Melayu. Maka saya berpendapat jikalau kita ingin mengusai kembali kerusi kerusi yang kita hilang, kita cubalah professional sikit sewaktu menerangkan dasar dasar parti dan kerajaan. Tetapi, jikalau ada yang mencarut dan menyemarakkan lagi api perkauman ketika berblogging - itu terpulang padanya. Aku tak nak komen. Setahu saya, misalnya di negeri Perak, jikalau UMNO hanya kompetitif di DUN majoriti Melayu, UMNO akan kecundang, kerana pembangkang boleh menang besar di 26 DUN dengan senangnya.

Ini tidak bermaksud kita sanggup berkompromi keatas isu isu yang menjadi teras kepada perlembagaan. Tetapi, kalau kita mengambil masa untuk berhujah secara rasional, saya yakin segelintir orang bukan Melayu dapat memahami hasrat kita dan kembali menyokong UMNO.

Akan tetapi, hasrat kita tidak kesampaiaan. Orang melihat UMNO berperang sesama sendiri. Pihak ketiga yang tidak langsung ada kena mengena dengan UMNO menjadi batu api dan menghasut supaya UMNO tetap lemah, tetap berperang sesama penyokongnya, sementara pihak Pembangkang mengatur strategi untuk mengusai alam maya dengan dakyah mereka.

Saya rasa, elok tuan tuan dan puan puan, renungilah komen seorang pembaca Rembau Times. Saya memohon maaf kalau terkasar kata kepada sesiapa, tetapi saya telah berikrar untuk tetap mempertahankan UMNO dari musuh tidak kira dari yang dalam ataupun yang luar.



Kehadapan Encik Wenger

Terima kasih kerana mengambil masa Tuan untuk menelaah "Apa ada dengan Anti-Khairy FB Club". Rupanya 'indah khabar dari rupa'.

Saya sangat musykil dalam usaha cuba untuk memahami mengapa Encik Piggy Singh ("Encik PgS") sanggup 'menghalalkan apa yang diharamkan oleh parti politik yang dimasukinya' semata-mata untuk menjatuhkan pengaruh seorang lelaki bernama Khairy Jamaluddin ("YB KJ"), yang berada di dalam parti politik yang sama dengannya.

Yang lebih pelik lagi benar Encik Wenger, kebanyakan penyokong kelab yang ditubuhkan oleh Encik PgS adalah mereka yang benci akan kerajaan yang didukungi parti politik Encik PgS ("DAP Sympathisers").

DAP sympathisers yang tak sudah membenci YB KJ harus berfikir sejenak - patutkah mereka membenci YB KJ yang berani menyuarakan pendapat beliau supaya RCI dilakukan dalam menyiasat kematian adik BH Teoh. Waraskah kita 'membunuh' kareer politik seseorang bila pemimpin itu mampu mengetengahkan masalah rakyat seperti kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi (saya masih tidak melihat Ahli Parlimen lain yang membangkitkan isu ini selain YB KJ)?

Ada kita dengar dari para pemimpin yang disokong Encik PgS untuk usaha yang sama? Cukup cukuplah menyokong pemimpin yang hanya seronok melancarkan kereta itu, projek ini, tetapi jarang dan tidak ikhlas dalam berkhidmat untuk masyarakat setempat.

Ribuan kawan FB yang dimilikinya adalah orang melayu yang bacul and penakut kerana acapkali kita lihat betapa sedikitnya gerombolan penyokong parti politik Encik PgS setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Apa erti kawan beribu kalau tak mampu bersusah senang, turun padang bersama? Apa hebat adab pekerti orang melayu kalau asyik bercakar sesama sendiri? Mungkin kita hanya jaguh kampung, bukan glokal apatah lagi global.

Saya terpanggil untuk berkongsi sebahagian dari Gurindam 12,nukilan Raja Ali Haji dari Riau, sekitar tahun 1847, untuk pedoman kita semua: -

"Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh"

"Apabila dengki sudah bertanah, datang darinya beberapa anak panah"

"Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, disitulah banyak orang yang tergelincir"

"Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada ia sangka"

"Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketor"

"Barang siapa khianat akan dirinya, apalagi kepada yang lain"

"Kepada dirinya ia aniaya, orang itu jangan engkau percaya"

"Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala"

"Hendak marah, dahulukan hujah"

"Cari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiakawan"

Untuk Encik PgS, fikirkanlah hala tuju penubuhan kelab penyokong itu dan ini. Apa erti hidup macam celebriti, gembira bersama, susah sendiri.

Untuk YB KJ, teruskan usaha yang baik untuk rakyat malaysia. My favourite First Lady, Madam Eleanor Roosevelt once says "People grow through experience if they meet life honestly and courageously. This is how character is built". All the best



PETIKAN DARI Wenger J Khairy

Read more...

Penyakit gila Sivakumar kembali lagi...ADUN BN buat laporan polis

Thursday, July 30, 2009




Polemik politik Perak sepatutnya telah terhenti sekiranya semua pihak tahu menghormati keputusan yang telah dibuat. Ikut amalan, setelah sesuatu Dewan Undangan Negeri dirasmikan dengan titah Diraja, sidang berkenaan sah.

Dalam kontkes negeri Perak, titah Diraja telah disampaikan dan Speaker yang mengendalikan majlis perasmian ialah Datuk Ganesan yang baru dilantik menggantikan V. Sivakumar.

Namun, Sivakumar atau lebih tepat pembangkang tetap pembangkang. Terbaru, Sivakumar hendak membawa Ganesan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana mendakwa dirinya masih Speaker dan sidang DUN yang berlangsung Mei lalu tidak sah.

Hendak mendakwa Ganesan boleh dibaca sebagai tindakan politik tetapi untuk menyatakan sidang tidak sah setelah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah menunggu hampir lima jam untuk menyampaikan titah ucapan, ia dilihat sudah melampau.

Malah tindakan Sivakumar masih menggunakan kepala surat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak dalam urusan surat menyuratnya disifatkan satu perbuatan jenayah.

Untuk itu Kelab Penyokong BN (BBC) DUN Perak yang diwakili oleh empat ADUN Barisan Nasional (BN) hari Selasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh terhadap tindakan Sivakumar tersebut.

Pengerusinya Datuk Nadzri Ismail, berkata tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.

"Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini...seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut 'undang-undang rimba'.

"Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan "penyamaran" yang juga pelakuan jenayah," katanya.

Turut bersama membuat laporan polis itu adalah ADUN Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan; Sham Mat Sahat (Alor Pongsu) dan Datuk Nasarudin Hashim (Bota).

Ini bukan kali pertama Sivakumar bertindak menggunakan kedudukannya untuk membuat tindakan melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Semasa masih menjawat jawatan Speaker, beliau telah menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang dilantik oleh Sultan Perak daripada menghadiri sidang DUN.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan penggantungan berkenaan tidak sah tetapi semasa mengendalikan sidang DUN Mei lalu, Sivakumar yang telah diberikan keputusan Mahkamah berkenaan tetap ‘buat gila’ dan tidak peduli dengan keputusan mahkamah.

Setelah itu ada laporan polis dibuat dan sehingga kini tiada pun tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap Sivakumar.

Menjelang tempoh enam bulan selepas sidang DUN terakhir 7 Mei lalu di mana DUN perlu bersidang sekali lagi, sudah tentu banyak lagi pertunjukkan politik akan dipentaskan oleh Sivakumar. Apatah lagi pembentangan Bajet Negeri akan juga dibuat di DUN, maka sudah tentu tindakan ‘memanas badan’ perlu dibuat dari sekarang.

Sumber Agendadaily

Read more...

Memperkenalkan Juara BERUK dalam WORLD

Wednesday, July 29, 2009






Mereka kata KJ tak relevan di Manek Urai. Mereka kata KJ kalau dia menang kerusi ketua pemuda, dia kena menggunakkan wang. Mereka kata KJ kalau dia menarik 1500 orang turun padang dan mendengar ceramah beliau, tu kerana para penonton tu jenis Mat Rempit. Mereka kata sebelum KJ turun ke padang BN akan kecundang. Tetapi setelah BN hampir merampas kerusi ini dari parti PAS, mereka mengubah cerita.

Tuan tuan dan puan puan sedar, dikawasan ni tak sampai dua minggu yang lepas, siapa yang datang berkempen bermati matian. Siapa yang datang mengetuk pintu, bertegur sapa, berceramah dan bersama sama tuan tuan dan puan puan menjayakan program parti.
Biar Tuan - tuan dan Puan - puan sendirilah menilai samada mereka ni adalah golongan yang suka bercakap bohong! BACA LAGI

Read more...

