RAKSASA MELAYU MUDAH LUPA!!!!

Saturday, March 15, 2008




Kata-kata hikmah yang mempunyai sejuta makna dalam usaha menyuntik semangat dalam setiap jasad Melayu ini terus kekal di dalam hati sanubari orang Melayu. Melayu memang tersohor di merata dunia dengan sopan santun dah budi bahasa. Melayu bukan berdefinisikan Melayu jika dia tidak pandai mengenang budi dan tidak menghormati orang yang lebih tua darinya.



Begitu juga dengan ahli Parlimen Jerlun , Dato' Mukhriz Mahathir, EXCO Pemuda UMNO yang ketokohannya tidak berbelah bahagi di akar umbi. Kalah dalam pemilihan di kubu kuat ayahandanya, di Kubang Pasu, dia banyak melaksanakan program yang membantu golongan Pemuda Melayu seperti kontinjen 5 orang pegawai khasnya di Palestin, Acheh dan mana-mana bumi yang dirasai patut dipijaknya. Inilah pemimpin pemuda yang diharapkan membawa tanah air ke persada dunia.



Alhamdulillah, di Jerlun pada hari Sabtu, 8 Mac, hanya 50 orang yang sakit, ke luar negara, ataupun ada urusan kerja. 99.85% rakyat Jerlun keluar mengundi. Satu rekod dunia yang pasti sukar diatasi oleh mana-mana pemimpin handalan dunia. Alhamdulillah, terdapat lebih dari 20% pengundi Jerlun yang mengundi Parlimen tetapi tidak mengundi DUN masing-masing kerana mengikut kiraan SPR hanya 78% yang keluar mengundi untuk DUN berbanding dengan 99.85% di Parlimen Jerlun.



Maka dengan niat murni dan ciri kepimpinan yang sama, Wira Melayu ini memanggil sebuah sidang akhbar di Pulau Pinang pada hari Isnin, 10 Mac 2008, sehari bergelar Ahli Parlimen. Dengan pengalaman sehari dan kempen Pilihanraya Umum pertamanya, beliau dengan begitu bertenaga menegur kepimpinan Barisan Nasional, yang terdiri daripada kepimipinan UMNO kerana kegagalan mendapat 2/3 kerusi Parlimen. Yang Berhormat mengenengahkan cara bagaimana UMNO dan Barisan Nasional boleh bangun dari kemurungan 2008. Tetapi ramai dari mereka yang menghadiri sidang akhbar tersebut berasa kecewa kerana mereka diberitahu untuk datang beramai-ramai kerana panglima melayu Jerlun ini akan menggesa Presiden Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan.



Seperti anak ayam yang tidak berhenti berkokok dan seperti lazim anak jantan Melayu, Dato Mukriz sebaliknya mengeluarkan surat yang mendesak Presiden UMNO untuk meletak jawatan. Lazim anak jantan juga, surat yang dikeluarkan ini bukan dihantar secara peribadi kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi dihantar merata-rata melalui faks dan laman web. Ketika Anwar Ibrahim sedang berusaha keras untuk membeli kerusi kerusi Barisan Nasional, harapan melayu UMNO ialah ahlinya bersatu agar apa yang terjadi di Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak lagi berulang di negeri-negeri lain. Tetapi ketika ahli Majlis Tertinggi menetukan strategi perang, mereka diserang hendap oleh EXCO Pemudanya sendiri.



Bayangkan sebuah bahtera perang Melayu yang sedang mara ke pulau pihak lawan, tiba-tiba tersangkut akibat lautan yang bergelora. Di iiringi petir dan kilat malam, keadaan menjadi lebih huru hara, ketika nakhoda sedang menentukan jalan yang paling selamat, Laksamana Mukhriz menikam beliau dari belakang. Tidak menggunakan keris, sepertimana panglima perang Melayu sebelum ini. Tetapi dengan menggunakan anak panah dari hujung kapal. Dan dengan tindakan yang begitu berani, karamlah Bahtera Keramat yang bernama UMNO.



Melayu mudah lupa. Wahai Mukhriz pengkhianat, kata-kata hikmat itu datang dari ayahandamu sendiri. Di mana Dato Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda mu ingin menyembunyikan mukanya sekarang?. Melayu mudah lupa. Karamlah Parti Keramat yang bernama UMNO dengan pemimpin bacul sepertimu.

13 comments:

Anonymous said...

Ala!!!! Ketua pemuda umno bangsawan pengecut. pergi mati lah hisham. dah makan duit mukhriz.


Din Melawati

Anonymous said...

Raksaasass Keris KECIK!!!!!! Sudah la H!!!!! cakap tak serupa bikin, Sama macam tu Keris KJ yang telah tewas!!!!


MAN - Damansara

Anonymous said...

Pemuda UMNO hari ini memang tidak dapat diharapkan. Dari Hisham Keris, KJ koboi dan Mukhriz Anak Bapak. Semua ada masalah. Azeez kaki lobi, Rahman gila kuasa, semua problem!

Semua pergi jahanamla!Sebab tu Barisan kalah...takde siapa yang layak memimpin Malaysia di kalangan Pemuda

Anonymous said...

Memang patut BN kalah - UMNO penuh dgn opportunis ... Bukannya nak sibuk bangunkan UMNO balik, Mukhriz nak tendang2 lagi UMNO semuanya utk kepentingan dia anak beranak .....

Anonymous said...

Alah RAJA BERUK KJ pon sama sahaja.....

Anonymous said...

Bodoh orang Umno ni semua. Gaduh sama sendiri dan ikut skrip yang di
buat oleh Anwar bulat bulat. Anwar serang Najib dalam
Internet dan kononnya cuba hubungi beberapa orang penting dalam Umno.
Ini supaya memberi gambaran yang ada kalangan Umno yang cuba
bekerjasama dengan beliau.
Anwar langsung tidak muncul dalam akhbar supaya Umno tidak serang
beliau. Diam diam beliau drop khabar angin mengatakan beliau akan beli
31 ahli parlimen. Beliau ujudkan
panic dalam Umno menyebabkan Umno hilang punca. Umno tak tahu samada
mereka perlu menyatupadukan parti, kukuhkan pemimpin atau cuba
anticipate langkah Anwar. Tentunya media pimpinan Kalimullah kurang
cerdik. Kenapalah tak tanya Anwar tentang penghapusan DEb? Bukankah
beliau yang buat kenyataan ini. Kami UMNo Keningau ingin menyeru agar
Pak Lah bertindak tegas perkukuhkan parti dengab segera. Kami di sini
berdiri teguh bersama mu. Tapi aku mau tanya mana dia strategis UMNO?

Anonymous said...

Ketua Pemuda UMNO... sedrlah diri. Macam mana melayu nak bersatu? Dalam UMNO ada orang2 macam kau ni. Buat malu melayu jer...

Tak kan melayu hilang di dunia...
HANG TUAH

Tapi melayu akan jatuh kebawah.

Anonymous said...

Sedih lihat UMNO berpecah-belah. Dulu walaupun jatuh.. kita bangun bersama... tapi sekarang... apa dah jadi.. Melayu mudah lupa... tak caya tanya nenek aku.


Hishamudin
Ex-Ketua Pemuda UNNO

Anonymous said...

jika dia tak bersuara begitu, adakah awak rasa awak sanggup bersuara seperti dia? sanggup menerima celaan dan sebagainya? siapa yg mudah lupa? awak atau dia atau pun sebenarnya kita semua ni yg dah terlalu jauh lupa diri... UMNO bukan untuk paklah atau sape2... UMNO untuk bangsa, agama dan negara... kalau dah tak boleh bersuara, ke mana hala tuju bangsa, agama dan negara?

Anonymous said...

Inilah masalah UMNO. Politik diberi keutamaan. Tak tahukah UMNO tidak lagi releven dalam politik negara?.

Parti Keadilan dibawah Anwar Ibrahim akan menghabiskan saki baki UMNO dalam politik Malaysia. Johor pon akan turut tumbang!

Tiada lagi Hishammuddin yang lemah, KJ yang gila kuasa dan Mukhriz yang anak bapak

Anonymous said...

PC Pemuda Negeri Kelantan Dato YB Sazmi Miah Machang yang kecundang lari drpd PC kerana Pemuda Kelantan memberi kepercayaan penuh Kpd Hisham dan KJ. Tak tahu mana lagi gila. Pemuda Kelantan atau Sazmi kroni Mukhriz. UMNO memang makan diri sendiri.

jebonnnnnnnnnnnn.....

Anonymous said...

palam mukhriz....
dah lah botak n tak handsome...
memang dasar darah merosakkan melayu....
ko nasib baik je pak lah bagi ko bertanding...aku hantar org kasi botak kepala ko lagi ...nak tak
aku rase baru ko boleh sedar kot...
kasi licin....mau ka...

Anonymous said...

Langkah…..
Beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti
Tercari-cari
Haluan arah
Yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina,hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimankah ini terjadi
Kerdilnya diri
Bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini
Tindakan bereti tanpa usaha
Jangan leka

Mewah negaraku
Semerbak harumnya renjisan keringat
Oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut
Pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya




Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini
Tindakan beerti
Berusaha,jangan leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabahdapat menbina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya


Wahai bangsaku, mesej ini sudah cukup untuk menyatakan di mana kedudukan Melayu,bangsa kita.
Wahai bangsaku, ayuh...........bangkit............bangun...........jangan kita dibuai mimpi lagi.
Maruah dan martabat bangsa kita perlu dipertahan dan diperjuangkan
Jangan kita lemah dengan apa yang berlaku.Takdir dan dugaan yang berlaku ini adalah musibah bagi kita.Kita bangkittttttttttttt!!!!!!!!!!!!! Dari kesilapan. Perdulikan apa orang kata.Rapatkan saf kita pertahan dan perjuangkan bangsa kita amnya dan khususnya bumi kita MALAYSIA..Kita lanyak haprak-haprak yang sedang merosak dan mempunah binasakan bangsa kita...................... jangan kita biarkan manusia yang ingin menjadi panglima tak bertempat ini. Mereka ini ada matlamat dan agenda peribadi masing-masing.....Kita pertahankan dan memberi sokongan sepenuhnya ke atas kepimpinan bangsa kita yang sedia ada ini.Ayuhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Bangsaku Melayu.


Cetusan Abang TZ

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP