Buletin Khas - Pusingan Pertama Pertandingan Ketua Pemuda Bermula. Siapa Pemenangnya?
Tuesday, April 29, 2008
Diharapkan dalam minggu pertama kempen Ketua Pemuda UMNO ini, dapat kita saksikan bayangan nakhoda yang baru. Namun, dari segi politiknya, pada minggu pertama ini, masih banyak Ketua Pemuda Bahagian yang belum berani menunjukkan kesetiaan kepada mana-mana calon. Kempen Khir Toyo yang pada awalnya disangka hanya sebagai bayangan Mukhriz sudah benar-benar bergerak. Setelah hampa dengan kebanyakan Ketua Pemuda Selangor yang diketuai oleh Dato Shukor, Zainuri Zakaria Klang dan Ramli Simbok Puchong yang tidak mahu mencalonkan Khir, dijangka Khir akan menarik diri dari bertanding. Ia merupakan satu tamparan yang jika negeri Selangor sendiri tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
Namun, pegawai kananya Faizal Abdullah KP Kapar yang dibantu oleh Johan Hulu Langat EXCO Pemuda masih tidak putus harapan dan sedang menggunakan banyak rangkaian di luar negeri Selangor. Lebar Daun dan Wijaya (sebuah hospital swasta di Selangor) menjadi pengapit dan penyumbang terbesar bagi pergerakan Khir ini. Perjumpaan dengan Ketua Pemuda Ampang dan Pandan yang telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Khir menggunakan kekuatannya yang terbesar itu. Khabarnya Khir akan meneruskan penjelajahannya ke negeri Melaka pula selepas ini.
Bahtera saingan Khir Toyo, Mukhriz Mahathir juga sudah berlayar meninggalkan persisiran PWTC. Pada minggu lepas, Muhriz menumpukan perhatiannya kepada negeri-negeri Pantai Timur. Mukhriz banyak menggunakan landasan Tun Mahathir ketika bertemu dengan UMNO Pantai Timur namun penerimaan Pemuda belum pada tahap maksimum. Di Terengganu, majlis yang dianjur untuk Mukhriz oleh Ketua Pemuda Marang, Razali tidak mendapat sambutan yang mengalakkan dari kepimpinan Pemuda Terengganu. Begitu juga dengan perjumpaan yang diatur di Kelantan, tidak seorang pun Ketua Pemuda yang hadir.
Ekspedisi Mukhriz pula diiringi oleh Barisan EXCO Pemuda termasuk kenalan rapatnya Sazmi Miah, Kamarulzaman Kamdias (dari bahagian Kuala Pulah dan tidak diterima orang NS kerana langgar chai NS semasa pemilhan yang lalu) dan Marzuki. Bersama-samanya ialah Faizal Pemangku Ketua Pemuda Ipoh dan Akramsyah, anak kaya Sanusi yang bakalm bertanding Ketua Pemuda Langkawi (tetapi di tentang hebat Rawi KP Langkawi hari ini). Namun, Mukhriz masih mendapat tempat di dalam media arus perdana kerana telah 'diberi' layanan istemewa oleh kelompok wartawan yang dipegang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Disamping itu, Ketua Pemuda Negeri Johor, Razali Ibrahim masih menghitung harapan kepada jawatan Ketua Pemuda. Walaupun pada awalnya dia hanya bercita-cita untuk menjadi nombor dua kepada Mukhriz, tetapi tahap penerimaan yang kurang dari akar umbi kepada Mukhriz memberikannya harapan dan suntikan perjuangan yang baru. Dia disokong kuat oleh Haji Dollah, EXCO Pemuda UMNO serta Haji Salim, pegawai khas Dato Hisham yang dulu menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Isa. Desas desus mengatakan YB Dato Subhan Kamal juga akan membawa beberapa sokongan dari negeri Selangor kepada Razali. Ini kerana YB Dato Subhan masih terhutang budi kepada Razali yang telah menaikkan namanya kepada Dato Hisham dua penggal lepas.
Razali lebih banyak menggunakan jentera media untuk mengerakkan pencalonannya. Azmi Akop, Setiausaha Akbar Dato Hisham telah menggembeling semua kaki-kaki wartawan Dato Hisham untuk memastikan bahawa Razali sentiasa berada dalam media arus perdana. Konvesyen Pemuda di Muar menjadi titik permulaan yang baik. Tetapi kemuncak untuk Razali ialah apabila Haji Dollah dan Razali berjaya menggunakan percaturan politik Johor untuk melobi Razali sebagai Pengerusi PAC yang baru, menggantikan Dato Shahrir Samad. Razali telah berkompromi dengan Shahrir dan Khaled Nordin untuk membantu Shahrir dalam pencalonan Naib Presiden, tanpa pengetahuan Dato Hisham. Ini akan sedikit sebanyak menjejaskan sokongan Johor kepada calon Naib Presiden lain seperti Tan Sri Muhyiddin dan Dato Hisham terutamanya.
Bagaimana pula Khairy?. Jika dilihat pada pergerakannya, nampaknya Naib Ketua Pemuda UMNO ini tidak akan bertanding sebagai Ketua Pemuda. Namun, terdapat beberapa Ketua Pemuda Negeri termasuk Negeri Sembilan, Perak dan Sabah yang telah membuat pengumuman mahu berdiri dibelakang Khairy. Namun Khairy masih belum menunjukkan keinginan. Dia lebih tertumpu dengan hal ehwal Rembau. Dikatakan kempen Khairy ini diterajui oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO dan bekas orang kuat Norza, Shahrul Yahya. Desas desus mengatakan Lembaga Penasihat Team Khairy terdiri daripada "Tag Team" Sabah, YB Dato Rahmah Dahalan dan Dato Akbar Khan. Walaupun mereka ini sanggup mati untuk Dato Hisham, mereka tidak sanggup untuk bergerak untuk calon Dato Hisham yang dianggap membelot boss mereka, Razali Ibrahim.
Keputusan - Jika dikira kepada kehadiran Pemuda yang diterima, Khir Toyo menang pusingan pertama pertandingan Ketua Pemuda ini. Namun, pertandingan ini baru pada tahap permulaan dan pasti ada pertukaran dalam saingan yang begitu sengit ini. Team Khir perlu ingat bahawa pergerakan mereka perlu lebih berhati hati kerana wartawan yang dijaga oleh Azmi Akop akan mengeluarkan seberapa banyak cerita Khir didalam media arus perdana, yang terbaru insiden yang melibatkan isteri Khir, berkenaan dengan dana Balkis yang hilang. Lembaga displin yang dikepalai oleh veteran UMNO Tengku Ahmad Ritahudeen juga sedang memantau segala gerak geri Khir dan calon Ketua Pemuda yang lain.