DAP Selangor curi duit rakyat dan kaitkan kematian Teoh

Friday, July 24, 2009




Kematian Teoh mengundang banyak cerita cerita kontroversi yang sukar di jawab dengan penilaian mata kasar. Persoalan nya , Mengapa SPRM mahu menghapus kan saksi penting bagi siasatan mereka atau apakah Teoh sememangnya mahu dihapuskan oleh orang -orang yang tertentu yang terlibat dalam rasuah. Apa cara pun pembunuhan boleh dilakukan dengan perancangan orang yang berkeinginan melakukan nya. Kapal terbang juga boleh di rampas. WTC juga boleh di rempuh . Tidak ada yang mustahil . Ezam pernah melemparkan kenyataan terbuka bahawa DAP yang membunuh TBH dalam ucapan beliau bari-baru ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa tempat dan lokasi pembunuhan TBH sengaja direka untuk mengenakan SPRM. Macam-macam andaian , namun pihak pembangkang sudah mengambil kesempatan ini untuk menuduh SPRM dan Kerajaan, Ada wajarnya gesaan Ketua Pemuda UMNO agar Suruhanjaya di Raja ditubuhkan segera bagi mengelakkan tuduhan dan spekulasi yang tidak betul terhadap SPRM dan juga kerajaan. Rakyat perlu di perjelaskan dengan segera.Syabas kepada Perdana Menteri yang mengumumkan akan penubuhan Suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes kematian ini.

Banyak blog yang membuat andaian dan ada juga blog yang membela Teoh dan ada yang cuba mengupas dan cuba membuat andaian cara mereka tersendiri dengan kematian TBH ini. Namun tidak semua yang benar-benar berminat dengan siapa pembunuh TBH tetapi mahu rakyat sendiri memikirkan siapakah pembunuh TBH dengan mendedah kan kaitan dan bidang tugas TBH ketika hayatnya bersama DAP. Ini adalah sebuah blog yang menarik untuk dilayari.

http://t4tbh.blogspot.com/

Read more...

Nizar Melayu sesat

Thursday, July 23, 2009

PERHIMPUNAN LILIN APA TUJUAN SEKALIPUN ADALAH SYIRIK


PAS menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di Rantau Panjang Rabu.

Nizar asalnya juga berdarah cina dan ritual sebegitu tidak memberi kesan kepadanya kerana dia mempunyai sokongan hampir 900 perwakilan yang mengangkatnya sebagai jaguh AJK PAS pusat. Tiada orang yang berdarah Melayu apatah lagi berjiwa Islam menjadi begitu tamak dan takbur menafikan ketentuan yang telah ditetapkan Allah seperti dia kehilangan kerusi MB dulu.

Jika Nizar seorang yang berdarah Melayu dia pasti akan menelan dan menerima ketentuan itu tetapi sayang darah cinanya sentiasa menggelegak dan mengatakan dia berhak keatas kerusi itu. Sikap tamaknya memperlihatkan cara orang Cina menetapkan pendiriannya. Lihat senario hari ini, cina mana yang hendak menjadi pengikut kepada bangsa lain jika tidak berusaha untuk mengatasi bangsa itu.

PAS seharusnya mengkaji kembali cadangan semasa retreat di Kedah baru-baru ini untuk membuka keahlian kepada bukan Islam. Lebih sedap cakap Islam daripada cakap Melayu kerana PAS ‘memperjuangkan’ Islam. Dah nampak sangat PAS sudah jauh benar sesat dalam terang.

Dalam isu Nizar ini, Nik Aziz masih lagi membisu mungkin kerana Nik Aziz khuatir ‘fatwa’nya akan diketawakan rakyat kerana sudah sedia maklum Nik Aziz juga pernah mengunjungi wat siam di Bachok yang tinggi mengalahkan masjid dan keseronokan Khalid Samad mengunjungi gereja menyokong penggunaan Allah oleh umat Kristian.

Read more...

PARPUKARI UKURLAH BAJU PADA BADAN

Monday, July 20, 2009


Benarkah Perak di selamatkan oleh bloggers Parpukari , inilah bualan yang didengar ketika bloggers -bloggers lama berbual pada satu petang di perkarangan the Mall, Ada yang bertanya , siapa Parpukari ini, dahsyat ke dia ni, bagus ke dia menulis, Ada yang ketawa terbahak-bahak , terus terang saya sememangnya tidak pernah membuka blog si Parpukari ini , tetapi banyak mendengar cerita mengenai Parpukari ini yang dikatakan pro kepada Tun dan juga Mukhriz, Parpu ini suka berkawan dengan bloggers yang sudah ada nama seperti Rocky Bru dan merasakan bahawa dia adalah bloggers yang setanding dengan bloggers ini. Saya tidak peduli sebab bagi saya , biarlah dia menulis .....

Apabila pulang ke rumah saya membuka internet dan setelah melayari berita-berita dari laman lain , saya teringat cerita -cerita bloggers siang tadi lantas saya melayari blog Parpukari ini. Setelah melihat blog Parpukari ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa budak ini sedang berusaha di luar kemampuan dan minda fikiran sebenarnya untuk menjadi bloggers yang dikenali. Tidak hebat mana, masih mentah dalam selok belok blogging, Nak kata hebat tuh...tak nampak , tetapi ada usaha.

Bagi saya , budak ini hingus masih meleleh, tak hebat mana, saya terbaca juga tulisan beliau yang mengutuk Pak Lah dan Khairy Jamaluddin ketua pemuda UMNO. Tulisan mirip rocky ada link, isi kandung hancus, beliau bertanya kepada KJ , mengapa sering bercakap ala pembangkang, Ia ker..... KJ bercakap ala pembangkang? Sebaiknya si Parpu bertanya dirinya dahulu apakah beliau menulis ala pembangkang? kesian ....... mungkin ketika menulis, hingus pun belum kering lagi.

Petikan tulisan Parpukari dari blognya , Yalah, masa tu kau yang pakai, sekarang ni kau cakap elok ISA dimansuhkan! Ayoyo Dolah anney, saya manyak fenin la sam lu punya style! Betul-betul Al Flip wal Floppy! Aku nak nasihatkan la Bang Dolah oi, elok abang layan je si Tun Jin tu, habis cerita, jangan dengar bisikan-bisikan jahat lagi! - Sungguh berbudi bahasa sungguh blogger UMNO ini yang membayangkan bagaimana keluarga beliau mendidik menghormati pemimpin kita. Kamu mungkin akan disenangi oleh penyokong Pak Lah nanti.

Nak tanya si Parpukari dan Dr Zambri

1) Apakah ini budi bahasa bloggers UMNO yang dilahirkan dalam alaf perubahan baru.

2) Apakah ini perubahan dan cara bloggers UMNO menyahut cabaran TPM untuk memulihkan UMNO dalam masa dua tahun. Pak Lah juga ada ramai penyokong dalam UMNO. Parpu jangan lupa.

3) Dr Zambri perlu melihat sikap dan cara Parpukari ini main blogging , ini blogging hingusan yang menghancurkan perpaduan UMNO.

4) Apa jasa Parpukari dibandingkan dengan Pak Lah ? sehingga sanggup mengeluar kan perkataan Al Flip wal Floppy! ,inikah bloggers UMNO ? apakah Perak ditawan oleh blog Parpukari.

Dey Thambi, lu siapa ma........ kalau setakat menulis macam tuh , anak anak orang Pas pun boleh tulis.

Apa sangat yang Pak Lah kata, cadangan sahaja. Pak Lah lakukan banyak ketka zaman pemerentahan beliau, hanya tak sempat nak mansuh kan ISA kerana dan masa dan keadaan tidak mengizinkan, beliau hanya memberikan pendapat memandang kan ketika dan saat yang hampir betul, Apa sangat yang si Parpu tahu sehingga mahu menghukum Pak Lah , Apa sangat yang dikatakan oleh KJ , Hanya pendapat .

Nasihat kepada si Parpu, sehebat-hebat penulisan Raja Petra (rasanya, tulisan Parpukari dengan Raja Petra , hanya celah gigi saja) akhirnya Raja Petra tidak lagi dipercayai oleh pembaca. Janganlah hancurkan periuk nasi kamu Parpu, Menulis ini adakala tidak boleh mengikut nafsu sahaja. Mirip blogging tuan banyak merapu. Kalau nak cuci buntut seseorang, ambil saja kain dan sapu saja, tak payah nak jadi batu api. Jangan jadikan blog anda blog yang akan memenangi blogging Raja Lawak. Eloklah rasanya Parpukari meminta maaf secara terbuka kepada Pak Lah kerana penyokong Pak Lah , ahli UMNO mungkin sukar menyokong tulisan kamu nanti.

Kiriman : Mohamad Ismail Hassan - UMNO Pulai Johor.

Read more...

Jangan Politikkan kes kematian Teoh Beng Hock

Friday, July 17, 2009


Kematian 'mengejut' Teoh Beng Hock, Setpol Exco DAP Selangor, pasti akan menjadi berita sensasi seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Pasti banyak persoalan yang timbul daripada insiden ini. Semua orang berhak bertanya mengapa dan bagaimana insiden ini boleh berlaku? Penjelasan yang diberi setakat ini, mungkin jauh daripada memuaskan semua pihak!

Kita menyokong sepenuhnya jaminan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan adil dan tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung kejadian ini. Siasatan menyeluruh terhadap kes ini harus dilaksanakan segera supaya 'misteri' yang menyelubungi kejadian ini juga dapat dirungkai segera!

Sambil kita mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang, kita juga berharap supaya kes ini tidak dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. Biarlah politik dikaitkan dengan orang hidup, janganlah kematian juga dijadikan modal meraih sokongan!

Janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh...

Read more...

NAK TAHU SIAPA ANWAR!!!!

Thursday, July 16, 2009

Read more...

Jom kita ingatkan mereka kembali tentang 916

916 jangan kita lupakan kerana inilah lambang penipuan terbesar Anwar Ibrahim secara terang-terang dan ini juga telah memalukan ramai penyokong PR yang begitu taksub kepada kepimpinan Anwar Ibrahim . Yang jelas 916 adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu Saiful yang diliwat oleh Anwar selain dari siri-siri telenovela perlindungan di kedutaan Turkey. Jika dahulu Anwar begitu gah berkempen dan memberikan target 916 menjelang 16 Sept , hari ini kita ingatkan penyokong pembangkang mengenai tempuh yang sedemikian agar mereka mengingat kembali betapa mereka ditipu oleh pemimpin unggul mereka Anwar Ibrahim.


Inilah Anwar Ibrahim yang merupakan penipu unggul dan apakah Anwar akan dimaafkan begitu saja dengan penipuan beliau yang kahirnya disahkan apabila berlalunya 16 Sept. Tian Chua dan Elizebeth Wong , Saifuddin dan Fauziah yang berlakon ke Taiwan kerana menemui pemimpin BN akhirnya tersekat beberapa hari di sana kerana taufan yang melanda negara itu dan kesemua pemimpin BN telah keluar dari Taiwan. Seronok Tian Chua berbulan madu dengan Elizebeth di Taiwan beberapa hari, Elizebeth sememangnya kita ketahui akan tabiat beliau. maklumlah anak dara tua yang hanya title anak dara.

Jika Anwar begitu Gah dahulu dan begitu bangga hingga kembang kuncup hidung nya memberi ceramah dan bercerita dengan angkuh dan sombongnya bahawa adalah bakal Perdana Menteri. Berbulan lamanya beliau berangan -angan , Hari ini kita akan mengingatkan beliau , berbulan lama juga mengenai penipuan beliau agar beliau dapat merasakan perasaan malu terhadap pembohongan yang telah beliau lakukan.Jom kita ingatkan penyokong mereka mengenai 916

Read more...

Tidak Perlu Kecewa Dengan Keputusan Manik Urai

Wednesday, July 15, 2009

Walaupun tewas, Umno sudah pastinya akan melaungkan bahawa pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.
Bro Nick Ajis lain kali jangan somboooong!!!

Tentunya apa yang bermain di fikiran ramai orang ialah punca kegagalan PAS untuk mengekal majoriti yang dimenanginya pada 2008. Adakah ia ada kaitan dengan 'ketegangan' dalam kepimpinan PAS berhubung isu cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno? Atau pengaruh Nik Aziz, yang begitu lama memimpin PAS, kini kian merosot?
Kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil. Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini.


SUDAH JELAS RAKYAT SUDAH TIDAK LAGI MENERIMA KENYATAAN PAS YANG PEMBANGGUNAN TIDAK PENTING PADA PERJALANAN HIDUP KITA. SEBAGAI TANDA YANG SUDAH JELAS YANG DISAMPAIKAN OLEH RAKYAT MELALUI PRK MANEK URAI WAJAR SEKALI NICK AJIS MELETAK JAWATAN AGAR SATU PERALIHAN KUASA ANTARA NICK AJIS DENGAN TOKOH YANG LEBIH MUDA AKAN BERJALAN DENGAN BAIK.TGNA SUDAH TAMAT TEMPOHNYA UNTUK TERUS BERADA DIDALAM ARUS POLITIK YANG MENAMPAKAN SATU TANDA BAHAWA RAKYAT MANEK URAI SUDAH MEMBERI MESEJ JELAS PADA TGNA AGAR BERSEDIA UNTUK BERUNDUR.KITA RENUNG KAN LA........LU PKIR LA SENDIRI...

Read more...

Manek Urai : Pas gangster / gadebe dah mula buat perangai macam di Rusila…

Tuesday, July 14, 2009

KUALA KRAI 14 Julai – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyebabkan kecederaan terhadap dua ahli Puteri UMNO di hadapan pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Peria di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kekecohan yang berlaku di pusat tersebut dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong Pas.

Katanya, kedua-dua anggota Puteri terbabit mengalami kecederaan di pinggang manakala salah seorang daripada mereka patah sebatang gigi akibat terkena batu yang dibaling oleh lelaki terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

Abdul Rahim menasihatkan semua perayu undi supaya banyak bersabar untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

“Kita juga meminta orang ramai supaya lebih banyak bersabar dan tidak cepat marah ketika berada di luar pusat mengundi,” katanya.

Seperti yang dijangkakan perkara ini akan berlaku akibat tindakan ganas dari penyokong PAS,mereka sudah hilang batas menyerang dengan mengunakan batu, weh ngan perempuan boleh la tunjuk teror…..

Read more...

Manik Urai : Tok Guru kaya rakyat, rakyat Kelantan Redha?


Harta Nik Aziz bernilai RMN10 Juta


STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas.

Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.


Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.

Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan.




RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA


Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.


Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.

Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana. Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.



TUAN SABARIAN SEORANG JUTAWAN.Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.


Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.

Read more...

Lim Guan Eng Jangan Larikan Diri!!!!

Thursday, July 2, 2009

Lebih 200 penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor telah berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 4 petang semalam. Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini. Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis 'Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan' sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun berjumpa dengan mereka.Yang turun bukan Ketua Menteri tetapi Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik yang memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung.

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung". Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka. Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.

Read more...

JANGAN SENTUH SAMA SAYA

Wednesday, July 1, 2009

by Wenger J Khairy


Tulah yang diucapkan oleh pegawai khas Lim Guan Eng kepada para penduduk India di Pulau Pinang. Time election, wah depa punya cerita kao kao lah. Depa kata, KETUANAN RAKYAT! Depa kata nak jumpa, no problem.

Nilah perangai orang racis. Mereka akan pandang hina sama lu orang. Tetapi pengecut macam DonPlayPuks dia kata itu Pakatan manyak baik. Hanya parti orang Melayu racis. Orang Cina takda racis.

Mana Manikavasingam? Mana Manoharan? Mana Sivakumar?

Semua takde. Semua kena tunduk kepada boss Lim Guan Eng. Gangsta sudah dibela - nak jumpa rakyat kena macam mau lawan

MAKKAL SAKTI

Aku rasa kalau Subramaniam boleh kontrol MIC, geng YB Hindraf ni bakal melompat masuk BN. Depa dah sedar, di dalam Pakatan depa ni MINORITI. Di Barisan Nasional, depa ni parti komponen.

Satu mentehri besar tak mau jumpa sama lu.

Yang lain tu, boleh bincang problem kat mesyuarat kabinet.

Lu pikirlah, mana lagi untung.



Part II - A picture says a thousand words

Aah kalao kao semua tahap mentali sesetengah bloggers lain( aku malas nak sebut nama), kao mungkin terpedaya bahwa KJ ni takde grassroots support (sokongan akar umbi). Di gambar diatas kita bolehlah melihat dua atau tiga penyokong akar umbi yang datang untuk menjayakan program BN yang turut disertai Ketua Pemuda. Kita boleh melihat betapa marahnya mereka tu. Kita juga lihat takde semangat langsung. Semuanya nampak macam takde mood.

Itulah kita dah kata banyak kali, kao semua percayalah segala tomahan dan fitnah terhadap YB Khairy ni.....

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP