Khir Toyo pun pembelit

Saturday, April 19, 2008

Sungguh lantang suara bacul Dr. Khir melaungkan salakan supaya peralihan kuasa segera dilakukan.Mungkin ada yang tersedak ketika ini apabila bekas MB Selangor ini mula berani berkata sesuatu mengenai korupsi, nepotisme dan membuat analisis senario politik semasa.

Namun, meskipun untuk menyuarakan sesuatu itu hak beliau tetapi perlulah diingatkan agar mencermin dahulu diri sendiri sebelum membuka pekung orang lain.

Penulis tidak mahu memperkatakan tentang pandangan lelaki ‘botox’ ini, tetapi apa yang penulis ingin bangkitkan adalah pendirian Dr. Khir sendiri terhadap perjuangan yang di laungkannya selama ini. Mungkin tidak ramai yang tahu atau mungkin ramai yang sedia tahu (tapi pura-pura tak tahu) bahawa bekas doctor gigi ini dahulu seorang peniaga..

Bukanlah beliau ini peniaga karpet atau ‘bisnesman’ yang punya syarikat besar, tetapi pernah jugalah terlibat dengan perniagaan ‘atas angin’. Sewaktu beliau masih memegang jawatan dalam kabinet dan menjadi Menteri Besar Selangor, beliau adalah pemimpin yang betul-betul ‘putar alam’.

Jika kita sangkakan Anwar Ibrahim si kaki belit, rupa-rupanya Khir Toyo pun pembelit.

Ceritanya begini, suatu ketika dahulu kerajaan negeri Selangor telah menawarkan penjualan tanah kepada rakyat Selangor dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM10 kaki persegi,(mungkin mahal sangat) maka Khir Toyo sendiri yang telah membeli tanah tersebut. Apa yang memeranjatkan ialah beliau membeli tanah tersebut dengan harga yang begitu murah.Menurut sumber penulis, Khir Toyo telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 2 untuk setiap kaki persegi.

Bayangkanlah betapa murahnya dari harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada bekas MB ini. Mungkin kita boleh kata ianya rezeki Khir Toyo dapat harga murah, tetapi apa yang dikatakan pembelit tahap cipan si doktor gigi ini ialah tanah yang dibelinya itu kemudiannya telah dijual kembali kepada seorang pembeli cina dengan harga lebih dari RM 10. Bayangkanlah betapa untungnya Khir Toyo dengan hasil penjualan tanah tersebut kepada lelaki cina itu. Lebih menakjubkan lagi, kerajaan negeri yang waktu itu dibawah kuasa lelaki ‘botox’ ini telah membeli kembali tanah tersebut daripada lelaki cina terbabit.

Ini bermakna tanah tersebut tidak kemana-mana, kembali ke tangan kerajaan negeri sebab perniagaan olok-olok Khir Toyo yang menguntungkan ini. Sudah tentu apabila kerajaan negeri membeli kembali tanah itu, dengan harga yang berbeza. Jika penulis jual tanah pun, tentu penulis ‘up’ lagi harga yang penulis beli. Jadi, kesimpulannya disini siapa yang rugi? Fikirkanlah berapa kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini untuk membeli kembali tanah tersebut? Siapa punya rancangan? Siapakah yang menjadi ‘master mind’ dalam permainan jual-beli tanah ini?

Secara jelas, kerajaan negeri jual tanah-Khir Toyo beli dan jual pula kepada orang cina- orang cina terbabit pula jual balik kepada kerajaan negeri.Tidakkah lucu? Sekarang ini, timbul pula isu babi.Bermacam-macam bantahan kita lihat dari banyak pihak.Termasuklah ‘si botox’ ini.Akhbar tempatan melaporkan:- Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas. Tentu kita terperanjat dengan pendedahan berani dan drastik dari ahli BN sendiri apabila membuat kenyataan tersebut.

Waktu itu terbayang dibenak penulis betapa panasnya punggung Khir dan kroni-kroninya bila keluarnya kenyataan dari Dr. Lee. Mungkin niat Dr.Lee itu baik kerana ingin menutup mulut orang yang ‘kencing haprak’, putar belit dan tidak habis-habis membuat kritikan kepada kerajaan Selangor sekarang..Bahkan, Ketua biro MCA itu juga kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Walhal selama ini, Khir Toyo dan kroni-kroninya itulah yang begitu teruja dengan projek pemodenan lading babi terbabit.Apatah lagi ianya di luluskan sendiri oleh Khir Toyo sendiri? Siapalah kita untuk melawan cakap Menteri Besar…”ini negeri kuasa dia maaa…” Arakian isu Babi menjadi ‘front page’ media arus perdana, Khir Toyo pula sudah berpeluh-peluh maka keluarlah pula kenyataan darinya.Ini kita boleh lihat sendiri melalui Blog Khir Toyo sendiri.

Antara petikan beliau:- “Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.”“Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik.

Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja.” Ikhlas ke apa yang dikatakan itu? Sudah-sudahlah Dr Khir, anda cuba memanipulasikan fakta.

Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga lading-ladang babi ini.

Tetapi Khir membalas dalam Blog beliau:- “Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.” Usah putar-belit lagi Dato’ Seri Khir… Memang isu ini sensitif, tapi takkan hanya sensitif pada keharaman makan babi untuk orang islam sahaja, bagaimana pula dengan keharaman makan rasuah di kalangan islam?

Yang bab ini, pandai pula senyap!Mana ada ‘statement’ kata nak buat sampai jadi pengeksport, tapi hanya domestik Mufti Perlis sendiri cakap tidak salah kalau projek untuk memelihara kualiti alam sekitar dan cegah penyakit, tetapi salah kalau sampai niat hendak pergiatkan industri babi.

Fikir-fikirkanlah…

33 comments:

Anonymous said...

khir toyo sembelit...

Unknown said...

Katanya Cawangan Commercial Crime Bukit Aman dah buka file baru dari hari tu khas untuk bekas Menteri Besar ni ... Kita nak tenguk banyak mana duit rakyat yang dah digunakan untuk repair muka dia ....

Budak Baghuh said...

Bukan itu sahaja, banyak lagi yang akan di dedahkan dan bakal tebongkar segala keburukkan beliau.Sebab itulah si'botox ni xcited sgt nak tengok Pak lah turun.Tambah2 Pak lah skang ni makin berani siasat sapa yg korup...Butkinya nnt kita tengok jer r...Tun Sallleh pun dha ader balik skang ni..jaga kau khir..

Pak Ma'on said...

umno memang bangang dan membangangkan bangsa Melayu

Anonymous said...

UMNO bangang sebab dapat pemimpin macam Khir Toyo la ... Satu negeri Selangor tergadai, dia nak salahkan orang lain jugak!! Saya nak nasihatkan pemimpin yang ditolak dengan begitu teruk sekali, seperti Khir Toyo untuk teruskan tinggalkan politik dan jadi satu baggage kepada UMNO, kalau dia betul sayangkan UMNO!

Anonymous said...

I hope Pak Lah will bring ex-leaders such as Khir Toyo who blatanly raped Selangor when he was the Menteri Besar, should be made accountable for the wrongdoings he had done ..

Anonymous said...

Ko org rasa Khir Toyol ni muke dia kilat sebab dia sapu apa agaknya yg sampai dah rosakkan otak dia sekali?

Anonymous said...

si toyol gila kuasa .... Tak sedar diri ... nak selamatkan diri dia je .. dia sebenarnyna nak Kementerian dalam negeri supaya file dia semua boleh tutup ....

Anonymous said...

khir toyo sama cam toyol...
x len x bukan nak duet saja...pastu lagi teruk dari toyol...gila kuasa..toyol dengar gak cakap tuan dia...
di susah ni klu org bernama khir toyol nih...

Anonymous said...

ahh..sume org bn same je..si beruk khairy tu lagi pembelit..ejen yahudi

Anonymous said...

khirzir toyo

Anonymous said...

ejrn yahudi anwar lah bodoh, dan BAPAK kau sekali.

Anonymous said...

alahai la mat tempe toyol.....ape lagi ko nak?belum cukup puas ko gadai selangor kepada Parti Khinzir Rakyat.Kini UMNO pulak ko nak gadaikan. Apa ko ingat Malaysia ni kedai pajak gadai.Ko nak Pak Lah letak jawatan, siapa ko? ko kaalh di Selangor, Pak Lah masih lg menang majoriti mudah.Sedarkah ko lah yg sepatutnya bersara dalam politik kerana menjadi punca utama kejatuhan Selangor ke tangan Parti Khinzir Rakyat. Dah la kalah teruk, ada hati nak bertanding Ketua Pemuda plak tu. Apa yang ko buat kat selangor sebelum ni? Dah berapa banyak tanah orang Melayu ko gadai?Apa kau nak taruk plastik kat muka jawa ko tu aje. Apa punya haprak lah Micheal Jakson edisi jawa selangor ni.

Anonymous said...

aku faham kata2 `suara rakyat` ni.mengambarkan suara rakyat Selangor yang menolak mat tempe ni. Mat Tempe ni telah merosakkan imej dan nama kaum jawa di Malaysia.Kalau di Indonesia dah lama kena balun. Inilah kerana setitik nila rosak susu sebelangga. Kesian kaum Jawa. Walau pun aku ni bukan orang jawa tetapi aku rasa amat malu dengan perangai mat tempe ni.Aku merayu walau pun bukan bangsa jawa aku mohon jangan lagi menggunakan panggilan Mat tempe utk mamat ni.Tempe ni makanan kaum jawa beb.apa salah diaorang.kaum jawa tak salah khir sj yang bersalah.kita hukum lah dia.koorg boleh menggunakan gelaran lain untuk menamakan si khir ni. Koorg boleh panggil khir khinzir, mat botox, plasticman, dan hentam jalah.koorg boleh letak apa sj nama dia.kalau boleh bagi pendapat nama yg sesuia untuk pengkhianat jawa ni.

Anonymous said...

Nama dia jawa totok!

Anonymous said...

Jawa totok?wei ni apa punya gelaran la. tak pernah dengar pun. Apa maksudnya beb. Bunyi macam butuh ya.

Anonymous said...

khir toyo ni bukan takat pembelit...
tapi pembotox..
sesuai la ngan nama jawa botox tuh..

Anonymous said...

Bukan itu sahaja, banyak lagi yang akan di dedahkan dan bakal tebongkar segala keburukkan beliau.Sebab itulah si'botox ni xcited sgt nak tengok Pak lah turun.Tambah2 Pak lah skang ni makin berani siasat sapa yg korup...Butkinya nnt kita tengok jer r...Tun Sallleh pun dha ader balik skang ni..jaga kau khir..

Anonymous said...

khir toyo...apa nak jadi ngan ko
ni hah??rosak btul laaaa..

Anonymous said...

pembelit?
hahahaha.
sesuai2.
dah la pembelit.
penakut pulak tuh.
x mcm KJ.
berani serta lantang!

Anonymous said...

biarlah khir dengan ladang babi nya.
dah buat,tanggunglah.
anak jantan kan.
apa daa.
ke abg khir nih lembut.
euww~
hahahahaha.

Anonymous said...

Khir not only with the Pig bussiness.
He also let Selangor been raped off.
Sorry!
not to bring the racist issues here.
but,as from myself.
Pig can causes lot of disease!
Anyway,KJ.
good deeds at REMBAU!

Anonymous said...

yeah right.
khir totally messed up this time.
u are dead meat this time.
aiyyo!
what a scene.
goin to PEMUDA with your performance like this.
hahahaha.
talking nonsense lah Khir.
KJ is qualified.

Anonymous said...

Khir pigs,stupid and lame!
most important you are not the man!
even chua soi lek is better!
he claim that he the man after doing wrong!
unlike u!
KJ also better qualified rather than u!
stupid!
go KJ!

Anonymous said...

tibai je la khir toyo tuh..

xyah UMNO pun sekali korunk tibai..

org2 mcm khir ni la perosak parti..

wat busuk nama parti jek..

elok berundur laa toyo..

Anonymous said...

khir boleh blah!!!

xyah nk sorok2 keje kotor hang laa..

mampuih pi kt hang..

buat rosak bangsa ngn parti je..

KJ hang teroskn usaha!!

jgn jd cam depa...

Lantangkan suara hang!!!

perjuangkan bangsa,agama dan tanahair!!!

Anonymous said...

yeah right.
khir totally messed up this time.
u are dead meat this time.
aiyyo!
what a scene.
goin to PEMUDA with your performance like this.
hahahaha.
talking nonsense lah Khir.
KJ is qualified.

betul..betul..betul..

Anonymous said...

ni sapa moderator RaksasaBN ni???
nak habq skit..tolong p area Ampang ni pehtu hangpa tgk sendiri apa yang Khir Toyo buat? Buat semak je adalah!!!
Tu pasai..orang2 kat mapang ni tolak Azman Wahid dgn Ismail Kijo, sebab depa tu pakat dgn Khir Toyo rompak tanah melayu kat Ampang ni....Tak sabaq cheq nk tgk Toyol sekoq tu masuk jel..

Anonymous said...

waaa..betui ka citer ni kak Rohani Oi...

Anonymous said...

ish3..kak ani nie..mane kak ani dapat citer nie..nasib baik kak ani bagitau..kalau tak saye pon tak tau kak..

Anonymous said...

orang kampung dia sendiri tak suka dia..dah dasar pembelit tu pembelit gak la..

Anonymous said...

Malulah Khir Toyo, isteri awak pun terlibat dalam kes Balkis.
Nasib baik BN kalah teruk dalam PRU12, kalau tidak, Malaysia ini akan disapu kering tak lama lagi....

Anonymous said...

kao orang no apa nak jadi sesama islam pon kata mengata ,bila la orang melayu nak maju kalau macam ni,kau tengok bangsa lain ada macam tu ke,ini semua bahana kau orang belajar dasri umno la, harap-harap kau orang taubat la semuga allah beri petunjuk

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP