Mukhriz Masih Mentah Untuk Jadi Penglima Perang
Wednesday, April 2, 2008
Mukhriz Tun Mahathir satu nama baru dalam kancah politik tanah air yang dahulunya tidak pernah memperdulikan langsung dunia politik ini, walaupun ayahnya adalah seorang tokoh politik.
Apa perlu bersusah-susah payah berpolitik. Setelah ayahanda beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri nama Mukhriz tiba-tiba saja melonjak dalam kancah kontraversi politik.
Mukhriz bernasib baik kerana Perdana Menteri yang dicabar bukan bernama Dato Seri Dr Mahathir, jikalah nama Perdana Menteri yang dicabar ini bernama Dato Seri Dr Mahathir pasti Mukhriz tidak lagi menjadi ahli UMNO sekarang. Kadangkala ingin juga kita bertanya, besar sangatkah jasa Mukhriz kepada UMNO.
Berapa banyak sumbangan beliau dalam Pemuda UMNO. Besarkah sumbangan Peace Malaysia sehingga beliau layak berkokok bagaikan ayam jantan sehingga biadab kepada orang yang telah kian lama dan telah banyakkah berjasa kepada UMNO.
Jika di zamam ayahandanya yang menjadi Perdana Menteri tentu ayahandanya telah mengakhirkan kerjaya politik beliau. Rasanya, baru saja sepenggal Mukhriz benar- benar melibatkan diri.
Jasanya kepada UMNO belumpun lagi kita nampak.Apakah Mukhriz sudah layak untuk bersuara dan mengasah taji sabungnya kepada Perdana Menteri yang telah lama dan banyak berjasa kepada UMNO. Jika bukan kerana Tun tak mungkin ada siapa yang pedulikan si Mukhriz ini.
Mana Mukhriz semasa pilihan-pilhanraya kecil dari Kuala Berang, Pangkalan Pasir, Machap, Batu Talam dan Ijok? Tidak pernah kelihatan memberi ucapan menerangkan perjuangan UMNOnya, tidak dilihat bersama pengundi atau rakyat di kawasan kawasan yang dipertandingkan, malah mengunakan alasan KJ dan Hishamuddin tidak memberi peluang.
Hishamuddin pernah sendiri menyatakan kepada Bendaharinya Dato Hamid Norazahar dan Setiusaha Pemuda Dato Rahman Dahlan yang "....bagi apa-apa program atau Aman Malaysia pun hancur kalau bagi Mukhriz'" dan Mukhriz ini seorang yang kedekut, seperti claim claim expenses melawat bahagian bahagian walaupun seorang jutawan bawah 40 tahun, masih meminta Pemuda UMNO untuk bayarkan tambang dan claim perjalanan (duit minyak).
Kenapa Mukhriz tidak pernah dengan terbukanya memberi bantuan melalui syarikat syarikat besarnya atau pun menubuhkan Yayasan bersama abang abangnya yang kaya raya. Mana pernah terdengar tiket tiket Formula 1 yang pengerusi Litar Sepang F1 bukan lainnya Dato Mokhzani kekanda Mukhriz deiberi secara percuma ke rakyat yang tak boleh mampu, kerana tiket di letak atas paras harga international.
Juga sebagai Pengerusi ANSARA apa yang Mukhriz sumbang??Jika Mukhriz merasakan beliau yang paling layak mengkritik Pak Lah tanpa segan silu eloklah Mukhriz menyimpan perasaan segan beliau pada veteran-veteran UMNO yang lain dan perasaan hormat dengan ketua-ketua pemuda dan ahli-ahli pemuda yang telah menabur bakti kepada UMNO.
Apakah apa yang di salak oleh Mukhriz benar-benar untuk orang melayu atau untuk mencari populariti untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.
14 comments:
wow.
panglima perang.
memang tidak layak.
masih tidak masak dengan sepak terajang politik lagi.
dah ar weyh.
bajet dpt gugat.
KJ - GO ON!!
Ya.
saya bersetuju dengan penjaganeraka.
nampaknya sang penjaga terlalu garang.
bagaimanapun,sokongan padu saya tetap terhadap KJ!
tahniah penjaganeraka.
kj pon tak lepasss....senyap saja yb rembau.
Mukhriz, teruskan usahamu biarlah apa org nak cakap. Asalkan niat anda tak seperti Khairy.
MS. PUCHONG
ms puchong, abis niat mukhriz apa? rompak lagi besar besaran lagi dgn abg abg dia?nak sokong pun jangan BLIND FAITH saja brader, kerja mesti mau bikin.
Ali Kota damansara
Reply to Ali Kota Damansara.
I'm Not brader k. I'm a Woman. Walaubagaimana pun saya tetap sokong Mukhriz. Saya sayangkan MELAYU. Apa hak anda utk halang saya.Mukhriz teruskan usahamu....
MS.PUCHONG
Dimana KJ??? Keluarlah cepat!!!!!!!!
Mukriz lakhnattttttttttttttttt
kalau nak di ceritakan pengalaman mukriz di dalam bidang politik,tak banyak yang telah di sumbangkan oleh mukhriz.
jadi mengapa perlu mengagungkan mukhriz dan mengangkat beliau sebagai seorang ketua..
mukhriz ini di ibarat kan seperti kanak kanak yang masih lagi di suapkan makanan ke mulut oleh bapanya..semua input dtgnya daripada bapak nya iaitu mahafiraun..
fikirkan jikalau mahafiraun ini lenyap di muka bumi..
maka terkantat kantat lah dia seperti anjing yang kehilangan tuan nya..
lu pikir lah sendiri
mukhriz kepala botak bersinar sinar..
mukriz bodoh................pengkhianat negara
Apsal korang nak cakap sebab Mukhriz ni? dia bukannya releven dalam UMNO. Confirm kena hantam masa pemilihan. Pemimpin anak bapak
korang semua nih....termasuk penulis bahlul nih....bincang cerita bodoh...kumpulan otak lutut....hehehe...penuh dengan sifat mazmumah....kalau ko join kitorang boleh ler chek rupa kepala masing-masin.....macam anjing ka, macam babi ka.....keldai ka...????
mukhriz..mukhrizz...
blaja dulu la masak2 ttg politik malaysia nih...betul cakap penjaga neraka tue..
kepada ms puchong...
kene teliti betul2 dulu...
jgn duk maen ikut org je sayang oi..
ke kamu berkenan pada rambut mukhriz???seksi ek pada kamu???
Post a Comment