MAHATHIR DAN MUKHRIZ SUDAH DILIHAT SEBAGAI PENGKHIANAT UTAMA KEPADA BANGSA

Saturday, April 26, 2008


Oleh Mahfir Sabtu



Seorang Setiausaha UMNO Bahagian di Kuala Lumpur menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi ini melalui telefon bimbit marah-marah. Nadanya agak keras. Dia minta sampaikan mesejnya yang berbunyi: "Apalah jenis manusia Tun Mahathir sekarang ini? Dia bukan ikut buku, dia ikut nafsu.

"Anaknya Mukhriz pun sama tak habis-habis jumpa orang menyebut supaya Pak Lah letak jawatan sedangkan dia seolah-olah menonjol macam pemimpin besar yang hanya baru menang ahli parlimen Jerlun sahaja.


"Negara sedang huru hara dengan kemelut politik, dia dua beranak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan nada yang sama mahukan Pak Lah berhenti. Kalau Pak Lah berhenti, apakah masalah UMNO boleh selesai? Apakah dia boleh jadi perdana menteri?


"Sepatutnya dia beri cadangan bernas pada ketika ini, sama-sama mencari jalan menyatukan orang Melayu yang sudah simpang siur dengan gelagat pemimpin 'half past six' ini. Kalau beginilah sikap Mukhriz, macam mana mahu jadi Ketua Pemuda UMNO?" Begitulah antara kata-kata setiausaha bahagian yang nampaknya cukup berang dengan cara Mahathir dan anaknya 'mengaruk' terhadap keadaan di mana ahli UMNO lain mencari jalan mahu menguatkan semula pengaruh UMNO yang sudah memang terbukti berjasa kepada orang Melayu khasnya dan kaum-kaum lain amnya.


Katanya lagi, kalau Mukhriz dan Mahathir waras, mereka tidak bersikap demikian mahu menjahanamkan lagi orang Melayu dan UMNO. Malah beliau juga menyifatkan Mukhriz dan Mahathir adalah punca perpecahan dalam UMNO dan mereka berdualah yang dalang dan pengkhianat bangsa secara terang-terang pada ketika ini. Saya memang setuju dengan apa yang diluahkan itu dan berjanji akan sebarkan. Malahan hari ini saya insan kerdil amat terasa betapa UMNO yang boleh dikatakan semua orang Melayu akan berasa galat melihat bahtera UMNO bagaikan dihonggoh kuat oleh orang Melayu sendiri seperti Mahathir dan Mukris mahu merobohkannya. Kerana UMNOlah kita orang Melayu menjadikannya tapak untuk menjadikan bangsa kita memegang tonggak kepimpinan sejak dari Merdeka lagi.


Tidak dinafikan juga pergolakan yang berlaku ini disebabkan zaman tamadun kita sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan zaman kegemilangannya. Sesungguhnya pula orang Melayu semakin ramai yang tidak bersyukur, tidak prihatin dan tidak menjadikan perjuangan UMNO satu teras utama dalam kehidupan yang mana patut disedari bahawa UMNOlah parti yang membawa segala kemewahan, kemodenan dan pendidikan tinggi kepada orang Melayu. Pencapaian ini tidak dipandang langsung apabila kita menghadapi masalah yang perlu kita bersatu hati, bersatu jiwa raga dan tenaga untuk menguatkan rumpun kita yang dulunya begitu teguh. Kita tidak sepatutnya menyesali apa yang telah berlaku, tetapi sebaliknya patut kembali ke pangkal jalan mencari satu fomula bersama apa yang harus dilakukan.


Bukan masanya untuk sesiapa mencari populariti, mencari pengaruh dan melepaskan nafsu semata-mata. Tindakan Mahathir dan anaknya YB Mukhriz sudah dilihat sebagai satu keluarga yang tidak bersyukur dan tidak lagi mahu menyumbang secara ikhlas terhadap perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu lain yang mahu melihat perpaduan Melayu kembali ke zaman kegemilangannya. Punca kekeruhan yang mereka berdua lakukan semakin menyerlah dan kian melampau-lampau pula jadinya mentang-mentang kepimpinan sekarang di zaman Pak Lah memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia bersuara. Kebebasan ini telah disalahgunakan oleh orang-orang seperti Mahathir dan Mukhriz terutamanya.


Buruknya Mahathir ketika memerintah dulu, ternyata telah menyalahgunakan kuasanya dalam banyak perkara. Antaranya yang semakin dilihat nyata sekarang ini ialah dua isu besar seperti campur tangan institusi perundangan yang sekarang ini menjadi ejekan oleh ketua-ketua parti pembangkang. Hari ini boleh dikatakan Melayu yang sedar akan betapa rakus dan busuknya hati mantan perdana menteri, Mahathir dan anaknya terhadap perpaduan Melayu mempunyai had kesabaran lagi. Tingkah mereka berdua membuatkan bangsa lain yang sibuk menguatkan parti masing-masing tanpa sibuk menyuruh pemimpin mereka letak jawatan sedikit sebanyak memalukan kita. Sedarlah bahawa beban kekecohan ini sepatutnya orang Melayu seharusnya sedar bahawa perdana menteri sekarang sedang teriniaya dan menerima tekanan cukup kuat dengan tindakan pemimpin Melayu sendiri di bawah tidak menunjukkan sikap rasional terhadap kepentingan perpaduan Melayu.


Ayuh, kita semua kena bangkit memberi sokongan moral kepada kepimpinan sekarang supaya meneruskan perjuaangan dan menjalankan tanggungjawab memulihkan UMNO dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengambil tindakan ke paras maksimum terhadap ahli UMNO yang sedang sibuk menjahanamkan masa depan orang Melayu secara tidak langsung hari ini. Biar bilangan kita dalam UMNO kecil, tetapi berkualiti tinggi. Kita kena tolak ahli yang merepek, menghasut dan mempunyai agenda tertentu menyalak mengelirukan seluruh rakyat terhadap kepimpinan hari ini. Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Rais Yatim, Shahril Samad, Muhammad Taib, Muhyiddin dan lain-lain barisan yang sekarang menggangotai kabinet Pak Lah, bantulah kami orang Melayu dengan penuh ikhlas dan tegas.

Jangan biarkan orang yang semata-mata bercakap mengikut sesedap hati dan nafsunya sahaja. Mereka kena diam kerana orang lain mahu buat kerja.

19 comments:

Anonymous said...

Mukhriz ni kaya, bodoh dan botak. Dia juga anak kepada Mahazalim. Tak layak jadi Ketua Pemuda. Saya sokong Khir Toyo. Dia dinamik dan berjiwa rakyat.

Anonymous said...

Have you ever seen Mukhriz talk? Fucking yawn... he's got the brain the size of a Tic Tac. KJ for Ketua Pemuda... Khir Toyo is fucking corrupt. He raped Selangor with Lebar Daun. No way Khir. Mukhriz too fucking dumb.

Anonymous said...

Mukhriz sama dengan bapa dia. Diktator akan datang. Sekarang cakap pasal kebebasan bersuara dalam parti. Hoi bodoh! Zaman bapa kau lagi teruk. Kena ISA kalau tak yes man...
Insaflah. Family kau dah kaya. Kau pun tak ada kualiti jadi pemimpin. Pergi lah luar negara dan rilek. Bagi orang yang pandai sikit memimpin negara.
Mukhriz - diktator junior dan confrim bodoh giler...

Anonymous said...

SAUDARA MAHAKAYA KEPALA BUTUH.....
HANG NIH SATU LAGI SPESIS MELAYU BANGSAT........HANG TUNGGU 17/09/2008...HANG TAU NASIB HANG.....AKU RASA HANG TK SEMPAT CELIK MATA DAH....TERLAMBAT...

Anonymous said...

salam bro, berapa banyak dalam negara ni akan menjadi pengkhianat bangsa dan negara. Asal tak setuju aje dengan UMNO senang2 duk gelar orang pengkhianat. Habis tu UMNO yang lama memerintah dan lupa asal usul duk jaga kroni UMNO dan lupa rakyat keseluruhan nak gelar apa pulak. Sudahla, baik siapa aje yang korang tak senang herdik dan fitnah la macam2.

Anonymous said...

A'kum.

Saya kesal dgn blogger spt kamu, yg menanggap diri sbg melayu, tapi tidak ada langsung sifat ketimuran melayu. Sesiapa pon mmg ada pendapat & pendirian masing2, tapi kalau sampai memaki hamun, berbahasa biadap & bersembunyi disebalik nama pena, tu bukan lelaki namanya, itu namanya pengecut. Pls la, beradab la sikit, tak payah lah sampai benarkan komen2 spt yg ada ni... malu la sikit.... itu pon kalau ada rasa malu...

Wslm.

Anonymous said...

apa sebenarnya yang mahathir ingin kan??beria benar mengkritik paklah..

siapa mukhriz ni??sudah lama kah beliau dalam umno??

rasaBijak said...

sejak bila UMNO baru ciptaan Mahathir memperjuangkan bangsa?
melunyaikan lagi ada laa...

Anonymous said...

Hari ini, Mukhriz ke Negeri Kelantan utk berkempen. Dia di beri penghormatan YB Sazmi Miah dari Bhg Machang yang kawan lama dari zaman MRSM. Tapi, drpd 14 Ketu Pemuda Bhg di Kelantan hanya 1 hadir selain Sazmi, iaiti Zaidi Pemangku KP Bachok yang sebenarnya pengintip Khir Toyo.

Mukhriz hari ini berdepan dgn Pemuda UMNO yang masih di belakang Hisham dan KJ. Mukhriz silap, hari ini dia ingat bapak dia boleh mengunakan duit dan jentera lama,tetapi, budi Hisham dan KJ terlalu banyak utk KP negeri utk memberi perhatian kpd Mukhriz.

Percayalah, KP UMNO M'sia yang akan datang bukan khir atau mukhriz.

Anonymous said...

Ku Li, Mahathir dan Anwar patut di ISA kan saja. Merosakkan negara dan bangsa.

Anonymous said...

RAKSASA ADAKAH ANDA PEMBODEK KJ,KALAU YA TAHNIAH ANDA DIAMBANG KEHANCURAN

Anonymous said...

AKU PEMBODEK NAJIB DAN PAK LAH LA, BODOH. NAK UP KJ APAHALNYA? DAH TERSINGKIR DARI ARUS PERDANA. KALAU KAU RETI BACA, BULAN LEPAS KITA TULIS PASAL BUDAK HINGUSAN ITU......TGKLAH ARCHIVE KITA BEBAL.

RAKSASABN ADMIN
27 April 2008

Anonymous said...

Malaysiakini and Hisham "ludah kat langit"
As Parliament opens to a changed political landscape, "sorry" seems to be the easiest things to say these days. First, the keris-wielding Hishammuddin made a rather belated apology about brandishing the dagger at successive UMNO Youth assemblies, then the pro-opposition online news portal, Malaysiakini, says sorry to monkey-boy KJ for lying about his election result and misquoting him.

Let's check out the apologies.

In Hishammuddin's case, he tried to be a big man by cutting his losses and admitting that the whole keris episode scared the hell out of non- Malays especially since it was accompanied by racial rhetoric at the last few UMNO assemblies (OK, fine racial rhetoric always existed but the Mongolian one had the bright idea of telecasting the proceeding LIVE for the first time). Remember, Hishammuddin is not doing this for nothing. His sights are set on becoming DPM to his Mongolian cousin when the latter takes over from Pak Lah, which by all reckoning is anywhere between next month and next year. Hishammuddin is done with the circus that is Pemuda UMNO and now wants to transition from the ultraman image he cultivated to a more liberal leader that is acceptable to all races. Hence, the apology about the keris. But if you actually look at how he apologized, you will see that he carefully hedged what he said. He actually said sorry to non-Malays for scaring and offending them, and then apologized to Malays for not being able to defend a cultural symbol. He did this because he was aware an apology just to the non-Malays would have resulted him being lynched by UMNO.

Sure enough, after the apology Hishammuddin's Mongolian cousin came out with a statement in support saying that it doesn't take away from the dignity of the Malays. Hishammuddin's handpicked choice for the next UMNO Youth Chief, Mukhriz Botak also joined the chorus line by saying that Hishammuddin was magnanimous to apologize. This is all designed to cover Hishammuddin's ass with the UMNO faithful who still can't understand why he apologized in the way he did. For the non- Malays, the apology is a little too late. They were screaming at him to say sorry and not repeat the deed but Hishamuddin brandished it again and again (three times, to be exact). So, although Fat Cat thinks Hishamuddin is right in offering the apology, there are many political factors behind the move which casts doubt on his sincerity. Fat Cat also wonders why it took a political tsunami for Hishammuddin to realize that the keris was a major issue with the non-Malay community.
The second apology is one offered by Malaysiakini to KJ. Fat Cat is no fan of monkey-boy but in this case KJ wins. Fat Cat knows the journalists of Malaysiakini well. Unfortunately, some of them are pretty bad reporters. They aren't very clever and make careless mistakes when reporting like getting simple facts wrong. Add to this a very slanted editorial stance which is pro-opposition and a mistake like the one against KJ was bound to happen. Malaysiakini's editor, Steve Gan, was a chum of PKR wildman and new MP for Batu, Tian Chua, Down Under. They used to knock back the beers and hang together. Gan is also very open about his admiration for Anwar Ibrahim, as are most of Malaysiakini's staff. So when they persisted in saying there was a recount in Rembau based on information provided by KJ's opponent without checking with the Election Commission, they were asking for trouble. Basic rule for a journo: counter check any information with other sources especially when the primary source is an interested party.

The worst part was not just getting the recount story wrong (and repeating it) but putting words in KJ's mouth. Fat Cat checked out KJ's interview transcript at Susan Loone's blog and wonders in amazement how Malaysiakini can just attribute what they like to people when it is clearly false. This is nothing short of fabrication and deceit. It is no wonder that monkey-boy said he suspected malice and bad faith. Malaysiakini basically made up a quote which they attributed to KJ. In fact, Malaysiakini is bloody lucky that KJ decided on just writing a letter instead of suing because this is a clear cut case of defamation. Fat Cat thinks Malaysians must be careful when reading Malaysiakini. This KJ apology episode demonstrates very clearly that they either have an agenda or are just downright stupid for not even checking facts.

BTW, why hasn't Lazy Rocky written about Malaysiakini eating dirt? Come on Rocks... what's right is right. After all, you're the one who kept on insinuating that KJ's win was tainted. Now diam aje... Wassupp, bro? Hangover ke?
Fat Cat: Sorry... is all that you can't say. Days gone by and still... words don't come easily... Like sorry, like sorry...
Posted by Fat Cat at 4:57 AM 0 comments

http://fatkucing.blogspot.com

Anonymous said...

Emmm... baguslah kalau korang sesama korang berebut jawatan.... rakyat jelata sama-sama pakat je la undi pembangkang baru padan dengan korang lagi...

kuLAAN said...

Assalamualaikum...
MasaAllah...teruk nye bahasa yg digunakan dlm....nie.

Kalau dah tak suka kat sesiapa2 pun,jgn lah marah sampai hilang budi bahasa kite.

AriffSMB said...

Bukan mudah menjadi pemimpin. Menang djulang. Kalah ditendang.
Namun begitu, komen tok det dgn mukiz bukanlah untuk membangunkan semula. Mereka memberi komen hanyalah atas dasar peribadi yang mungkin sudah berkerat rotan, berpatah arang dengan sikap Pak Lah sebelum ini sejak diberi kuasa oleh tokdet.

Jelas Pak Lah telah membelakangkan dan menolak mentah-mentah semua pandangan atau kritikan yang diberikan oleh tok det. Ini termasuk isu AP, isu kuasa dan lain-lain. Pak Lah juga telah membatalkan projek pembinaan jambatan tambak johor yang menjadi idea tok det sewaktu pemerintahannya.

Tak boleh nak salahkan Pak Lah kerana yang pasti kuasa ada dalam genggamannya. Zaman To Det sudah berakhir.

Namun yang menjadi satu kesilapan besar yang dilakukan oleh Pak Lah ialah, beliau telah menerima bulat-bulat segala cadangan, idea dan buah fikiran menantunya yakni Khairy Jamaluddin yang masih mentah dalam politik. Wal hal idea tok det langsung tak dipedulikan walaupun satu dunia tahu siapa itu Tok det, Mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Bapa Pembangunan Moden yang berjaya mentadbir Malaysia selama lebih 20 tahun walau terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan kaya dengan pengalaman.

Apa pun yang pasti, orang-orang Melayu amnya dan UMNO khususnya perlu sedar dan bangkit semula walau dengan apa cara sekali pun, walau terpaksa mengorbankan diri kerana...

'MALAYSIA BAKAL DIJAJAH KEMBALI'

Jemput ke laman :
http://suaramelayubaru.blogspot.com

Anonymous said...

sudah la Tun n mukhris....korang ni jgn sampai rakyat belasah korang berdua.....cakap mcm buat filem...ikuut sedap mulut!!!
dlu aku kagum ngan kepimpinan ko tp skrg tidak lagi...kalau tun masih bersikap mcm ni...aku rasa byk yg sependapat dgn aku....betul tak ??????

Anonymous said...

Walaupun Mahathir di gelar
MAHA FIRAUN atau MAHA ZALIM ke.

Sekurang2nya dia telah mentadbir Malaysia dgn jayanya sehingga
terkenal di mata dunia.

MAHA KAYA pula hang tu
PENAKUT!!!
Takut nak guna nama betul.
Dah la bagi komen guna bahasa mcm
org tak berakal.
Cubalah berhemah sikit.
Artikel yg hang buat pun bukannya
HOT sgt!!!

Regards,
AFIKAH

Anonymous said...

tanya pak2 arab
mereka semua respek tun mahathir ..
kj tu baru berapa hari dalam umno , nak jadi ketua pemuda

mahakaya konon ... laman web ni baik tukar je raksasaTIDO mcm pak lah yg suka tido , apa isu pun tak leh selesai

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP