Anifah Aman, Musa Aman, Bukit Aman…

Monday, May 12, 2008


TIBA-TIBA nama Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis, Sabah dan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjadi sebutan di mana-mana. Isu yang menyebabkan dia popular seketika kerana berucap di Parlimen ketika sessi perbahasan Menjunjung Kasih kepada Yang DiPertuan Agung, dia menyentuh tentang 'rumah banglo dan rumah teres'.

Bukan sedikit yang terkejut, malahan ada yang tidak menduga sama sekali, Anifah boleh berkata sedemikian, "tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya di dalam 'banglo' itu."

Isu 'banglo' ini timbul ekoran tafsiran kononnya Barisan Nasional (BN)yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti di anak tirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam 'banglo' itu.

Bagi orang yang faham, mereka akan meletakkan Anifah Aman ini sebagai 'angkuh dan sombong'. Bercakap sedemikian, mewakili BN, tanpa rasa hormat dan berterima kasih kepada BN dan kepimpinan, membuktikan'kesombongan'.

Sebenarnya, Anifah lebih beruntung jika dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat BN khususnya dari Sabah yang lain. Sekurang-kurangnya dia merasakan juga kerusi Timbalan Menteri, untukdua penggal. Bukan kerana kelayakan dia duduk sebagai Timbalan Menteri, tetapi kerana Perdana Menteri mahukan dia duduk di situ.Apakah tidak ada wakil rakyat Sabah yang lain yang boleh menjadi Timbalan Menteri? Ramai sebenarnya.

Silaplah kalau kita dapat menjadi Timbalan Menteri, kita merasakan kita yang layak sedangkan yang lain-lain tidak!

Apakah Anifah begitu tamak , tidak cukup lagi apa yang dikautnya di Sabah dan mahu pula menjadi menteri penuh untuk dan tujuan menggayakan diri. Mujur Pak Lah tidak melantik beliau menjadi menteri penuh dan mungkin ini satu hikmah bila beliau tidak dilantik sebagai menteri penuh kerana niat dan nawaitu beliau bukanlah kerana mahu berbakti kepada rakyat tetapi beliau mempunyai niat tersendiri yang amat terserlah kini.

Banyak skandal yang telah didedahkan oleh sebuah laman web yang perlu diberi perhatian oleh BPR tentang kes-kes Musa Aman dan Anifah Aman di Sabah. Mereka seharusnya bersyukur kerana Pak Lah masih mengekal kan mereka dalam tampuk pimpinan di negeri Sabah. Ramai pemerhati politik yang menyatakan bahawa Anifah tidak bersyukur dengan kedudukan beliau yang dikekalkan dan memberi tempat sebagai timbalan menteri sedangkan hakikat sebenarnya dia tidak layak untuk menduduki kerusi timbalan menteri berkenaan.

1- Orang Sabah marah kat Keluarga Musa dan Anifah Aman ambik semua harta negeri sabah melalui Suria Capital, juga sudah mengambil banyak konsesi balak dan batu arang. Sampai sarang burung dalam gua diambil menjadi konsesi.

Ramai rakyat Sabah yang tahu bahawa keluarga Anifah Aman dapat buat kapal dan servis dan maintainance, dan melalui suria capital (state GLC Sabah) control Sabah Ports

Keluarga beliau juga hidup mewah di Australia dan mempunyai sebuah syarikat di Australia.

Sebagai wakil rakyat Kimanis, perjuangan Anifah, yang mungkin sudah kaya raya sekarang (saya percaya dia tidak susah) bukan soal kemudahan infrastuktur di Kimanis, bukan soal kemudahan belajar bagi anak-anakkampung di pendalaman tetapi perjuangannya sudah sampai kepada 'kedudukannya sendiri' selepas dua penggal menjadi Timbalan Menteri. Walaupun kemudiannya, Anifah ada mengatakan dia tidak ada niat melompat ke parti pembangkang walaupun secara terbuka mengakui kecilhati dengan kedudukan Sabah yang masih terpinggir daripada pembangunan.

Hari ini, ketika BN dilihat sedikit lemah ekoran keputusan PilihanRaya Umum ke 12 (PRU 12) yang memperlihatkan hilang majoriti 2/3,Anifah yang ketika BN menang besar berada di dalam kerajaan rupa-rupanya bersikap sama seperti seorang lagi bekas Timbalan Menteri dari Sabah, Datuk Railey Jeffery yang pernah dipetik sebagai berkata 'saya ingat saya jadi Menteri selepas dua penggal menjadi Timbalan Menteri'.

Sedangkan Pak Lah telah membelanjakan sebanyak 3 billion untuk pendididikan di Sabah

Mereka yang 'ingat' dan 'fikir' hanya diri mereka sahaja yang paling layak menduduki kerusi Menteri atau Timbalan Menteri, sebenarnya 'ada penyakit' dalam diri dan jiwa mereka. Mereka tidak pernah berfikir, ketika BN menang besar, ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen yang meginginkan jawatan, tetapi Perdana Menterimemberi peluang kepada mereka. Terima kasih dan bersyukurlah denganapa yang mereka dapat dan jika dibandingkan dengan orang lain (maksud saya Ahli-Ahli Parlimen lain), mereka jauh lebih bertuah dan beruntung kerana Perdana Menteri memilih mereka.

Adakah kerana mereka hebat? Bukan. Ada orang lain yang lebih hebat.Adakah kerana mereka berkelulusan? Bukan. Ada orang lain juga berkelulusan. Adakah kerana mereka merasakan mereka lebih hebat dariorang lain? Jika inilah anggapan mereka, ternyata mereka silap.

Habis tu kenapa mereka 'bersikap angkuh dan sombong'? Bila tidak mendapat jawatan, terus membuat tafsiran kononnya mereka 'duduk ditepi tandas. Kata-kata ini, bagi orang Melayu, orang Umno dan orang BNsendiri, adalah suatu kata-kata yang cukup mengambarkan betapa sombong dan angkuhnya pemidato ini.

Mereka tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan dan kepimpinan yang pernah meletakkan mereka di suatu tempat yang cukup hebat suatu ketika dahulu dan cukup ramai orang-orang Sabah yang diberikan jawatan-jawatan penting di Kuala Lumpur.

Tidak adakah pegawai tinggi Polis, Tentera, Kastam, Imigresen dan pegawai-pegawai lain dari Sabah di Kuala Lumpur?

Sedarkah Anifah, bahawa Sabah yang hanya mempunyai 25 kawasan Parlimen(25 Bahagian Umno), seorang Ketua Pergerakan Pemudanya (Datuk AbdulRahman Dahalan- Kota Belud) dilantik menjadi Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia?

Sedarkah Anifah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melantik bekasAhli Parlimen Libaran, Datuk Akbar Khan Abdul Rahman menjadiSetiausaha Politik? Tidak cukup dengan Datuk Maximus Ongkili, DatukMohd Shafie Afdal dan Tan Sri Benard Dompok sebagai Menteri?Cukup panjang senarai jika hendak dituliskan nama-nama tertentu yang berjawatan di Kuala Lumpur.

Kalau Sabah masih terpinggir, bukan kerana kepimpinan di Kuala Lumpur tidak memperdulikan rakyat di Sabah sebaliknya apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteridari Sabah?

Menteri Pelajaran mengumumkan Sabah mendapat RM3.43 bilion di bawahRancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9) bagi membangunkan pendidikan dinegeri itu. Ia mengatasi apa yang Pulau Pinang dan Johor dapat. Mustahil Anifah tidak tahu hal ini. Kalau dia tak tahu, apa yang boleh kita buat?

Suatu ketika dahulu, Johor yang cukup dicemburui sekarang, kerana terlalu ramai Ahli Parlimennya menjadi Menteri pernah hanya diwakilidua orang Menteri sahaja walaupun BN menang semua kerusi Parlimen. Ingat! Dalam tahun 1988, Datuk Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan) dan Datuk Mustaffa Mohamad (Menteri Kebajikan Masyarakat) sahaja yang menjamah kerusi cabinet ketika itu.

Ada wakil rakyat Johor berucap di Parlimen, bercakap soal 'rumah banglodan rumah teres'? Anifah mungkin baru dalam 'budaya Umno'. Atau Anifahboleh dikatakan sebagai 'anti semenanjung' tetapi kalau Anifah tahu menghormati kepimpinan, bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) mempertahankan Ketua Menteri Sabah, yang juga adik beradik Anifah, mungkin Anifah sanggup 'mencium tangan Pak Lah' kerana Pak Lah mengutamakan kepentingan parti mengatasi yanglain-lain.

Sepatutnya, kalau Musa Aman tahu semua ini, bagaimana orang-orang Sabah sentiasa berada di Kuala Lumpur, berkempen memburuk-burukkan dia, Musa pun tentunya mencium tangan Pak Lah kerana Pak Lah adalah Perdana Menteri yang tidak mudah digula-gulakan dengan pelbagaituduhan dan tohmahan.

Sedikit waktu dahulu, heboh orang mengatakan ada satu kumpulan dari Sabah datang ke Kuala Lumpur, berusaha melobi pihak-pihak tertentu disini untuk menubuhkan semula USNO. Kata mereka, Umno di Sabah hanyadikuasai 'ALC'. ALC yang mereka maksudkan ialah 'Aman Link Company' –iaitu hanya keluarga Anifah dan Musa Aman sahaja yang mengaut peluang-peluang perniagaan dan kayu balak di Sabah.

Ini bukan cerita rekaan sebaliknya ramai orang Sabah tahu. Malahan, ramai bekas-bekas Menteri Sabah dan bekas-bekas Ketua Bahagian (Umnodan USNO) mengetahui cerita ini.

Janganlah kerana tidak dilantik menjadi Menteri, setelah dua penggal menjadi Timbalan Menteri, Anifah merasakan dia 'hanya duduk di tepitandas dalam sebuah rumah banglo'. Jangan ada perasaan itu keranamasih ramai lagi orang Umno yang hanya duduk di kaki lima banglo, luar pagar banglo dan jarang-jarang dapat masuk ke rumah banglo, walaupun mereka adalah pejuang Umno tulin, sejak sekian lama.

Umno telah memainkan peranan besar menyelamatkan Melayu dan Bumiputeradi Sabah dari tekanan dan ancaman. Jangan buat-buat lupa cerita'bawang' dan gereja yang hampir-hampir menjadi isu perkauman yangbesar suatu ketika duhulu. Masa itu, Anifah dan Musa mungkin masih di Universiti dan kita seharusnya tahu sejarah untuk menuju ke hadapan. Anifah Aman dan Musa Aman adalah dua orang adik beradik yang cukup bertuah. Ketika kita menuding jari menyalahkan orang lain, sebenarnya kita yang selalu menghisap 'cigar' sudah lupa rumput di bumi ketika merenung bintang di langit. Kita lupa budi orang kepada kita. Kita lupa jasa Umno kepada kita. Kita lupa jasa BN kepada negeri Sabah.

Bila kita tengok 'pokok sudah condong' kita sama-sama mahu menumbangkannya. Apakah kita yakin kita hebat? Atau Anifah Aman dan Musa Aman – walaupun kini sudah cukup kaya raya, bertanyalah ke BukitAman… sejarah hitam Sabah ketika USNO dan Berjaya runtuh dahulu. Mudah-mudahan di Bukit Aman, Anifah Aman dan Musa Aman akan bertemu dengan 'keAmanan' yang mereka cari-cari.

Di Bukit Aman, lebih banyak menyimpan rekod-rekod dan catatan sejarah hitam Sabah dari 'rumah banglo' yang sudah mula hendak ditinggalkan.

11 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

apa benda dok main banglo, kaki lima, tandas...

semua sama saja.. kalau jadi YB bukan semua nak tunai boleh ditunai...

kat sabah dan sarawak macam2 permintaan... orang Melayu minta keadilan dalam ekonomi dan orang India dia nak jadi kaya tanpa kerja (macam hindraf buat) minta dengan Brtian paun sterling sejuta untuk setiap seorang India.

Cina pula minta tanah diberikan lebih pada mereka... Pak Lah ada seorang sahaja, banyak kena buat,,

apa kata raksasa BN jadikan website ini pembantu dan penyumbang idea kepada kerajaan?

abe MIE bagi cadangan aje..

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Dulu Anwar pusing Sabah ke UMNO, sekarang dia mau pusing lagi.

Anonymous said...

GHAPHUR SALLEH MP KALABAKAN PON SAMA.....KAKI JUDI....MAT LAJIM JUGA.....KAKI LOMPAT

Anonymous said...

Fulamak anda, kalau tidak menyokong kerajaan anda akan kata tentang jenayah yang dibuat oleh kwn2 anda sendiri, pemimpin bercakap tentang hak rakyat Sabah, anda di Semenanjung tahu apa benda, rakyat Terengganu pun menuntut hak royalti minyak untuk pembangunan rakyat. Sabah adalah negeri kaya, kaya dengan minyak dan balak tetapi yang memperolehinya bukan rakyat Sabah tetapi anda semua yang dapat, rakyat Sabah tetap jadi miskin sampai bila2..... kalau pemimpin sana memperjuangkan hak Rakyat dia orang, anda bercerita tentang kes rasuah, kalau dia org xperjuang untuk BN anda mengecam mereka .... apa cerita....

Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

memang tak mengenang jasa keluarga aman ni....apa yg keluarga aman ni nak lagi..kuasa dan kekayaan ..semua dah ada takkan tak aman lagi.memang dasar merosakkan rakyat sabah.....

Anonymous said...

Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.

Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..

Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..

Pesan pada hati, sekiranya kau peroleh kejayaan, janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik....

Pesan juga pada hati, sekiranya kau menghadapi kegagalan, usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupakan satu bentuk ujian Allah untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit darinya....

Anonymous said...

GHAPHUR SALLEH ialah kroni mahathir..ingin menjual sabah pada filipina

Anonymous said...

Setuju dengan tulisan Fuad Rahim ini. Teruskan menulis

Anonymous said...

memang bn ada berjasa dgn sabah. tapi tidak cukup. we want more. klu tiada sabah sarawak terus memilih bn dlm pru lepas. bn kalah.
apa salahnya anifah membela nasib rakyat sabah... dia kan diundi oleh rakyat, maka wajar lah dia bekerja untuk rakyat.
apa salahnya nasib rakyat sabah dibela dan taraf hidup dipertingkatkan. rakyat sabah juga rakyat malaysia.

j.

Anonymous said...

Anifah aman kah, ghafur kah, lajim kah...itu tak penting. Yang maha penting ialah bahawa sekarang bukan zamannya di mana rakyat sabah boleh diperbudakkan. BN perlu sedar, sekarang ia melukut di tepi gantang. Terlalu banyak jasa? BN perlu jalankan tanggungjawab sebagai pemerintah secara adil dan tugasnya perlu dilihat sebagai tanbggungjawab bukan sebagai jasa. Pak Lah bukan maksum, manusia biasa yang ada nafsu dan ego. Jika anifah di katakan x kenang budi, apa beza dengan Pak Lah, termimopi kah playboy ni nak jadi PM tanpa diberi ruang dan peluang oleh Dr M. Jika Pak Lah mahu dihormati oleh orang yang dia beri ruang dan peluang maka Pak Lah juga perlu belajar menghormati janji dengan orang yang beri dia ruang dan Peluang, betul kan?. Sabah selayaknya mendapat 50% hasil minyak bukan 5% atau 20%. Orang semananjung yang sudah terlalu lama terjajah kini mempunyai mentalilti penjajah pula ya...mahu menjajah Sabah dan Sarawak? Tapi...seperti yang dikatakan tadi...kami x mudah diperbudakkan...Sabah dan Sarawak kini mempunyai kuasa politik yang akan menentukan siapa yang akan memerintah kerajaan persekutuan....hehehe...ini masanya orang-orang BN dan UMNO merasakan betapa peritnya perasaan ketika putaran roda mengarah ke bawah.....demamlah...

Ajeer said...

aku orang sabah nda marah pun...
teda-teda bha ko crita dcni...
bikin panas buat2 crita org sabah naik marah...

bahaya ko ni tau menipu org!

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP