ANWAR DAN TUN MAHATHIR medan perang baru.

Wednesday, April 2, 2008

11.30 malam, 31 Mac 2008

Anwar Ibrahim menghirup saki baki kopi yang terkandung di dalam cawannya itu. YB Nik Nazmi, sekarang bergelar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor duduk di atas kerusi hitam yang berada hadapannya. Tangan YB Nik Nazmi memegang erat salinan kertas bersaiz A4 itu.

"Nik, bukan aku taknak jalankan hang punya strategi ni, tapi masa tak sesuai". Muka YB Nik Nazmi berubah. Dia sekadar mengangguk dan menyimpan rangka kerja yang telah mengorbankan dua malamnya di dalam fail yang dibawanya. "Buat apa hang nak buang tenaga bunuh orang tua ni?. Kalau orang yang kita benci nak lompat Jambatan Pulau Pinang, buat apa you nak stop?. Panggil je Guan Eng suruh ambik mayat dia". YB Nik Nazmi tidak berganjak.Matanya tidak mengelip. Baginya, pasti mantan Perdana Menteri 22 tahun lebih matang dalam percaturan politik daripada ini. Pasti ada perancangan lain.

Tetapi Anwar kenal diri Mahathir ini. Selagi ada hayat dikandung badan, dia pasti kenal diri Mahathir ini. Enam tahun dia bersendirian, ketika Mahathir diberi penghormatan sebesar-besarnya oleh rakyat Malaysia, Anwar bertemankan lampu suluh merangka strategi yang bakal menjatuhkan Mahahtir dan setiap ahli keluarganya. Anwar mengalihkan cawan yang berada dihadapanya. "Nik, Mahathir tak tahu kawal emosi. Dia dok bantai Pak Lah hang tu, yang dia tak sedar macam menconteng arang kat muka dia sendiri.

Yang dia dok bunuh..UMNO. Yang dia dok bunuh..anaknya itu. Orang tua tu kalau dah naik angin tak pakai akal dah…dulu habaq lain la ni habaq lain. Dulu dia suruh I paksa orang Bahagian terima sistem kuota, hari ini dia dok bantai Pak Lah benda sama. Tapi dia lupa orang Bahagian yang dulu Ketua Pemuda la ni Ketua Bahagian. Dia ingat orang semua bodoh macam samseng UMNO zaman dia. Yang pi dok dengaq dia cerita itu bukan orang UMNO yang kita nak dakwahkan. Itu ahli UMNO yang buta".

"Hang jaga Khalid cukup. Kita masih memerlukan suara Mahathir. Bila dah cukup nanti, hang biar saja aku dan Azmin uruskan."

3.45 petang, 1 April 2008

Bilik VIP yang terletak di tingkat 2 Hotel Singgahsana itu agak sempit. Kesempitan itu menambahkan rasa kurang selesa Mukhriz yang sedang dikerumuni barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang hadir pada forum yang dianjurkan oleh ayahnya. Mahathir masih berada dibawah bersama-sama Dato Fuad Zarkashi dan rakan-rakan Bahagian yang lain di lobi hotel tersebut.

Harison Hassan yang sudah bertukar bos didampingi oleh Haji Dollah diatas sofa ala 80-an itu. Anas pula sibuk menjawab SMS yang tidak berhenti datang bagaikan air pantai yang sedang pasang.

Forum Mahathir itu nyaris-nyaris dihancurkan oleh saf kepimpinan Pemuda seluruh Malaysia yang pada saat akhir tidak datang. Berpuluh ribu ringgit wangnya habis untuk menempah bas dan memberi wang saku kepada para hadirin. Lagi lambat, lagi mahal. Ramai pelajar MMU yang diangkut oleh Harison untuk meramaikan Majlis. Faizal Ipoh Barat selaku Pengurus Forum juga telah mengecewakannya kerana telah membiarkan dua sepanduk besar Pak Lah terpampang dihadapan pintu masuk Hotel Singgahsana itu. Yang paling ketara, tindakan Anas dan rakan-rakannya yang telah menggunakan kekerasan keatas seorang Ketua Pemuda Cawangan. Dihadapan semua hadirin, pemberita dan bloggers. Sudah tentu blog-blog pro kerajaan akan memutarkan insiden itu berulang kali malam ini.

Tiada kata yang boleh menggambarkan kekecewaan yang dirasai oleh Mahathir. Bukan sahaja Mukhriz telah menjanjikan ramai kepimpinan Pemuda akan hadir, setidaknya Forum yang begitu kecil seharusnya dapat dikawal dengan lebih baik. Tetapi dia tidak dapat menunding jari kearah Mukhriz kerana dia tahu, inilah Program politik terbesar yang pernah dijalankan oleh anaknya itu. Sufy mengetuk pintu bilik VIP. Mahathir mengorak langkah kecil memasuki bilik VIP itu.Semua yang hadir bangun diselubungi rasa ketakutan. Mukhriz hanya mampu duduk melihat pemandangan Petaling Jaya yang kini berada di tangan Anwar. Dia tahu dia akan menerima berang ayahnya dalam sedikit masa. Tetapi Mahathir hanya duduk sambil mengeluarkan kertas bersaiz A4 dari koceknya. Diatasnya bertulis:

Presiden: Ku Li

Timbalan: Najib

Naib Presiden:
1) Ali Melaka
2) Ghani Johor
3) Mukhriz

Ketua Pemuda: Khir

Naib Ketua Pemuda: Razali Muar

Mahathir memberi kertas itu kepada Anas dan membisikkan arahan seterusnya. Mukhriz sedar Dato Hisham hanya diperalatkan untuk menaikkan Khir.Khir merupakan seorang pemimpin yang dapat dikawal oleh Mahathir tanpa memerlukan pertolongan Dato Najib Razak. Tetapi hati Mukhriz tidak tenang. Dia hiba kerana ayahnya tidak yakin dengan kebolehannya untuk beradu tenaga dengan seorang anak muda bukan berdarah pemimpin dan tidak berkelayakan seperti KJ.

Baginya, KJ yang sudah hilang dibawa angin perubahan itu bukan setanding dengannya. KJ sudah berada diambang kemusnahan, tetapi ayahnya masih tidak yakin dengan kebolehan politiknya. Rakyat dah tolak KJ. UMNO dah tolak KJ. Kenapa perlu ada Khir sebagai calon simpanan?

Diamana dia hendak letak muka dihadapan Dato' Hisham?. Bagaimana dia hendak menerangkan kedudukannya itu kepada barisan Pemuda yang menyokongnya?.

1.20 tengah hari, 1 April 2008

Kereta Toyota Harrier yang bawarna hitam itu menyusuri lobi utama Hotel Singgahsana. Orang kuat UMNO yang tidak berjawatan itu memasuki pintu hadapan dan menutupnya dengan kuat. Pemandunya tidak mengalihkan pandangan kerana takut akan kelibat Dato' itu.

Dia tahu, kali ini UMNO mempunyai satu masalah yang besar. Perang 1998 yang menyaksikan pertumpahan darah pemimpin Melayu bakal berulang lagi. Seperti sedekad yang lepas, pelakon utamanya ialah dua tokoh UMNO yang tidak mempunyai sebarang jawatan politik pada masa ini. Bekas Timbalan Presiden, Anwar Ibrahim sedang menghitung hari sebelum dia berkuasa dan menggunakan kuasa tersebut untuk memporak perandakan Mahathir dan keluarganya. Dia mengarahkan bala tenteranya baik di dalam PKR mahupun UMNO untuk menunggu masa dan ketika Mahathir sudah kehabisan peluru sebelum melancarkan serang hendap yang akan mengakhirkan riwayat politik Mahathir dan sekutunya.

Dato' menyalakan rokoknya. Dia menggeleng kepala dan membetulkan songkok tinggi yang dipakainya itu. Mentor lamanya, Abdullah Badawi jelas gagal dalam Pilihanraya yang lepas, tetapi dia khuatir dalam keghairahan Mahathir dan Anwar menggunakan pentas UMNO untuk menyelesaikan agenda peribadi mereka, bangsa Melayu yang akan tergadai. Parti UMNO yang akan terjual.

Taktala UMNO sepatutnya bersatu untuk mematahkan rancangan Anwar, mereka dibuai oleh warkah politik yang tiada nilai seperti di Singgahsana itu. Apa jalan penyelesaian yang dibawa oleh Mahathir? Mukhriz?. Politik seperti itu hanya ada tempat di kedai-kedai kopi, bukan untuk dijadikan wadah arus perdana.

Tidakkah mereka yang memakai baju UMNO didalam dewan itu tadi tidak sedar jika Sabah dan Sarawak tidak teguh berdiri di dalam Barisan, maka cita-cita Mukhriz untuk menjadi Naib Presiden UMNO akan terkubur bersama roh pejuang-pejuang parti keramat ini?.

16 comments:

Anonymous said...

Mukhriz ni memamng ikut je apa ayah dia cakap ke?. Umur dah tua pun perangai macam bebudak ke?

Anonymous said...

KJ mana? takkan dah tinggalkan arus perdana?

Anonymous said...

KJ dah tak kena mengena dalam politik Malaysia lah, Walaupun aku memang tak suka dia, aku rasa dari segi hujah dia yang terbaik.Mukhriz semalam memang menghampakan

Anonymous said...

Aku dengar KJ sekarang buat kerja di Rembau je, dah memang terkeluar terus dari arus perdana. Pak mertua dah tak nak dengar nasihat dan tunjuk ajar di lagi..HAHAHAHA padan muka

Anonymous said...

Masak la Mukhriz kali ni.....dengar ramai EXCO yang dah naik angin dengan perangai dia yang tak sabar sabar ni

Fat Cat said...

Wahai Mukhriz!

Cuba la tengok lu punya keberanian bila Pak lu dah takde. Sekarang memang lah berani ada lesen besar.

Aku jijik la tengok kau punya muka. Dahla takboleh nak cover dengan rambut!.

Anonymous said...

aku dengar mukriz dah main kasar beb.salah seorang yang hadir pada hari perjumpaan di singahsana dipukul dengan zalimnya.peh botak ni boleh tahan juga ye.

Anonymous said...

mukhris nak jd VP...simpan la niat ko tu....rambut tu pun masih srh bapak ko yg gunting....nanti jd VP srh bapak ko tu bukak kedai gunting masa pesidangan UMNO bln 12...bagus gak tu drpd ko merosakk an UMNO baik srh bapak ko buat show kat persidangan nanti ..hhahahha

Anonymous said...

Mukhriz pengkhianat bangsa!Sanggup mengorbankan bangsa demi kuasa!

Anonymous said...

mukriz pengkhianat bangsa...................bangsa melayu tidak memerlukan orang macam Mukriz ni

Anonymous said...

Apa bangsa pon tak perlukan Mukhriz!! dia ingat ni politik macam zaman BAPAK dia, retorik je lebih. Pi mampuih la!!!

Anonymous said...

MUKHRIZ LELAKI BOTAK YANG TAKDE TELUR!!!HARAP ANAS GORGON JE JILAT PUNGKUK DIA.NYAH LU ORANG DARI UMNO!BOTAK DAN GORGON PASANGAN YANG GERENTI SIAL

Anonymous said...

dua2 bangang....
xyah bising...
memang bangang dua2...
dua2 mau kasi melayu jatuh

Anonymous said...

mukriz ni perangai dia cukup tak matang dan macam budak2 la.Bergaduh panggil bapa.Eh mukriz mana telur ko ha

Anonymous said...

hahahaha...dia baik le sikit daripada engkau orang yg asyik dok buat dosa maki hamun dia kat cni.. Lagi banyak engkau orang maki dia lagi tinggi Allah angkat darjat dia sebab tak bersalah, cian la kat engkau orang semua ni, pathetic lot, hahahah..at least si Mukhriz tu ada gak kejayaan sendiri, tak kira le ape kau orang nak tuduh pun, dia successful..tp yg menyalak kat blog ni...hampaih pun tak de, hahahahaaaaaa..mutal punya manusia..moga2 Allah mengampuni dosa2 aku dan juga engkau org... :P

Anonymous said...

teloq dia atas muka hang la adek hisyam oii...hahahaha..bengap punya adek hisyam..hraggg tuuiii...ni la bangsa melayu bodoh, buta hati dan buta perut,hahahaa... pastu ada yg guna nama diri sebagai anjing dan nak kata kat org pulakkk...dah la pakai nama anjing yg menunjukkan kehinaan diri sendiri... jadi anjing peliharaan siapa ekk si ANJING tu...kata jijik nak tenguk orang tapi nama gelaran diri sendiri sebagai anjing lagi menjijikkan..hahahah...mentaliti yang datang komen ni low class...full of vengenge.. who let the dog out, wof..woof..woof...anjing?? hahahaha..perangai cam anjing gak la tu...cian and cedey nye...tst...tst...tst...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP