BEKAS RAKSASABN RAKUS ANWAR MEMALAM SEMUA...

Tuesday, March 25, 2008


Hari berganti malam. Setiap detik waktu yang pergi, umpama kuasa melepasi genggaman Mahathir. Muka-muka baru di persada Kabinet memberi impak positif kepada Abdullah Badawi. Shabeery Chik dan Ismail Sabri, muka baru Pahang telah memberi pengiktirafan kepada bloggers. Tokoh korporat seperti Zaid Ibrahim dan Datuk Amirsham menarik hati rakyat. Perlantikan Tan Sri Mohd Taib dan kenaikkan pangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin menguatkan Abdullah Badawi didalam UMNO.

Pakatan Mahathir mula kelihatan rapuh. Mukhriz hampir memusnahkan segalanya apabila kredibilitinya sebagai pemipimpin dipersoal dalam mengendalikan PC mendesak perletakan jawatan Presiden. Bayang-bayang Hishammuddin yang mungkin tidak akan berganjak dari kerusi Ketua Pemuda juga merumitkan lagi keadaan.


Team "Krisis" yang dikepalai oleh beliau tetapi bermukakan Tengku Razaleigh mula menunjukkan keretakan. Tengku Razaleigh sepatutnya hanya memanggil EGM dan tidak mengumumkan hasratnya untuk menjadi Presiden. Pencalonan 60 Bahagian adalah mustahil untuk Tengku Razaleigh pada masa awal ini. Walaupun Tengku Razaleigh bukan orang baru dalam UMNO, krisis diluar jangkaan ini telah meranapkan percaturan awal mereka. Mahathir telah menyarankan kepada Tengku Razaleigh bahawa dia patut menjelma hanya pada saat-sat akhir, ketika UMNO benar-benar berpecah. Tetapi Tengku Razaleigh mula cemas melihat kejayaan gerak geri Abdullah Badawi. Tengku Razaleigh mula bercita-cita menjadi Presiden UMNO sejak dia menjadi naib presiden UMNO pada tahun 1975 lagi. Memang tidak dinafikan bahawa Putera Kelantan ini merupakan pilihan Tun Razak dan Tun Hussein sebagai penyambung mereka tetapi kerana usianya yang terlalu muda dan statusnya yang masih tidak berkahwin, mereka terpaksa memilih anak Kedah yang amat agresif dan kurang ciri-ciri Melayu, Dr Mahathir Mohd untuk 'memegang' jawatan Presiden untuk dua penggal.


Tengku Razaleigh menguji pengaruhnya apabila beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, berhadapan dengan Tun Musa Hitam. Beliau terkejut apabila dikalahkan dengan mudah. Musa Hitam menang dengan 205 undi. Dari situ, dia mula mengesyaki Tun Mahathir mempunyai agendanya sendiri. Nafsu Mahathir menjadi Presdien tidak akan puas selama dua penggal. Tun Mahathir telah menggunakan pengaruhnya untuk menguburkan Tengku Razaleigh. Mahahtir percaya Tun Musa lebih mudah dikawal dari Tengku Razaleigh. Justeru, pada tahun 1987, dipandu oleh nafsu, Tengku Razaleigh mengisytiharkan perang yang paling dasyhat dalam sejarah UMNO. Mahathir berjaya mengekang kemaraan Tengku Razaleigh tetapi perperangan ini telah meretakkan institusi UMNO dan mengakibatkan perpecahan kepimpinan dan akar umbi melayu.


Bertahun-tahun kemudian setelah jelas rakyat Melayu semakin menolak Semangat 46, Tengku Razaleigh berkompromi dengan Mahathir. Mahathir membiarkan Tengku Razaleigh masuk kedalam UMNO kerana dia sedar kedudukannya tidak boleh lagi dicabar. Namun, dia memerlukan seorang yang berpengaruh selain dari Najib untuk membayangi gerak geri bintang muda UMNO yang diasuhnya sendiri, Anwar Ibrahim.



Kenaikan Anwar Ibrahim di dalam UMNO berbeza dengan Tengku Razaleigh. anak emas Mahathir ini telah bertanding dan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan mudah. Aktivis Universiti ini menempah nama setelah ditahan dibawah ISA pada tahun 1974 selama 20 bulan. Anwar Ibrahim mengambil hanya lebih kurang 10 tahun untuk naik ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Tetapi lonjakan Anwar ini tidak disenangi oleh Mahathir dan orang kananya termasuk Sanusi Junid dan Daim Zainuddin. Bagi Mahathir, keputusan Anwar untuk mencabar kedudukan Tun Ghafar Baba, seorang Timbalan yang taat dan telah membantunya mengalahkan paksi Tengku Razaleigh- Musa Hitam pada tahun pemilihan 1987 melambangkan persahabatan mereka diambang kekeruhan. Apabila Anwar mula menaikkan penyokongnya, Team Wawasan seperti Tan Sri Mohd Taib, Tan Sri Muhyiddin, Najib Tun Razak, Zahid Hamidi dan Siti Zaharah di dalam pucuk pimpinan UMNO. Politik UMNO Anwar tamat riwayatnya apabila dia membelakangi dasar Mahathir ketika menjawat Pemangku Perdana Menteri selama dua bulan.


Pada tahun 2006, dua tahun selepas Abdullah Badawi mendapat mandat yang besar dari rakyat, Mahathir telah bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi menubuhkan "Team Krisis". Perjumpaan bersejarah ini dirancang oleh Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tengku Mahaleel anak Kelantan yang rapat dengan dua bekas gergasi UMNO ini. Mahathir amat kecewa akibat projek rakan-rakannya dihalang oleh Abdullah Badawi manakala Tengku Razaleigh melihat ini sebagai peluang terakhirnya untuk menjadi Presiden UMNO.


Dimana Anwar Ibrahim dalam pakatan ini?. Anwar yang pada mulanya tidak menyerang Abdulah Badawi dengan harapan dia akan dapat masuk ke dalam UMNO mula berasa kecewa dengan tingkah laku Abdullah Badawi. Musuh lamanya ini menghalangnya daripada masuk kedalam UMNO untuk melahap Najib Tun Razak. Anwar mula mencari jalan lain untuk memuaskan nafsunya.


Tengku Razaleigh telah mengemukakan idea membawa Anwar dalam "Team Krisis" bagi meluaskan pengaruh mereka dan menguatkan pembangkang. Walaupun ramai yang menyangka calon pilihan mereka untuk menggantikan Tengku Razaleigh pada 2011 kelak adalah anak mentor mereka, Najib Tun Razak, tetapi pada hakikatnya, kedua-dua mereka pernah merasai pengkhianatan politik Najib. Tengku Razaleigh telah ditikam dari belakang pada tahun 1987 manakala Mahathir telah dibelot oleh Najib dalam pertelingkannya dengan Abdullah Badawi.


Persefahaman yang dibentuk oleh "Team Krisis" ialah untuk menamakan Anwar sebagai Presiden UMNO selepas Tengku Razaleigh. Antara isu utama yang berjaya diselesaikan ialah tiada tindakan terhadap Mahathir dan keluarganya ketika Anwar berkuasa. Bagi memastikan ini berjaya, Mukhriz akan dijadikan Ketua Pemuda dalam pemilihan tahun ini dan menjadi Naib Presiden pada pemilihan 2011. Anwar akan mengangkat Mukhriz sebagai Timbalan Presiden untuk dua penggal sebelum obor kepimpinan dikembalikan kepada keluarga Mahathir.


Fasa I operasi persefahaman ini digerakkan oleh Mahathir dengan menyoal kepimpinan Abdullah Badawi di kalangan rakyat melalui media massa tempatan dan Internet. Mahathir menguatkan operasinya dengan menimbulkan isu-isu ekonomi melalui tokoh-tokoh ekonomi Cina yang dinaikkannya sepeti Robert Kuok, Lim Goh Tong, Vincent Tan dan Quek Leng Chan.


Fasa II melihat Anwar Ibrahim menggabungkan pembangkang dan menggunakan hujah-hujah Mahathir sebagai bukti kelemahan Abdullah Badawi. Harapan mereka ialah untuk membuat satu krisis kepimpinan dengan kekalahan Barisan Nasional di peringkat negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kekalahan negeri Pulau Pinang cukup untuk melihat ahli UMNO mengesyorkan undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi. Tetapi operasi mereka ini lebih 'berjaya' daripada apa yang mereka sangkakan. Tidak terlintas pada mereka bahawa pembangkang akan memenangi 82 kerusi Parlimen serta negeri Selangor dan Perak. Ini telah menjejaskan perancangan mereka kerana pembangkang kini terlalu kuat. Mereka tidak mahu melihat Barisan Nasional tidak lagi releven kepada rakyat. Ini akan menidakkan perancangan peralihan kuasa mereka.


Fasa III sepatutnya melihat Mukhriz, Razali Ibrahim, Rafidah Aziz, Ghani Othman, Khir Toyo dan Tengku Razaleigh mula mengasak kepimpinan Abdullah Badawi. Namun, krisis yang diluar jangkaan ini telah memaksa kepimpinan UMNO bersatu dibawah Abdullah Badawi. Desakan Mukhriz dan Tengku Razaleigh semakin tidak menjadi. Pucuk pimpinan pusat dan negeri bersatu dibawah Presiden kerana khuatir perpecahan akan hanya melemahkan lagi UMNO.


Namun, masalah pakatan Team "Krisis" ini lebih besar. Kebangkitan Anwar Ibrahim yang mungkin mahu menjadi Perdana Menteri lebih awal, diluar payung UMNO sudah tentu akan membelakangi Tengku Razaleigh dan Mahathir. Persefahaman Mahathir dan Anwar Ibrahim menjadi tanda tanya yang paling besar. Keluarga Mahathir di dalam keadaan bahaya. Anwar tidak lagi memerlukan pengaruh Mahathir mahupun Tengku Razaleigh. Usaha Tengku Razaleigh untuk berhubung dengan Anwar tidak lagi dilayan. Anwar telah mengarahkan orang kananya YB Azmin Ali dan YB Nik Nazmi supaya tidak lagi melayan panggilan dari Tengku Razaleigh.

Anwar semakin hari kelihatan seperti keris yang makan tuan. Tetapi dalam politik, tiada yang pasti. Mungkinkah harapan Tengku Razaleigh menjadi Presiden UMNO dan harapan Mahathir untuk meneruskan dinasti keluarganya menjadi catitan sejarah kegagalan sahaja?.

Read more...

CO RAKSASA Hishammudin Akhirnya Di Cantas Datuk Mukriz Tun Mahathir

Sunday, March 23, 2008



Sorakan kumpulan Mukhriz yang dikepalai oleh Anas memecah kesunyian bilik Mesyuarat. Para pemberita mengambil peluang merakam kegembiraan itu untuk dijadikan lauk politik petang itu. Tetapi bibir Hisham tidak berdaya mengukir senyuman. Dia sedar nalurinya telah tergadai. Tetapi apa pilihan yang ada pada dia?. Jika hukuman diambil keatas Mukhriz, Mahathir akan menggunakan rangkaian sahabat UMNOnya untuk menguburkan cita-citanya untuk menjadi Naib Presiden. Pak Lah berada di kedudukan yang amat lemah. Itu laporan yang diterima dari Hisham Nordin dan YB Razali Ibrahim. Hisham menutup beg kulitnya dengan perlahan. Harison, EXCO Pemuda yang ditajanya bergegas mencium tangan kiri Hisham. "Sekarang kita pasti ke VP bos.." bisik Harison kepada mentornya.



Tetapi mindanya berlari ke jam 7.45 malam hari Sabtu apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Exco yang juga merupakan mata-matanya di Selangor, Anis Aziz. Anis dengan tanpa segan silu menggambarkan kegembiraan dirinya apabila diumumkan Khir Toyo kehilangan Selangor. "UMNO Selangor kini bersatu untuk membawa boss pergi Naib". Itulah kata-kata yang dilemparkan. Anis berdendam dengan Khir Toyo kerana tidak memilih ayahnya sebagai wakil rakyat bagi tahun 2008 sedangkan pada dirinya, ayahnya sudah melakukan yang terbaik. Ketua sayap Pemuda mengorak langkah perlahan meninggalkan bilik mesyuarat.




Adakah ini anak didik aku?. Tidak berjayakah aku mengajar Harison dan Anis liku-liku politik?. Naib Presiden?. Jika Khir menang negeri Selangor dengan kerusi DUN yang jauh berkurangan, maka peluangnya akan cerah. Tetapi pada hakikatnya Khir kalah besar membuatkan peluang Hisham ke Naib Presiden semakin rapuh. Ini kerana kekalahan negeri Selangor telah membuka ruang kepada seorang gergasi UMNO, anak Selangor Tan Sri Mohd Taib, Menteri Luar Bandar untuk dilantik Ketua Perhubungan Negeri Selangor sekaligus bertanding satu dari tiga tempat Naib Presiden. Kuota Johornya sudah pasti akan dilahap oleh Tan Sri Muhyiddin yang baru dinaikkan pangkat menjadi Menteri Industri, manakala Ali Rustam masih kukuh dengan pengikutnya yang terdiri daripada ramai kepimpinan Pemuda Bahagian.




Sehari selepas Pilihanraya, dia menerima panggilan telefon daripada Mahathir. Mukhriz akan membuat PC katanya. Jangan ambil tindakan. Malah, Mahathir yang mula-mula melantik Hisham sebagai Menteri mengarahkan Hisham untuk menyokong Mukhriz dari belakang. Tapi Hisham tak mahu masuk campur. Ini bukan perangnya. Tetapi dia tahu Mahathir bukan calang-calang orang. Jika dia mahu sesuatu, dia akan pastikan segala usaha akan dilakukan untuk mendapat sesuatu itu. YB Razali Ibrahim, calon Naib Ketua Pemuda UMNO Mahathir telah menjalankan tugasnya di Johor. Namun, dari kaca mata Mahathir, kenyataan Pemuda lain terutamanya Kelantan, Selangor dan Perak membuktikan bahawa Hisham telah gagal menggunakan pengaruhnya di dalam Pemuda untuk membantu Mukhriz.

Diselubungi kegelisahan, Hisham telah membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan kepada Mukhriz. Gerak geri politik Hisham yang bermain selamat itu boleh dilihat apabila dia hanya membuat mesyuarat EXCO selepas pengumuman Kabinet.



Ketika Menteri Kabinet lain sibuk berpindah randah, Hisham tetap di Kementerian Pelajaran. Di hadapannya Norzin dan Hj Salim, calon-calon Setiausaha Politik beliau kelihatan resah. Laporan yang diterima selepas mesyuarat EXCO diluar jangkaan mereka. Hisham sudah terlepas pandang. Kisah Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO hari itu menjadi berita dan tajuk bualan di seluruh tanahair. Hj Salim melaporkan bahawa penyokong-penyokong kuat Pak Lah di dalam UMNO amat kecewa dan marah dengan keputusan EXCO Pemuda yang diumumkan oleh Hisham. Dari Sabah hinggalah ke Perlis, ramai mengatakan Hisham tidak payah buang tenaga dan wang ringgit untuk bertanding di peringkat Naib Presiden. Ketua-ketua Bahagian tidak akan menyokong beliau.



Hisham sedar kesilapannya. Dia mula sedar bahawa selama ini Hisham Nordin dan YB Razali Ibrahim telah menggunakannya untuk kepentingan mereka sendiri. "Pak Lah dah lemah bos. Dia akan terpaksa letak jawatan dalam masa yang terdekat ini. Kita perlu sokongan Mahathir dan Ku Li bos". Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Pak Lah diberi sokongan semua pihak dalam UMNO kecuali Hisham. Hati kecilnya membawa Hisham di zaman dia baru berjinak dengan politik UMNO, apabila Pak Lah membuktikan kekuatannya di dalam UMNO. Pada tahun 1987, walaupun Team B yang dikepalai oleh Tengku Razaleigh Hamzah tumpas, Pak Lah tetap diundi menjadi Naib Presiden UMNO. Keputusan Pak Lah untuk tidak bersama rakan-rakan Team B yang lain untuk meninggalkan UMNO dan masuk Semangat 46 meningkatkan kepercayaan Ketua-Ketua Bahagian. Dengan kepercayaan ini, Pak Lah sekali lagi berjaya memenangi kerusi Naib Presiden walaupun dipecat dari Portfolio Pertahanan oleh Dr Mahathir.



Kuda presiden 2008 harapan Hisham, Tengku Razaleigh telah membuat kesilapan besar dengan mengumumkan hasrat untuk jawatan Presiden terlalu awal. Dr Mahathir sendiri menidakkan peluang Tg Razaleigh untuk menggulingkan Pak Lah di pemilihan UMNO kelak. Semua sayap menyokong kepimpinan Pak Lah. Setelah mendapat apa yang diidamkan dari Hisham, Dr Mahathir telah meninggalkannya. Telefon tidak dijawab. Bagaimana Hisham mahu bertanding jawatan Naib Presiden, sedangkan penyokong Mahathir telah memulaunya dan mencanang nama Menteri Besar Johor Ghani sebagai calon selatan mereka, manakala penyokong Pak Lah pula akan mengangkat Tan Sri Muhyiddin, Ali Rustam dan Mohd Taib.



Mungkin dengan perkembangan ini, kemungkinan besar dia terpaksa kekal di kerusi Ketua Pemuda UMNO. Tetapi pada masa yang sama, kedengaran desas desus di tingkat 28 yang mengatakan Mukhriz dan jentera perangnya sudah menghidu bau kelemahan Hisham.

Read more...

Tolak Pak Imam pilih kaki botol Tengku Razaleigh Hamzah!!! Cool Li? - (Harga Pasaran USD30,000)

Saturday, March 22, 2008


Sememangnya Ku Li (Razaleigh Hamzah) berasal dari Gua, kerana setiap 4 tahun dia akan keluar dari Gua dimana dia berhibernasi. Cerita Ku Li ini adalah cerita seorang yang amat frust dengan UMNO terutamanya bukan dengan Pak Lah, tetapi dengan Tun Mahathir dan Najib. Masih ingat pertandingan pemilihan UMNO 1987? Sepatutnya, Ku Li yang menang tetapi atas dua perkara Ku Li terkandas. Pertama, 55 undi yang dijanjikan Najib last minute swing ke Tun Mahathir, keduanya pada masa itu Ku Li masih playboy dan kaki enjoy.

Sememangnya pada masa itu, Ku Li di lihat sebagai Putera UMNO yang
bakal menjawat tampuk pimpinan parti. Tetapi Tun Mahathir lebih licik dalam pencaturannya. Satu lagi punca kekalahan adalah kerana politikal operator nya di pinjam Tun Musa Hitam, iaitu Anuar Zaini yang sudah di bela oleh Najib dan meletakkan 'bomb' atau sabotaj perancangan politik Ku Li.

Oleh itu Ku Li membentukan era baru yang tidak sepatutnya terjadi, dengan pengharaman UMNO dan membuka jalan dengan Parti gilanya Semangat 46 dan mengambil hampir separuh ahli UMNOnya termasuk orang orang ternama UMNO, dan Tun Mahathir terpaksa membuka UMNO baru (UMNO diharamkan kawan baik Ku Li dari Kelantan Tun Salleh Abbas yang juga advisor PAS sekarang). Ku Li juga pernah membakar bendera UMNO bersama bekas Setiausaha Agung Dato Radzi.

Baru baru ini, Ku Li dilihat di cigar cigar room di KL dengan orang
orang kerabat berfoya foya dan minum wain dikhalayak ramai, walaupun usia sudah menjangkau 72, Ku Li masih ber cita cita menjadi Perdana Menteri dan Presiden Parti keramat UMNO. Wajarkah Ku Li menegur kepimpinan UMNO kerana jika dilihat pada track record kepimpinan Ku Li, memang tidak ada apa yang hendak digembar gemburkan. UMNO tidak dapat bertapak di Kelantan apabila Mahathir melantik Ku Li menjadi Ketua Perhubungan negeri dengan harapan anak raja ini dabat memabwa Kelantan pulang ke dalam UMNO. Jelas, kepimpinannya gagal sama sekali. Dan kini, selepas tidak mendapat pencalonan 2004, adakah ini cita cita seorang tua atau cita cita kaki botol yang frust???

Anda buat pilihan....

Read more...

CO RAKSASA Hishammudin Menyerah BODY!!

Wednesday, March 19, 2008



Tingkat 38 Menara Pusat Dagangan Dunia Putra umpama kandang singa UMNO. Pejabat sayap Pemuda menggambarkan tenaga, keberanian dan barisan hadapan Parti Keramat UMNO. Ruang masuk pejabat yang serba baru dibawah jagaan orang kanan Dato' Hisham, PSU Pemuda merangkap ahli Parlimen Kota Belud Dato Rahman Dahalan ini dihiasi dengan gambar-gambar pejuang bangsa terdahulu termasuk Tun Razak, Tun Hussein, Sardon Jubir, Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak.



Tepat jam 3 petang hari Selasa Mac 18, penyambung perjuangan mula menyusur masuk kedalam pintu pejabat Mesyuarat Tingkat 37 Menara PWTC. Apabila Ketua Pemuda, Dato' Hisham melangkah masuk, seolah-olah semangat pejuang-pejuang di Tingkat 28 meresap masuk kedalam jasad cucu pengasas UMNO ini. Mana mungkin Mukhriz akan terlepas?. Ini kali kedua dia memalukan sayap Pemuda dengan membelakangi Presiden dan Ketua Pemuda. Setidak-tidaknya pasti dilucutkan jawatan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO.



Suasana di dalam mesyuarat EXCO itu amat tegang. Pegawai-pegawai anggota EXCO Pemuda yang menanti di luar bilik mesyuarat itu semakin berdebar-debar. Kepulan asap mengabui mata Anas, pegawai khas Mukhriz yang "dihadiahkan" oleh Dr Mahathir. Pegawai Khairy, Badak turut kelihatan tegang. Telefon bimbit masing-masing tidak berhenti berdering. Apabila Shahrul Setiausaha Kerja membuka pintu bilik menandakan mesyuarat itu tamat, pemberita dan pegawai EXCO bergegas ke pintu untuk menjenguk kedalam. Wajah majikan mereka membawa seribu makna.



Apabila Dato Hisham mengumumkan tiada tindakan yang akan diambil keatas surat Mukhriz, Anas dan rakan-rakannya bersorak gembira. Harison, EXCO yang dahulunya Setiausaha Kerja Pemuda mengukir senyuman. Dia berdiri tegak dibelakang Mukhriz . Khairy merenung kehadapan. Badak dan rakan-rakannya yang lain tergamam dengan kesudahan mesyuarat itu. Mustahil Mukhriz yang telah mengkhianati institusi itu dibiarkan bermaharajela.



Pegawai—pegawai yang masih diselubungi rasa terkejut, berbisik mengatakan bahawa Hisham Nordin dan Harison telah berjaya membawa pesanan Mahathir-Mukhriz terus ke telinga Dato' Hisham beberapa minit sebelum mesyuarat tersebut. Jika terdapat sebarang tindakan displin keatas Mukhriz, Dato Hisham akan melalui pemilihan Naib Presiden yang amat sukar.



Pegawai seorang EXCO dari negeri Utara berkata keputusan itu sukar dipercayai apa lagi diterima. Walaupun politik Dato Hisham sendiri yang menjadi pertaruhan,tidak pernah dalam sejarah Pemuda UMNO sayap itu kelihatan seperti "tiada tulang belakang" dan "pengecut". Pegawai Sazmi Miah yang bersorak bersama Anas pula berkata itu satu keputusan yang "adil" dan "bertepatan".



Mungkinkah Dato Hisham telah masuk ke perangkap Mahathir yang sebenar-benarnya mahu menguburkan Menteri Pelajaran itu?. Mungkinkah benar YB Razali, chai Naib Ketua Pemuda Mukhriz berjaya mengaburkan mata bos lamanya itu untuk kepentingan politiknya sendiri?. Apapun, pada hari ini, ramai yang menghadiri mesyuarat EXCO petang tadi mengatakan Tingkat 28, PWTC tidak boleh lagi digelar "kandang singa UMNO".

Apa percaturan politik Pemuda selepas ini?. Tunggu dan lihatlah….


Read more...

Di mana HERO Naib Ketua Pemuda UMNO RAKSASA KJ??





Sudah 4 tahun berlalu, dan NKP UMNO kini lari dari suluhan lampu politik nasional. Di manakah ketua samseng UMNO hari ini? Selepas keputusan PRU 12, calon-calon yang kecundang sibuk mencari kambing hitam untuk disembelih melalui sms dan media alternatif, dan sudah tentunya lah KJ yang menjadi kambing hybrid yang dicampakkan ke dalam gulai kawah. Antara orang pertama menunding jari ialah seorang Menteri veteran yang terus menerus menyalahkan menantu kesayangan Perdana Menteri secara terang-terangan.

Ada sesetengah penganlisa politik dalaman menyatakan bahawa hero WaWawI ini telah lari kontang kanting hilang punca. Ramai Pemuda UMNO, melalui gerakan yang dikepalai oleh Mukhriz, sibuk menabur sms seperti menuang minyak yang panas menyalahkan KJ atas kekalahan BN terutamanya di Kelantan.

Ada pula yang menyatakan dia hanya menunggu 5 Mei ini, apabila Parlimen akan mula bersidang dan menjadikan medan tempur beregu dengan Mukhriz yang bakal di kotak katik oleh pembangkang.
Ada pula yang membuat spekulasi KJ sudah bermula berbincang dengan pasukan Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden untuk membantu politik masa depan nya, kerana KJ sendiri kurang yakin Dato Hishamuddin (Boss KJ) dapat mengalahkan Dato Mukhriz untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, atau pun lebih bahaya kerusi Naib Presiden UMNO Malaysia. Plan Dato Hishamuddin untuk mengunakan KJ sebagai penghadang beliau daripada Mukhriz kian lesap, selepas mendapat berita Khir Toyo dan Mukhriz akan menjadi tiket pertama, iaitu Khir Toyo untuk VP UMNO Malaysia dan Mukhriz KP UMNO Malaysia dan lebih ketara bekas Setiausaha Sulitnya YB Razali Ibrahim sebagai NKP.


Disinilah KJ tersepit antara Bossnya Hisham dan gerakan Mukhriz. Apa pilihan tiket 2 anda?

Read more...

Udang RAKSASA Disebalik BATU!!!! (SOLD = USD25,000)

Tuesday, March 18, 2008




Fajar mula menyinsing pagi. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seperti melambai malam Sabtu yang penuh bersejarah itu. Namun di perkarangan mahligai di Mines, bekas Perdana Menteri ini tidak dapat lena. Keputusan Pilihanraya yang diluar jangkaan seluruh Malaysia sebaliknya seperti skrip hasil karya Mahathir sendiri. Tetapi Mahathir tidak dapat berhenti berfikir. Kekalahan negeri-negeri termasuk Selangor dalam jangkaanya, tetapi kekalahan 81 kerusi Parlimen tidak sama sekali dirancang. Dia hanya menabur benih usaha untuk Barisan Nasional kalah dalam satu sahaja kerusi Parlimen – di Negeri Sembilan. Tetapi kerusi itu dimenangi calon BN dengan 5,000 majoriti.



Orang kuatnya di Negeri Sembilan menghampakan. Namun dia masih menaruh harapan tinggi kerana watak-watak lain di dalam skripnya antaranya Dato' Shafie Apdal yang berjaya menaikkan harga minyak, rakan kongsinya Robert Kuok yang berjaya membuat isu gula berjaya memainkan peranan masing-masing. Tengku Razaleigh, calon Presidennya sudahpun memulakan gerakan meresapi semua bahagian di seluruh tanahair.



Keputusan kerusi Parlimen yang mengejutkan itu memaksa segala perancangan yang diatur diawalkan. Perancangan bulan Ogos yang telah diperinci dengan begitu oleh mendalam oleh pasukan UMNO-Mahathir terpaksa diubah suai. Menanti detik Perhimpunan Agung UMNO untuk membuka langkah perang bukan lagi pilihan yang munasabah. Musuh abadi beliau, Dato' Sri Anwar Ibrahim sudah tentu bersiap sedia menaiki jetnya menuju ke negeri dibawah bayu dan bumi kenyalang. Mahathir sudah berhubung dengan Leo Moggie melalui telefon bimbit, tetapi tidak ada kata putus yang diberikan. Mahathir amat khuatir anak didiknya Tan Sri Taib Mahmud mempunyai agenda kuasanya sendiri. Kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak merupakan piala yang menjadi rebutan kedua-dua pihak.



Jika Mahathir tidak dapat lena pada hari Ahad, hari Rabu membawa lebih banyak keresahan kepada gergasi usang ini. Pelan untuk mempercepatkan perletakan jawatan Abdullah Badawi nyaris dimusnahkan oleh Mukhriz. Mahathir sudah bersedia untuk meneruskan usahanya menjatuhkan Abdullah Badawi tanpa Mukhriz tetapi anak emasnya Mokhzani dan Tengku Razaleigh berjaya memujuknya untuk memberi Mukhriz peluang kedua. Jika Mokhzani berani memujuk Mahathir demi silaturrahim adik kandungnya, Tengku Razaleigh memerlukan khidmat Mukhriz untuk membawa sokongan Pemuda dalam gagasan baru beliau untuk menggulingkan Abdullah Badawi.



Negeri Sabah dan Sarawak bukan medan pertempuran kegemarannya. Abdullah Badawi mempunyai pengaruh yang kuat disebabkan oleh pelan Koridor dan SCORE. Dia perlu memecahkan pengaruh Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim di negeri-negeri ini. Mahathir sekadar mampu mengamanahkan panglimanya Tan Sri Abdullah Ahmad untuk mengetuai dialog dengan Tan Sri Taib Mahmud. Kedua-dua Tan Sri ini merupakan kenalan rapat yang sama-sama berkecimpung dalam dunia politik diera Tun Razak. Namun Mahathir tahu, Taib tidak mementingkan duit berkayan-kayan, semua itu sudah diraih oleh Taib di era Mahathir lagi, sama seperti beliau, Taib sedang merangka kesinambungan legasi dinasti Taib menerusi anaknya, Suleiman, ahli Parlimen Kota Samarahan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pelancongan.



Tetapi desas desus politik mengatakan Anwar dapat menjanjikan portfolio Kewangan untuk Suleiman. Tengku Razaleigh yang terpaksa memuaskan nafsu ahli UMNO hanya dapat memberi Suleiman portofolio yang jauh lebih kecil seperti Pertanian ataupun Penerangan di dalam rombakan kabinet selepas Perhimpunan Agung UMNO kelak.



Di Sabah pula keadaan lebih genting. Anwar sememangnya ikon di Sabah. Berbilion wang ringgit telah digugurkan oleh Anwar pada tahun 1993, ketika UMNO Sabah mula terbentuk. Jeffrey Kitingan mempunyai pengaruh yang masih kuat dikalangan ahli ahli Parlimen di Sabah, termasuk mereka yang berada dibawah sepanduk UMNO. Bisikan politik Sabah, adik Ketua Menteri semakin tertekan setelah tiga penggal menjadi Timbalan Menteri. Ketika Anwar menjadi Pemangku Perdana Menteri, hampir 100 ribu warga Sabah hadir di Kota Kinabalu untuk memberi penghormatan kepada beliau. Justeru, setiap gerak geri Pairin dilaporkan terus kepada Mahathir. Sekali lagi Mahathir menaruh harapan penuh kepada kudanya Dato Shafie untuk menguruskan negeri itu. Keadaan dikeruhkan lagi kerana hubungan intim Abdullah Ahmad Badawi dengan Ketua Menteri Musa Aman dan Pairin Kitingan. Jika ahli Parlimen UMNO dan PBS tidak membelot sekalipun, undi mereka bukan untuk Tengku Razaleigh.



Semalam Anwar mengumumkan yang beliau memang berhubung dengan pemimpin politik Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak. Gambar beliau terpampang dihadapan majalah-majalah dunia seperti Newsweek dan lain-lain. Momentum penghulu Barisan Rakyat ini semakin menarik perhatian ramai penduduk Malaysia. Walaupun ramai dikalangan UMNO memilih untuk bertumpu kepada politik dalaman, Mahathir lebih matang. Dia sedar Pilihanraya Kecil yang bakal berlansung di Permatang Pauh pada 15hb April kelak mungkin menyaksikan kemunculan Perdana Menteri pertama di luar UMNO di dalam Parlimen.



Mungkinkah wayang politik yang sedang dimainkan atas pentas UMNO ini tidak lagi releven sedikit masa kelak?


Read more...

YB RAZALI Mulakan Gerakan meMALAM COR DAN NAIB RAKSASA KJ AKHIRNYA!!!

Monday, March 17, 2008


Bunga silat politik dibuka lagi semalam apabila Bekas Setiausaha Sulit Dato' Hisham di Kementerian Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Johor, YB Razali Ibrahim bertindak mengkhianati bos lamanya, Dato Hishammuddin Tun Hussein. Ketika Pemuda Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan mengikut dengan rapi arahan yang dikeluarkan Dato Hisham, Pemuda Johor dibawah kepimpinan YB Razali telah melawan arus dan membuat kenyataan menyokong Dato' Mukhriz.



Bagaimana ini boleh terjadi?. Di belakang tabir, percaturan politik Mukhriz (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) –Razali (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) sudah lama dirancang. Gabungan ini hasil titik peluh EXCO Pemuda Haji Dollah dan Ketua Pemuda Tenggara Suhaimi yang telah berusaha dengan keras untuk mempromosikan gabungan ini tanpa pengetahuan Dato Hisham. Haji Dollah menaruh harapan untuk diberi tempat lantikan oleh Ahli Parlimen Jerlun dan Muar ini di Pejabat Tertinggi Pemuda dalam pemilihan akan datang ini.



YB Razali mula berselisih pendapat dengan Dato Hisham apabila Razali tidak mendapat tempat dalam "chai" kepimpinan tertinggi Dato Hisham. Hisham lebih memberi ruang kepada Jais Sarday, EXCO Pemuda Malaysia yang baru dilantik Exco Sukan Negeri Johor atas desakan Hisham. Johor, Negeri yang kaya dengan undi ini merupakan kubu kuat Dato Hisham, tetapi gabungan Razali-Haji Dollah dan Suhaimi sedang berusaha keras untuk mengurangkan pengaruh Hisham di Negeri lahirnya UMNO ini. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang Hisham untuk bertanding di peringkat Naib Presiden dalam pemilihan akan datang.



Nampaknya gunung semakin meninggi untuk Hisham…

Read more...

Dendam RAKSASA Berakhir - Bekas Ketua RAKSASA Mahathir MeMALAM COR Hisham & NAiB RAKSASA KJ


Dada YB baru ini semakin berdebar. Saban kali dia merintih dan mengumpul keberanian untuk

mengadu kepada ayahnya bahawa politik ini bukanlah lahir semulajadi di dalam jiwanya. Tetapi ayahnya bukan calang-calang orang. Bekas Perdana Menteri Malaysia dan gergasi UMNO, Mukhriz sekadar berupaya mengeluh dan menghadkan perjumpaan dengan ayahnya.


Dia tahu dia lahir sebagai seorang pemuzik. Jiwa raganya sentiasa mencantum lagu dan melodi. Itulah yang diinginkan dari kehidupan ini. Mukhriz tidak pernah diharapkan oleh Mahathir untuk membawa kesinambungan kepada obor Dinasti Mahathir ini. Dia ditugaskan untuk membantu Mirzan menjaga dulang-dulang emas yang Mahathir bina. Mokhzani yang tampak lebih bertenaga dan berkaliber menjadi harapan Mahathir untuk beradu tenaga di dalam kancah politik UMNO yang banyak berliku ini. Namun, kegagalan Mokhzani mendapat penerimaan ketika dia menjawat Bendahari Pemuda UMNO sedikit sebanyak memaksa Mahathir untuk meletakkan Mukhriz di dalam persada Politik tanahair. Disini kemarahan Mahathir terhadap Hisham bermula. Hisham telah membunuh politik Mokhzani melalui gerakan anti-Mokhzani yang diketuai oleh Hisham dan ditaja oleh mentor Hisham, Anwar Ibrahim.


Itu terkandung di dalam sejarah. Rancangan Mahathir untuk Mukhriz pula ialah agar Mukhriz menjadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun ini dan terus mara sebagai Naib Presiden di pemilihan yang akan datang. Tan Sri Muhyiddin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Pada pemilihan akan datang juga, dia akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri manakala Muhyiddin akan ditolak ketepi. Oleh kerana itu, Mahathir memerlukan Najib berkuasa. Oleh kerana itu, Hisham tidak boleh dibiarkan hidup dalam senario politik UMNO.


Pada pemilihan yang lepas Mukhriz menerima undi terbanyak bagi jawatan EXCO Pemuda. Namun, dia tidak berkempen untuk mendapat jawatan itu. Malah, ramai yang berkata Mukhriz tidak kelihatan ketika Pegawai Khasnya Anas membeli undi. Anas merupakan anak didik Mahathir sejak dia masih belajar di UIA. Anas diberi wang ringgit yang tidak pernah dibayangi oleh seorang anak muda untuk mengkhianati Saifuddin Nasuntion dan Roslan Kassim. Anas menjadi mata dan telinga Mukhriz di dalam Pemuda, bergerak dengan menggunakan pengaruh dan wang ringgit Mahathir. Mukhriz lega dapat memuaskan hati ayahandanya dengan menggondol tempat pertama, tetapi Mahathir mempunyai perancangan lain. Kuda harapan Mahathir, anak Kedah Azimi Daim telah termakan umpan dan janji manis Dato Hisham untuk memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada saat dan ketika itu, bertambahlah dendam Mahathir kepada paksi Pemuda KJ dan Hisham.


Dalam tempoh 4 tahun yang lepas dendamnya terhadap Hisham semakin mendadak. Hisham telah memberi ruang yang begitu luas bagi KJ untuk menampilkan ketokohan kepimpinan di arena Pemuda. Mukhriz seperti dianak tirikan. Program-program Mukhriz tidak diberi pendedahan sepertimana KJ. Mahathir tahu inilah rancangan Hisham untuk membunuh politik anaknya.


Pilihanraya ke 12 menyaksikan satu lonjakan perkasa untuk strategi Mahathir. KJ yang digembar-gemburkan akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda tersungkur di bumi yang nyata. Usaha Mahathir di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor terutamanya membuahkan hasil. Amaran telah diberi oleh bekas orang kanan Mahathir, Tun Daim melalui media massa tempatan mengenai rancangan Mahathir ini, tetapi tiada siapa yang mengendahkan amaran beliau. KJ menjadi sasaran SMS dan Blog yang dibawah naungan Mahathir.


Hisham menyangkakan dirinya terselamat dari permainan politik Mahathir. Siang,malam Hisham berunding dengan Pak Lah untuk membenarkan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen di Kedah. Namun, kerja sehari tidak akan dapat melenyapkan dendam bertahun. Mahathir mula merangka satu strategi untuk menjatuhkan kedua-dua musuh ketat anaknya. Mukhriz yang masih didendangkan buaian YB telah diberi tugasan yang baru. Jatuhkan Hisham dan KJ sebelum pemilihan bulan Ogos ini.


Mahathir telah mengarahkan bala tenteranya di Utara untuk mengajurkan sebuah sidang akhbar mendesak Pak Lah untuk meletak jawatan. Dengan satu sidang akhbar yang begitu mudah, Mahathir dapat menamatkan riwayat politik KJ yang banyak bergantung kepada Pak Lah dan membunuh Hisham kerana beliau telah menyatakan sokongan sayap Pemuda kepada kepimpinan Pak Lah. Pemuda akan berpecah. Mukhriz akan menjadi wira perubahan, sama seperti beliau pada tahun 1969. Tetapi kali ini anaknya lebih selamat. Dia seorang YB di saat dan ketika UMNO memerlukan semua YB-nya. Pada perkiraan Mahathir, Mukhriz hanya akan dilucutkan jawatan bagi tempoh 4 bulan, tetapi tetap akan bertanding jawatan Ketua Pemuda.


Tanggal 10hb Mac 2008 sepatutnya terukir dalam sejarah hidup Mukhriz. Diiringi Anas, Mukhriz memberanikan diri untuk berhadapan dengan pemberita dan penyokongnya. Darah pejuang yang menjadi tradisi didoakan akan bersamanya ketika meminta perletakan jawatan Pak Lah. Mahathir menggunakan jenteranya diseluruh Malaysia untuk bersedia dengan pengumuman yang bakal dibuat oleh Mukhriz. Tetapi Mukhriz beku. Setelah tamat sahaja sidang media itu, Anas telah menghantar SMS kepada Mahathir untuk melaporkan kegagalan anaknya. Kemarahan Mahathir tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Mukhriz dan Anas amat khuatir. Segala apa yang mereka nikmati hari ini datang dari orang tua bernama Mahathir itu. Mungkin hilang dengan sekelip mata. Setelah mendarat di KLIA mereka terus bergegas ke pejabat untuk membuat sepucuk surat kepada Pak Lah medesak beliau untuk meletak jawatan. 2 hari Mukhriz tidak berani berjumpa dengan ayahnya. Pada 12hb, Mokhzani menghubungi Mukhriz dan mengatakan surat tersebut merupakan peluang terakhir buat Mukhriz. Jika surat tersebut tidak keluar, Mahathir sendiri akan mengakhiri politik Mukhriz dan tidak ada satu sen duit berbilion Mahathir yang akan diwasiatkan kepada Mukhriz.


KJ yang semakin pudar cahaya politiknya bukan menjadi sasaran Mahathir kini. Sasaran utama Mahathir-Mukhriz ialah Hisham. Selain dari menghalang pergerakan Mukhriz selama 4 tahun, Mahathir memang tidak suka baka Hussein Onn ini. Jika TUn Razak tidak mempengaruhi gabungan Tun Hussein dan Tun Dr Ismail, tidak akan wujud gergasi UMNO Mahathir. Mahathir tidak mudah lupa.


Mahathir sudah lama mengawasi gerak geri Hisham. Setelah melantik Hisham menjadi Menteri Belia dan Sukan dia telah menempatkan mata-matanya, Timbalan Ketua Bahagian PJU, Dato Hisham Nordin. Mata-matanya ini tahu setiap gerak geri politik Hisham dan melaporkan terus kepada Mahathir.


Sesiapa sahaja yang kelihatan bersama Hisham akan dibeli oleh Mukhriz dan Anas. Dengan wang berjuta ringgit, Anas ditugaskan untuk membeli ketaatan Ketua-Ketua Pemuda ini dengan apa cara sekalipun. Kaedah yang digunakan oleh Anas ialah melalui pelancongan ke destinasti seperti Jakarta dan Thailand. Bagi mereka yang kurang pengaruh, Anas akan menghabiskan beribu ringgit semalam bagi mereka berhibur di pusat-pusat karaoke di Bukit Bintang.


Hisham tahu Mukhriz mengawasi gerak gerinya.Tetapi Hisham tidak tahu dimana bocornya strategi politik beliau. Hisham Nordin dilihat tidak mempunyai pengaruh. Syak wasangka Hisham selalu terkena kepada Setiausaha Politiknya Dato Akbar Khan. Kini, Dato Akbar direhatkan akibat syak wasangka ini.


Anas sedang berusaha dengan gigih untuk menyemai semangat anti KJ dan anti Hisham di kalangan pucuk pimpinan Pemuda Bahagian. Dari Perlis hinggalah ke Sabah, Anas dengan angkuhnya menyatakan pendirian berani Mukhriz menentang Presiden. . Tetapi ia tidak berakhir di situ, Mahathir menggunakan paksi Abdullah Ahmad-Tengku Razaleigh-Sanusi Junid-Tan Sri Isa Samad-Khir Toyo untuk menjatuhkan Hisham jika dia bertindak untuk bertanding kerusi Naib Presiden. Mahathir ingin kerjaya politik Hisham dalam UMNO berakhir pada tahun 2008 ini juga.


Perperangan Pemuda UMNO sudahpun bermula. Hisham telah menggunakan pengaruhnya di Pemuda Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang untuk membidas paksi Mahathir-Mukhriz. Penyokong kuat Mukhriz seperti Sazmi Miah terkejut dengan pendirian Pemuda Kelantan. Adakah Mukhriz dan Anas tidak membuat kerja mereka?. Kita tunggu dan lihat apa strategi Mahathir seterusnya.

Read more...

RAKSASA MELAYU MUDAH LUPA!!!!

Saturday, March 15, 2008




Kata-kata hikmah yang mempunyai sejuta makna dalam usaha menyuntik semangat dalam setiap jasad Melayu ini terus kekal di dalam hati sanubari orang Melayu. Melayu memang tersohor di merata dunia dengan sopan santun dah budi bahasa. Melayu bukan berdefinisikan Melayu jika dia tidak pandai mengenang budi dan tidak menghormati orang yang lebih tua darinya.



Begitu juga dengan ahli Parlimen Jerlun , Dato' Mukhriz Mahathir, EXCO Pemuda UMNO yang ketokohannya tidak berbelah bahagi di akar umbi. Kalah dalam pemilihan di kubu kuat ayahandanya, di Kubang Pasu, dia banyak melaksanakan program yang membantu golongan Pemuda Melayu seperti kontinjen 5 orang pegawai khasnya di Palestin, Acheh dan mana-mana bumi yang dirasai patut dipijaknya. Inilah pemimpin pemuda yang diharapkan membawa tanah air ke persada dunia.



Alhamdulillah, di Jerlun pada hari Sabtu, 8 Mac, hanya 50 orang yang sakit, ke luar negara, ataupun ada urusan kerja. 99.85% rakyat Jerlun keluar mengundi. Satu rekod dunia yang pasti sukar diatasi oleh mana-mana pemimpin handalan dunia. Alhamdulillah, terdapat lebih dari 20% pengundi Jerlun yang mengundi Parlimen tetapi tidak mengundi DUN masing-masing kerana mengikut kiraan SPR hanya 78% yang keluar mengundi untuk DUN berbanding dengan 99.85% di Parlimen Jerlun.



Maka dengan niat murni dan ciri kepimpinan yang sama, Wira Melayu ini memanggil sebuah sidang akhbar di Pulau Pinang pada hari Isnin, 10 Mac 2008, sehari bergelar Ahli Parlimen. Dengan pengalaman sehari dan kempen Pilihanraya Umum pertamanya, beliau dengan begitu bertenaga menegur kepimpinan Barisan Nasional, yang terdiri daripada kepimipinan UMNO kerana kegagalan mendapat 2/3 kerusi Parlimen. Yang Berhormat mengenengahkan cara bagaimana UMNO dan Barisan Nasional boleh bangun dari kemurungan 2008. Tetapi ramai dari mereka yang menghadiri sidang akhbar tersebut berasa kecewa kerana mereka diberitahu untuk datang beramai-ramai kerana panglima melayu Jerlun ini akan menggesa Presiden Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan.



Seperti anak ayam yang tidak berhenti berkokok dan seperti lazim anak jantan Melayu, Dato Mukriz sebaliknya mengeluarkan surat yang mendesak Presiden UMNO untuk meletak jawatan. Lazim anak jantan juga, surat yang dikeluarkan ini bukan dihantar secara peribadi kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi dihantar merata-rata melalui faks dan laman web. Ketika Anwar Ibrahim sedang berusaha keras untuk membeli kerusi kerusi Barisan Nasional, harapan melayu UMNO ialah ahlinya bersatu agar apa yang terjadi di Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak lagi berulang di negeri-negeri lain. Tetapi ketika ahli Majlis Tertinggi menetukan strategi perang, mereka diserang hendap oleh EXCO Pemudanya sendiri.



Bayangkan sebuah bahtera perang Melayu yang sedang mara ke pulau pihak lawan, tiba-tiba tersangkut akibat lautan yang bergelora. Di iiringi petir dan kilat malam, keadaan menjadi lebih huru hara, ketika nakhoda sedang menentukan jalan yang paling selamat, Laksamana Mukhriz menikam beliau dari belakang. Tidak menggunakan keris, sepertimana panglima perang Melayu sebelum ini. Tetapi dengan menggunakan anak panah dari hujung kapal. Dan dengan tindakan yang begitu berani, karamlah Bahtera Keramat yang bernama UMNO.



Melayu mudah lupa. Wahai Mukhriz pengkhianat, kata-kata hikmat itu datang dari ayahandamu sendiri. Di mana Dato Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda mu ingin menyembunyikan mukanya sekarang?. Melayu mudah lupa. Karamlah Parti Keramat yang bernama UMNO dengan pemimpin bacul sepertimu.

Read more...

LATEST DAN Hangat!!! -- AKhirnya Di Palam jugak Presiden

Friday, March 14, 2008



Looks like UMNO is up to their cannibalistic ways. Some forces in UMNO led by Mukhriz Mahathir has called for Abdullah's resignation But to what end? During the 1999 crisis, a mass exodus of UMNO and the Youth wing followed Anwar such as Roslan kassim, Saifuddin Nasution and half the UMNO YOUTH EXCO lineup. Tun Mahathir didnt step down even when the UMNO General Assembly hall was left empty. Now, is it going to help UMNO or BN for that matter for Abdullah to step down? Here's the analysis.

if Abdullah steps down, and Najib takes over...it will be a field day for Anwar Ibrahim. WHY? Anwar has all the files on the Sukhoi's, useless submarines, ammo and defence surplus and worst Altantuya files.Anwar will literally take Najib and UMNO to the cleaners. this is why Najib needs Abdullah. The people of Malaysia made it clear through the ballot box that reforms must be made in govt and BN. The last thing is the demise of UMNO altogether. No doubt Abdullah would like to regain the rakyat's confidence, and what does Mukhriz do? He wants a bloodbath, he wants the extinction of UMNO, the same party that gave his family wealth and access to his Parliamentary seat.

Mukhriz really thinks he can fight Anwar on his own? No chance, the only way is use Najib to attempt to fight together, which the DPM can't do, as he is the heir apparent to Abdullah and made it clear his allegiance is to PM. Mukhriz is rolling the dice using this oppurtunity to oust Abdullah and his sworn adversary Khairy, whom is actually Hishamuddin's lapdog. Hisham whom is a safety 1st politician like his cousin, has always got Khairy to do his dirty bidding, even asking Khairy to bulldoze the other component parties and opposition whilst waiting behind the veil. Hisham now has every chance to set the record straight and step up to the plate and be the UMNO Youth Chief he ought to be, but from his track record...he will just shy away. Even at the back of his mind a weakend UMNO party will make things easier for Anwar. With KJ relegated to the sidelines, Hisham must find another loudspeaker, after all he was the one whom wanted Khairy to be his Deputy, whom clearly outshone him. Khairy (a story in itself) is left grasping to Hisham's tailcoats as he was blamed for everything. Hisham definitely took the young boy under his wing and they are both at fault collectively especially for thier great performance with the Keris encore.

Hisham also whom was brought in by Anwar is playing it safe on all fronts. What makes it worst, his own political secetary and long time friend Akhbar Khan a true Anwar loyalist has left Hisham on a bad note. Fundamentally, if the UMNO Youth Head is now dilly dallying, what of the future of UMNO?

In conclusion, the only man that can rally against Anwar and his idea of a defunct UMNO is no other than Abdullah himself. There was too much goodwill between the two, after all it was Abdullah whom let him out of the can much to Mahathir's discontent. Mahathir shld also know that in his panic to oust Abdullah, it could all back fire if and when Najib takes over. Najib will be eaten alive together with mukhriz and Hisham re-aligning with Anwar. The worst hasnt really started yet.

Read more...

PALAM ME MALAM - KERIS MUDIN ONN



Fellow Malaysians,

Today we live in crazy days. BN for the longest time has kept the spirit of living harmoniously side by side respecting each others culture, customs, lifestyle and above all religion. However, this has changed over the last few days as many of us, invoked by many empty promises such as PAS for All, BN harga Barang Naik, Reformasi!! and many other taglines that would entice the average Malaysian. These promises are held close to the hearts and minds, however, this is no easy task.

Definitely the Chinese and indians swung the vote against BN simply because they felt MCA, GERAKAN and MIC are no longer relevant as moments such Dato Sri Hishamuddin kissing the Keris to issue out a warning to other races not to challenge the patronage of Malays. However, Hisham the minister of education himself has also not performed as a minister only coming up with a half baked cluster schools programme and worst still introduced school fees or yuran. This pinch is felt throughout the country and gave opposition way to come up in its manifesto....FREE EDUCATION FOR ALL (PKR and DAP). Clearly, Hisham tried to cover himself by pledging a last minute assistance to Chinese Schools, when he had 4 years to reform education altogether. At least the Police Force and Civil Service got a raise....MOE under Hisham?? Nope, not a dime. Even when he had 300,000 teachers under him and 50,000 support staff for education nationwide....thats 350,000 votes one. Nice one Hisham.

Dont forget, his sidekick KJ, the posterboy of UMNO politics....smart and energetic, following a bad example like Hisham, followed every whim and fancy of the Princely Hisham and took all the stick. Well, cant blame KJ either, he saw an oppurtunity and took it, and now is Hisham's scape goat. Whilst KJ is busy talking rubbish in Kelantan in the run up of the '08 GE, where was his mentor Hisham? His big Turkish nose was nowhere in sight. And the fact KJ's spat with Mahathir and Mukhriz has disrupted UMNO. KJ is no doubt a psycho taking on Mahathir. However, KJ too has been put in the cooler and will only be released till further notice on a monkey hunt.

Then we have Najib......the cousin...heir apparent to Pak Lah, the PM in waiting. Najib has always been loyal to his presidents even swinging last min votes against KU Li when he had tried to usurp Mahathir. Najib is a true party man and has always played it safe all the way. The only real clear and present threat he has is Anwar Ibrahim. The fallen DPM has a pile of files so high that if it tipped it would make a bridge across to Singapore. Ranging from his exploits in Port Dickson with an artiste, his Sukhoi Jets, Diesel subs, all this Anwar has for a rainy day which nearing.

This however has not stopped Anwar from at least divulging an episode or two on his travels nationwide, reaffirming that his out for Najib's head. How come Anwar has never directly gone for pak Lah? Maybe because Pak Lah released him from ISA that he has felt obiliged.

lets face it....malaysian politics has never been so vibrant, it was not just HINDRAF, Chinese Swing, or the infighting within UMNO from candidacy or Wanita screwing up the K-10 intel on voters or the logistics fuckup from UMNO HQ, or PAS's great morality strategy, or Zainuddin's fuckup on al jazeera.....its us Malysians that want this lunacy....so roll on 4 CRAZY YEARS!!!!! Prepare your serbans and jubahs when you travel up north, and the foul pork stench too when you pass Penang.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP