Khir bloggers yang bukan bloggers ~ Malaysiakini

Wednesday, January 7, 2009


Khir Toyo kemungkinan menghabiskan sisa-sisa politiknya dengan menjadi bloggers yang menentang kerajaan. Mungkin ini yang telah dinasihatkan oleh penasihat yang sama yang menasihat agar beliau memberikan penyapu dalam satu majlis yang hangat diperkatakan dan dipertikaikan.

Sebagai seorang penulis, khir sepatutnya mencurahkan daya krativiti beliau dengan menulis sendiri diblog milik beliau dan jangan mengharapkan orang suruhan menulis. Khir sebelum ini pernah cuba menerbitkan sebuah buku tulisan orang lain yang hanya ditukarkan nama penulisnya dari penulis asal ke nama Khir Toyo.

Ada seorang menyatakan, blog Khir Toyo ini sebenarnya bukan ditulis oleh Khir Toyo, kalau tak percaya bandingkan lah tulisan Khir Toyo sebenar dengan tulisan di blog beliau. Yang paling menarik apabila Khir kantoi menulis blog apabila beliau berada di Mekah tetapi tulisan beliau tetap disiarkan seolah-olah beliau yang menulis sendiri.

Ramai sahabat-sahabat Khir Toyo kesal dengan tindakan Khir menentang kerajaan setelah hilang kuasa. Ini membayangkan bahawa Khir bukanlah seorang pejuang, beliau adalah seorang pemimpin yang tidak boleh menerima dugaan kekalahan walaupun punca kekalahan datang dari beliau sendiri. Jika beliau terus menulis, eloklah Khir lupakan saja jawatan Ketua Pemuda UMNO yang mahu ditandinginya.

Pasti lambat laun rakyat akan bosan dengan penulisan (tulisan belaci yang menulis untuk Khir) khir yang sentiasa nagatif. Apa guna menyalak apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

4 comments:

Unknown said...

Boikotlah barangan yang membiayai kekejaman Israel. Mungkin boleh dimaafkan kalau kita membeli mesin dan peralatan canggih yang kita tidak ada kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau kita membayar perkhidmatan mereka hanya untuk menyediakan minuman (Coca-cola)dan mengoreng ayam (Mc Donald) untuk kita.

Anonymous said...

walauapapun yang anda katakan,Khir tetap ada hak untuk bersuara sama seperti blogger yang lain.cuma antara kita setuju atau tidak dengan penulisan dia.

bab pasal penulisan dia,tak kisah jika dia atau bukan dia yang menulis asalkan idea asal penulisan datangnya dari Khir sendiri.

bak kata dalam sebuah blog "i may not agree with what you say but i defend the right for you to say it",.

azlishukri said...

salam berani berubah..

Unknown said...

bila sebut pasal blogger yang bukan blogger ni,macammana dengan ex-politician atau politician lain yang jadi blogger?

adakah benar penulisan mereka benar-benar ditulis oleh mereka atau orang lain?

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP