Udang RAKSASA Disebalik BATU!!!! (SOLD = USD25,000)

Tuesday, March 18, 2008




Fajar mula menyinsing pagi. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seperti melambai malam Sabtu yang penuh bersejarah itu. Namun di perkarangan mahligai di Mines, bekas Perdana Menteri ini tidak dapat lena. Keputusan Pilihanraya yang diluar jangkaan seluruh Malaysia sebaliknya seperti skrip hasil karya Mahathir sendiri. Tetapi Mahathir tidak dapat berhenti berfikir. Kekalahan negeri-negeri termasuk Selangor dalam jangkaanya, tetapi kekalahan 81 kerusi Parlimen tidak sama sekali dirancang. Dia hanya menabur benih usaha untuk Barisan Nasional kalah dalam satu sahaja kerusi Parlimen – di Negeri Sembilan. Tetapi kerusi itu dimenangi calon BN dengan 5,000 majoriti.



Orang kuatnya di Negeri Sembilan menghampakan. Namun dia masih menaruh harapan tinggi kerana watak-watak lain di dalam skripnya antaranya Dato' Shafie Apdal yang berjaya menaikkan harga minyak, rakan kongsinya Robert Kuok yang berjaya membuat isu gula berjaya memainkan peranan masing-masing. Tengku Razaleigh, calon Presidennya sudahpun memulakan gerakan meresapi semua bahagian di seluruh tanahair.



Keputusan kerusi Parlimen yang mengejutkan itu memaksa segala perancangan yang diatur diawalkan. Perancangan bulan Ogos yang telah diperinci dengan begitu oleh mendalam oleh pasukan UMNO-Mahathir terpaksa diubah suai. Menanti detik Perhimpunan Agung UMNO untuk membuka langkah perang bukan lagi pilihan yang munasabah. Musuh abadi beliau, Dato' Sri Anwar Ibrahim sudah tentu bersiap sedia menaiki jetnya menuju ke negeri dibawah bayu dan bumi kenyalang. Mahathir sudah berhubung dengan Leo Moggie melalui telefon bimbit, tetapi tidak ada kata putus yang diberikan. Mahathir amat khuatir anak didiknya Tan Sri Taib Mahmud mempunyai agenda kuasanya sendiri. Kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak merupakan piala yang menjadi rebutan kedua-dua pihak.



Jika Mahathir tidak dapat lena pada hari Ahad, hari Rabu membawa lebih banyak keresahan kepada gergasi usang ini. Pelan untuk mempercepatkan perletakan jawatan Abdullah Badawi nyaris dimusnahkan oleh Mukhriz. Mahathir sudah bersedia untuk meneruskan usahanya menjatuhkan Abdullah Badawi tanpa Mukhriz tetapi anak emasnya Mokhzani dan Tengku Razaleigh berjaya memujuknya untuk memberi Mukhriz peluang kedua. Jika Mokhzani berani memujuk Mahathir demi silaturrahim adik kandungnya, Tengku Razaleigh memerlukan khidmat Mukhriz untuk membawa sokongan Pemuda dalam gagasan baru beliau untuk menggulingkan Abdullah Badawi.



Negeri Sabah dan Sarawak bukan medan pertempuran kegemarannya. Abdullah Badawi mempunyai pengaruh yang kuat disebabkan oleh pelan Koridor dan SCORE. Dia perlu memecahkan pengaruh Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim di negeri-negeri ini. Mahathir sekadar mampu mengamanahkan panglimanya Tan Sri Abdullah Ahmad untuk mengetuai dialog dengan Tan Sri Taib Mahmud. Kedua-dua Tan Sri ini merupakan kenalan rapat yang sama-sama berkecimpung dalam dunia politik diera Tun Razak. Namun Mahathir tahu, Taib tidak mementingkan duit berkayan-kayan, semua itu sudah diraih oleh Taib di era Mahathir lagi, sama seperti beliau, Taib sedang merangka kesinambungan legasi dinasti Taib menerusi anaknya, Suleiman, ahli Parlimen Kota Samarahan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pelancongan.



Tetapi desas desus politik mengatakan Anwar dapat menjanjikan portfolio Kewangan untuk Suleiman. Tengku Razaleigh yang terpaksa memuaskan nafsu ahli UMNO hanya dapat memberi Suleiman portofolio yang jauh lebih kecil seperti Pertanian ataupun Penerangan di dalam rombakan kabinet selepas Perhimpunan Agung UMNO kelak.



Di Sabah pula keadaan lebih genting. Anwar sememangnya ikon di Sabah. Berbilion wang ringgit telah digugurkan oleh Anwar pada tahun 1993, ketika UMNO Sabah mula terbentuk. Jeffrey Kitingan mempunyai pengaruh yang masih kuat dikalangan ahli ahli Parlimen di Sabah, termasuk mereka yang berada dibawah sepanduk UMNO. Bisikan politik Sabah, adik Ketua Menteri semakin tertekan setelah tiga penggal menjadi Timbalan Menteri. Ketika Anwar menjadi Pemangku Perdana Menteri, hampir 100 ribu warga Sabah hadir di Kota Kinabalu untuk memberi penghormatan kepada beliau. Justeru, setiap gerak geri Pairin dilaporkan terus kepada Mahathir. Sekali lagi Mahathir menaruh harapan penuh kepada kudanya Dato Shafie untuk menguruskan negeri itu. Keadaan dikeruhkan lagi kerana hubungan intim Abdullah Ahmad Badawi dengan Ketua Menteri Musa Aman dan Pairin Kitingan. Jika ahli Parlimen UMNO dan PBS tidak membelot sekalipun, undi mereka bukan untuk Tengku Razaleigh.



Semalam Anwar mengumumkan yang beliau memang berhubung dengan pemimpin politik Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak. Gambar beliau terpampang dihadapan majalah-majalah dunia seperti Newsweek dan lain-lain. Momentum penghulu Barisan Rakyat ini semakin menarik perhatian ramai penduduk Malaysia. Walaupun ramai dikalangan UMNO memilih untuk bertumpu kepada politik dalaman, Mahathir lebih matang. Dia sedar Pilihanraya Kecil yang bakal berlansung di Permatang Pauh pada 15hb April kelak mungkin menyaksikan kemunculan Perdana Menteri pertama di luar UMNO di dalam Parlimen.



Mungkinkah wayang politik yang sedang dimainkan atas pentas UMNO ini tidak lagi releven sedikit masa kelak?


6 comments:

Anonymous said...

Itulah, aku dah kata buang masa aje layan orang UMNO ni!!

buang masa aje perang sana sini bunuh sama sama. dari dulu lagi macam ni. cuma dulu Anwar dalam UMNO.

tak payah la nak buang masa. Baca suratkhabar la, Anwar dah dapat Ahli parlimen barisan

kamu semua la rasa hidup jadi pembangkang

UMNO pukimak bodoh!

Anonymous said...

UMNO atau United Malays National Organisation atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu merupakan sebuah pertubuhan Melayu yang merupakan cetusan Dato’ Onn Jaafar dalam mempertahankan bumi berdaulat daripada ancaman Malayan Union demi mempertahankan daulat keistimewaan bangsa Melayu. Pelbagai liku dan rintangan dihadapi pemimpin Melayu ini, dalam usaha mendaulatkan bangsa Melayu amnya dan khususnya Tanah Melayu. Perjuangan ini memerlukan semangat dan pengorbanan serta sokongan tidak berbelah bagi dikalangan bangsa Melayu itu sendiri. Pada ketika itu gelombang kebangkitan bangsa Melayu untuk mempertahankan tanah air sendiri bukan sahaja wang ringgit dan harta benda menjadi taruhan malahan sehingga ke titisan darah.
Ahli UMNO kini perlu bersyukur kerana tidak lagi perlu berbuat demikian.Malahan tidak terlintas langsung untuk bergodak gadai segalanya seperti mereka yang dahulu. Perjuangan UMNO sekarang jauh berbeza jika dibangdingkan dengan perjuangan UMNO sebelum ini. Semangat dalam parti terus lesu dan terus. Kepimpinan yang ada terus dikotak katikkan. Ini semua kerana Melayu telah bertindak berasaskan nafsu dan bukannya rasional akal fikiran.Kepentingan peribadi telah menjadi ukuran perjuangan. Saya begitu terguris dan kecewa dengan senario yang berlaku. Penat lelah dan pengorbanan Bangsa Melayu terdahulu telah dinafikan dan dimatikan ke dalam alam barzah. Kenapa UMNO menjadi begini? Wahai Mahathir kenapa perlu ko buat begini? Dimanakah letaknya akal sebagai seorang ahli UMNO?Sedih...............Wahai Bangsa Melayu,bangsa yang kuat adat tatasusilanya kenapa kita harus membiarkan kepimpinan kita diporak perandakan.Wahai Mahathir cukuplah ko merosakkan parti keramat ini jangan pula ko mencorakkan badut ko(Mukriz) untuk memusnahkan UMNO.Bertaubat dan kembalilah ke pangkuan yang benar demi mendaulatkan Bangsa Melayu.
Wahai Bangsa Melayu kronologi yang ingin saya ceritakan ini merupkan kejadian yang benar dan untuk kepentingan bersama.Niat saya bukannya untuk mengeruhkan keadaan tetapi ingin memperbetulkan keadaan agar UMNO tidak terkubur di tangan orang yang berkepentingan peribadi seperti Mahathir(Maha Firaun) dan anaknya Mukriz. Kronologi-kronogi adalah merupkan fakta sejarah dan sempat dilalui saya.

Tanggal 16 Julai 1981, Dato Seri Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah di Istana Negara mengantikan Tun Hussien Onn. Maka,pada saat dan ketika itulah sekeping kertas putih(MALAYSIA) telah dicorak mengikut kepala otak Maha Firaun. Pada peringkat permulaan itu, dia memerlukan seekor kambing hitam yang boleh ditarik hidungnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.Akhirnya Maha Firaun telah menemui seekor kambing hitam yang layak untuk memegang jawatan Timbalannya.Kambing Hitam yang dimaksudkan itu ialah Tun Musa Hitam.Kesian Si Kambing Hitam..........Namun, kambing belaannya itu tidak dapat bertahan lama.Ini kerana kambing yang dilantiknya bukan sesangka jangkaannya.Kambing hitam ini sudah pandai keluar daripada kandang dan sudah pandai lawan tuannya.
Pada 29 Febuari 1986, kambing hitam ni tidak dapat bertahan dengan karenah tuannya yang melampau.Kambing hitam telah menulis sepucuk surat untuk meletak jawatan daripada menjaga kawan-kawan kambing yang lain.Kesian kambing hitam ni,seperti abu di atas arang atau minta tanduk kepada kuda.

Pada 7 Mei 1986, Ali Baba atau Pak Cik Ghaffar Baba pula menganti kambing hitam yang lari meninggalkan kandang. Ali Baba telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kedua yang bakal senasib kambing hitam.
Pada 24 April 1987,merupakan tompok hitam dalam lukisan pemerintahan Maha Firauan.24 April 2987 sentiasa bermain dalam kotak pemikiran Maha Firaun yang menyebabkan isterinya Tun Asmah tidak dapat tidur lena disebelah Mahathir.Ini disebabkan sejak hari tu, Maha Firaun selalu bermimpi dan mengingau nama Tunku Razaliegh.“Jahanam ko Ku Li,Mampus Ko Ku Li,Cilaka Ko Ku Li, dll“ Asmah sering mengadu kepada anak kesayangannya Mukriz.Slumber je dia jawab, Ala relaks la mama, itu adalah seni yang papa cuba dodoi mama.Mama patut pelajari seni.Asmah terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya yang sorang ni memang meminati bidang seni. Tarikh ni tak dapat dilupakan Mahathir kerana dia hampir kalah kepada Tengku Razaliegh(Ku Li)pada Perhimpunan Agong UMNO.Dia hampir tertirap di muka Ku Li dengan manjoriti 43 undi.Tragedi ini bukan tamat di Perhimpunan Agung UMNO kali itu.Ini berikutan kumpulan 12 ahli UMNO yang begang dengan Mahathir dan membawa kes ini ke mahkamah tinggi.Pada saat dan ketika ini merupakan saat hitam untuk ahli-ahli UMNO kerana Hakim Dato Harun telah memutuskan UMNO merupakan pertubuhan yang tidak sah.Ini merupakan pukulan,tamparan,penerajang yang hebat buat UMNO.Ini adalah disebabkan dan berpunca dari Mahathir jugalah.
Pada ketika ini, kalau pada ketika itu maka dialah calon pelakon terbaik yang boleh mengalahkan Senimanan P. Ramlee. Menangis sana,menangis sini seperti mana dia umum perletakkan jawatannya di Perhimpunan Agong UMNO lah.Peh....rugi sapa tak tengok babak tu.Rugi gile beb........Sepatutnya Mahathir dibunuh ja pada ketika itu.Bayangkan titik peluh dan pengorbanan Bangsa Melayu telah musnahkan. Bangsa Melayu pada ketika itu tidak mempunyai pertubuhan yang boleh membela nasib mereka. Nasib baiklah UMNO dibenarkan semula. Tetapi sejarah hitam ini dilupakan begitu sahaja oleh bangsa Melayu. Pengkhianat bangsa ini selamat kerana Melayu.
Wahai bangsaku, Maha Firaun inilah pengkianat no 1 UMNO. Dia patut dibuang dari parti sejak duhulu lagi. Dialah punca parti keramat kita hampir terkubur dan terkubur. Nasiblah pada ketika itu bangsa Melayu kuat. Parti keramat kita dikembalikan.

Pada,15 Oktober 1993 Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan Perdana Menteri. Kesian Ali Baba.............Berdiang di abu dingin dan terpegang abu yang panas . Tiada siapa pun tolong ali baba ni.sudahlah dibuang dari kerajaan Maha Firaun seperti jatuh di timpa tangga.
Pada 1 Disember 1993 merupakan kenangan paling manis bagi manusia bermakna Anwar Ibrahim. Hahahaha...............gelak besar diaorang ni.Pak Sheikh naik kerajaan maa.Kali ni giliran Pak Sheikh gundik Amerika Syarikat mula nak sebar sayap.Pak Sheikh mula terbang,hinggap di Amerika syarikat disebarkan karpet merah.............Bangga............Tapi peperangan antara Amerika Syarikat Vs Jepun dan Korea mula berlaku.Strategi peperangan mula diatur............Akhirnya Jepun menang besar dengan Amerika Syarikat. Kalau koorang nak tengok gambaran yang lebih real,koorang tonton Filem Pearl Habour.Memang mantap filem ni. Saya tengok 5 kali dipawagam dan 15 kali cd.....memang kagum kehebatan akal jepun ni mejangkaui akal fikiran kaum Yahudi. Akhirnya Yahudi dipecat dari kerajaan Malaysia tanggal 2 September 1998.


Pada 31 Okt 2003 maka berakhirlah pemerintahan Kerajaan Firaun........................

Anonymous said...

Nama seperti Ghafar Baba, Sanusi Junid dan Ibrahim Ali pernah akrab dengan Anwar tetapi akhirnya menjadi musuh politik beliau di dalam UMNO. Anwar bukan sahaja tidak percaya sekutu politik tetapi juga kawan yang berada dalam satu parti politik.

Memang benar politik serba mungkin. Jika tidak mana mungkin Saad Man (Setiausaha Politik Dr. Mahathir) mensabotaj borang pencalonan Dr. M pada 1999. Dan Tidak perlu kita menyalahkan Anwar dalam hal ini. Tindakan beliau "membunuh" karier politik Ghafar Baba dan Sanusi Junid sekadar membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin muda yang hebat.

Encik Abdul Ghafar Baba

Encik Abdul Ghafar Baba merupakan bekas seorang guru bukanlah anak kecil dalam politik. Beliau terbabit dalam banyak misi penting UMNO dan Kerajaan. Apabila Musa Hitam berhenti menjadi Timbalan perdana Menteri. En Ghafar Baba dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau kemudiannya menang jawatan Timbalan presiden UMNO pada 1987.

Beberapa bulan sebelum Pemilihan Agung UMNO 1993, Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan mencabar En. Abdul Ghafar Baba, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

"Beliau Seperti Bapa Kepada Saya." Demikian Anwar merumuskan hubungan beliau dengan Ghafar Baba sewaktu membuat pengumuman untuk tidak mencabar Ghafar bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993.

Limpahan Kurniaan Anwar

Namun, dalam masa yang sama Anwar telah pun mengumpul pasukan di setiap negeri. Di Kedah misalnya, hampir setiap Ketua Bahagian dipanggil berjumpa Anwar secara sulit. 90% Ketua Bahagian di Kedah ketika itu menerima imbuhan yang amat besar dari Anwar serta janji akan dilantik Menjadi Menteri Besar jika mereka mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Terdapat segelintir yang menolak tawaran dan imbuhan Anwar seperti Datuk Wan Azmi (EXCO Kanan Kedah ketika itu) kemudiannya "dilanyak" Anwar secukupnya selepas beliau menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Wan Azmi hilang jawatan EXCO. Anwar juga menggunakan segala jentera dan kekuatan pengaruhnya untuk memastikan Hamid Othman menang Ketua Bahagian Sik kemudiannya.

Manakala Sanusi Junid yang terang-terangan menyokong Ghafar Baba, diberi pengajaran secukupnya kemudian.

Di Sabah juga hampir keseluruhan Ketua Bahagian mendapat imbuhan bernilai jutaan ringgit dan janji untuk mendapat jawatan Menteri dan Ketua Menteri.

Hakikatnya, Anwar berjanji kepada hampir sebahagian besar Ketua Bahagian untuk dijadikan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri. Mereka diingatkan supaya jangan memberitahu orang lain atau peluang mereka akan terjejas. Hampir tiada sesiapa yang tahu bahawa kesemua mereka dijanjikan jawatan yang sama dan tidak mungkin Anwar mampu menunaikannya.

Pada masa ini juga "pink-form" Kementerian Kewangan berteraburan dari Ketua Bahagian, EXCO Pemuda UMNO Negeri-Negeri sehinggalah kepada Ketua Pemuda, Wanita dan AJK UMNO Bahagian. Semuanya menerima durian runtuh. Hampir sebahagian besar mereka tiba-tiba menjadi orang kaya segera dan pemain saham BSKL.

Membunuh "Bapa"

Manakala Ghafar Baba yang ketika itu percaya kepada Anwar bin Ibrahim, tokoh muda pejuang Islam sejak zaman pelajar sehingga ke dalam UMNO, berasa senang dan tidak membuat apa-apa yang perlu bagi mempertahankan jawatannya.

Setelah yakin beliau akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk menang, jentera Anwar mula bercakap-cakap mengenai kekurangan Ghafar.

Antara lain Ghafar dikatakan tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, pendidikan yang tidak tinggi dan UMNO perlu barisan pelapis yang kuat dan muda.

Apabila Mesyuarat UMNO Bahagian bermula, banyak bahagian-bahagian mula mencalonkan Anwar Ibrahim. Ghafar Baba terkejut besar walaupun masih yakin bahawa Anwar akan menolak pencalonan tersebut.

Malangnya Anwar bukan sahaja tidak menolak, malah menggunakan Mat Taib, Rahim Tamby Chik dan Muhyiddin Yassin supaya membuat kenyataan mendesak Anwar bertanding sebagai menghormati kehendak akar umnbi UMNO (yang dicipta oleh Anwar sendiri).

Ketika Ghafar sedar bahawa Anwar sendiri di sebalik perancangan tersebut, segalanya sudah terlambat. Akhirnya Anwar Ibrahim mendapat lebih kurang 143 pencalonan daripada 153 Bahagian ketika itu. Selebihnya milik Ghafar Baba.

Ghafar, Ketua Perhubungan UMNO Sabah tapi hanya mampu mendapat lebih kurang 7-8 bahagian dari seluruh negara ketika itu. Di Sabah sendiri hanya bahagian Tun Mustapa yang mencalonkan beliau.

Ghafar kemudiannya meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Timbalan Perdana Menteri dan juga menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden UMNO pada Oktober 1993.

Akhirnya Anwar menamatkan riwayat hidup politik seorang yang beliau anggap seperti bapa sendiri.

Kekuatan Anwar ialah beliau berupaya meyakinkan orang lain dengan apa yang beliau katakan disamping menyembunyikan perancangan sebenar.

Unknown said...

nak tanya la ni...ikhlas
umno ni perjuangkan hak melayu kan?
kenapa namanya UMNO bukan
PEKEMBAR (Pa, Kaf, Mim, Ba Ra')
jangan tanya apa ada pada nama ye....

Anonymous said...

UMNO dah tak releven la. TAKBIR!!!!!

Anonymous said...

UMNO pejuang hak melayu?. Pergi mampus la. UMNO pejuang hak pemimpin atasan depa ja.Saya seru kepada semua ahli UMNO bersatu tinggalkan parti yang rampas harta kita!

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP