Hisham Bailout Mukhriz lagi! - Malaysiakini

Saturday, May 31, 2008




Taktala UMNO bergelora di setiap peringkat dari cawangan, ke Bahagian hingga ke Pusat, Khir Toyo dan bahtera perangnya dalam diam mengorak langkah menyusuri Pemuda-Pemuda Bahagian UMNO. Bahteranya yang selama ini dikemudi oleh Faizal dikuatkan lagi dengan seorang lagi nakhoda perang dari Utara, Dato Reezal Merican Naina Merican. Di mana sahajaKhir pergi, dia akan berjumpa dengan ramai Ketua Pemuda yang ingin mendengar dan "merasai" kehadirannya.

Lawannya, Mukhriz Mahathir yang mempunyai bahtera sebesar Khir seringkali membuat kesilapan politik. Kenyataan demi kenyataan yang dibuatnya menguatkan lagi peluang Menteri Besar Selangor untuk menjawat takhta Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mukhriz mula dibenci oleh ahli UMNO dari UMNO induk hingga ke Pemuda. Perangainya di Parlimen menguatkan lagi rasa kebencian ramai pihak terhadap Mukhriz. Ini semua berlaku kerana penasihatnya tidak sehebat Khir. Malah penasihatnya bukan dalam kategori yang sama dengan Faizal mahupun Reezal. Faizal Ipoh yang lebih mementingkan kedudukannya di Ipoh merupakan punca utama yang melemahkan Mukhriz.

Mukhriz cuba menjelajah Malaysia tetapi tidak mendapat sambutan. Di Kelatan dan Terengganu, hanya seorang Ketua Pemuda sahaja yang dating bertemunya. Mukhriz sudah membaca kekalahannya ini. Oleh kerana itu dia bertindak untuk mengeruhkan keadaan di dalam UMNO dengan harapan dia akan dipecat dan dijadikan sebagai wira. Tetapi Dato Hisham tidak akan membuang Mukhriz dari Pemuda. Tidak sekali-kali.

Ini kerana UMNO kaya dengan silap mata. Jika ramai pemerhati politik melihat gerak geri balas Mukhriz mereka akan kecewa. Ini kerana Mukhriz tidak mungkin berjaya melawan "Taufan Toyo" yang melanda. Mukhriz terpaksa bergantung harap kepada Ketua Pemuda dan sahabat bangsawannya, Hishammuddin Hussein. Kumpulan "anak PM" ini sudah mengatur satu lagi rancangan untuk melemahkan kekuatan Khir. Pengumuman Sekretariat Pemuda menunjukkan siapa pilihan Hisham untuk menggantinya. Nama-nama penyokong Mukhriz seperti Harrison Hassan, Wan Azizi, Ikmal, Sazmi Miah dan Subhan Kamal menggegarkan Pemuda UMNO. Ini kerana tidak seorang daripada mereka pun yang mengeluarkan wang ringgit atau titik peluh untuk membangunkan Pemuda 4 tahun sebelum ini. Di mana Dato Aziz Baling, boss Wan Azizi yang telah mengangkat Wan Azizi selama ini?. Dimana Reezal Merican? Dato Firdaus? UstazSyamsul Najmi? Hasnol wakil Sabah?

Antara nama-nama yang disenaraikan sebagai Ketua Sekretariat, nama Harrison dan Wan Azizi yang paling ketara. Harrison yang tidak mempunyai sokongan akar umbi dan kelihatan bergambar dengan Mukhriz ketika sidang media di Pan Pacific tempoh hari tidak pernah berbakti untuk Pemuda UMNO. Dia hampir terkeluar daripada pemenang EXCO walaupun telah dilobi oleh Dato Akhbar Khan, Dato Hamid, malah Dato Hisham sendiri. Harrison yang bakal digulingkan di Bahagian juga tidak mempunyai daya pikiran yang tinggi. Dia tidak mempunyai idea yang bernas. Yang lebih ketara, Harrison merupakan seorang yang begitu pemalas. Dia tidak menjayakan walaupun satu program dalam 4 tahun yang lepas. Bagaimana dia mahu meremajakan Pemuda?.

Wan Azizi pula merupakan kaki ampu yang terkenal di seluruh Perak. Walaupun mendapat pencalonan yang tinggi, Wan Azizi terkeluar daripada senarai pemenang EXCO kerana tidak mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan. Walaupun bironya paling banyak membuat program, Wan Azizi sekadar menumpang "posing" gambar sahaja. Semua programnya digerakkan oleh Dato Aziz Baling. Dia hanya mengikut telunjuk bosnya Dato Hisham. Dan jelas telunjuknya kearah Mukhriz.

Perlantikan mereka menunjukkan Dato Hisham sudah hilang pertimbangan. Dia sudah cemas. Dia sedar perlantikan ini sebenarnya hanya akan melemahkan lagi Pemuda UMNO. Ia akan menjauhkan orang ramai dari UMNO. Kenapa Hisham begitu beriya-iya ingin memastikan Mukhriz menggantikannya?. Kerana suara dari akar umbi mengatakan Hisham tidak mungkin dapat menang kerusi Naib Presiden pada pemilihan ini. Silap-silap tak cukup pencalonan. Tanpa jawatan dalam parti, dia memerlukan seorang boneka untuk mengangkat namanya ke pucuk pimpinan. Boneka yang paling sesuai?. Sahabat bangsawan.

Read more...

Beri Ezam peluang

Friday, May 30, 2008


Didalam keadaan parti yang semakin terdesak dan memerlukan sokongan, janganlah kita berlagak sombong dan terasa hebat. Kita seharusnya mengakui dan menginsafi hakikat bahawa rakyat terutamanya golongan muda menolak UMNO. UMNO ketika ini rata-ratanya dilihat tidak mampu memenuhi kehendak rakyat yang melihat ketelusan, dan keterbukaan sebagai pengukur utama untuk memberi undi. Beberapa hari kebelakangan ini, keluarga UMNO kembali diwarnai dengan tanda tanya mengenai taubat Ezam Mohd Noor.


Ezam yang dahulunya lantang menghentam, mengkritik dan mempertikaikan kredebiliti Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO diberitakan akan kembali menyertai UMNO tanpa mengenakan apa-apa syarat. Akhirnya, persoalan ini terjawab apabila YAB Presiden dikunjungi Ezam di Bangunan Parlimen sambil membawa borang keahlian dan dilampirkan yuran keahlian RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup. Tidak cukup dengan itu Ezam diberi liputan khas di Buletin Utama TV3, dimana dia menjelaskan lebih lanjut akan tujuan beliau kembali menyertai UMNO.


Disini saya ingin menekankan bahawa persoalan utama isu Ezam kembali menyertai UMNO bukanlah keikhlasan ataupun memenuhi motif-motif tertentu. Persoalan yang perlu kita fokuskan adalah menjadikan UMNO ini lebih terbuka dan mendepa lebih banyak keahlian. Sebagai bekas Ketua Pergerakan Pemuda PKR, penyertaan Ezam dijangka membawa impak yang besar keatas moral ahli-ahli UMNO selepas dirundung duka.


Beliau juga mampu menggalas tanggungjawab mendedah dan merungkai kepalsuan dan pembohongan PKR. Siapa tidak kenal Ezam, individu yang paling akrab bersama Anwar. Bertanggungjawab merangka strategi, menggubal dasar dan pada masa yang sama memperkukuh kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden Parti Keadilan. Berdasarkan kepada profail ini, sudah tentu ianya akan banyak memberi peluru hidup kepada UMNO. Kita tidak seharusnya terlalu sentimental ataupun menyimpan perasaan tidak puas dengan menuduh Ezam diberi layanan “red carpet”. Tidak ada orang yang akan diberi layanan “red carpet” didalam UMNO.


Perjuangan UMNO hanya perjuangan memartabat dan mempertahankan ketuanan Melayu. Seharusnya kita menghormati taubat Ezam ini. Namun kita memohon kepada pucuk pimpinan untuk tidak memberikan beliau tempat ataupun kedudukan. Jangan pula mana-mana kepimpinan UMNO memberikan kerusi empuk buatnya. Apa yang perlu adalah Ezam wajib membuktikan taubatnya itu benar-benar memberi manafaat kepada parti

Hisham tidak layak mengajukan soalan pada Ezam


3 soalan yang bakal di kemukakan kepada Ezam sebelum beliau diterima kembali kedalam UMNO. Pertamanya, Apa manafaat yang akan diterima oleh UMNO sekiranya Ezam diterima kembali? Keduanya, Adaka beliau ikhlas untuk berjuang didalam UMNO? Dan ketiganya, apa peranan beliau didalam UMNO?. Untuk makluman semua ini soalan hebat yang bakal diajukan kepada Ezam mengenai desas-desus Ezam akan kembali kedalam UMNO.


Merujuk kepada 3 soalan ini, saya ingin kembali mengajukan soalan kepada Hisham. Pertamanya, apa rasionalnya permohonan maaf beliau mengenai isu keris? Keduanya, kenapa beliau berdiam diri apabila Ong Tee Kiat membangkitkan soal ”Ketuanan Melayu”? Dan ketiganya, punca kekalaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu adalah disebabkan penolakan generasi muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Apaka peranan Pergerakan Pemuda bagi mendekati golongan ini dimana fenomena ini telah pun disedari selepas pilihanraya umum ke 11 lagi?


Bagi saya Hisham sememangnya tidak layak mengajukan persoalan tersebut. Hisham masih berdosa terhadap Pergerakan Pemuda. Namakan pada saya apakah pendekatan Pergerakan Pemuda yang benar-benar menarik minat golongan muda profesional yang rata-ratanya sudah tidak mengenang jasa UMNO? Selama 3 penggal Hisham diberi kepercayaan menerajui Pergerakan Pemuda, namun ia gagal memberi manafaat sokongan dan tarikan kepada generasi muda.


Hisham juga gagal membawa imej berani Pergerakan Pemuda. Sudah sekian lama Pemuda dilihat kurang bermaya, menjadi ”yes man” terhadap semua isu dan krisis parti. Pemuda juga dilihat sudah hilang taring kerana takut untuk bersuara terhadap pelbagai isu hak melayu. Saya sama sekali tidak faham apabila Pemuda begitu berhati-hati apabila menangkis pelbagai serangan dan pertikaian daripada MCA dan gerakan. Yang terkini sekali adalah kita cukup merasa malu apabila Hisham terus mendiamkan diri apabila Ong Tee Kiat mempetikaikan ”Ketuanan Melayu”.


Apa Hisham takut sangat dengan MCA? Namun kita sebenarnya lebih taku apabila mengetahui bahawa penyumbang-penyumbang dana politik Hisham adalah terdiri daripada tauke-tauke cina. Mungkin inilah sebabnya Hisham begitu akur dan takut terhadap mana-mana pertikaian MCA dan Gerakan.


Hakikatnya, saya percaya janganlah ada apa-apa persoalan ditimbulkan kepada mana-mana pemimpin pembangkang yang berniat untuk kembali menyertai UMNO. Didalam keadaan UMNO yang semakin lemah, kita sememangnya memerlukan pemerkasaan berterusan tidak kira dari mana. Bagi saya Hisham tidak layak mengajukan persoalan ataupun ”interrogation” tersebut kepada Ezam. Hisham perlu kembali menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai dan mempertikaikan orang lain.


Mukhriz terlalu biadap untuk dimaafkan


Saya masih teringat beberapa patah Melayu yang memberi gambaran mengenai manusia yang melampaui batas. “Seumpama Kaduk Naik Junjung”, ataupun “Seumpama Belanda Mendapat Tanah”. Hari ini, kita telah menyaksikan seorang manusia yang selayaknya diberi pepatah Melayu tersebut. Hari ni warga UMNO telah menyaksikan kebiadapan dan kekurang ajaran Mukhriz Mahathir yang berani meletakkan pra-syarat kepada Presiden UMNO untuk meletakkan jawatan ataupun menyaksikan beliau keluar daripada parti seawal Julai 2008.


Kita semua sudah semestinya masih ingat bahawa ini bukanlah kali pertama Mukhriz melakukan dosa terhadap UMNO, tetapi beliau telah menuntut agar Presiden UMNO meletakkan jawatan sejurus selepas pilihanraya dahulu. Seharusnya Mukhriz perlu bersyukur diatas sikap pengecut Hishammuddin yang takut untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tapi kali ini, beliau sekali lagi dengan sikap angkuh memberi ultimatum kepada Presiden Parti.


Hakikatnya, Mukhriz bukannlah seorang yang cukup istimewa didalam UMNO. Apa hebat sangat tentang Mukhriz sampai tidak ada tindakan diambil terhadapnya. Mukhriz menang Exco bukan sebab dia memang hebat ataupun punya karisam kepimpinan yang tinggi. Dia juga bertanding kerusi parlimen Jerlun pun bukan sebab beliau memang layak untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat. Tetapi peluang ini diberi kepadanya kerana UMNO menyanjung tinggi jasa dan sumbangan ayahnya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.


Beliau seharusnya bersyukur dan perlu mengenang jasa UMNO. Anak-anak Mahathir bukannya miskin atau papa kedana. Anak-anak Mahathir sememangnya hidup mewah dan kaya raya disebabkan bapa mereka adalah seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada waktu itu. Janganlah terlalu beretorik mendabik dada mengatakan bahawa mereka langsung tidak mengecapi nikmat diatas jawatan itu.


Walaupun tiada sokongan secara langsung daripada bapa mereka, namun tidak dapat, tidak reputasi dan kredibiliti bapa mereka pada waktu sememangnya dihormati dan akan diberi perhatian utama. Siapa tidak kenal Mokhzani sebagai diantara bakal disenaraikan sebagai salah seorang bilionaire melayu, dan siapa juga tidak kenal Mukhriz dan Mirzan yang juga memiliki syarikat berprofail tinggi.


UMNO janganlah terlalu berlembut terhadap Mukhriz. Beliau perlu diberi pengajaran bahawa UMNO bukanlah kepunyaan Mahathir. UMNO bukanlah milik sesiapa sahaja. Tetapi UMNO adalah satu wadah milik keseluruhan umat Melayu. Sesiapa juga tidak harus terlepas daripada hukuman kerana menghina dan merendah-rendahkan institusi Presiden dan UMNO. Kita tidak perlu risau kehilangan satu kerusi parlimen, kerana apa yang lebih penting adalah sesiapa pun tidak penting melainkan parti. Kebiadapan Mukhriz kali ini terlalu besar dan UMNO tidak boleh bertolak ansur kali

Read more...

Mukhriz tak layak bertanding Ketua Pemuda Umno - Malaysiakini

Wednesday, May 28, 2008


Ingin bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO yang keseterusnya? Adakah ini yang diangankan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir? Lupakan sahaja angan-angan itu kerana Mukhriz tidak harus dan tidak layak untuk memegang jawatan terbabit miskipun hanya untuk masuk bertanding sebagai calon.

Tindakan Mukhriz yang mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dianggap tidak beretika dan biadap kerana cuba meremehkan status Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang kesal dengan tindakan Mukhriz itu, berkata kesetiaan terhadap parti tidak boleh dipersenda dan dipermainkan dengan mempertaruhkan keanggotaan seseorang anggota sebagai tebusan.

Apatah lagi apabila beliau(Mukhriz) ada memasang angan-angan untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO dan menerajui kepimpinan golongan muda di negara ini. Tindakan Mukhriz itu akan menjadi lambang kepada kebiadaban Pemuda Umno terhadap presiden dan ini memberi kesan tidak baik kepada Pemuda.

Seharusnya Mukhriz menunjukkan sikap dan teladan yang baik dan menghormati parti serta kepimpinan utama dan bukannya menunjukkan sikap pondan dan melatah terlampau. Mukhriz tidak patut menganggap dirinya kebal dan beliau tidak akan dikenakan tindakan oleh parti semata-mata kerana sebahagian ahli Umno menghormati Dr Mahathir sebagai bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Pemikiran sebegini hanya akan melemahkan semangat perjuangan demi parti dan menyerlahkan kepondanan jati diri Mukhriz yang ternyata bergantung pada kuasa bapa beliau untuk terus berdiri dalam dunia politik Malaysia.

Jika Mahathir bukan bekas Perdana Menteri dan pernah disegani oleh masyarakat negara ini, Mukhriz tidak mungkin akan dipandang tinggi dan melibatkan diri dalam bidang politik kerana beliau pasti tidak akan naik ke tahap yang lebih tinggi yang mana memerlukan kemampuan dan sifat kepimpinan sejati dalam diri beliau yang langsung tiada itu.

Hanya bersandarkan nama dan kepopularitian bapa yang merupakan bekas Perdana Menteri, beliau kini berada di tahap ini. Namun, adakah wajar setelah diberikan peluang sebegini hebat, beliau mula bertocang dan memijak kepala pemimpin kini?Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti.

Mukhriz memang layak disifatkan sebagai PONDAN dan dicabar keluar daripada parti UMNO ini tanpa perlu menunggu sehingga Julai bagi berbuat demikian seperti yang disyaratkan beliau kerana UMNO tidak memerlukan orang yang tidak sayangkan parti sepertinya kekal dan mengeruhkan keadaan dalam parti.

Mengapa beliau tidak keluar Umno dan semacam kontras dengan langkah bapaknya. Ada motifnya! Sebenarnya Mukhriz berbuat begitu bukan kerana politiknya tetapi atas nasihat bapaknya juga. Suara politik Mukhriz sebelum ini pun adalah air liur bapaknya.

Inilah taktik Mukhriz mengapa dia berbuat begitu. Dia mungkin tahu dan sedar kalau dia bertindak keluar Umno ianya tidak memberi apa-apa kesan dan untung. Malahan tindakan itu boleh memberi kesan buruk kepadanya.

Begitu juga kalau beliau melepaskan kerusi Parlimen Jerlun, ianya satu kerugian besar, malah akan menyebabkan suara Mahathir tidak akan sampai lagi ke Parlimen.

Sekurang-kurangnya kalau beliau terus tercokol di situ beliau dapat membawa suara bapanya ke dalam Parlimen.Apa yang Mukhriz dan bapaknya berharap daripada tindakannya itu ialah mereka mahukan Mukhriz diambil tindakan disiplin oleh Umno. Mereka mengharapkan Mukhriz dipecat daripada Umno.

Apabila Mukhriz dipecat maka simpati kepada Mahathir akan bertambah-tambah. Itulah motif di sebalik tindakan Mukhriz itu.Mahathir sebenarnya berharap demikian apabila beliau mengkritik dan mengodam Abdullah. Namun Abdullah sedikit bijak dalam hal ini dimana reaksi Pak Lah yang tenang dan tidak mengambil apa-apa tindakan.

Malahan tidak pun memberi apa-apa amaran kepada Mahathir. Inilah yang menyebabkan Mahathir jadi sakit dan resah jiwa.Jadi apabila Abdullah atau Jawatankuasa Disiplin parti tidak mengambil apa-apa tindakan atau memecatnya maka beliau bertindak memecat dirinya sendiri.

Gelagat Mahathir ini seperti budak yang gila hendak berkhatan tetapi, apabila orang tuanya tidak layan dia bertindak memotong kemaluannya sendiri!Sekiranya Umno tiba-tiba bertindak ke atas Mukhriz dengan memecatnya maka apa yang diidamkan oleh mereka berdua beranak pasti tercapai.

Nampaknya kisah dua beranak yang pernah ditimbulkan Zaharin Yassin dulu kini terpalit kepada Mahathir pula.Bezanya Abdullah tiga beranak (Kamaruddin dan Khairy) manakala Mahathir hanya satu beranak bersama Mukhriz. Politik Malaysia hari ini adalah perlawanan dua beranak lawan tiga beranak.

Read more...

BILA MAHATHIR TUKAR TABIAT, WAWASAN 2020 JADI WAWASAN MALAYSIAKINI . . .

Tuesday, May 27, 2008

Sebagai rakyat biasa, saya cukup hairan dengan kedudukan Tun Mahathir,Mukhriz dan Mokhzani. Kedudukan tiga beranak ini menjadi tidakmenentu. Mujurlah Mahathir akhirnya keluar dari UMNO. Itupun setelahdicabar oleh ahli UMNO dalam satu perjumpaan di Kedah. Kalau tidak,belum tentu Mahathir keluar tinggalkan UMNO lagi.

Baru kena cabar secara berdepan saja sudah tak tahan. Iman dalamperjuangannya untuk bersama bersatu dilihat amat rapuh sekali. Betullah kata orang tua-tua, orang yang cakap besar itu, hatinya tidak sebesar yang dicakapkan.

Hanya dari cabaran seorang ahli biasa sahaja jika dibandingkan dengan kedudukan Mahathir, samalah seperti seekor nyamuk bertempek, gajah mencecet lari. Pada hal bukannya ramai pun. Kalau satu bahagian UMNO mencabar, boleh la dikatakan Gajah takut dengan salakan sekumpulan serigala.

Dari pandangan kasar itu menunjukkan Mahathir tidak sehebat yang disangkakan selama ini. Kehebatannya tidak kekal. Ia terlalu berupa sementara apabila kalau kita toleh di belakang, sejarah Mahathir terhadap UMNO, orang Melayu keseluruhannya, kesetiaannya terhadap institusi kesultanan Melayu, kepada bekas-bekas perdana menterisebelum beliau, beranilah saya katakan, Mahathir bukan dari kalangan orang yang ikhlas dan jujur sejak dia kembali menganggotai UMNO setelah dipecat dari UMNO di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra dulu..

Sifat dendamnya yang bukan-bukan, telah sedikit sebanyak menggambarkan Mahathir adalah spesis insan besar kepala, bongkak dalam manis, tidak sedar diri dan lebih dahsyat lagi ayatnya yang berjenama 'Melayu mudah lupa' telah menempelakkan dirinya balik. Dia lupa bahawa tempoh jawatan perdana menteri untuknya sudah lama luput.

Dia juga lupa bahawa segala pujiannya terhadap Anwar Ibrahim semasa menjadi timbalannya di peringkat awal telah bertukar menjadi cacian yang amat keji. Perjuangannya terhadap orang Melayu tidak langsung beragenda teratur apabila parti PAS yang rata-rata orang Melayu dijadikan cacian hina dan musuh utama negara. Mentang-mentanglah PAS itu pembangkang, macam-macam dikatanya. Ia menunjukkan hormat Mahathir terhadap orang Melayu tidak langsung seimbang.

Atas sifat itulah juga beliau semasa menjadi perdana menteri digelar macam-macam nama hingga sebut sahaja Mahazalim, kanak-kanak pun tahu itu adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Setiap sanjungan yang diterima sama ada dari dalam mahu pun dari luar negara, telah menjadikan beliau seorang yang cukup berego tinggi dan sombong.

Macam-macam buruk mengenainya didedahkan sama ada dalam bentuk buku, bentuk makalah telah menggambarkan betapa Mahathir bukan satu-satunya pemimpin yang boleh dijadikan contoh kepada generasi baru untuk membantu negara ke arah lebih maju.

Ketika Mahathir mengesyorkan sistem quota yang menyekat perlawanan dua jawatan dalam UMNO supaya presiden dan naib presiden tidak boleh dilawan dengan mengenakan peratus pencalonan yang tinggi, sudah cukup kita membuat ukuran bahawa nawaitu Mahathir pada ketika itu mahu memegang jawatan hingga ke akhir hayat.

Semua orang tahu, semua ahli UMNO tahu, tetapi siapa berani bantah? Kalau siapa bantah, Mahathir akan menggunakan kuasa yang pada padanya untuk 'merejam' orang itu ke lembah hina. Berpunca dari situlah Mahathir naik tocang, besar kepala dan berjaya memerintah Negara tercinta ini selama 22 tahun – satu tempoh yang cukup lama bagiMalaysia sekecil ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Sikap itu tidak ubah mantan perdana menteri Singapura yang terus mahu campur tangan dalam pemerintahan walaupun dikatakan sudah bersara. Malah direkanya satu jawatan baru meletakkan beliau sebagai menteri kanan yang membawa maksud bersara sambil memerintah.
Sebenarnya itulah paten yang Mahathir mahu.

Dia mahu jadi macam Lee Kuan Yew. Tetapi mungkin tidak dengan nama menteri kanan. Mungkin beliau mahu diberi jawatan Perunding Negara atau nama-nama lain yang menunjukkan beliau masih memegang tampuk utama dalam perintahan. Nawaitu beliau seumpama itu amat jelas kerana apabila beliau rasa macam terbiar, tidak dihormati, tidak dirujuk atau diminta nasihat mahupan pandangan bagaimana mahu meneruskan pemerintahan selepas kuasa diberikan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya pada ketika itu orang yang amat dipercayai.

Apabila dirasakan dirinya seperti tidak diendahkan, mulalah dia mengkritik, menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan corak pemerintahan yang bukan mudah untuk dikelola akibat dari beberapa faktor corak diktator dan kotor. Ia tentunya memakan masa cukup lama untuk menjalani pemulihan secara total.

Antara yang Mahathir benci dan takut menghadapi kenyataan pemerintahan Pak Lah ialah keterbukaan dan telus. Rakyat boleh kritik bebas tidak terhad kepada pemimpin parti politik sahaja itu telah membuka peluang betapa rakyat mahu ungkit perkara-perkara zaman pemerintahan Mahathir. Sedikit demi sedikit, telah menyerlahkan beberapa pendedahan kerakusan dan penyalahgunaan kuasa di tangan Mahathir menjadikan beliau menghadapi satu sindrom keresahan yang amat jelas.

Cara terbaik untuk menutup kelemahan itu hanyalah dengan mengalih pandangan rakyat ke arah menghentam Pak Lah secara peribadi dan berterusan. Ini satu lakonan rohaniah bagi menutup 'kesempor' atau 'seeh' kata orang selatan. Tetapi rakyat semakin sedar walaupun dilihat Mahathir pada ketika ini mempunyai ramai penyokong. Penyokong yang berpengetuan kosong dari kalangan orang Melayu tidak bertahan lama. Arwah Datuk Harun Idris pernah mendapat sokongan yang cukup dahsyat ketika tindakan hendak dikenakan terhadap beliau berkaitan kes penyalahgunaan wang dengan sebuah bank. Perkarangan rumahnya dan di mahkamah menjadi sesak.

Tetapi kesesakan itu akhirnya beransur reda dan tinggallah beberapa orang sahaja termasuk ahli keluarga arwah di penghujung perbicaraan. Akhirnya rakyat sedar sokongan mereka adalah sia-sia belaka.

Perkara yang sama akan terjadi kepada Mahathir nanti jika beliau sendiri tidak sedar bahawa zamannya sudah berlalu dan hari ini seluruh rakyat menerima keterbukaan, ketelusan yang menjadi amalan baru untuk sama-sama kita capai kemajuan kekal mengejar Wawasan 2020 di mana kapsul wawasan keramat itu dibuka untuk mengetahui apakah kandungannya walaupun ia nanti hanya sebuah nota yang meraikan kehadiran satu kurun baru sahaja bagi memperingati pencipta wawasan yang benar-benarkosong.

Ketika itu Mahathir sudah berusia terlalu tua untuk senyum dan menepuk tangan. Tetapi yang pasti, jika Pak Lah masih lagi menjadi perdana menteri atau siapapun yang mengganti tempat beliau, beliau pasti akan membuka dan meraikan hari yang tidak siapa tahu apakah kandungannya.

Macam-macam maksud boleh ditafsirkan ketika ini. Kalau ia satu mandat, mandat itu pasti sudah lapuk. Kalau ia satu wasiat, ia adalah satu wasiat yang sudah terlambat.Ramai yang menjangka, kandungan kapsul Wawasan 2020 itu hanya satu gimik untuk memperingkati Mahathir sahaja. Ia tidak ada apa yang mengejutkan kerana rakyat Malaysia tidak pandai terkejut. Kalau terkejutpun, mereka berpura-pura sahaja.

Read more...

Lucutkan jawatan Mukhriz dalam Umno - Malaysiakini

Friday, May 23, 2008

Datuk Mokhzani Mahathir yang secara rasminya menyatakan bahawa beliau turut menjejaki saranan bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohammed untuk keluar daripada parti UMNO cukup menjelaskan bahawa keluarga ini benar-benar sudah lupa daratan dan tiada semangat perjuangan.

Sungguhpun Mukhriz masih lagi bersama dengan UMNO, namun kewujudan beliau bukanlah mahu memberikan khidmat yang jujur demi perjuangan parti, tetapi punya agenda yang tersendiri demi diri sendiri dan ahli keluarganya sahaja.

Ini jelas terbukti apabila beliau kerap kali mengelak daripada bertemu dengan wartawan yang seringkali mengejar beliau untuk bertanyakan pendapat dan pendirian beliau berkenaan isu terbabit.

Segala kecelaruan yang membabitkan nama UMNO dan kekecohan yang timbul selama ini adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati Tun terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun yang mahukan corak pentadbirannya dikekalkan miskipun tunggak kepimpinan telah diserahkan kepada Pak Lah adalah mustahil untuk dilakukan.

Ini kerana berlainan pemimpin, berlainanlah corak pentadbiran yang akan dilakukan. Dan semestinya penambahbaikan akan dilakukan sekiranya pentadbiran dahulu tidak berapa sempurna. Tun yang banyak membabitkan nama Khairy yang kononnya banyak masuk campur urusan kerajaan dan parti, tidak wajar untuk berkata demikian.

Ini kerana Mukhriz, Mokhzani dan Marina sendiri banyak menempa nama samada dalam bidang politik atau korporat semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Mokhzani telah menempa nama sebagai antara 30 orang terkaya di Malaysia dan merupakan pengarah Litar Antarabangsa Sepang, manakala Mukhriz sendiri mempunyai perniagaan sendiri antaranya Opcom Holdings, Kosmo Tech dan beliau juga Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation.

Apabila Tun dan kemudian Mokhzani keluar UMNO, sewajarnya Mukhriz turut mengikut jekak langkah mereka. Mukhriz boleh dianggap derhaka kepada parti dan tidak layak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti UMNO.

Janji dan kata-kata semangat yang ditabur oleh Mukhriz sebelum pilihanraya hanya mahu mengkaburi mata para pengundi kawasan beliau yang menyangka anak muda itu benar-benar berjuang demi kepentingan UMNO dan BN.

Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Kesetiaan pengundi tidak harus dikecewakan dengan adanya pemimpin sebegini. Siapa Mukhriz ni... apa pangkat dia nak suruh Pak Lah letak jawatan? Apa jasa Mukhriz selama ini pada parti UMNO.

Muhkriz ibarat seekor tikus yang merosakkan padi..Jika tidak diracun, padi akan rosak, kerugian pasti dirasai. Jelas sekali, Muhkriz bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap parti dalam membela nasib orang-orang melayu, tetapi Muhkriz adalah seorang Ahli Parlimen untuk jajahan Mahazalim yang menjadi mentor dalam arena politik beliau.Sifat begini tidak diperlukan didalam UMNO, Muhkriz wajarlah berundur atau UMNO sendiri perlu menolak orang sebegini.

UMNO tidak memerlukan pemimpin sebegini, jika UMNO masih memelihara tikus tanpa disekat kemaraannya, maka tidak mustahil padi akan rosak seluruhnya.Kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan UMNO. Pecat sahaja Mukhriz daripada UMNO!

Read more...

MUKHRIZ DERA WARTAWAN : Balik-balik itu, balik-balik itu - Malaysiakini

Wednesday, May 21, 2008

*Mahathir, Mukhzani dan Mukhriz


Oleh Sabrani Muin

Kalau setakat nak keluarkan kenyataan lima perenggan mahu menyatakan tak keluar UMNO untuk hasak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja, Ahli Parlimen Jerlun dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Mukhriz Mahathir tak payahlah 'gempaq' sangat.

Tindakan itu membuatkan wartawan yang hadir di majlis pengumuman itu merasakan mereka dah kena buli. Penat-penat datang, habis masa, habis duit minyak, habis duit parking, hanya nak dengar pengumuman tak ikut jejak ayahnya Tun Mahathir keluar dari UMNO sahaja.

Di akhir kenyataan itu pula menyebut itulah kenyataan beliau pada waktu ini dan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian sekiranya keadaan tidak beransur pulih. Itu saja!

Selagi benih Mahathir yang sudah dilihat pengkhianat pada UMNO dalam parti menghadapi kegetiran selepas pilihan raya umum lalu, selagi itulah keadaan tidak jadi elok. Kejap kata nak duduk dalam UMNO bersama rakan-rakan seperjuangan untuk desak Pak Lah letak semua jawatan sebagai perdana menteri, perisiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional dengan segera, kejap mengubah pendirian (mungkin keluar UMNO).

Semakin jelas nampak macam diri Mukhriz sedang menghadapi satu jenis penyakit nervous disorder. Macam sondol dinding salah, sondol lantai salah dan tak nampak pintu keluar terbuka luas untuk dia mencari tempat yang lebih lapang.

Tiba-tiba saja menjadi gelabah setelah semalam ayah (katanya ayahnda dalam bahasa istana) beliau umum keluar UMNO, hari ini terus panggil sidang akhbar untuk menyatakan pendirian yang tidak bermaruah selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia dan ahli parlimen.

Apakah itu tugas Ahli Parlimen Jerlun yang membuat assignment khas supaya mendesak perdana menteri letak jawatan sahaja? Itukah itu rupanya manifesto pilihan raya umum peribadi wakil parlimen Jerlun? Kerana itukah sahaja yang menjadikan anak bekas perdana menteri yang terlama dipilih untuk mewakili rakyt Jerlun? Sungguh memalukan orang Jerlun.

Kemudian ada hati pula mahu mengubah perlembagaan supaya sistem kuota di mansuhkan dan membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan yang ayahnya sendiri buat supaya tidak ada orang boleh lawan dia. Baru sekarang nak sedar bahawa sistem quota itu telah menjerat diri sendiri setelah begitu lama menyusahkan orang lain dulu?

Antara kandungan kenyataan medianya, Mukhriz menyebut: 'saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahnda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO'. Ertinya fahaman Mukhriz bahawa kalau sayangkan UMNO, tinggalkan UMNO. Kalau bencikan UMNO, duduk lagi dalam UMNO. Ibarat sayangkan isteri, ceraikan dia talak satu. Lepas tu nikah balik bila keadaan berubah.

Fahaman itu sangat sempit dan kebudak-budakan. Maaflah kalau saya mengatakan kata-kata beliau itu menunjukan benar beliau sudah besar, belum dewasa dan ditambah pula belum lagi matang. Masih terlalu mentah untuk menghadapi antara parti, ayah, pendirian peribadi, pucuk kepimpinan, bangsa dan negara.

Terlalu rendah pemikiran Mukhriz yang berpelajaran tinggi apabila seorang anak muda yang berkelulusan hanya SPM memberitahu saya ditengah orang ramai yang Mukhriz masih putik rebung nak melawan buluh. Dia patut belajar susah dulu berdepan dengan rakyat di kampung-kampung sebelum menjadi menyertai politik yang memerlukan perjuangan rakyat. Bukan berjuang untuk 'tendang' pemimpin.

Oleh kerana Mukhriz tidak pernah menghadapi kesusahan kemudaian dengan tiba-tiba diberi tempat sebagai ahli parlimen, dia merasakan dia sudah menguasai kerajaan dan lagaknya macam perdana menteri kedua pula. Mungkin beliau tidak dapat menerima kejutan budaya agaknya.

Sudahlah ayahnya Mahathir pun yang dah berhenti jadi perdana menteri masih berlagak macam perdana menteri suruh perdana menteri berhenti sebagai kerja hakikinya, anak beliauu pula yang baru jadi ahli parlimen belum pun sampai setahun dah mencabar perdana menteri supaya berhenti.

Wah wah..... nampaknya ayah dan anak sama naik mahu menjahanamkan parti dan negara. Umpama diberikan minuman dalam gelas, selepas meneguk airnya, gelas itu dihempas ke lantai berderai pecah. Inilah dikatakan insan yang agak luar biasa dalam UMNO hari ini.

Inilah satu contoh eksekutif pemuda yang memikul tanggungjawab mencorakkan generasi akan datang supaya melawan tauke, lawan ketua, 'tikam ketua'.

Sekurang-kurangnya sebagai anak buah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, hormatlah ketua itu. Janganlah melangkaui ketua yang masih hidup dan memasang telinga, membeliakkan mata sambil mengelengkan kepada melihat
anak buahnya mengila-gila dengan agenda peribadinya.

Mungkin Hishamuddin dah anggap itu kerja orang gila, maka dia membiarkan saja selagi dia tidak bawa parang beramuk di tempat awam agaknya.

Bukan orang seperti ini untuk duduk dalam barisan pemuda harapan bangsa. Bukan pemuda seperti ini untuk dijadikan model membaiki dan memberi cahaya kepada pemuda yang sedang mencari-cari kiblat arahnya masa depan yang kian mencabar.

Sepatah kata seorang UMNO veteran, tindakan Mukhriz mengeluarkan kenyataan seumpama itu memalukan seluruh keturunan rumpun Melayu. Sikap dan cara yang dibawanya sekarang ini tidak ubah macam kominis yang sentiasa menentang kerajaan.

Kominis layak bertindak begitu kerana kominis tidak cari makan dengan kerajaan, tidak minta bantuan dengan kerajaan, tidak juga mahu menikmati apa-apa nikmat yang kerajaan sediakan. Mereka sanggup duduk dalam hutan untuk 'berperang' dengan kerajaan melalui tuntutan-tuntutan termasuk yang tidak munasabah.

Tindakan Mukhriz jelas sangat tidak menghormati Exco lain, naib ketua pemuda, ketua pemuda, naib presiden, timbalan perdana menteri dan perdana menteri. Jaraknya cukup jauh untuk melontar desakan kepada perdana menteri membelakangkan ketua-ketua lain seperti Khairy Jamaluddin, Hishamuddin Hussein, dua orang naib presiden yang masih wujud. Malah ahli majlis tertinggi pun tidak boleh ditinggalkan.

Kalau takat bersama ayah saja suruh Pak Lah berhenti, nampak sangat macam kerusi exco yang diduduki dan jawatan ahli parlimen itu macam dia lebih besar dari Hishamuddin pulak.

Seluruh pergerakan pemuda UMNO patut bangkit ramai-ramai, terutama Exco Pemuda yang lain nasihatkanlah kawan mereka itu yang tersasar jauh dari apa yang sepatutnya dilakukan terhadap parti. Rosak pergerakan pemuda kerana serenjis najis di dalamnya.

Mentang-mentang dia anak bekas perdana menteri, anak Tun Mahathir yang sudah gonggong negara ini selama 22 tahun, senang-senang aje nak panggil wartawan datang berjumpa untuk menyampaikan sehelai kenyataan yang mengandungi isi lima perenggan yang diulang-ulang.

Fikirkanlah betapa susahnya wartawan yang datang pikul kamera, bawa stand kamera, bawa laptop untuk menghadiri hanya untuk mendapat butir-butir yang tidak penting pada negara menyampaikan mesej yang telah diulangi sejak dari hari pertama jadi ahli parlimen lagi.

Balik-balik yang itu. Balik-balik yang itu. Tiadakah modal lebih baik untuk berdiri berkarisma sebagai seorang ahli parlimen Melayu bermaruah sikit di hadapan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini?

Bangsa lain terbahak-bahak ketawakan telatah budak mentah macam terencat akal membawa mesej ayahnya yang macam kita ni main pondok-pondok pula lagaknya. Sedarlah diri bahawa bangsa kita ada maruah.

Sebagai ketua pergerakan pemuda Malaysia, Hishamuddin patut pecat sajalah 'budak ni' daripada Exco Pemuda daripada dia melalak tak habis-habis.

Ayahanda dan bonda dah keluaq. Abang kedua pon dah ikut jejak juga. Datuk Mokhzani juga mengumumkan keluar daripada UMNO menerusi surat yang difakskan ke pejabat UMNO bahagian Merbok hari ini.

Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai habis semua la keluar. Seharusnya Mukhriz juga mengikut jejak ahli keluarganya yang lain. Senang cerita. Tak ada lagi saki baki yang menyemakkan keadaan.

Kalau boleh pecat terus sajalah Mukhriz dari UMNO supaya mudah dia dengan ayah dia buat parti baru nanti agar cepat sikit dia jadi presiden parti sendiri apabila ayahnya meninggalkan dunia fana ini nanti.

Read more...

Kenapa Mukhriz tak ikut jejak Dr. Mahathir? - Malaysiakini

SATU perkara yang perlu diketahui; 'suasana kalah' seperti yang berlaku sekarang pernah berlaku sekali dalam tahun 1969, di mana Perak dan Selangor 'tumbang' ke tangan pembangkang, walaupun akhirnya terselamat akibat 'lompat' dan antara yang tewas, termasuklah Dr.Mahathir Mohamad yang digelar duri dalam daging oleh Tun Musa Hitam.

Sebaik sahaja tewas di tangan Ustaz Yusof Rawa, Dr. Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu, (Almarhom) Tunku Abdul Rahman Putra, mengkritik dan mendesak Tunku berundur.

Langkah Dr. Mahathir itu, dengan beberapa surat pembaca yang ditulisnya tanpa menggunakan nama sebenar, kini dikuti oleh anaknya, Mukhriz yang terus menerus membuat onar mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Tahun 1969 juga, Menteri Penerangan adalah orang Kedah, Senu Abdul Rahman tewas. Tahun 2008, Menteri Penerangan juga dari Kedah, Zainuddin Maidin namanya. Pun tewas. Persamaan ini, hanya dibezakandengan kehadiran 'internet, blog dan laman web' sedangkan tahun 1969, semua 'media baru' ini belum wujud lagi.

Ketika Dr. Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno, tentunya orang-orang lama akan berkata 'betul tindakan Tunku Abdul Rahmandahulu yang memecat Dr. Mahathir dari Umno'.

Marilah kita sedekah al-Fatihah buat Almarhom Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang berpandangan begitu jauh, ketika menilai siapa Dr. Mahathir ini. Al-Fatihah!

Jangan lupa, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, Umno diharamkan. Apakah 'luka' ini boleh dilupakan begitu sahaja? Apa yang Dr. Mahathir tidak buat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah, selain memindahkannya dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan seterusnya menggugurkannya… boleh dianggap sebagai 'haknya' yang tidak perlu dipersoalkan.

Apa yang tidak dilakukan Dr. Mahathir terhadap Musa Hitam hingga menyebabkan Musa mengambil keputusan mengundurkan diri dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan melepaskan semua jawatannya termasukMenteri Dalam Negeri.

Begitu juga dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba 'disingkirkan' dengan penuh penghinaan walaupun gambaran di luar seolah-olah Ghafar dikalahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam filem P. Ramlee bertajuk Laksamana Do Re Mi… ada satu adegan di mana seorang Raja dan seorang Permaisuri 'bertakhta' di bawah sebatang pokok, masih lagi mahu memerintah dengan memanggil Memanda Menteri, sedangkan ketika itu sudah tidak mempunyai negeri, jauh sekali mempunyai kuasa gara-gara Menteri Pasola.

Hari ini, Dr. Mahathir yang sudah 'melepaskan semua jawatannya' masih lagi mahu menyeru ahli-ahli Umno mengikut langkahnya, meninggalkan Umno buat sementara waktu untuk mendesak Perdana Menteri, berundur.

Seperti ada persamaan Raja dalam filem Laksamana Do Re Mi dengan Dr.Mahathir dalam hal ini. Sudah hilang kuasa, terasa masih berkuasa lagi. Menyeru lagi!

Alahai, Dr. Mahathir. Dr. Mahathir terlalu banyak berbuat tidak adil kepada 'orang lain'ketika dia berkuasa dahulu. Hari ini, semua tindakannya itu, tertimpa ke atas dirinya sendiri – memecat dirinya sendiri selepas 'kusut fikirannya' mengenangkan pendedahan klip video Linggam!

Dr. Mahathir masih tidak malu bertempik di merata tempat bercakap soal Jambatan Bengkok dan isu Proton. Suatu ketika dahulu, di bawanya bekas CEO Proton berjalan bersama-samanya untuk mengecam kepimpinan Pak Lah.

Kini, panglima yang dibawanya berjalan, kelihatan Sanusi Junid, bekasMenteri Besar Kedah yang pernah melepaskan jawatan akibat 'cakapbesar' dengan menghancurkan politik Umno di Kedah.

Sanusi pernah sekali, bersama-sama Anwar dan Pak Lah menjadi Naib Presiden Umno dalam tahun 1990. Di mana-mana dia pernah dipetik sebagai berkata; "Pak Lah ni hanya tukang baca doa" yang tidak patut dapat jadi Perdana Menteri.

Sanusi bercakap dengan ramai orang, merendah-rendahkan Pak Lah kononnya mahu dibandingkan dengan dirinya sendiri, lebih layak menjadi PM Malaysia, jika dibandingkan dengan Pak Lah.

Bila ada wartawan bertanya selepas Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari Umno, Sanusi menjawab; "saya sudah keluar Umno lebih dulu dari Dr. Mahathir."Jawapannya itu, bolehlah ditafsirkan sebagai "dia lebih berani dari Dr. Mahathir dan dia lebih dulu dari Dr. Mahathir."

Lupakan hal Sanusi ni. Menteri 'Mat Jenin' ini hanya catatan sejarah kecil sahaja di Malaysia. Tidak perlu untuk dipanjang-panjangkan ceritanya kerana tidak ada apa yang hebatnya dia. Dr. Mahathir, sebenarnya tidak dapat memisahkan hidupnya dari 'lampukamera'.

Jika dia tidak keluar, tidak berucap, tidak dapat buat sidang akhbar, dia merasakan masyarakat sudah melupakan dia. Ini dia tidak boleh terima. Selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, bukan sekali desakan berundur dihalakan kepadanya. Dia pekakkan telinganya. Dia butakan matanya.

Dia buat-buat tidak tahu ada desakan di bawah, yang menuntut dia berundur. Ketika dia menjadi Presiden Umno, ada dua bekas Presiden Umno meninggalkan Umno. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Di zamanPak Lah, hanya seorang sahaja bekas Presiden Umno bertindak meninggalkan Umno, iaitu Dr. Mahathir. Di zaman Dr. Mahathir, bukan dia sahaja berkrisis dengan timbalannya tetapi boleh dikatakan semua parti komponen BN, menyaksikanpertelingkahan Presiden dengan Timbalan Presiden.

Bolehkah kita lupa macam Lee Kim Sai berbalah dengan Dr. Ling Liong Sik? Bolehkah kita lupa bagaimana Datuk Seri S. Samy Vellu bertelingkah dengan Datuk S.Subramaniam?Tan Sri Taib Mahmud bertelingkah dengan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapa, Dr. Lim Kheng Yeik berbalah dengan Kerk Choo Ting dan semuaini 'mungkin kerana semua parti-parti komponen menyaksikan' kepimpinan melalui teladan.

Mereka tengok Dr. Mahathir boleh ada empat timbalan, mengapa mereka tidak boleh?Orang Melayu, khususnya orang Umno, usah melatah. Orang Melayu, khasnya orang Umno, usah terpedaya dengan permainan 'Maha Zalim'.

Orang Melayu tidak ada parti lain, selain dari Umno yang telah membuktikan perjuangan dan pembelaannya terhadap bangsa, agama dan negara.Hari ini, Dr. Mahathir 'menghasut' orang-orang Kedah kononnya tidak ada seorang pun menteri dari Kedah dan menyindir, ada negeri yang dapat banyak kerusi menteri.

Lupakah kita di era kepimpinan Dr.Mahathir, Johor pernah dimalukan dengan 'melantik' hanya dua menteri yang tidak penting, Datuk Ajib Ahmad (Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Shahrir Abdul Samad (Kebajikan Masyarakat) sedangkan Johor menyumbangkan 18 kerusi Parlimen ketika itu.

Lupakah kita bahawa Dr. Mahathir pernah 'membuang' empat orang doktor ketika dia menjadi Perdana Menteri. Empat 'Dr.' itu ialah Dr. Ibrahim Saad, Dr. Kamal Salleh, Dr. Nongsari Ahmad Radzi dan Dr. AffiffudinOmar.

Hari ini, kedengaran Dr. Ibrahim dan Dr. Affifuddin'bersama-sama' Tengku Razaleigh Hamzah berkempen ke hulu dan ke hilir,mahu menjatuhkan Pak Lah. Dr. Mahathir risau namanya, legasinya dan sejarahnya tertutup akibat 'kebaikkan dan keterbukaan' Pak Lah sebagai pemimpin Negara.

Dr. Mahathir tidak boleh nyenyak tidur malam kerana dia merasakan Anwar Ibrahim mungkin berjaya menjadi Perdana Menteri yang bererti membuka pintu penjara buat dirinya. Datuk Shahrir Abdul Samad tentunya boleh menceritakan bagaimana'bencinya' orang-orang di Johor Bahru terhadap Dr. Mahathir yang menyebabkan Shahrir meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan kemudian bertanding semula – bagi membuktikan benar Dr.Mahathir dianggap sebagai diktator oleh pengundi-pengundi di Parlimen Johor Bahru.

Hilangnya Dr. Mahathir dari Umno bukanlah sesuatu yang perlu ditangisi. Biarlah dia pergi dengan jiwanya yang berkecamuk dan dia mungkin terhibur berdamping dengan Sanusi Junid yang merupakan penglipur lara kepada Dr. Mahathir.Persoalan sekarang… kenapa Mukhriz tidak ikut jejak Dr. Mahathir?Adakah dia benar-benar sayangkan Umno atau dia tidak menghormati pendirian ayahnya sendiri.

Read more...

Tun Mahathir keluar parti : Apa pendirian Mukhriz?

Tuesday, May 20, 2008


Tun Mahathir dah menyatakan pendiriannya untuk keluar parti. Satu keputusan dan pendirian yang sudah tentunya mengejutkan banyak pihak. Keputusan diluar dugaan dan jangkaan ini sudah tentunya akan memberi kesan secara langsung terhadap pertandingan diperingkat Pergerakan Pemuda.

Persoalannya apakah pendirian Mukhriz? Wajarkah beliau untuk sama-sama menjejaki jejak langkah ayahandanya? Ataupun beliau perlu mengambil keputusan untuk tetap bertanding memberi cabaran untuk jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda.

Namun apa yang perlu menjadi ukuran adalah sebab utama seseorang itu menawarkan diri. Adakah disebabkan oleh tekanan ingin membela maruah orang tertentu? ataupun terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab yang tidak ditunaikan oleh kepimpinan terdahulu? Mukhriz sendiri mempunyai jawapan terhadap persoalan itu. Mukhriz menjadi begitu popular dan dihormati atas 2 sebab utama. Pertamanya beliau adalah anak kepada mantan Perdana Menteri.

Keduanya pula Mukhriz terkenal dengan keberaniannya menuntut agar Presiden meletakkan jawatan atas alasan prestasi buruk pada pilihanraya yang lalu. Sebagai warga Pergerakan Pemuda saya ingin mengajak untuk kita sama-sama membuat penilaian. Adakah wajar bertunjangkan dua sebab utama tadi, beliau perlu menawarkan diri?

Sekiranya rakyat menunding menyalahkan Khairy yang dilihat tidak mungkin dapat menegur Perdana Menteri yang juga merupakan bapa mertua beliau sekiranya beliau diberi tanggungjawab sebagai ketua pemuda, kita juga perlu menerima kemungkinan bahawa Mukhriz juga mempunyai kemungkinan yang besar dijadikan buah catur bapanya melemparkan kritikan-kritikan pedas terhadap kepimpinan parti.

Pada hemat saya, Mukhriz tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Janganlah disebabkan emosi dan rasa tidak puas hati bapanya terhadap kepimpinan parti beliau bertindak menjadi panglima yang sama sekali tidak rasional dan bertindak diluar batasan pertimbangan.

Mukhriz perlu mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menawarkan diri.Beliau mungkin begitu popular dikalangan rakyat, tapi situasi mungkin tidak seperti yang disangkakan didalam UMNO. Nasihat saya, dugalah dulu dalamnya lautan sebelum memulakan langkah.

Read more...

Mukhriz kena bekerja di Kedah, Khir Toyo kena tebus Selangor

Monday, May 19, 2008

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir nampaknya tidak sabar-sabar untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, walaupun tarikh pemilihan masih jauh. Di Johor Bahru, selepas berucap sebagai ahli panel pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya : Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites.

Baru-baru ini, seorang Ketua Umno Bahagian di Johor telah membidas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kerana 'khidmat ceramahnya' tidak diperlukan di Johor kerana Umno Johor masih kukuh. Tidak pula dapat dipastikan, adakah mana-mana Ketua Bahagian di Johor yang akan tampil menegur Mukhriz dan rakan-rakannya yang masih berminat berceramah dan menyampaikan ucapan, yang dilihat agak 'kiri' supaya boleh meneruskan ceramah mereka (jika dijemput) ke negeri
Kedah, negeri di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahir dan dibesarkan.

Ini kerana, khidmat Dr. Mahathir dan Mukhriz dilihat masih diperlukan segelintir orang-orang Umno di Kedah dan bukan di Johor. Apakah orang-orang Johor lupa, pada bulan Ogos 1988, seorang Ahli Parlimen Johor, Datuk Shahrir Abdul Samad sanggup meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Parlimen Johor Bahru kerana 'tidak bersetuju' dengan Dr. Mahathir?

Apakah orang-orang Johor lupa bagaimana Tun Musa Hitam terpaksa melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir? Apakah orang Johor lupa, seorang Ketua Umno Bahagian dari Johor berucap di Perhimpunan Agung Umno, menegur degan keras sikap diktator
Dr. Mahathir?

Lupakah orang Johor, suatu ketika dahulu, walaupun Johor adalah negeri yang paling ramai Ahli Parlimen BN, tetapi Dr. Mahathir hanya melantik dua orang sahaja menjadi Menteri Kabinet?

Hari ini, Mukhriz ke Johor setelah menulis surat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, seperti mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir yang kalah dalam pilihan raya 1969, mengutus surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra supaya berundur.

Masih ada segelintir mereka yang kagum dengan 'putar belit' Dr. Mahathir di dalam politik. Sikap Mukhriz yang 'seperti duri dalam daging' juga dilihat menjadi minat segelintir mereka yang tidak mahu
berpijak di bumi nyata.

Dalam tahun 1999, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lupakah orang-orang Melayu bahawa dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, lapan terlepas ke tangan pembangkang. Tujuh yang dimenangi BN, hanya lima darinya diwakili Umno sementara dua lagi, kerusi MCA.

Kenapa ketika itu, Dr. Mahathir tidak mahu 'mendesak dirinya' berundur atau menulis surat kepada mana-mana pihak (kecuali dirinya) berundur? Tidak malukah Dr. Mahathir dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1999, ketika dia sudah menjadi Perdana Menteri hampir 20 tahun?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah mewarisi kepimpinan Dr. Mahathir yang banyak masalah sebenarnya. Sebahagian besar Menteri Kabinet Dr. Mahathir yang dikatakan 'rasuah' masih dikekalkan kerana 'semua kawan-kawan belaka'.

Sepatutnya 'kawan-kawan ini' tampil menjelaskan isu sebenar apa yang dihadapi Pak Lah dan bukan bersekongkol dengan Dr. Mahathir yang 'kemaruk' mencari populariti. Dulu, apabila Datuk Shahrir memperkenalkan 'blog' sendiri, Dr. Mahathir pernah menyindir kononnya 'orang Umno tidak perlu blog'.

Melayu mudah lupa! Dah lama dah Dr. Mahathir buat kerja-kerja karut. Namun, seperti b biasa, orang Melayu (segelintir) masih mahu mengkaguminya sedangkan banyak benda salah yang dia buat mahu dilupakan begitu sahaja.

Dunia kehakiman 'hancur'. Umno hancur. Betulkah Umno hancur di tangan Dr. Mahathir? Ingat tak Dr. Mahathir adalah orang yang pernah menyebut bangsa Melayu tidak perlukan lagi 'hak-hak istimewa Melayu?' Lupakah kita Dr. Mahathir yang memperkenalkan 'subjek Sains dan Matematik' dalam bahasa Inggeris yang menjadi punca kemerosotan pelajar-pelajar Melayu sekarang?

Meritokrasi, kronisme, nepotisme dan korupsi timbul dalam era siapa? Nasib baiklah Perdana Menteri Malaysia bernama Abdullah Ahmad Badawi. Beliau bukan jenis pendendam dan tidak mahu mendedahkan sesuatu yang boleh memalukan pemimpin terdahulu.

Bayangkan kalau orang lain yang menjadi Perdana Menteri ketika ini. MungkinDr. Mahathir 'sudah dimaki' di khalayak ramai. Bukan Perdana Menteri yang memakinya tetapi orang ramai yang tidak sanggup untuk terus dibohongi.

Beriringan dengan anaknya, Mukhriz (yang mencontohinya dalam banyak perkara-perkara negatif), menunjukkan Dr. Mahathir adalah pengurus kempen Mukhriz untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Dengan keazaman menggerakkan usaha menawan semula lima negeri yang diperintah parti pembangkang pada pilihan raya akan datang jika diberi kepercayaan untuk memimpin sayap parti itu pada pemilihan Disember ini, Mukhriz nampaknya mendahului calon-calon lain berkempen.

Khabarnya, dia sudah ke Grik dan Lenggong di Perak. Banyak lagi tempat yang dia sudah sampai, bertujuan untuk kempen walaupun mungkin secara 'luaran' kononnya berjumpa kawan-kawan.

Seorang lai calon, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo juga cukup sibuk sekarang. Selain sibuk 'berblogging', dia juga sudah sanggup tidak hadir Mesyuarat MT Umno, hanya kerana mahu berkempen bagi jawatan yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Kalaulah Mukhriz dan Dr. Khir Toyo sedar akan tanggungjawabnya, mereka sekarang tidak perlu ke Sabah atau Johor kerana tugas dan tanggungjawabnya ialah merampas kembali Kedah dan Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang. Tugas Khir 'tebus kekecewaan Umno Selangor' yang dijahanamkannya!

Soalnya, mereka ini hanya 'sedar' untuk politik peribadi mereka sahaja. Berebut jawatan dan bukan untuk menguatkan parti. Inikah 'legasi kepimpinan' yang ditinggalkan Dr. Mahathir yang boleh dibanggakan? Apakah perkara yang Mukhriz hendak bercakap mengenai 'isu klip video Linggam?'

Satu perkara yang rakyat dan orang-orang Umno perlu sedar, dalam era kepimpinan Pak Lah, sikap keterbukaannya menyebabkan ada segelintir anak-anak muda dan 'orang-orang pencen' mahu bercakap ikut sesuka hati. Mereka tidak pernah ada perasaan menghormati pemimpin dan mereka
'taksub dengan pemikiran sendiri' seolah-olah mereka sahaja yang betul, sedangkan orang lain tidak.

Kita tidak perlu mendesak kepimpinan 'berbuat sesuatu' terhadap orang-orang ini tetapi perlulah mereka ini 'ditegur' dengan sedikit teguran yang 'berupa penampar' ke muka mereka.

Read more...

Khairy, Mukhriz atau Khir Toyo ?

Wednesday, May 14, 2008

Read more...

Muhyiddin membelit lagi…

Tuesday, May 13, 2008

Apabila difikirkan semula, apakah mungkin benar telahan rakan-rakan seperjuangan yang berbisik sesama sendiri setelah melihat gelagat dan reaksi Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjawab pertanyaan para wartawan sejurus selesai majlis Ulangtahun UMNO ke-62 di PWTC semalam dalam keadaan begitu kalut dan tidak selesa, setelah disekat laluannya oleh para wartawan yang melihat beliau cuba mengelak dan lari dari di temubual.

Mungkinkah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sudah malu dengan diri sendiri ataupun terasa pedasnya dengan kata-kata Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang secara terang mengatakan ada ahli yang putar belit bila bercakap, ‘ di luar kata lain, di dalam kata lain!’

Kenyataan yang dikeluarkan pada kali ini ternyata berbeza jika dibandingkan dengan kenyataan beliau sewaktu membuat lawatan ke negeri-negeri yang tewas dalam PRU 12 yang lalu.Ketika itu kedengaranlah suara-suara yang menyarankan beliau dan Najib perlu bersatu dalam memulihkan kembali ‘sakit’ yang berpenyakit di dalam UMNO.

Ketika itu jugalah kita semua disajikan dengan kenyataan beliau yang ingin mencabar jawatan tertinggi dalam parti itu bahkan turut menggesa Presiden berundur dari jawatan sekarang konon ianya boleh membantu merawat UMNO.

Tetapi, hari ini…sewaktu diajukan soalan mengenai hasrat beliau yang ingin bertanding jawatan tertinggi dalam UMNO itu, Muhyiddin berkata ianya masih terlalu jauh dan menafikan beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Pelik..bunyinya memang pelik, mengapa jika sebelum ini beliau sendiri yang turut mendesak pucuk pimpinan menukar kepimpinan dan menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden tetapi hari ini Muhyiddin membelit lagi?

Bukannya ramai orang tidak tahu niat sebenar Muhyiddin yang beria-ia untuk menjawat jawatan tersebut kerana Muhyiddn sememangnya punyai pakatannya sendiri.Maka, wajar dan selayaknyalah bila dikatakan Muhyiddin ini bersekongkol dengan Dr. Fuad zarkasyi, Muhkriz dan Ku Li dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

Teringat pesan keramat Presiden UMNO yang menjelaskan, dalam hubungan ini (keluarga UMN0), ahli-ahli parti mampu meningkatkan integriti sekiranya mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperoleh dan tidak lupa daratan.Beliau turut mengingatkan ahli UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan dan sebagainya supaya tidak melakukan kesalahan yang boleh diheret ke mahkamah.Setiap kali UMNO diheret ke mahkamah, ia akan mencemarkan imej parti, surat khabar bukan main hebat memainkan cerita kerana mereka mengharap sesuatu (untuk meningkatkan integriti) daripada kita, fikirkanlah...

Read more...

Anifah Aman, Musa Aman, Bukit Aman…

Monday, May 12, 2008


TIBA-TIBA nama Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis, Sabah dan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjadi sebutan di mana-mana. Isu yang menyebabkan dia popular seketika kerana berucap di Parlimen ketika sessi perbahasan Menjunjung Kasih kepada Yang DiPertuan Agung, dia menyentuh tentang 'rumah banglo dan rumah teres'.

Bukan sedikit yang terkejut, malahan ada yang tidak menduga sama sekali, Anifah boleh berkata sedemikian, "tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya di dalam 'banglo' itu."

Isu 'banglo' ini timbul ekoran tafsiran kononnya Barisan Nasional (BN)yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti di anak tirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam 'banglo' itu.

Bagi orang yang faham, mereka akan meletakkan Anifah Aman ini sebagai 'angkuh dan sombong'. Bercakap sedemikian, mewakili BN, tanpa rasa hormat dan berterima kasih kepada BN dan kepimpinan, membuktikan'kesombongan'.

Sebenarnya, Anifah lebih beruntung jika dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat BN khususnya dari Sabah yang lain. Sekurang-kurangnya dia merasakan juga kerusi Timbalan Menteri, untukdua penggal. Bukan kerana kelayakan dia duduk sebagai Timbalan Menteri, tetapi kerana Perdana Menteri mahukan dia duduk di situ.Apakah tidak ada wakil rakyat Sabah yang lain yang boleh menjadi Timbalan Menteri? Ramai sebenarnya.

Silaplah kalau kita dapat menjadi Timbalan Menteri, kita merasakan kita yang layak sedangkan yang lain-lain tidak!

Apakah Anifah begitu tamak , tidak cukup lagi apa yang dikautnya di Sabah dan mahu pula menjadi menteri penuh untuk dan tujuan menggayakan diri. Mujur Pak Lah tidak melantik beliau menjadi menteri penuh dan mungkin ini satu hikmah bila beliau tidak dilantik sebagai menteri penuh kerana niat dan nawaitu beliau bukanlah kerana mahu berbakti kepada rakyat tetapi beliau mempunyai niat tersendiri yang amat terserlah kini.

Banyak skandal yang telah didedahkan oleh sebuah laman web yang perlu diberi perhatian oleh BPR tentang kes-kes Musa Aman dan Anifah Aman di Sabah. Mereka seharusnya bersyukur kerana Pak Lah masih mengekal kan mereka dalam tampuk pimpinan di negeri Sabah. Ramai pemerhati politik yang menyatakan bahawa Anifah tidak bersyukur dengan kedudukan beliau yang dikekalkan dan memberi tempat sebagai timbalan menteri sedangkan hakikat sebenarnya dia tidak layak untuk menduduki kerusi timbalan menteri berkenaan.

1- Orang Sabah marah kat Keluarga Musa dan Anifah Aman ambik semua harta negeri sabah melalui Suria Capital, juga sudah mengambil banyak konsesi balak dan batu arang. Sampai sarang burung dalam gua diambil menjadi konsesi.

Ramai rakyat Sabah yang tahu bahawa keluarga Anifah Aman dapat buat kapal dan servis dan maintainance, dan melalui suria capital (state GLC Sabah) control Sabah Ports

Keluarga beliau juga hidup mewah di Australia dan mempunyai sebuah syarikat di Australia.

Sebagai wakil rakyat Kimanis, perjuangan Anifah, yang mungkin sudah kaya raya sekarang (saya percaya dia tidak susah) bukan soal kemudahan infrastuktur di Kimanis, bukan soal kemudahan belajar bagi anak-anakkampung di pendalaman tetapi perjuangannya sudah sampai kepada 'kedudukannya sendiri' selepas dua penggal menjadi Timbalan Menteri. Walaupun kemudiannya, Anifah ada mengatakan dia tidak ada niat melompat ke parti pembangkang walaupun secara terbuka mengakui kecilhati dengan kedudukan Sabah yang masih terpinggir daripada pembangunan.

Hari ini, ketika BN dilihat sedikit lemah ekoran keputusan PilihanRaya Umum ke 12 (PRU 12) yang memperlihatkan hilang majoriti 2/3,Anifah yang ketika BN menang besar berada di dalam kerajaan rupa-rupanya bersikap sama seperti seorang lagi bekas Timbalan Menteri dari Sabah, Datuk Railey Jeffery yang pernah dipetik sebagai berkata 'saya ingat saya jadi Menteri selepas dua penggal menjadi Timbalan Menteri'.

Sedangkan Pak Lah telah membelanjakan sebanyak 3 billion untuk pendididikan di Sabah

Mereka yang 'ingat' dan 'fikir' hanya diri mereka sahaja yang paling layak menduduki kerusi Menteri atau Timbalan Menteri, sebenarnya 'ada penyakit' dalam diri dan jiwa mereka. Mereka tidak pernah berfikir, ketika BN menang besar, ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen yang meginginkan jawatan, tetapi Perdana Menterimemberi peluang kepada mereka. Terima kasih dan bersyukurlah denganapa yang mereka dapat dan jika dibandingkan dengan orang lain (maksud saya Ahli-Ahli Parlimen lain), mereka jauh lebih bertuah dan beruntung kerana Perdana Menteri memilih mereka.

Adakah kerana mereka hebat? Bukan. Ada orang lain yang lebih hebat.Adakah kerana mereka berkelulusan? Bukan. Ada orang lain juga berkelulusan. Adakah kerana mereka merasakan mereka lebih hebat dariorang lain? Jika inilah anggapan mereka, ternyata mereka silap.

Habis tu kenapa mereka 'bersikap angkuh dan sombong'? Bila tidak mendapat jawatan, terus membuat tafsiran kononnya mereka 'duduk ditepi tandas. Kata-kata ini, bagi orang Melayu, orang Umno dan orang BNsendiri, adalah suatu kata-kata yang cukup mengambarkan betapa sombong dan angkuhnya pemidato ini.

Mereka tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan dan kepimpinan yang pernah meletakkan mereka di suatu tempat yang cukup hebat suatu ketika dahulu dan cukup ramai orang-orang Sabah yang diberikan jawatan-jawatan penting di Kuala Lumpur.

Tidak adakah pegawai tinggi Polis, Tentera, Kastam, Imigresen dan pegawai-pegawai lain dari Sabah di Kuala Lumpur?

Sedarkah Anifah, bahawa Sabah yang hanya mempunyai 25 kawasan Parlimen(25 Bahagian Umno), seorang Ketua Pergerakan Pemudanya (Datuk AbdulRahman Dahalan- Kota Belud) dilantik menjadi Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia?

Sedarkah Anifah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melantik bekasAhli Parlimen Libaran, Datuk Akbar Khan Abdul Rahman menjadiSetiausaha Politik? Tidak cukup dengan Datuk Maximus Ongkili, DatukMohd Shafie Afdal dan Tan Sri Benard Dompok sebagai Menteri?Cukup panjang senarai jika hendak dituliskan nama-nama tertentu yang berjawatan di Kuala Lumpur.

Kalau Sabah masih terpinggir, bukan kerana kepimpinan di Kuala Lumpur tidak memperdulikan rakyat di Sabah sebaliknya apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteridari Sabah?

Menteri Pelajaran mengumumkan Sabah mendapat RM3.43 bilion di bawahRancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9) bagi membangunkan pendidikan dinegeri itu. Ia mengatasi apa yang Pulau Pinang dan Johor dapat. Mustahil Anifah tidak tahu hal ini. Kalau dia tak tahu, apa yang boleh kita buat?

Suatu ketika dahulu, Johor yang cukup dicemburui sekarang, kerana terlalu ramai Ahli Parlimennya menjadi Menteri pernah hanya diwakilidua orang Menteri sahaja walaupun BN menang semua kerusi Parlimen. Ingat! Dalam tahun 1988, Datuk Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan) dan Datuk Mustaffa Mohamad (Menteri Kebajikan Masyarakat) sahaja yang menjamah kerusi cabinet ketika itu.

Ada wakil rakyat Johor berucap di Parlimen, bercakap soal 'rumah banglodan rumah teres'? Anifah mungkin baru dalam 'budaya Umno'. Atau Anifahboleh dikatakan sebagai 'anti semenanjung' tetapi kalau Anifah tahu menghormati kepimpinan, bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) mempertahankan Ketua Menteri Sabah, yang juga adik beradik Anifah, mungkin Anifah sanggup 'mencium tangan Pak Lah' kerana Pak Lah mengutamakan kepentingan parti mengatasi yanglain-lain.

Sepatutnya, kalau Musa Aman tahu semua ini, bagaimana orang-orang Sabah sentiasa berada di Kuala Lumpur, berkempen memburuk-burukkan dia, Musa pun tentunya mencium tangan Pak Lah kerana Pak Lah adalah Perdana Menteri yang tidak mudah digula-gulakan dengan pelbagaituduhan dan tohmahan.

Sedikit waktu dahulu, heboh orang mengatakan ada satu kumpulan dari Sabah datang ke Kuala Lumpur, berusaha melobi pihak-pihak tertentu disini untuk menubuhkan semula USNO. Kata mereka, Umno di Sabah hanyadikuasai 'ALC'. ALC yang mereka maksudkan ialah 'Aman Link Company' –iaitu hanya keluarga Anifah dan Musa Aman sahaja yang mengaut peluang-peluang perniagaan dan kayu balak di Sabah.

Ini bukan cerita rekaan sebaliknya ramai orang Sabah tahu. Malahan, ramai bekas-bekas Menteri Sabah dan bekas-bekas Ketua Bahagian (Umnodan USNO) mengetahui cerita ini.

Janganlah kerana tidak dilantik menjadi Menteri, setelah dua penggal menjadi Timbalan Menteri, Anifah merasakan dia 'hanya duduk di tepitandas dalam sebuah rumah banglo'. Jangan ada perasaan itu keranamasih ramai lagi orang Umno yang hanya duduk di kaki lima banglo, luar pagar banglo dan jarang-jarang dapat masuk ke rumah banglo, walaupun mereka adalah pejuang Umno tulin, sejak sekian lama.

Umno telah memainkan peranan besar menyelamatkan Melayu dan Bumiputeradi Sabah dari tekanan dan ancaman. Jangan buat-buat lupa cerita'bawang' dan gereja yang hampir-hampir menjadi isu perkauman yangbesar suatu ketika duhulu. Masa itu, Anifah dan Musa mungkin masih di Universiti dan kita seharusnya tahu sejarah untuk menuju ke hadapan. Anifah Aman dan Musa Aman adalah dua orang adik beradik yang cukup bertuah. Ketika kita menuding jari menyalahkan orang lain, sebenarnya kita yang selalu menghisap 'cigar' sudah lupa rumput di bumi ketika merenung bintang di langit. Kita lupa budi orang kepada kita. Kita lupa jasa Umno kepada kita. Kita lupa jasa BN kepada negeri Sabah.

Bila kita tengok 'pokok sudah condong' kita sama-sama mahu menumbangkannya. Apakah kita yakin kita hebat? Atau Anifah Aman dan Musa Aman – walaupun kini sudah cukup kaya raya, bertanyalah ke BukitAman… sejarah hitam Sabah ketika USNO dan Berjaya runtuh dahulu. Mudah-mudahan di Bukit Aman, Anifah Aman dan Musa Aman akan bertemu dengan 'keAmanan' yang mereka cari-cari.

Di Bukit Aman, lebih banyak menyimpan rekod-rekod dan catatan sejarah hitam Sabah dari 'rumah banglo' yang sudah mula hendak ditinggalkan.

Read more...

YANG ADA TERTIPU YANG TIADA MENYUSUT

Tuesday, May 6, 2008

Ahad lepas, 4 Mei 2008 telah diadakan satu ceramah perdana Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh kelima-lima pemimpin utama negeri taklukan kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor), Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Pinang), Dato' Nik Aziz Nik Mat(Menteri Besar Kelantan), Mohammad Nizar Jamaluddin(Menteri Besar Perak) dan Ust Azizan Abd Razak(Menteri Besar Kedah).


Ceramah yang diadakan di sebuah stadium yang besar dan boleh memuatkan hingga 10 ribu orang pengunjung di Shah Alam itu kelihatan teramat daif dengan hanya dihadiri oleh kurang daripada 1500 pengunjung. Maka, kesimpulan yang boleh dibuat adalah program yang dilakukan ini telah gagal miskipun speaker jemputan bukannya calang-calang orang malah merekalah pilihan hati rakyat disetiap negeri yang ditadbir speaker-speaker ini kini.

Berdasarkan kehadiran yang sangat-sangat tidak memberangsangkan menunjukkan rakyat sudah mula jelak dengan aktiviti Pakatan Rakyat yang hanya sering menganjurkan sesi ceramah, perhimpunan dan masih belum kelihatan janji-janji yang berjaya dikotakan. Daripada bekalan air percuma, penurunan kadar cukai pintu apatah lagi pemansuhan tol . Semuanya seakan sudah tidak diendahkan oleh mereka.

Apa yang lebih memeranjatkan, penganjur ceramah ini dikatakan telah mengambil kesempatan untuk menipu rakyat apabila mereka menyembunyikan hakikat sebenar tujuan rombongan yang dibawa oleh beberapa buah bas daripada serata pelusuk negeri itu yang kononnya rombongan melancong dan tidak pula dinyatakan tujuan menghadiri ceramah tersebut.

Rombongan yang dibawa atas tiket melawat Shah Alam itu, semenjak dari awal pagi lagi telah dibawa melawat Masjid Negeri, Taman Pertanian Shah Alam, UiTM Shah Alam, Tasik Shah Alam dan beberapa tempat lagi. Di akhir lawatan, mereka singgah di stadium berkenaan dan pada sangkaan mereka, mereka akan dibawa menyaksikan perlawanan bola yang akan berlangsung pada malam tersebut. Namun, mereka amat terperanjat ceramah pula yang bakal dihadiri.

Sesalan ternyata wujud dikalangan para rombongan tersebut. Walaupun hati tidak mahu menyertainya, namun mengenangkan jasa lawatan yang telah mereka kunjungi, mereka terpaksa juga turut serta dalam ceramah perdana tersebut.

Dapat kita lihat di sini betapa rakusnya perbuatan mereka mengheret penyokong ' hantu ' demi memperlihatkan kononnya sokongan yang diberikan rakyat kepada mereka adalah tinggi. Paling mendukacitakan walaupun dengan kehadiran penyokong 'hantu' pun mereka tetap gagal untuk memenuhkan tempat duduk Stadium Melawati Shah Alam.

Read more...

Muhyiddin perlu berundur, bukan Pak Lah

DI kalangan pemimpin Umno, yang jelas mahu menonjol diri dalam krisis sekarang ialah Naib Presiden, Muhyiddin Mohd Yassin diikuti Datuk Mukhriz Dr. Mahathir, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Dr. Mohd Fuad Zarkashi. Itulah sebabnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz membidas dengan kata-kata 'ada menteri yang tidak cerdik' ketika menghadapi isu politik sekarang. Muhyiddin cukup terasa dengan 'penangan' Nazri itu.


Muhyiddin sudah berkali-kali mengulangi isu kepimpinan atau dalam bahasa yang lebih mudah, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), perlu 'turun' dan tempatnya digantikan dengan timbalannya, Datuk Ser Najib Tun Razak. Kenapa ketika bercakap soal 'kepimpinan' Muhyiddin tidak menjadikan dirinya sebagai contoh? Berhenti atau berundur dari kerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang disandangnya atas belas ihsan Pak Lah. Kalau dia mahu terus kekal memegang jawatan Naib Presiden, tidak jadi masalah.

Muhyiddin sepatutnya boleh bercakaplah dengan berterus-terang, "Pak Lah, saya tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah dan dengan ini saya mengundurkan diri jawatan kabinet."Saluran paling tepat, dalam Jawatankuasa Pengurusan Umno dan kemudiannya dibawa ke Majlis Tertinggi (MT). Undurlah dari jawatan Kabinet. Jika mahu menggunakan saki-baki perkhidmatan yang ada sebagai Naib Presiden Umno untuk mengadakan pertemuan dengan ahli parti di peringkat grassroot, bagi membuat penerangan, ia tidak jadi masalah."

Kenapa Muhyiddin tidak ada rasa malu ketika dia bercakap soal kepimpinan, dia masih berketuakan (dengan bahasa mudah, kepimpinan) Pak Lah. Macam mana dia bercakap soal 'kepimpinan' tapi dia masih mahu berketuakan pemimpin yang dia ajak seluruh orang 'curiga'terhadap kepimpnan itu.Ada orang percaya, Muhyiddin menjadi jurucakap seseorang yang amat teringin menjadi Perdana Menteri (PM) dan dalam masa yang sama, Muhyiddin pula teringin menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). Jika tidak, mereka yang menceritakan hal ini mendakwa, mustahil Muhyiddin begitu berani mempersoalkan kepimpinan parti dan kerajaan hari ini kerana, kalau ahli Umno diberikan hak bersuara, sudah tentu mereka juga akan mempersoalkan 'siapa Muhyiddin' ini.Ingat, dalam pemilihan Umno 2004, apabila Muhyiddin hanya mendapat 1,234 undi dia dengan angkuh mengatakan 'saya bukan menang tetapi terselamat'. Ini kerana dia tidak dapat menerima kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Naib Presiden 1, Naib Presiden 11 dan dia sebagai Naib Presiden 111.

Muhyiddin seolah-olah tidak bersyukur dia masih menang walaupun jelas perwakilan memang kurang berminat dengan kecuali dengan 'kempen dan pertolongan' Pak Lah, menyebabkan dia menang.Berani Muhyiddin bersumpah, dengan menjunjung al-Quran, dia menang tanpa menggunakan sesen pun wang untuk berkempen? Padahal, dengan wajahnya yang dilihat sebagai sombong, tidak kenal orang Umno (perwakilan) dan tidak kenal siapa nama Ketua Bahagian, menang sebagai Naib Preiden (walaupun di tempat ketiga), dia sepatutnya tahu bersyukur.

Nasib baik, dalam Umno (di ibu pejabat) ada kawan-kawan Muhyiddin yang sanggup menjadi 'perkakas' untuk menjatuhkan Mohd Isa. Bila Mohd Isa terhukum, mungkin ada orang yang seronok tetapi kesannya, Pilihan Raya Umum ke 13, BN (Umno) hampir-hampir lenyap. Mustahil kerana menghukum Mohd Isa, kesannya begitu teruk tetapi biasanya 'doa orang yang teraniaya, tiada hijab antaranya dengan Allah'. Mohd Isa hilang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Hilang jawatan Naib Presiden dan hilang jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang. Apa jadi dengan Parlimen Teluk Kemang, dari BN tumpas kepada PKR. Apa jadi dengan Wilayah Persekutuan, hampir kalah semua, kecuali Parlimen Setiawangsa yang mempunyai puluhan ribu undi pos.

Nasib baiklah Wilayah Persekutuan ada Labuan dan Putrajaya. Kalau tidak, BN menang hanya satu dari 10 kawasan Parlimen. Kalau kira negeri-negeri lain, Datuk Seri Zulhasnan Rafique tidak 'behak' jadi Menteri Wilayah Persekutuan berdasarkan keputusan tersebut. Muhyiddin jangan 'baling batu sembunyi tangan'. Muhyiddin jangan ingat dia menang di Pagoh dan dia tidak terlibat dengan kekalahan besar-besaran BN di seluruh negara. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bolehkah Muhyiddin semak kawasan-kawasan yang terlibat secara langsung dengan kementeriannya dahulu, lebih banyak menang atau lebih banyak kalah? Hari ini, ada empat orang yang bergelar Tan Sri menjadi Pengerusi agensi kerajaan. Antaranya Tan Sri Abu Zahar Ujang (kawan baik Tan Sri Muhyiddin) dilantik menjadi Pengerusi LPP, Tan Sri Leo Moggie dilantik menjadi Pengerusi TNB, Tan Sri Dr. Mohd Yusoff Nor, Pengerusi Felda dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengerusi RISDA tetapi kini sudah menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Lebih wajar, jika Pak Lah melantik Muhyiddin menjadi Pengerusi LKIM untuk 'membuktikan dia layak' mempersoalkan soal kepimpinan. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, Muhyiddin secara 'garang' mahukan 'peralihan kuasa' perlu disegerakan. Kemudiannya, ketika menghadiri satu majlis di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Muar, Datuk Malik Munip, Prof Zainal Keling dan Datuk Dr. Hassan Ahmad, Muhyiddin masih mengulangi bahawa 'kepimpinan' perlu bertukar atau dengan bahasa lebih mudah difahami, Pak Lah perlu berundur.
Tidak malukah Muhyiddin, sebagai seorang anggota kabinet Pak Lah, ketika dia mempersoalkan kreadibiliti Pak Lah, ketika dia membuat desakan supaya Pak Lah berundur, dia masih duduk berketuakan Pak Lah? Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Alwi Che Ahmad dalam beberapa siri SMS kepada kawan-kawan dan kenalannya, jelas mempertikaikan kejujuran Muhyiddin sebagai seorang anggota kabinet.

Alwi adalah penyokong setia Muhyiddin sejak sekian lama. Walaupun dia tidak pernah dianggap penting oleh Muhyiddin tetapi kerja kerasnya selama ini membantu Muhyiddin sudah tidak akan berlaku lagi. Dia seolah sudah kecewa dengan tingkah laku Muhyiddin yang selama ini cukup dihormati, tetapi ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 'meletakkan seekor musang dalam reban ayam' .

Tersilap besarlah kalau perwakilan Umno 'menyanjung' Muhyiddin hanya kerana 'keberaniannya' membuat pelbagai desakan terhadap Pak Lah. Hubungan Muhyiddin dengan Datuk Seri Najib juga boleh dipertikaikan. Mustahil Najib boleh mempercayai Muhyiddin yang pernah 'mengutip' undi tertinggi dalam pemilihan Naib Presiden 1993, mengatasi undi Najib, duduk di bawahnya sebagai TPM jika Najib jadi PM. Najib juga tentunya sedar, Muhyiddin sebenarnya ingin sangat menjadi TPM di baah Pak Lah tetapi Pak Lah menamakan Najib sebagai TPM yang menyebabkan Muhyiddin 'berlinangan airmata' apabila dia bukan sahaja tidak dinamakan sebagai TPM, malahan, tidak dimaklumkan lebih awal yang Pak Lah mahukan Najib menjadi orang nombor dua . Undurlah Muhyiddin dan kemudian desaklah orang lain undur sama, barulah 'cakap serupa bikin'.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP