BEKAS RAKSASABN RAKUS ANWAR MEMALAM SEMUA...
Tuesday, March 25, 2008
Hari berganti malam. Setiap detik waktu yang pergi, umpama kuasa melepasi genggaman Mahathir. Muka-muka baru di persada Kabinet memberi impak positif kepada Abdullah Badawi. Shabeery Chik dan Ismail Sabri, muka baru Pahang telah memberi pengiktirafan kepada bloggers. Tokoh korporat seperti Zaid Ibrahim dan Datuk Amirsham menarik hati rakyat. Perlantikan Tan Sri Mohd Taib dan kenaikkan pangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin menguatkan Abdullah Badawi didalam UMNO.
Pakatan Mahathir mula kelihatan rapuh. Mukhriz hampir memusnahkan segalanya apabila kredibilitinya sebagai pemipimpin dipersoal dalam mengendalikan PC mendesak perletakan jawatan Presiden. Bayang-bayang Hishammuddin yang mungkin tidak akan berganjak dari kerusi Ketua Pemuda juga merumitkan lagi keadaan.
Team "Krisis" yang dikepalai oleh beliau tetapi bermukakan Tengku Razaleigh mula menunjukkan keretakan. Tengku Razaleigh sepatutnya hanya memanggil EGM dan tidak mengumumkan hasratnya untuk menjadi Presiden. Pencalonan 60 Bahagian adalah mustahil untuk Tengku Razaleigh pada masa awal ini. Walaupun Tengku Razaleigh bukan orang baru dalam UMNO, krisis diluar jangkaan ini telah meranapkan percaturan awal mereka. Mahathir telah menyarankan kepada Tengku Razaleigh bahawa dia patut menjelma hanya pada saat-sat akhir, ketika UMNO benar-benar berpecah. Tetapi Tengku Razaleigh mula cemas melihat kejayaan gerak geri Abdullah Badawi. Tengku Razaleigh mula bercita-cita menjadi Presiden UMNO sejak dia menjadi naib presiden UMNO pada tahun 1975 lagi. Memang tidak dinafikan bahawa Putera Kelantan ini merupakan pilihan Tun Razak dan Tun Hussein sebagai penyambung mereka tetapi kerana usianya yang terlalu muda dan statusnya yang masih tidak berkahwin, mereka terpaksa memilih anak Kedah yang amat agresif dan kurang ciri-ciri Melayu, Dr Mahathir Mohd untuk 'memegang' jawatan Presiden untuk dua penggal.
Tengku Razaleigh menguji pengaruhnya apabila beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, berhadapan dengan Tun Musa Hitam. Beliau terkejut apabila dikalahkan dengan mudah. Musa Hitam menang dengan 205 undi. Dari situ, dia mula mengesyaki Tun Mahathir mempunyai agendanya sendiri. Nafsu Mahathir menjadi Presdien tidak akan puas selama dua penggal. Tun Mahathir telah menggunakan pengaruhnya untuk menguburkan Tengku Razaleigh. Mahahtir percaya Tun Musa lebih mudah dikawal dari Tengku Razaleigh. Justeru, pada tahun 1987, dipandu oleh nafsu, Tengku Razaleigh mengisytiharkan perang yang paling dasyhat dalam sejarah UMNO. Mahathir berjaya mengekang kemaraan Tengku Razaleigh tetapi perperangan ini telah meretakkan institusi UMNO dan mengakibatkan perpecahan kepimpinan dan akar umbi melayu.
Bertahun-tahun kemudian setelah jelas rakyat Melayu semakin menolak Semangat 46, Tengku Razaleigh berkompromi dengan Mahathir. Mahathir membiarkan Tengku Razaleigh masuk kedalam UMNO kerana dia sedar kedudukannya tidak boleh lagi dicabar. Namun, dia memerlukan seorang yang berpengaruh selain dari Najib untuk membayangi gerak geri bintang muda UMNO yang diasuhnya sendiri, Anwar Ibrahim.
Kenaikan Anwar Ibrahim di dalam UMNO berbeza dengan Tengku Razaleigh. anak emas Mahathir ini telah bertanding dan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan mudah. Aktivis Universiti ini menempah nama setelah ditahan dibawah ISA pada tahun 1974 selama 20 bulan. Anwar Ibrahim mengambil hanya lebih kurang 10 tahun untuk naik ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Tetapi lonjakan Anwar ini tidak disenangi oleh Mahathir dan orang kananya termasuk Sanusi Junid dan Daim Zainuddin. Bagi Mahathir, keputusan Anwar untuk mencabar kedudukan Tun Ghafar Baba, seorang Timbalan yang taat dan telah membantunya mengalahkan paksi Tengku Razaleigh- Musa Hitam pada tahun pemilihan 1987 melambangkan persahabatan mereka diambang kekeruhan. Apabila Anwar mula menaikkan penyokongnya, Team Wawasan seperti Tan Sri Mohd Taib, Tan Sri Muhyiddin, Najib Tun Razak, Zahid Hamidi dan Siti Zaharah di dalam pucuk pimpinan UMNO. Politik UMNO Anwar tamat riwayatnya apabila dia membelakangi dasar Mahathir ketika menjawat Pemangku Perdana Menteri selama dua bulan.
Pada tahun 2006, dua tahun selepas Abdullah Badawi mendapat mandat yang besar dari rakyat, Mahathir telah bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi menubuhkan "Team Krisis". Perjumpaan bersejarah ini dirancang oleh Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tengku Mahaleel anak Kelantan yang rapat dengan dua bekas gergasi UMNO ini. Mahathir amat kecewa akibat projek rakan-rakannya dihalang oleh Abdullah Badawi manakala Tengku Razaleigh melihat ini sebagai peluang terakhirnya untuk menjadi Presiden UMNO.
Dimana Anwar Ibrahim dalam pakatan ini?. Anwar yang pada mulanya tidak menyerang Abdulah Badawi dengan harapan dia akan dapat masuk ke dalam UMNO mula berasa kecewa dengan tingkah laku Abdullah Badawi. Musuh lamanya ini menghalangnya daripada masuk kedalam UMNO untuk melahap Najib Tun Razak. Anwar mula mencari jalan lain untuk memuaskan nafsunya.
Tengku Razaleigh telah mengemukakan idea membawa Anwar dalam "Team Krisis" bagi meluaskan pengaruh mereka dan menguatkan pembangkang. Walaupun ramai yang menyangka calon pilihan mereka untuk menggantikan Tengku Razaleigh pada 2011 kelak adalah anak mentor mereka, Najib Tun Razak, tetapi pada hakikatnya, kedua-dua mereka pernah merasai pengkhianatan politik Najib. Tengku Razaleigh telah ditikam dari belakang pada tahun 1987 manakala Mahathir telah dibelot oleh Najib dalam pertelingkannya dengan Abdullah Badawi.
Persefahaman yang dibentuk oleh "Team Krisis" ialah untuk menamakan Anwar sebagai Presiden UMNO selepas Tengku Razaleigh. Antara isu utama yang berjaya diselesaikan ialah tiada tindakan terhadap Mahathir dan keluarganya ketika Anwar berkuasa. Bagi memastikan ini berjaya, Mukhriz akan dijadikan Ketua Pemuda dalam pemilihan tahun ini dan menjadi Naib Presiden pada pemilihan 2011. Anwar akan mengangkat Mukhriz sebagai Timbalan Presiden untuk dua penggal sebelum obor kepimpinan dikembalikan kepada keluarga Mahathir.
Fasa I operasi persefahaman ini digerakkan oleh Mahathir dengan menyoal kepimpinan Abdullah Badawi di kalangan rakyat melalui media massa tempatan dan Internet. Mahathir menguatkan operasinya dengan menimbulkan isu-isu ekonomi melalui tokoh-tokoh ekonomi Cina yang dinaikkannya sepeti Robert Kuok, Lim Goh Tong, Vincent Tan dan Quek Leng Chan.
Fasa II melihat Anwar Ibrahim menggabungkan pembangkang dan menggunakan hujah-hujah Mahathir sebagai bukti kelemahan Abdullah Badawi. Harapan mereka ialah untuk membuat satu krisis kepimpinan dengan kekalahan Barisan Nasional di peringkat negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kekalahan negeri Pulau Pinang cukup untuk melihat ahli UMNO mengesyorkan undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi. Tetapi operasi mereka ini lebih 'berjaya' daripada apa yang mereka sangkakan. Tidak terlintas pada mereka bahawa pembangkang akan memenangi 82 kerusi Parlimen serta negeri Selangor dan Perak. Ini telah menjejaskan perancangan mereka kerana pembangkang kini terlalu kuat. Mereka tidak mahu melihat Barisan Nasional tidak lagi releven kepada rakyat. Ini akan menidakkan perancangan peralihan kuasa mereka.
Fasa III sepatutnya melihat Mukhriz, Razali Ibrahim, Rafidah Aziz, Ghani Othman, Khir Toyo dan Tengku Razaleigh mula mengasak kepimpinan Abdullah Badawi. Namun, krisis yang diluar jangkaan ini telah memaksa kepimpinan UMNO bersatu dibawah Abdullah Badawi. Desakan Mukhriz dan Tengku Razaleigh semakin tidak menjadi. Pucuk pimpinan pusat dan negeri bersatu dibawah Presiden kerana khuatir perpecahan akan hanya melemahkan lagi UMNO.
Namun, masalah pakatan Team "Krisis" ini lebih besar. Kebangkitan Anwar Ibrahim yang mungkin mahu menjadi Perdana Menteri lebih awal, diluar payung UMNO sudah tentu akan membelakangi Tengku Razaleigh dan Mahathir. Persefahaman Mahathir dan Anwar Ibrahim menjadi tanda tanya yang paling besar. Keluarga Mahathir di dalam keadaan bahaya. Anwar tidak lagi memerlukan pengaruh Mahathir mahupun Tengku Razaleigh. Usaha Tengku Razaleigh untuk berhubung dengan Anwar tidak lagi dilayan. Anwar telah mengarahkan orang kananya YB Azmin Ali dan YB Nik Nazmi supaya tidak lagi melayan panggilan dari Tengku Razaleigh.
Anwar semakin hari kelihatan seperti keris yang makan tuan. Tetapi dalam politik, tiada yang pasti. Mungkinkah harapan Tengku Razaleigh menjadi Presiden UMNO dan harapan Mahathir untuk meneruskan dinasti keluarganya menjadi catitan sejarah kegagalan sahaja?.
27 comments:
Hahaha!. Terkena sudah Mahathir dan Ku Li..ha apa lagi blah la dari Malaysia. Silap silap Anwar masuk je kuasa, korang semua masuk Kamunting!!!
REFORMASI!!!
sebenarnya semua pon tak lepas, abdul hadi ke, anwar ke, lim kit siang ke, mahathir nanyuk ke....semua tak lepas.
peh dasyat betul dinasti Mah Hat Thir ni. Anjing betul mamat ni.Dia la rupanya dalang segala2nya.Patut la ramai gila apek2 cina jaga dia.Rupa2nya dia la kurap bg org Melayu.Patut sayang sangat org Cina dkt dia.Silap2 dialah punca peritiwa 13 Mei ni.Cilaka betul.
Mahathir anjing
susah nak percaya.
kalau betul Mahathir ade persefahaman dengan Anwar, what about KJ and Anwar links?
Mahathir memang membenci Anwar sampai sekarang, sampai berikrar Anwar tidak akan jadi PM.
tak mungkin Anwar-Mahathir bergabung.
then, why did Pak Lah release Anwar in the first place?
betul la, tapi aku pon tau dalam politik ni apa saja mungkin terjadi. Tengoklah Ku Li dengan Mahathir..dulu musuh ketat. La ni, kawan baik...
Aku percaya ada kemungkinan Anwar dan Mahathir bergabung...lagipun Mahathir yang tamak tu sure dah gol bila Anwar jadi Perdana Menteri...
mahathir ni tahi pun dia sanggup makan.janji dia dapat apa yang dia nak.
arghhhhhhhhhhhhhhhhh.bengang betul aku dengan mahathir ni.patutlah org PAS panggil dia Maha Firaun
mahathir dan mukriz sama2 banjingan
Mana sama...Mahathir kurang-kurangnya ada telur. Mukkhriz telur kat kepala je lebih. Sundal!
telur direbus dan dah jadi tembelang ha ha
memang semua ni konspirasi....combine n destroy
tp aku percaya pak lah pun ada plan....setakat plan yg aku baca ni,
aku rasa aku akn guna masa aku lawan main guli....sbb konspirasi geng diaorg ni tak matang.simpan dlm almari jer la...
kita semua harus menyokong paklah..kerana dia adalah ketua kita..mengapa perlu mahathir menyibuk..
klu bagi nasihat boleh di terima..
mahathir lah punca segala2 nya perpecahan..
mahathir tua nyanyok tak sedar diri
apesal die bodoh sgt ngaku salah die penjarakan anwar
wahai Mukhriz..
ape kena nye kau ni..
apekah sudah nyanyuk spt bapak kau juga...
byk2 laa bristifar..baca quran..
tajamkn pemikiran kau dulu..
brulah berkata2...bmp
tun mahathir..
kami sedar pucuk pempinan mu dahulu hebat..
pelbagai dasar mu membina negara spt yg ade skrg..
tp khidmatmu tidak diperlukn lg..
sudah tiba masanye kamu brundur diri..dan berdiam diri..
menghadap ilahi utk prsiapan diri akhirat nanti lebih afdal menanti mati..
ajaklah ank2 mu Mukhriz..Mokhzani dan Marina itu brtaubat sekali..
Amin..
hahahahhaha! aku rasa konspirasi ni paling bodoh pernah pernah aku tgk...
mcm konspirasi level nak dpt jawatan pengerusi ketua-ketua penipu dan perosak bangsa ...bodoh.!ikut la telunjuk Tun ngan mukhris.keluarga tak pernah puas dgn kuasa.merosakkan kan bangsa lagi ada la.nak jadi hero konon.
wey apasal korang usik bapak aku ha.....aku buat semua konspirasi ni atas usaha aku sendiri tau...aku nak jd perdana menteri ganti Pak Lah.bapak aku tu bukan pandai sangat nak ber politik....power lagi aku berpolitik....abah aku tu dah la nyanyuk..paham2 la skit.jgn la marah die... die bosan dok kat umah tu....
OWNER OPCOM
Mukhriz pemimpin?. Pemimpin pondan ada la
mukriz gila............mahathir nak mampus.................
arghhhhhhhhhhh.boring korg ni.apa kata kita tak yah layan lagi blog2 haram ni.semua sama ja.ko hentam aku aku hentam ko.sebagai org muda yang inginkan keseronokkan duniawi jom ikut aku persatuan muda mudi.........ini9 semua kerja org gelap mata dunia duit semua ni.buat kita nak masuk campur.kita dah musnahkan zaman muda kita beb..........
aku nak join kelab muda mudi, tonggang terbalik,gadai bangsa agama dan negara!. Lepas tu kita ramai ramai pergi jumpa doktor tukar fesyen muka ikut Ketua Pemuda baru Khir Toyo.
che det lu memang power la.macam ni la kita nak.huahuahua......................sporting gila........
Adakah Anwar bakal menjadi Perdana Menteri?, Dr. Mahathir berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan seseorang yang pandai bercakap.
Beliau berkata, negara Barat suka sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kerana beliau akan mendengar cakap pihak berkenaan.
‘‘Dia (Anwar) buat nama saya cukup teruk kononnya saya menyebabkan dia dibuang di dalam jel, itu adalah propaganda dia,’’ katanya.
Tun Mahathir Utusan Malaysia 31 March 2008
hahahaha!
blah ar anwar.
klu para blogger nak tau.
anwar nih cilik.
tp dia silap.
masih ada bakat muda yang lagi cerdik.
seperti saudara KJ.
lantang dan intelek!
teruskan usaha YB KJ!
Yahh! Hidup YB KJ! kita lanyak Mukhriz di medan perang!
Post a Comment