KEGILAAN KHIR YANG MELAMPAU PATUT SUDAH ADA DALAM FAIL SPRM DAN JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO ~ Malaysiakini
Wednesday, January 28, 2009
Semakin dekat dengan tarikh pemilihan, calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Mohd Khir Toyo kelihatan semakin terdesak untuk menjerut leler perwakilan dengan limpahan wang ringgit dan kemewahan seperti mencabar jawatankuasa disiplin UMNO dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sekarang ini berwajah baru membantu UMNO mengejar menghapuskan politik wang. Pergerakan Khir yang bagaikan begitu terdesak menggunakan segala bekalan wang yang ada untuk dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan jawatan idamannya, Ketua Pergerakan Pemuda yang satu-satunya harapan untuk terus bernafas dalam politik setelah memikul wajah gagal memimpin Negeri Selangor hingga terlepas kepada PKR.
Paling dahsyat kegilaan Khir kali ini ialah dengan membuat tawaran cukup lumayan sekitar antara RM10,000 - RM50,000 mengikut tahap sokongan perwakilan terhadap calon lain, Mukhriz dan Khairy. Perkara ini walaupun diadakan di tempat-tempat tersorok dan terpencil bagi mengelak dikesan, ia telah diketahui ramai.
Ia semakin ketara selain daripada Khir dengan begitu rakus menggunakan wang sebagai umpan pancing undi untuknya juga telah menawarkan lebih daripada itu dengan membuat tawaran pekej melancong bersama keluarga terutama mereka yang sanggup mengangkat sumpah melafazkan dengan nama Allah akan memberi undi kepada beliau nanti.
Dengan cara bersumpah ini Khir bagaikan telah didorong kemaruk jiwa syaitan kerana ia diiringi dengan pemberian hadiah wang ringgit yang menyerupai pengkhianatan terbuka menggunakan agama sebagai senjata memperolehi jawatan idamannya. Tindakan itu adalah tindakan orang kufur dan tidak sama sekali membawa sifat seorang pemimpin generasi bangsanya ke arah jalan yang diredzai Allah. Sesuatu kememangan yang ‘dipaksa’ melalui sumpah dan wang ringgit adalah kerja syaitan bertopengkan manusia. Begitu sekalilah kedudukan Khir pada ketika ini yang menggunakan agama untuk politiknya.
Walaupun yang bersumpah dan menerima habuan dari seseorang yang membeli undinya dengan cara itu akan mengecap nikmatnya, tetapi nescaya ia hanyalah bersifat sementara sahaja. Mereka tetap akan dilaknati Allah di dunia dan di akhirat serta menerima musibah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana dorongannya adalah dari bentuk rasuah yang jelas.
Dalam satu perkembangan lain, ramai juga dari kalangan yang berpura-pura menyokong Khir untuk mendapat habuan besar dan tawaran istimewa itu walaupun terpaksa bersumpah, mereka juga mengharapkan Khir hilang kelayakan bertanding apabila SPRM atau pemantau disiplin UMNO dapat bukti kerja-kerja kotor yang Khir lakukan itu supaya sumpah mereka menjadi null and void.
Sepertimana kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sesiapa yang didapati bersalah dalam politik wang menjelang tarikh pemilihan bulan Mac nanti akan hilang kelayakan bertanding sebarang jawatan sepatutnya menjadi isyarat kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menunjukkan kewibawaan mereka bertindak bijak memberkas mereka bertransaksi sulit yang berlangsung boleh dikatakan setiap hari.
Kedua-dua badan yang dipertanggungjawabkan untuk membasmi politik wang dalam musim merebut jawatan ini tidak boleh semata-mata mengharapkan laporan sahaja kerana yang memberi itu seperti Khir adalah seroang yang licik dan mempunyai kaki tangan ramai untuk mengelak diri daripada diberkas.
Tambah pula yang menerima habuan begitu lumayan tidak boleh diharap untuk mendedahkan perkara ini kerana itu adalah peluang yang mungkin seumur hidup untuk merasa nikmat walaupun terpaksa menjalani angkat sumpah.
Dari apa yang berlaku di Kuala Terengganu semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di mana Khir mengadakan perjumpaan-perjumpaan sulit menabur wang kepada perwakilan secara terang-terangan sepatutnya telah dihidu oleh pihak perkuasa pencegahan rasuah.
Adalah malang sekiranya dengan cara Khir bertindak untuk meraih kemenangan secara ala pengaruh syaitan itu tidak dapat dikesan oleh SPRM dan JK Disiplin UMNO. Kecualilah mereka semua telah berjaya dibeli dengan harga lebih lumayan daripada apa yang perwakilan terima.
0 comments:
Post a Comment