KHIR TERGILA-GILA, MUKHRIZ PUN APA KURANGNYA TAKUT MARTABAT ANAKNDA KEPADA AYAHNDANYA GAGAL ~ Malaysiakini
Saturday, January 31, 2009
Walaupun dalam kebanyakan blog dan rencana-rencana dalam blog membidas macam-macam mengenai Khir Toyo yang terlalu menggila-gila hendakkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, jangan lupa Mukhriz Mahathir pun apa kurangnya. Di mana-mana penyokongnya menghentam Khairy yang bukan-bukan buat cerita macam-macam yang tidak berasas.
Nampaknya, dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda ini, Khir Toyo takut dengan Mukhriz dan Khairy hingga sanggup berhabis-habisan dan bermain dengan sumpah laknat pula akhir-akhir ini semata-mata untuk menang. Mukhriz pula takut dengan Khir dan Khairy dengan caranya sendiri memburuk-burukkan dua calon ini melalui agennya menabur fitnah.
Mengata Khir tu memang betullah kerana dah sah memang dia gilakan sangat jawatan itu kerana kalau memang jawatan ketua pemuda barulah karier politiknya akan terus hidup dan dia akan merangkak naik ke atas menggunakan cara yang dia boleh lakukan. Ubah muka pun dia boleh, nak panjat sampai jadi perdana menteri pun dia akan lakukan apa saja.
Mukhriz pula takut sangat martabatnya bertaraf anaknda kepada ayahndanya Tun Mahathir akan jatuh kalau dia gagal merebut jawatan ketua pemuda kali ini. Mukhriz main bahagian atas melobi minta bantuan 'kayangan' supaya dia dapat juga jawatan itu setelah merasakan dia ketinggalan dengan kemampuan Khir berhabis-habisan untuk menang dan Khairy pula semakin menyerlah dengan kebernasan mindanya.
Manakala agen-agennya terus menerus menanam perasaan benci orang ramai tidak kira perwakilan mahupun siapa saja walaupun di tahap waiter coffee house, waiter bar, pekerja kilang, kaki tangan kerajaan kononnya bila Khairy dapat pegang jawatan ketua pemuda UMNO nanti, dia akan jual Malaysia.
Mujurlah Sime Darby tidak jadi beli equiti IJN. Kalau tidak, ia akan jadi gah Khairylah yang suruh beli. Walaupun Khairy terkejut dengan tuduhan itu nampaknya ketika menjawab tuduhan menafikan beliau terlibat, tetapi bayang-bayang Khairy pun orang boleh buat cerita macam-macam.
Walaupun Khairy itu menantu Pak Lah, beliaulah antara yang memberi komen peralihan kuasa hingga bulan Mac itu adalah terlalu lama yang selari dengan pemimpin-pemimpin lain yang mengecam tempoh lama itu. Benarlah apa yang beliau jangkakan bahawa selagi belum sampai tarikh pemilihan ini, semakin banyak masalah timbul.
Tidak boleh siapa nafikan Khairy pun mahukan jawatan ketua pemuda yang bakal Hishamuddin tinggalkan. Tetapi tidak nampaklah menggila-gila sangat beliau mengecam calon lain. Malah beliau selalu menyebut dalam mana-mana forum biarlah perebutan jawatan ini berjalan dalam suasana sihat. Tetapi yang menyebabkan ia tidak jadi sihat kerana peluang Khairy yang sekarang ini menyandang jawatan naib ketua pemuda peringkat nasional yang juga memegang jawatan ketua pemuda negeri dan bahagian, beliau dilihat lebih layak memiliki jawatan itu kalau dikirakan secara lojik.
Soal dia menantu perdana menteri tidak timbul sama sekali kerana dalam pegangan jawatannya sekarang ini yang juga sebagai ahli parlimen Rembau, beliau kelihatan lebih menonjol dari segi penampilan idea dan keberaniannya berdepan dengan pembangkang. Oleh kerana sifat itu yang ada pada beliau, maka dia dicemburui dengan mudah dapat menangkis Mukhriz dan Khir dalam pemilihan akan datang ini kalau perwakilan berfikiran rasional memilih ketuanya.
Sama ada kita sedar atau tidak, negara kita tidak berada dalam keadaan kurang baik mengukur daripada tindakan pembangkang, tindakan sesetengah kumpulan kaum yang semakin hari semakin mengancam kestabilan rakyat negara ini, kita amat memerlukan pemimpin yang berani, tegas dan bijak untuk menangani ini semua.
Kita tidak mahu pemimpin sedia ada, bakal memimpin dan pemimpin pelapis main takpe dan terhegeh-hegeh untuk berdepan dan menangani tekanan tidak sihat yang semakin subur dari kalangan masyarakat kita dari berbilang kaum.
UMNO sedang mencari formula terbaik untuk menyatukan orang Melayu, tetapi orang Melayu yang tidak bersyukur dan tidak sabar semakin sempit lantas bertindak mengasingkan diri dengan pelbagai cara. Ini termasuk pemimpin Melayu yang tidak bersemangat bangsa sanggup bersekutu dengan rumpun bangsa lain hingga mengenepikan kepentingan parti.
Kerana itu, kita tidak boleh pandang mereka yang sanggup membeli jawatan dengan wang yang sama sekali tidak sama dengan kewibawaan, keikhlasan, ketegasan, berpengalaman, berketerampilan dan yang benar-benar bijak untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti. Jauh sekali untuk kita pilih pemimpin yang telah gagal dalam kepimpinannya dan yang belum terbukti dia benar-benar mampu.
3 comments:
Salam dari Gondang. Tahniah kerana rencana ini memberi sedikit kesedaran kepada semua bahawa jawatan yang kita dapat dari wang dan paksa orang bersumpah menyokong kita, tidak akan mampu membawa apa-apa kelebihan kepada parti. Sayangilah parti kita, parti orang-orang Melayu yang terlalu besar jasanya. Jika ditakdirkan tokoh-tokoh Umno yang sudah meninggal dunia hidup kembali, mereka akan menitiskan airmata melihat permainan orang-orang yang tidak pernah sedar diri, setelah parti yang dipimpinnya tewas, masih terkejar-kejar jawatan. Sokonglah orang yang sepatutnya menjadi pengganti Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukan bersaing dengan mereka dan menggunakan taktik kotor. Kepada perwakilan Pemuda dari seluruh negara, saya menyeru mereka fikirkan semula, betapa Pemuda seharusnya dipimpin mereka yang masih mengetuai Pemuda Umno di peringkat bahagian. Hanya orang muda yang tahu menyelesaikan masalah Pemuda dan bukan orang yang sudah tua, tetapi mengubah muka menjadi 'muda semula'. Salam perjuangan!
Khir Toyo ni dah memang desperate sangat.
wahh..ampu kj nampak?dari perlis sampai ke sabah,senang cerita satu malaya dah tau dosa kj..takyah sorokkk..
Post a Comment