KHIR TERGILA-GILA, MUKHRIZ PUN APA KURANGNYA TAKUT MARTABAT ANAKNDA KEPADA AYAHNDANYA GAGAL ~ Malaysiakini

Saturday, January 31, 2009

Oleh Ainul Sabirin

Walaupun dalam kebanyakan blog dan rencana-rencana dalam blog membidas macam-macam mengenai Khir Toyo yang terlalu menggila-gila hendakkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, jangan lupa Mukhriz Mahathir pun apa kurangnya. Di mana-mana penyokongnya menghentam Khairy yang bukan-bukan buat cerita macam-macam yang tidak berasas.

Nampaknya, dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda ini, Khir Toyo takut dengan Mukhriz dan Khairy hingga sanggup berhabis-habisan dan bermain dengan sumpah laknat pula akhir-akhir ini semata-mata untuk menang. Mukhriz pula takut dengan Khir dan Khairy dengan caranya sendiri memburuk-burukkan dua calon ini melalui agennya menabur fitnah.

Mengata Khir tu memang betullah kerana dah sah memang dia gilakan sangat jawatan itu kerana kalau memang jawatan ketua pemuda barulah karier politiknya akan terus hidup dan dia akan merangkak naik ke atas menggunakan cara yang dia boleh lakukan. Ubah muka pun dia boleh, nak panjat sampai jadi perdana menteri pun dia akan lakukan apa saja.

Mukhriz pula takut sangat martabatnya bertaraf anaknda kepada ayahndanya Tun Mahathir akan jatuh kalau dia gagal merebut jawatan ketua pemuda kali ini. Mukhriz main bahagian atas melobi minta bantuan 'kayangan' supaya dia dapat juga jawatan itu setelah merasakan dia ketinggalan dengan kemampuan Khir berhabis-habisan untuk menang dan Khairy pula semakin menyerlah dengan kebernasan mindanya.

Manakala agen-agennya terus menerus menanam perasaan benci orang ramai tidak kira perwakilan mahupun siapa saja walaupun di tahap waiter coffee house, waiter bar, pekerja kilang, kaki tangan kerajaan kononnya bila Khairy dapat pegang jawatan ketua pemuda UMNO nanti, dia akan jual Malaysia.

Mujurlah Sime Darby tidak jadi beli equiti IJN. Kalau tidak, ia akan jadi gah Khairylah yang suruh beli. Walaupun Khairy terkejut dengan tuduhan itu nampaknya ketika menjawab tuduhan menafikan beliau terlibat, tetapi bayang-bayang Khairy pun orang boleh buat cerita macam-macam.

Walaupun Khairy itu menantu Pak Lah, beliaulah antara yang memberi komen peralihan kuasa hingga bulan Mac itu adalah terlalu lama yang selari dengan pemimpin-pemimpin lain yang mengecam tempoh lama itu. Benarlah apa yang beliau jangkakan bahawa selagi belum sampai tarikh pemilihan ini, semakin banyak masalah timbul.

Tidak boleh siapa nafikan Khairy pun mahukan jawatan ketua pemuda yang bakal Hishamuddin tinggalkan. Tetapi tidak nampaklah menggila-gila sangat beliau mengecam calon lain. Malah beliau selalu menyebut dalam mana-mana forum biarlah perebutan jawatan ini berjalan dalam suasana sihat. Tetapi yang menyebabkan ia tidak jadi sihat kerana peluang Khairy yang sekarang ini menyandang jawatan naib ketua pemuda peringkat nasional yang juga memegang jawatan ketua pemuda negeri dan bahagian, beliau dilihat lebih layak memiliki jawatan itu kalau dikirakan secara lojik.

Soal dia menantu perdana menteri tidak timbul sama sekali kerana dalam pegangan jawatannya sekarang ini yang juga sebagai ahli parlimen Rembau, beliau kelihatan lebih menonjol dari segi penampilan idea dan keberaniannya berdepan dengan pembangkang. Oleh kerana sifat itu yang ada pada beliau, maka dia dicemburui dengan mudah dapat menangkis Mukhriz dan Khir dalam pemilihan akan datang ini kalau perwakilan berfikiran rasional memilih ketuanya.

Sama ada kita sedar atau tidak, negara kita tidak berada dalam keadaan kurang baik mengukur daripada tindakan pembangkang, tindakan sesetengah kumpulan kaum yang semakin hari semakin mengancam kestabilan rakyat negara ini, kita amat memerlukan pemimpin yang berani, tegas dan bijak untuk menangani ini semua.

Kita tidak mahu pemimpin sedia ada, bakal memimpin dan pemimpin pelapis main takpe dan terhegeh-hegeh untuk berdepan dan menangani tekanan tidak sihat yang semakin subur dari kalangan masyarakat kita dari berbilang kaum.

UMNO sedang mencari formula terbaik untuk menyatukan orang Melayu, tetapi orang Melayu yang tidak bersyukur dan tidak sabar semakin sempit lantas bertindak mengasingkan diri dengan pelbagai cara. Ini termasuk pemimpin Melayu yang tidak bersemangat bangsa sanggup bersekutu dengan rumpun bangsa lain hingga mengenepikan kepentingan parti.

Kerana itu, kita tidak boleh pandang mereka yang sanggup membeli jawatan dengan wang yang sama sekali tidak sama dengan kewibawaan, keikhlasan, ketegasan, berpengalaman, berketerampilan dan yang benar-benar bijak untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti. Jauh sekali untuk kita pilih pemimpin yang telah gagal dalam kepimpinannya dan yang belum terbukti dia benar-benar mampu.

Read more...

Malaysiakini ~ Khir Toyo Tidak Perlu Main Sentimen Tun Razak

Thursday, January 29, 2009

KEKALAHAN BN di Kuala Terengganu telah memberi ruang untuk mereka yang ingin bertanding merebut jawatan pada perhimpunan agung Umno Mac depan untuk bercakap bagi menjual idea sebagai modal dan daya tarik kempen. Sesetengahnya terpaksa mencari-cari dan menggali idea lama untuk memperlihatkan ada idea unik.

Ada yang pergi sendiri ke pejabat akhbar, televisyen supaya pandangan mereka dipakai, muka disiarkan dalam tv dan gambar dicetak dalam surat khabar. Sebenarnya mereka ini bukan sangat untuk membina Umno yang sudah hampir robek itu tetapi ingin menjual idea dan diri mereka.Mudah-mudahan idea yang dijual itu tertangkap oleh ahli Umno dan menjadi bahan renungan buat menilai diri empunya idea! Apa yang mereka inginkan mahu ahli Umno yang menjadi perwakilan menganggap mereka ada idea bagaimana untuk memberi bantuan kepada parti.

Salah seorang yang dikira banyak bercakap mengenai kekalahan di Terengganu itu ialah bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo. Cara Khir Toyo ulas mengenai kekalahan di Kuala Terengganu dan membidas partinya seolah BN masih berkuasa di Selangor. Seolah Khir Toyo masih menjadi YAB di Selangor.

Kalau Khir terlupa ingin diberi tahu bahawa dia ialah ketua pembangkang di DUN Selangor, bukan ketua kerajaan Selangor lagi.

Antara cadangan Khir ialah supaya BN mengikut apa yang dibuat oleh Tun Razak Hussein. Katanya Tun Razak untuk memulihkan semangat dan memperbaharui Umno telah menukar simbol dari kapal layar kepada dacing, daripada nama Perikatan kepada Barisan Nasional.

Geli hati saya mendengar cadangan Khir ini. Teringat kepada penduduk kampung di pedalaman Kelantan ditahun-tahun 60-an dulu yang menukar nama-nama anak mereka kepada nama lain, untuk menghalang penyakit. Misalnya kalau kesihatan budak itu kurus, laih dan tidak gemuk (disebabkan serangan cacing kerawit), nama mereka ditukar. Daripada Mat Kossim misalnya kepada Abdul Jamal. Atau kalau perempuan daripada Mek Nab kepada Siti Rahmah.

Anihnya selepas itu ada juga menjadi, tetapi banyak yang tidak memberi kesan! Mungkin Khir mengambil ilham amalan dan kepercayaan tradisi Melayu ini. Khir memang suka bermain dengan peralatan tradisional orang Melayu. Satu masa dulu beliau memberi penyapu kepada pegawai PBT sebagai simbol atas kelemahana PBT. Akhirnya penyapu terbalik ke mukanya sendiri. Sebuah kerajaan negeri hanyut.

Pada saya cadangan Khir yang membabitkan nama Tun Razak itu tidak lain dan tidak bukan kerana ingin menarik perhatian anak Tun Razak sahaja, itu Najib Razak. Orang Melayu kalau bapanya dipuji dia akan suka. Khir mungkin mengharap Najib akan menyetujui dan menyukainya. Manalah tahu dengan suka itu akan mengalir sikit undi (pengaruh Najib) ke dalam peti undinya yang akan bertanding ketua Pemuda.

Sebenarnya Khir tidak payah mainkan sentimen Tun Razak kerana nak menagih undi dari penyokong Najib. Kalau kita ada kemampuan, wibawa dan bakat sendiri kita gunakan modal sendiri. Khir harus menjual kebolehannya sendiri untuk jadi Ketua Pemuda Umno. Misalnya Khir boleh senaraikan kejayaannya selama lapan tahun menjadi MB Selangor. Modal itu sudah cukup besar untuk Khir.

Jika dibandingkan dengan dua calon lagi, Khir sudah terlebih modal. Khir ada track recordnya sendiri sebab dia berpeluang menjadi pentadbir. Orang boleh nilai kebolehan Khir selama lapan tahun itu. Khiry Jamaluddin dan Mukriz Mahatahir dua lagi calon ketua pemuda tidak ada kesempatan itu. Khairy hanya ada keberanian berhadapan dengan sesiapa sahaja. Manakala Mukriz hanya menumpang tuah dan menggunakan air liur bapanya sahaja.

Jadi Khir yang sudah menjadi MB lapan tahun gunakanlah modal berkenaan. Usahlah memainkan nama Tun Razak kerana nak tagih simpati Najib dan kumpulan-kumpulannya. Seorang ketua pemuda di era globalisasi mesti berani untuk berhadapan dengan sesiapa saja dan sedia menjawab persoalan yang dibangkitkan apa juga mengenai diri kita. Kalau kita penakut macam mana nak jadi panglima?

Dipetik dari www.msomelayu.blogspot.com

Read more...

Beri duit, suruh bersumpah ~ Malaysiakini

Wednesday, January 28, 2009

Oleh Hassan Md Hussein

ADA cerita di luar sekarang, selepas menabur duit kepada perwakilan Pemuda di Kuala Terengganu, buat perjumpaan di Kuala Ibai, kini, ada seorang calon Ketua Pergerakan Pemuda, sibuk membeli jentera-jentera kempen lawannya, supaya menyokong dirinya.

Lebih dahsyat, duit yang ditawarkan bukan sedikit. Sampai RM10,000 seorang, jika sanggup meninggalkan pilihan masing-masing. Jika masih tidak teruja dengan RM10,000, calon ini akan menawarkan RM30,000 tetapi mesti sanggup 'buka baju' atau dalam istilah Pemuda, sumpah 'bai'ah' mesti mengundi si pemberi duit.

Ketika tiada siapa mempersoalkan dari mana dia dapat begitu banyak wang untuk dilaburkan bagi tujuan mengejar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, yang peliknya, calon yang seorang ini kononnya sering mendakwa dirinya 'orang kampung' yang faham erti kesusahan dan kemikinan tetapi dalam masa yang sama, jam tangan yang dipakainya berharga RM300,000.

Maklumlah, calon yang seorang ini, pernah dikaitkan dengan cerita pembedahan muka dan botox tetapi dinafikannya kerana menurutnya, jika dia tidak berbohonglah (baca: tidak memperbodohkan orang ramai), dia berubah wajah kerana makan banyak tempe. Kerana zat kacang soya dalamtempe itulah yang menjadikan hidung dan kulit mukanya berubah. Ramai yang tahu, calon yang seorang ini, sedang merayau ke seluruh pelusuk tanahair kerana berkempen dan membeli jentera yang menyokong dua calon lain, sibuk mengutip 'aku janji' dan sumpah baiah dengan tujuan, sesiapa yang sudah mengambil wang darinya, mestilah menyokong dan mengundinya.

Perwakilan Pemuda tentunya faham, ketika mahu membuat pilihan siapa yang layak mereka pilih. Adakah mereka mahu memilih orang yang hipokrit, bercakap soal agama, sejarah kebangkitan Islam tetapi tidak pernah bersyukur dengan anugerah Allah, malah sanggup merubah wajahnya, wajah isterinya kerana mungkin apa yang Allah bagi, tidak sesuai dan tidak cukup cantik di mata mereka berdua.

Pemuda Umno mahu berketuakan seorang yang pendirian dan kekukuhan akidahnya boleh dipersoalkan? Pemuda Umno mahu memilih mereka yang 'menjual sumpah baiah' dengan nilai RM10,000 atau RM30,000 kononnya mahu menaikkan seorang 'budak kampung' yang tidak sedar diri, sanggup berjoli ketika memegang jawatan tinggi, apabila diberi peluang suatu ketika dahulu?

Ada Perwakilan Pemuda yang sudah termakan denan janji mahu diberikan pakej percutian keluarga jika menyokong calon yang seorang ini. Malah, mungkin ada yang sudah terambil wang RM10,000 atau RM30,000 dari seorang calon ini tetapi masa masih belum terlambat untuk mereka memperbetulkan akidah masing-masing… sesungguhnya sumpah dan janji mestilah dibuat kerana Allah dan bukan kerana dibayar hanya dengan RM10,000 atau RM30,000.

Ingat, agama, akidah dan sumpah bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Jangan memperdagangkan agama kita dengan janji-janji palsu yang akhirnya parti Umno yang kita kasihi jahanam kerana 'adegan' pembelian yang tidak bermaruah. Wang dan habuan memang perlu tetapi janganlah sampai kita sanggup memperdagangkan agama, sumpah dan akidah hanya kerana habuan yang tidak seberapa. Ada juga calon Ketua Pemuda, sanggup menaja (baca: membiayai) kos seseorang Ketua Pemuda Bahagian yang boleh memaki hamun calon lain, dengan tujuan, memburuk-burukkan citra seseorang yang bersaing dengannya.

Kenapa begitu teruk? Kenapa sanggup 'upah' calon Exco untuk pusing ke seluruh negara hanya kerana bertujuan memperkecil-kecilkan saingan. Tidak mampukan untuk bertanding secara 'gentleman'. Kenapa perlu menggunakan strategi kotor hanya kerana mahu menang jawatan itu. Ketika ada calon, berdebat dan berdepan dengan pembangkang, ada pula calon sibuk dengan menabur janji, menabur wang dan mengutip sumpah baiah dari perwakilan. Ada pula calon yang ternyata gagal menepis serangan 'bapanya sendiri' terhadap calon BN yang sepatutnya menang di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu.

Adalah lebih baik, sebelum tewas dan ditewaskan, kedua-dua calon ini menarik diri atau Perwakilan Pemuda Umno menolak mereka berdua kerana tentulah Perwakilan Pemuda faham siapa yang penulis maksudkan dalam tulisan ini. Lebih-lebih lagi, mereka yang sudah dijanjikan dengan habuan dan pakej percutian sekeluarga, cepat-cepatlah sedar diri sebelum kita menggadaikan maruah parti, bangsa dan agama kita kepada mereka yang berniat jahat.

Bagi calon yang menjanjikan 'hujan monsun' di saat-saat akhir tempoh berkempen, strategi menyerang hendap secara perlahan-lahan, kononnya dia seorang calon low-profile sudah diketahui orang. Cukuplah bapanya seorang sahaja yang sudah dapat nikmat dari Umno kemudiannya menyerang Umno kembali, supaya legasi tidak sihat ini tidak terus dikekalkan dalam Umno.

Umno sebagai sebuah parti yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara tidak patut dihukum dengan memberi tempat kepada orang-orang yang tidak pernah belajar dari kesilapan untuk mencari peluang memperbetulkan kesilapan tersebut.

Di tangan Pemudalah segala-galanya diharapkan. Jika Pemuda tersilap, maka masa depan Umno akan gelap, lebih gelap dari mendung yang memanjang di musim tengkujuh. Jika Pemuda silap perhitungan, menyokong mereka yang mewarisi kepimpinan derhaka, tidak tahu berterima kasih atas jasa Umno terhadap mereka dan keluarga mereka, maka Umno bukan sahaja akan kalah dalam PRU 13 akan datang, malahan Umno mungkin terus pupus dari lipatan sejarah.

Begitu juga jika Pemuda memilih mereka yang tidak tahu bersyukur dengan anugerah Allah, tidak pandai menjaganya, menghina orang dengan penyapu dan tidak boleh ditegur, maka Umno yang dilahirkan di istana ini akan dikhabarkan kononnya lahir di Kelab Sultan Sulaiman. Orang ini bukan sahaja bercita-cita mahu merubah sejarah seperti merubah wajahnya malahan, dia mahu merubah segala-galanya ikut selera dia dan selera isterinya.

Read more...

Kenapa Khir Toyo lepas dari tindakan BPR dan kini kegilaan tabur wang ? ~ Malaysiakini

Semalam ketika berkumpul setelah menghadiri majlis Tahun Baru Cina di rumah sahabat handai Wak di Johor Bahru, Wak ketemui beberapa perwakilan Pemuda Terengganu dan Perak yang turun berkempen untuk jawatan masing-masing pada bulan Mac ini.

Wak mula membuka mulut dan bertanyakan perihal kempen yang hebat sekarang dan Wak bertanya kepada mereka apakah cerita hangat sekarang di akar umbi. Nampaknya cerita Wak Khir Toyo berada di carta teratas di antara berita yang panas di perkatakan.

Khir Toyo bermati-matian berkempen dalam apa cara juga dan terlalu desprate mahu menang.

Khir Toyo dikatakan sedang menemui perwakilan dari seluruh pelusuk tanah air bagaikan Santa Claus dengan hadiah gula-gula yang lebih besar lagi dengan nilai gula-gula yang bernilai antara RM10,000 hingga ke RM30,000. Al maklumlah harga gula sekarang akan naik selepas Tahun Baru Cina ini. Pemberian gula-gula ini bukannya pemberian yang kosong, ada ubi ada batas, ada budi ada balasannya.

Sesiapa sahaja yang telah mengambil gula-gula ini perlu bersumpah bai'ah untuk menyokong dan mengundi Khir Toyo. Sumpah ini berbentuk Wabbilahi. Ramai yang berkata sumpah ini kini telah menjadi topeng kerana gula-gula yang diterima kini menjadi rasuah. Perkara ini sebenarnya tidak sihat untuk parti UMNO, maruah bangsa dan yang pentingnya ianya sudah mencemarkan kemurnian agama Islam.

Boleh bersumpah tanpa upah, tak salah. Khir dikatakan bukan sahaja membeli perwakilan tetapi sehingga jentera calon lain juga dibelinya dan yang paling menarik apabila beliau cuba meraih simpati dengan berkata bahawa beliau adalah anak kampung dan ketika berkempen beliau hanya memakai jam tangan yang berharga RM 300 sahaja.

Khir lemahkan jentera Pemuda ketika kempen di K . Terengganu

Masihkah kau ingat, semasa dipilihan raya kecil di K. Terengganu baru-baru ini. Khir seolah-olah sengaja melemahkan jentera Pemuda dengan membuat beberapa perjumpaan sulit dengan perwakilan pemuda di Kuala Ibai dan sekitar hotel dan berkempen untuk dirinya sendiri dan menaburkan gula-gula secara terang-terangan.

Ada juga dikalangan G2 Terengganu yang menjadi calon kepada dua orang calon yang lain dan merupakan hardcore dua orang calon lagi telah di tawarkan gula-gula yang begitu mahal sekali nilainya sehingga mencecah ke RM30,000 untuk memberi sokongan kepada beliau. Malahan banyak lagi tawaran yang ditawarkan seperti pakej percutiaan keluarga.

Berita ini memanglah akan tersebar

Biasalah mulut tempayan bolehlah ditutup, mulut manusia sukar sedikit. Lantas berita ini tersebar luas, apa yang Wak dengar sehinggga ke pengetahuan KJ dan Mukhriz dan telah menimbulkan kemarahan dikalangan jentera KJ dan Mukhriz. Mukhriz dikatakan punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

Che Det boleh digunakan untuk mebantu beliau dalam kempen. Mereka dikatakan sedang memasang perangkap dan mungkin akan membuat laporan tentang Khir Toyo dalam kes G2 Gelang Patah, Johor. Mukhriz lebih rela untuk bersaing dan berdepan dengan KJ dalam satu pertandingan satu lawan satu kerana Mukhriz rasa yakin untuk menewaskan KJ.

Insyaalah Mukhriz sendiri akan turun di bantu oleh peniaga-peniaga yang kaya raya dengan hujan tengkujuh pada akhir bulan Febuari ini. Ramai yang berharap tengkujuh yang akan di lakukan oleh Mukhriz ini akan dapat menguntungkan mereka. Kerja-kerja saat akhir ini amat penting untuk meraih undi. Buat masa ini beliau hanya gunakan cara yang murahan dan menaja calon-calon exco seperti Azizul Merbok dan ramai lagi untuk memburukkan persepsi KJ.

Hisham tak suka Khir Toyo

KJ juga yakin akan menang dalam pemilihan UMNO ini kerana mengatur langkah melalui jalinan Dato Hishamuddin seperti Akhbar Khan, Rahman Dahlan, Shukor Selayang dan HJ Salim untuk sekali membantu seperti mana cara kempen NKP dahulu. Razali NKP Muar juga turut serta walaupun nampak seolah olah Reezal Merican yang lebih cenderung dalam bekerjasama dengan KJ sedangkan KJ tidak memihak kepada sesiapa.

Rangkaian Dato Hisham ini juga yang akan bergerak untuk kerusi VP UMNO bagi memastikan Dato Hisham menang dalam pertandingan VP dan Dato Shafie, Alies Noor dan Fathmi membantu dibelakang tabir untuk memastikan Hisham menang. Seperti mana yang kita ketahui dan khalayak umum tahu, Hisham sendiri dahulu tidak menyokong Khir Toyo dan akan membuat apa sahaja untuk memastikan perjalanan politik Khir Toyo hanya tinggal batu nisan.

Namun Hisham tidaklah terdesak seperti Khir Toyo yang memaksa perwakilan bersumpah

sumber : www.antikhirtoyo.blogspot.com

Read more...

KEGILAAN KHIR YANG MELAMPAU PATUT SUDAH ADA DALAM FAIL SPRM DAN JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO ~ Malaysiakini

Oleh Mahfir Sabtu

Semakin dekat dengan tarikh pemilihan, calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Mohd Khir Toyo kelihatan semakin terdesak untuk menjerut leler perwakilan dengan limpahan wang ringgit dan kemewahan seperti mencabar jawatankuasa disiplin UMNO dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sekarang ini berwajah baru membantu UMNO mengejar menghapuskan politik wang. Pergerakan Khir yang bagaikan begitu terdesak menggunakan segala bekalan wang yang ada untuk dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan jawatan idamannya, Ketua Pergerakan Pemuda yang satu-satunya harapan untuk terus bernafas dalam politik setelah memikul wajah gagal memimpin Negeri Selangor hingga terlepas kepada PKR.

Paling dahsyat kegilaan Khir kali ini ialah dengan membuat tawaran cukup lumayan sekitar antara RM10,000 - RM50,000 mengikut tahap sokongan perwakilan terhadap calon lain, Mukhriz dan Khairy. Perkara ini walaupun diadakan di tempat-tempat tersorok dan terpencil bagi mengelak dikesan, ia telah diketahui ramai.

Ia semakin ketara selain daripada Khir dengan begitu rakus menggunakan wang sebagai umpan pancing undi untuknya juga telah menawarkan lebih daripada itu dengan membuat tawaran pekej melancong bersama keluarga terutama mereka yang sanggup mengangkat sumpah melafazkan dengan nama Allah akan memberi undi kepada beliau nanti.

Dengan cara bersumpah ini Khir bagaikan telah didorong kemaruk jiwa syaitan kerana ia diiringi dengan pemberian hadiah wang ringgit yang menyerupai pengkhianatan terbuka menggunakan agama sebagai senjata memperolehi jawatan idamannya. Tindakan itu adalah tindakan orang kufur dan tidak sama sekali membawa sifat seorang pemimpin generasi bangsanya ke arah jalan yang diredzai Allah. Sesuatu kememangan yang ‘dipaksa’ melalui sumpah dan wang ringgit adalah kerja syaitan bertopengkan manusia. Begitu sekalilah kedudukan Khir pada ketika ini yang menggunakan agama untuk politiknya.

Walaupun yang bersumpah dan menerima habuan dari seseorang yang membeli undinya dengan cara itu akan mengecap nikmatnya, tetapi nescaya ia hanyalah bersifat sementara sahaja. Mereka tetap akan dilaknati Allah di dunia dan di akhirat serta menerima musibah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana dorongannya adalah dari bentuk rasuah yang jelas.

Dalam satu perkembangan lain, ramai juga dari kalangan yang berpura-pura menyokong Khir untuk mendapat habuan besar dan tawaran istimewa itu walaupun terpaksa bersumpah, mereka juga mengharapkan Khir hilang kelayakan bertanding apabila SPRM atau pemantau disiplin UMNO dapat bukti kerja-kerja kotor yang Khir lakukan itu supaya sumpah mereka menjadi null and void.

Sepertimana kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sesiapa yang didapati bersalah dalam politik wang menjelang tarikh pemilihan bulan Mac nanti akan hilang kelayakan bertanding sebarang jawatan sepatutnya menjadi isyarat kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menunjukkan kewibawaan mereka bertindak bijak memberkas mereka bertransaksi sulit yang berlangsung boleh dikatakan setiap hari.

Kedua-dua badan yang dipertanggungjawabkan untuk membasmi politik wang dalam musim merebut jawatan ini tidak boleh semata-mata mengharapkan laporan sahaja kerana yang memberi itu seperti Khir adalah seroang yang licik dan mempunyai kaki tangan ramai untuk mengelak diri daripada diberkas.

Tambah pula yang menerima habuan begitu lumayan tidak boleh diharap untuk mendedahkan perkara ini kerana itu adalah peluang yang mungkin seumur hidup untuk merasa nikmat walaupun terpaksa menjalani angkat sumpah.

Dari apa yang berlaku di Kuala Terengganu semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di mana Khir mengadakan perjumpaan-perjumpaan sulit menabur wang kepada perwakilan secara terang-terangan sepatutnya telah dihidu oleh pihak perkuasa pencegahan rasuah.

Adalah malang sekiranya dengan cara Khir bertindak untuk meraih kemenangan secara ala pengaruh syaitan itu tidak dapat dikesan oleh SPRM dan JK Disiplin UMNO. Kecualilah mereka semua telah berjaya dibeli dengan harga lebih lumayan daripada apa yang perwakilan terima.

Read more...

KHIR TOYO HADIR 'BANTU' JENTERA PEMUDA BERKEMPEN DI KUALA TERENGGANU ~ Malaysiakini

Thursday, January 22, 2009

Oleh Salim Selamat

Banyak betul cerita dari Kuala Terengganu. Selain dari cerita bagaimana BN boleh kalah di tangan PAS, cerita kempen calon pun turut sama hebat. Paling menarik dari kalangan Pemuda ialah calon Ketua Pemuda pun ada sama. Oleh kerana Khairy Jamaluddin (KJ) sudah diamanahkan menjalankan tugas gerak gempur, Khir Toyo pun sibuklah muncul menemui pemuda memberikan 'kemudahan' untuk yang memerlukan. Memang ramai yang perlu.

Orang sibuk berkempen, dia pun sibuk juga 'hulur bantuan'. Maklumlah, heboh satu negara yang Khir tidak lokek 'tabur', jadi kehadirannya memanglah mendapat tumpuan istimewa. Siapa jumpa, pasti tidak akan pulang dengan 'tangan kosong'. Itu satu kelebihan dari lebihan yang nampaknya sangat berlebihan.

Kononnya kehadiran beliau untuk membantu calon BN disifatkan oleh pemuda insaf hanya alasan semata-mata. Kempen memang la dia kempen, tetapi yang lebih penting, dia kempen dirinya sendiri dan meminta jaminan. Yang terlibat secara langsung, sanggup angkat sumpah untuk beri undi tanpa berbelah bagi.

Ada yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri tingkah Khir di Kuala Terengganu, dia dah jadi macam pesuruhjaya sumpah pula lagaknya. Perkara ini bukan rekaan, tetapi ramai yang sudah melakukannya dan ramai juga yang telah terlepas cakap apabila menyedari perbuatan Khir itu sudah melebihi garisan pertandingan sebenar.

Semakin dekat dengan hari pemilihan, semakin terdesak dia mendesak. Ada juga yang sanggup terima, tetapi tidak sanggup bersumpah. Itupun dapat juga. Bagi mereka, terima tetap terima namun sebagai orang Melayu ada yang guilty dan menyesal dalam hati.

Kalau ye pun nak menang sangat dan nak berkempen, janganlah waktu orang lain berkempen untuk UMNO/BN. Buatlah tengah malam selepas waktu kempen lepas jam 12.00. Dan tak payah la buat siang-siang buta tempat terbuka. Nampak sangat bila kehadirannya macam semut hurung gula lagaknya.

Dalam hal ini, sipemberi atau sipenerima tidak salah, tetapi bukanlah waktunya Khir menggunakan kesempatan ketika UMNO sedang menghadapi saat-saat getir menghadapi pertandingan yang tidak menentu ketika itu. Sifat yang menyalahgunakan tempoh kempen pilihan raya digunakan untuk kempen peribadi jelas sangat dia melakukan khianat terhadap UMNO.

Dari mulut beberapa orang pemuda UMNO sendiri merasakan tidak sedap hati bila kelakuan calon pemimpin pergerakan mereka tidak langsung menghormati keadaan keliling seolah-olah beliau tidak langsung rasa silu milu. Orang Kuala Terengganu pun tahu tujuan kehadiran Khir bukan untuk berkempen UMNO.

Khir percaya perlakuannya di sana adalah berjauhan daripada jawatankuasa disiplin. Menghulur di khalayak ramai secara terang-terangan boleh ditangkis dengan alasan bukan politik wang tetapi bagi membantu jentera berkempen untuk calon BN. Maka kerana itulah beliau mengambil kesempatan di waktu dan di tempat yang terbuka.

Tambah pula tidak akan ada siapa yang akan membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin UMNO kerana ia tidak akan berkesan atas sebab Khir boleh jawab dengan mudah sahaja yang beliau membantu jentera kempen. Habis cerita.
Apa yang berlaku di Kuala Terengganu itu, benar-benar sudah menjadi buah mulut orang kerana maklumlah mulut manusia bukan mulut tempayan yang bisu. Tidak banyak pun, kebanggaan menerima dan cara seseorang itu berbelanja selepas jumpa Khir pun orang boleh baca.

Cerita boleh jadi umpatan dan umpatan boleh jadi hebahan. Mereka sesama mereka bercerita kerana masing-masing mahu tahu berapa dapat. Soalnya berapa dapat itu mungkin sama tapi berapa kerap jumpa menjadikan jumlahnya berbeza. Itu sahaja perbezaannya.

Malanglah bila calon ketua pemuda bertingkah laku begitu. Tidak mungkin dia rasa malu kerana mukanya bukan asli lagi. Begitu sekali kata seorang yang menjawab soalan apakah dia tidak malu bersikap begitu semata-mata untuk mendapat sokongan menduduki tempat ketua pemuda.

Read more...

Toyol tak rompak Bank ? Tanya Khir Toyo?

Wednesday, January 21, 2009

Wak jika terkenang pasal rakan Wak, Wak Khir ni, Wak selalu terkenang akan cerita dongeng yang sering Wak dengar kecil-kecil dahulu ketika Wak di kampung halaman di Indonesia. Kekek Wak selalu bercerita pasal Toyol. Wak tahu, Toyol dengan Khir Toyo adalah satu objek yang berbeza.

Toyol ni digambarkan sebagai objek yang rendah, bulat, kepala botak dan bertelanjang tak sama dengan Khir Toyo, yang macho berpakaian jenama mahal dan ensem orangnya yang boleh membuat anak gadis jadi penasaran. Zaleha Hamid pernah nyanyikan lagu penasaran ini, antara bait-bait lagu yang berbunyi, kalau aku belum bisa mendapatkan..oh peria yang tanpan jadi rebutan.... semua gadis tergila padanya.... ha ha ha bermacam-macam cara akan ku lakukan ......... hah terkenang juga Wak , kat Wak Khir yang menjadi rebutan dahulu, sehingga ramai yang menjadi penasaran.

Kata Kekek Wak dahulu, Toyol ini suka curi duit........ermmm. Wak fikir kembali ...erm ...samalah .... Toyol ni suka rampok rumah orang... tanah orang.... ermm, samalah... tak ada bezanya dengan Toyo, bezanya Toyo tak ada huruf L saja, jika ada huruf L ...erm sama lah.......

Tapi Wak heran, jika Toyol ini suka rampok wang di rumah orang, kenapa si Toyol ini tidak pernah kita dengar tertangkap oleh sekuriti di bank, sungguh licik si Toyol ini..... ermmmm ...samalah...... Tapi Mas Adi ada berkata kepada Wak, Toyol tidak berani nak rompak bank, Toyol tak pernah nak rompak bank... Wak fikirkan kembali, kenapa ya.. Toyol tak rompak Bank, Toyo wak tak tahulah..... tapi Toyol sememangnya tak pernah rompak Bank kata Mas Adi, Mas Adi ini abang sepupu Wak yang kerjanya sebagai seorang dukun yang mengubati orang-orang yang di rampuk syaitan.

Wak tanya pada Wak Adi, kenapa Toyol tidak rompak bank, Aduhhhhh... jawab Mas Adi masakan Toyol berani masuk dalam bank, mati kesejukanlah dia, kan air cond dibank kuat dan sejuk sekali, si Toyol ini mana ada pakai baju dan seluar. Mati kesejukan dia nanti. Ooooo.. baru Wak faham kenapa Toyol tidak pernah rompak bank. Gila punya Mas Adi, agak-agaklah kalau mahu tipu Wak, apa Mas ingat Wak ini binggung ka.? Tapi Wak tahu ada juga persamaan Wak Toyo dengan Toyol ini.....................

sumber : Antikhirtoyo

Read more...

Tak siapa lagi percaya apa juga Khir Toyo kata.

Monday, January 19, 2009

Surat terbuka untuk Wak Khir

Assalamualaikum wak Khir, khabare Wak.... waras???? Kok tak waras. Salam Takziah wak kerana BN tidak dapat pertahankan kerusi Kuala Terengganu. Dengar Wak telah pergi berkempen dari rumah ke rumah, letih juga ya Wak, tak apalah Wak, janji orang muda yang akan mengundi pada pemilihan pemuda ini nampak Wak turun padang.

Sebenarnya jika Wak tidak turun padang, rasanya lagi baik kerana ia sebenarnya tidak menjatuhkan sokongan rakyat Terengganu kepada BN. Sebenarnya Wak, orang sudah hilang kepercayaan kepada Wak sebagai pemimpin, apa saja Wak cakap mereka akan mencemik. Sebagai Menteri Besar Wak tidak dapat pertahankan negeri Selangor dan sebagai Menteri Besar yang berkuasa punya banyak wang, Wak gagal untuk pertahankan kerusi Wak sehingga Wak kini jadi Ketua Pembangkang.

Sebenarnya, ramai yang tidak suka Wak jadi Ketua Pembangkang, sebab orang sudah tidak percaya apa sahaja yang keluar dari mulut Wak, itulah sebabnya Wak di desak untuk melepaskan kerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Wak cakaplah apa sahaja, rakyat sudah tidak percaya, itulah sebab pembangkang sekarang mengharapkan agar Wak menang pertandingan di pemilihan UMNO sebagai Ketua Pemuda UMNO agar senang mereka mahu menghancuirkan UMNO pula khususnya sayap pemuda.

Kalau Mukhriz atau KJ menang sukar sikit bagi pembangkang mahu hancurkan pemuda. Kalau Wak menang, mereka akan bersorak besar. Bagaimana Wak nak menegur mereka, Wak dahulu rasuah juga, malahan rasuah Wak lagi menggunung dari mereka. Mana rakyat nak dengar terguran Wak, sebab Wak juga melakukan ketika Wak jadi MB dahulu. Hari ini Wak tegur pasal Camry yg dibeli dengan duit rakyat yang bernilai RM 2.3 juta. Tapi wak sebelum ini beli mercedez dengan harga 1 juta dan jarang-jrang gunakannya.

Dalam Akhbar The New Straits Times (NST) hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa "Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar."

Macam mana si ketam mahu menegur anaknya berjalan betul sedangkan dia juga berjalan senget.

More Story : www.antikhirtoyo.blogspot.com

Read more...

Dosa dosa besar Khir Toyo ~ Malaysiakini


Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Read more...

Khir pernah zalimi 25 keluarga pegawai Kerajaan ~ Malaysiakini

Sunday, January 11, 2009

Yang penulis paling tidak gemar sekali apabila Bekas Menteri Besar Selangor dahulu cuba berlagak hero apabila menyatakan bahawa 25 pegawai kerajaan tempatan dan Jabatan Tanah dan Galian di Selangor telah dipecat atas pelbagai kesalahan. Dia langsung tidak memikirkan pasal keluarga 25 orang pegawai yang telah dipecat ini dan membuat semua pegawai kerajaan benci kepada beliau. Apabila beliau mengosongkan pejabat ramai dari kakitangan SUK yang bersedekah pisang di Masjid Shah Alam.

Khir Toyo berkata lagi bahawa mereka di pecat atas pelbagai kesalahan antaranya menipu, memalsukan tandatangan dan mengeluarkan cek tanpa kebenaran dan sebagainya.

Apa yang menggelikan hati kita ialah adakah Khir Toyo tidak sedar bahawa dirinya juga berhadapan dengan pelbagai aduan dan laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta kegagalan dirinya memerintah dengan berkesan dan telus. Mengapa beliau tidak sedar akan semua perkara tersebut. Akhirnya tuhan maha esa dan akhirnya beliau pula dipecat dan dengan muka tidak malu merayu untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Pas dan minta menjadi Timbalan Menteri Besar di bawah musuh ketatnya Hassan Ali.

Read more...

Khir bloggers yang bukan bloggers ~ Malaysiakini

Wednesday, January 7, 2009


Khir Toyo kemungkinan menghabiskan sisa-sisa politiknya dengan menjadi bloggers yang menentang kerajaan. Mungkin ini yang telah dinasihatkan oleh penasihat yang sama yang menasihat agar beliau memberikan penyapu dalam satu majlis yang hangat diperkatakan dan dipertikaikan.

Sebagai seorang penulis, khir sepatutnya mencurahkan daya krativiti beliau dengan menulis sendiri diblog milik beliau dan jangan mengharapkan orang suruhan menulis. Khir sebelum ini pernah cuba menerbitkan sebuah buku tulisan orang lain yang hanya ditukarkan nama penulisnya dari penulis asal ke nama Khir Toyo.

Ada seorang menyatakan, blog Khir Toyo ini sebenarnya bukan ditulis oleh Khir Toyo, kalau tak percaya bandingkan lah tulisan Khir Toyo sebenar dengan tulisan di blog beliau. Yang paling menarik apabila Khir kantoi menulis blog apabila beliau berada di Mekah tetapi tulisan beliau tetap disiarkan seolah-olah beliau yang menulis sendiri.

Ramai sahabat-sahabat Khir Toyo kesal dengan tindakan Khir menentang kerajaan setelah hilang kuasa. Ini membayangkan bahawa Khir bukanlah seorang pejuang, beliau adalah seorang pemimpin yang tidak boleh menerima dugaan kekalahan walaupun punca kekalahan datang dari beliau sendiri. Jika beliau terus menulis, eloklah Khir lupakan saja jawatan Ketua Pemuda UMNO yang mahu ditandinginya.

Pasti lambat laun rakyat akan bosan dengan penulisan (tulisan belaci yang menulis untuk Khir) khir yang sentiasa nagatif. Apa guna menyalak apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

Read more...

Macam-macam Khir Toyo II - Best Friend Capt. Zahar~Malaysiakini

Monday, January 5, 2009

Capt Zahar ini kawan baik Khir Toyo satu angkatan menentang Pak Lah. Siapa tentang Pak Lah di Selangor boleh jadi geng baik Khir Toyo sebab Khir Toyo juga merupakan orang yang kuat mendesak agar Pak Lah turun dari kerusi PM. Cuma gerakan KT dapat kita lihat setelah tewas dan serahkan Selangor kepada pembangkang.

Sebelum itu hubungan dia dengan Pak Lah dan Khairy Jamaluddin bagaikan isi dengan kuku. Maklumlah nak kekalkan jawatan MB Selangor. Pak Lah memberikan dia peluang tetapi rakyat yang tidak mahukan dia. Bila dia kalah, dia mulalah menikam Pak lah dari belakang dan bersekongkol dengan semua yang anti Pak Lah. Dialah juga yang berdiri di belakang Capt Zahar, dia lah juga yang anugerahkan tanah kepada Capt Zahar. Tanya sahaja dengan pemimpin di Selangor ini bagaimana hubungan Khir Toyo dengan Capt Zahar bagai isi dengan kuku.

Akibatrnya UMNO PJ Selatan menjadi kucar kacir. Apakah tindakan Khir Toyo dan apakah komen Khir Toyo tentang pergolakan PJ Selatan? Dia hanya membisu seribu bahasa. Sekarang Capt Zahar sudah masuk Pas, Khir bolehlah menyalurkan bantuan lebih sidikit kepada Capt Zahar kerana Capt Zahar boleh digunakan sebagai kuda tunggangan untuk mainkan isu UMNO dan juga menjadi ejen dalam Pas. Bukan Capt Zahar masuk Pas sebab mahu masuk Pas, selain kecewa boleh juga jadi ejen dan menjadi orang Khir Toyo dalam PAS.

Bijak permaianan Khir Toyo tetapi harganya mahal sedikit kerana Capt Zahar tidak akan melakukan apa -apa pekerjaan jika tiada imbuhan yang setimpal. Duit bukan masalah kepada Khir Toyo, lagipun dia pemurah. Kalau dia boleh beli jam tangan bernilai RM600 ribu di Bond Street, apalah sangat setakat membantu orang yang akan berbudi kepada beliau. Chan Ah Chye -Tiong King Sing boleh bantu, Lebar Daun pun banyak duit.

Mereka ini boleh laburkan wang setelah termakan budi dengan Khir Toyo ketika Khir Toyo jadi Menteri Besar dahulu. Oleh kerana terlalu banyak duit dan tidak tahu untuk buat apa dengan duit berkenaan, beliau mula mencantikan wajah pula dengan membuat beberapa pembedahan plastik. Malangnya beliau dikritik hebat dan bukan kelihatan hensem tetapi beliau kelihatan sebagai Mat Jambu. Mungkin beliau mahu merasakan bagaiaman menjadi hensem kerana dilahirkan dengan muka Jawa.

Ini juga merupakan kesilapan Tun dalam senarai dan siri kesilapan besar beliau apabila memilih anak jawa ini yang dahulunya dikatakan amat susah ketika di zaman remajnya, beliau terpaksa mengangkat kotak-kotak, kertas suarat khabar dan besi buruk untuk dijual bagi menampung kehidupan. Namun bila telah berjaya kepuncak yang tinggi beliau lupa untuk memandang ke bawah. Akhirnya bila berada terlalu tinggi, beliau akhirnya jatuh terserembam ke bumi dan baru mula mengisafi dosa-dosa beliau yang telah beliau lakukan ketika berada tinggi dahulu. Ini balasan Tuhan di dunia, ini doa rakyat yang tertindas ketika beliau menjadi MB dahulu. Bukan seorang yang mendoakan agar beliau hilang kuasa, bukan sedikit yang mahu melihat beliau tersungkur agar kembali insaf.

Read more...

Khir Ketandusan Hujah - Malaysiakini

"Sayalah yang paling berpengalaman untuk mengepalai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia". Inilah kata-kata yang sering diungkap oleh calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato' Seri Dr. Khir Toyo. Kononnya, berbanding Datuk Mukhriz dan Khairy Jamaluddin, Khir sudah cukup senior dan sudah cukup pengalaman mentadbir sebuah negeri besar seperti Selangor, dan dialah yang paling matang untuk menghadapi cabaran-cabaran dari parti komponen dan Pakatan Rakyat besok.

Tapi hakikatnya, pengalaman yang digembar-gemburkan oleh Khir bukanlah pengalaman yang patut dibanggakan. Di bawah tampuk kepimpinan beliaulah UMNO dan BN hilang kuasa di Selangor. Tapi Khir licik; terus menyalahkan KJ sebagai salah satu punca tsunami politik Mac 2008. Dan KJ pula dengan masalah persepsi terhadapnya sudah kerap dijadikan kambing hitam oleh lawan-lawan politiknya. Yang peliknya, apa pun mungkin kesilapan KJ, masih belum terdapat sebarang bukti atau hujah yang mampu benar-benar meletakkan KJ sebagai 'pesalah'.

Tetapi jika melihat Khir pula, bermacam-macam fakta dan perkara yang menunjukkan Khir telah banyak melakukan kesilapan sebagai Mentri Besar Selangor. Langkah memusnahkan kuil beberapa hari sebelum perayaan Depavali merupakan satu langkah yang menunjukkan tiadanya hikmah, kebijakan atau kematangan seorang pemimpin. Bayangkan sahaja jika sebuah masjid dirobohkan sebelum bulan Ramadhan atau Syawal; tidakkah kita sebagai orang Melayu akan membenci, mencaci malah mungkin mewujudkan pergerakan ala-HINDRAF.

Sudah tentu undi masyarakat India di Selangor (dan barangkali di seluruh negara) hilang disebabkan satu tindakan yang cukup rakus dan bodoh itu. Apa pun alasan yang diberikan, seorang yang bijak sudah pasti akan memilih waktu yang sesuai untuk merobohkan tempat penyembahan masyarakat lain.

Dengan kerakusan Khir yang meluluskan projek-projek pembangunan di tebing dan lereng bukit telah menyebabkan kehilangan nyawa insan tidak bersalah. Malah dalam isu ini, kerakusan Khir benar-benar terserlah apabila beliau menganugerahkan projek tanah kepada Kapten Zahar, bekas Ketua Bahagian PJS yang tamakkan wang seperti Khir juga dan akhirnya membelot, mencaci dan meludah UMNO dan menyertai parti PAS baru-baru ini. Kini Bahagian PJS kelam kabut dan hancur akibat ketiadaan pemimpin. Kroninya sendiri pun lari meninggalkan Khir! Sejarah dan 'track record' jelas membuktikan Khir tidak mempunyai pertimbangan atau 'judgment' yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin pergerakan Pemuda pada keadaan genting ini.

Dengan muka dicucuk Botok itu, Khir memang mempunyai reputasi sebagai seorang MB yang amat bongkak dan sombong. Siapa pun tak akan lupa aksi memberi penyapu kepada kakitangan kerajaan – sudah pastilah dengan keaiban dan kegurisan hati para kakitangan, ada undi pegawai kerajaan yang 'bocor' kepada parti Pakatan pada Mac 2008 dahulu.

Dengan dana hasil isu Lebar Daun yang menjadi isu hangat di mana Khir sungguh-sungguh beraksi mengumpul kekayaan, barangkali Khir menyangka bahawa dia mampu 'membeli' semua perwakilan, ditambah pula dengan skil PR-nya yang begitu kemas seolah-olah orang berjiwa rakyat. Tetapi Khir perlu sedar, bahawa perwakilan Pemuda UMNO sudah bijak dan mereka mampu menilai sendiri sejauh mana keikhlasan seorang manusia yang sebenarnya mahu menyandang jawatan Naib Presiden tetapi terpaksa bertanding Ketua Pemuda akibat kejatuhan Selangor.

Dan perwakilan juga dapat menilai sendiri adakah benar Khir merupakan pemimpin akar umbi
Melayu walhal dia sedang menyewa sebuah rumah di kawasan elit Glenmarie dari seorang towkay Cina dengan sewa sebanyak RM 20 ribu sebulan, sambil menunggu mahligainya siap dibina di Shah Alam. Dalam satu tamparan hebat kepada reputasinya sebagai pemimpin akar umbi, isterinya sendiri pernah ditegur oleh Istana Selangor kerana memakai terlampau banyak berlian. Apa tidaknya, dengan kekayaan yang dibina suaminya hasil korupsi zaman menjadi MB, dia mampu ke London untuk membeli-belah berates-ratus ribu Ringgit.

Anggota kaki tangan kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan cukup benci terhadap Khir dan ramai pun yang berkempen dalam dan luar UMNO supaya Khir tidak ada tempat dalam kerajaan biarpun dalam parti. Tetapi yang paling merisaukan adalah kesediaan Khir menjual maruah Pemuda dengan memohon bantuan kroni-kroni Cinanya untuk menjadi sumber dana pergerakan Pemuda jika dia menang sebagai Ketua Pemuda. Mungkin kerana terlalu cepat mahu menolak jawatan Kabinet, dia terpaksa lari ke bangsa lain untuk membiayai pergerakan parti Melayu kita ini.

Pemimpin akar umbi konon!

Khir perlu mengukur baju di badan sendiri. Dia perlu turun merendah diri dan melihat kemampuan sebenar beliau. Janganlah gadaikan maruah dan kepentingan UMNO demi kepentingan politik peribadi. Dia bukan seorang pemimpin jitu, apatah lagi pemimpin Pemuda yang berkaliber. Sudah lah tu, undur diri sahaja lah Khir!

Read more...

Khir Toyo dah beri buah tangan pada semua perwakilan - Malaysiakini

Friday, January 2, 2009

Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Mohd Khir Toyo sudah menemui hampir kesemua perwakilan pergerakan itu bagi menerangkan misi dan visinya jika dipilih memegang jawatan tersebut daan banyak juga belanja untuk menemui semua perwakilan ini , mana boleh jumpa kosong saja, Siapa mahu jumpa kalau jumpa kosong saja. Sukarelawan yang menggerakkan kempen bekas menteri besar Selangor itu, Faizal Abdullah berkata, perjumpaan seterusnya sedang berlangsung di di seluruh negara."Semua calon (ketua Pemuda) ada peluang untuk menang, tetapi kita optimis dengan peluang kita (untuk menang)," kata Faizal timbalan ketua Umno Kapar.Tapi tentu Faizal kata Khir Toyo lebih berpeluang sebab semua pemuda sudah diberikan buah tangan, Walaupun Faizal adalah seorang sukarelawan tetapi beliau bukanlah sukarelawan yang kosong. Siapa mahu kerja untuk bekas MB Selangor ini jika bekerja kosong sahaja.

Selepas selesai mesyuarat bahagian 9 November lalu, Dr Mohd Khir memperolehi pencalonan kedua terbanyak selepas ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.Mukhriz mendapat 74 pencalonan, manakala Dr Mohd Khir 62 dan seorang lagi calon yang layak bertanding jawatan itu, Khairy Jamaluddin memperolehi 53 pencalonan.Bekas menteri besar Selangor itu, mendapat sokongan padu di beberapa buah negeri terutama di Selangor dengan memperolehi sokongan 15 daripada 22 bahagian di negeri itu.

Sambutan memberangsangkan

Dr Mohd Khir turut mendapat sokongan 11 daripada 24 bahagian di Perak dan lapan daripada 13 bahagian di Wilayah Persekutuan.Faizal berkata, pertemuan yang diadakan itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada para perwakilan.Memangkah dapat sambutan , Maklumlah pertemuan dengan Khir Toyo ini agak meriah sedikit , Itu semua orang tahu, Pertemuan yang membawa keuntungan yang lumayan.

"Tetapi kita tidak tahu (sokongan pada Mac nanti) sebab undi adalah rahsia," kata Faizal sambil berkata pihaknya juga menghantar pemantau untuk melihat dan memerhati kecenderungan perwakilan. Betullah , nanti Pak Tun akan umumkan lah pula satu strategi untuk menewaskan Khir Toyo dengan gimiki -gimik menentang politik wang,

Bagaimanapun, tambahnya, perwakilan matang dan bijaksana untuk memilih calon yang terbaik untuk memimpin Pemuda Umno.Menurut Faizal, selain menjelaskan misi dan visi beliau, Dr Mohd Khir juga mengadakan sesi soal jawab tentang isu-isu semasa."Mereka mahu mendengar sendiri jawapan dan reaksi Dr Mohd Khir berhubung isu-isu semasa terutama berkaitan dengan Umno untuk menilai visi dan misi bekas menteri besar Selangor itu," katanya.

Tempoh kempen lama

Ditanya mengenai tempoh kempen yang terlalu lama - sehingga Mac depan - Faizal berkata:"Ada baik dan buruknya... ia dapat menguji daya tahan dan kesabaran calon-calon (Ketua pemuda)."Menurutnya lagi, tempoh yang agak lama itu juga membolehkan perwakilan mengenali lebih dekat calon-calon yang bertanding. Masa yang panjang itu, tambah Faizal lagi, akan digunakan sepenuhnya untuk memperkemaskan lagi kempen di seluruh negara."Perlahan asalkan selamat. Kita tak mahu gopoh-gapah. Kita ambil masa untuk berikan kepuasan (dengan penerangan yang diberikan) kepada perwakilan," tambahnya.

Nota: Hebat Faizal ni , siapa yang tidak kenal Faizal ini ? sanggup buang kawan untuk kepentingan diri sendiri.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP