Beri Ezam peluang

Friday, May 30, 2008


Didalam keadaan parti yang semakin terdesak dan memerlukan sokongan, janganlah kita berlagak sombong dan terasa hebat. Kita seharusnya mengakui dan menginsafi hakikat bahawa rakyat terutamanya golongan muda menolak UMNO. UMNO ketika ini rata-ratanya dilihat tidak mampu memenuhi kehendak rakyat yang melihat ketelusan, dan keterbukaan sebagai pengukur utama untuk memberi undi. Beberapa hari kebelakangan ini, keluarga UMNO kembali diwarnai dengan tanda tanya mengenai taubat Ezam Mohd Noor.


Ezam yang dahulunya lantang menghentam, mengkritik dan mempertikaikan kredebiliti Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO diberitakan akan kembali menyertai UMNO tanpa mengenakan apa-apa syarat. Akhirnya, persoalan ini terjawab apabila YAB Presiden dikunjungi Ezam di Bangunan Parlimen sambil membawa borang keahlian dan dilampirkan yuran keahlian RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup. Tidak cukup dengan itu Ezam diberi liputan khas di Buletin Utama TV3, dimana dia menjelaskan lebih lanjut akan tujuan beliau kembali menyertai UMNO.


Disini saya ingin menekankan bahawa persoalan utama isu Ezam kembali menyertai UMNO bukanlah keikhlasan ataupun memenuhi motif-motif tertentu. Persoalan yang perlu kita fokuskan adalah menjadikan UMNO ini lebih terbuka dan mendepa lebih banyak keahlian. Sebagai bekas Ketua Pergerakan Pemuda PKR, penyertaan Ezam dijangka membawa impak yang besar keatas moral ahli-ahli UMNO selepas dirundung duka.


Beliau juga mampu menggalas tanggungjawab mendedah dan merungkai kepalsuan dan pembohongan PKR. Siapa tidak kenal Ezam, individu yang paling akrab bersama Anwar. Bertanggungjawab merangka strategi, menggubal dasar dan pada masa yang sama memperkukuh kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden Parti Keadilan. Berdasarkan kepada profail ini, sudah tentu ianya akan banyak memberi peluru hidup kepada UMNO. Kita tidak seharusnya terlalu sentimental ataupun menyimpan perasaan tidak puas dengan menuduh Ezam diberi layanan “red carpet”. Tidak ada orang yang akan diberi layanan “red carpet” didalam UMNO.


Perjuangan UMNO hanya perjuangan memartabat dan mempertahankan ketuanan Melayu. Seharusnya kita menghormati taubat Ezam ini. Namun kita memohon kepada pucuk pimpinan untuk tidak memberikan beliau tempat ataupun kedudukan. Jangan pula mana-mana kepimpinan UMNO memberikan kerusi empuk buatnya. Apa yang perlu adalah Ezam wajib membuktikan taubatnya itu benar-benar memberi manafaat kepada parti

Hisham tidak layak mengajukan soalan pada Ezam


3 soalan yang bakal di kemukakan kepada Ezam sebelum beliau diterima kembali kedalam UMNO. Pertamanya, Apa manafaat yang akan diterima oleh UMNO sekiranya Ezam diterima kembali? Keduanya, Adaka beliau ikhlas untuk berjuang didalam UMNO? Dan ketiganya, apa peranan beliau didalam UMNO?. Untuk makluman semua ini soalan hebat yang bakal diajukan kepada Ezam mengenai desas-desus Ezam akan kembali kedalam UMNO.


Merujuk kepada 3 soalan ini, saya ingin kembali mengajukan soalan kepada Hisham. Pertamanya, apa rasionalnya permohonan maaf beliau mengenai isu keris? Keduanya, kenapa beliau berdiam diri apabila Ong Tee Kiat membangkitkan soal ”Ketuanan Melayu”? Dan ketiganya, punca kekalaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu adalah disebabkan penolakan generasi muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Apaka peranan Pergerakan Pemuda bagi mendekati golongan ini dimana fenomena ini telah pun disedari selepas pilihanraya umum ke 11 lagi?


Bagi saya Hisham sememangnya tidak layak mengajukan persoalan tersebut. Hisham masih berdosa terhadap Pergerakan Pemuda. Namakan pada saya apakah pendekatan Pergerakan Pemuda yang benar-benar menarik minat golongan muda profesional yang rata-ratanya sudah tidak mengenang jasa UMNO? Selama 3 penggal Hisham diberi kepercayaan menerajui Pergerakan Pemuda, namun ia gagal memberi manafaat sokongan dan tarikan kepada generasi muda.


Hisham juga gagal membawa imej berani Pergerakan Pemuda. Sudah sekian lama Pemuda dilihat kurang bermaya, menjadi ”yes man” terhadap semua isu dan krisis parti. Pemuda juga dilihat sudah hilang taring kerana takut untuk bersuara terhadap pelbagai isu hak melayu. Saya sama sekali tidak faham apabila Pemuda begitu berhati-hati apabila menangkis pelbagai serangan dan pertikaian daripada MCA dan gerakan. Yang terkini sekali adalah kita cukup merasa malu apabila Hisham terus mendiamkan diri apabila Ong Tee Kiat mempetikaikan ”Ketuanan Melayu”.


Apa Hisham takut sangat dengan MCA? Namun kita sebenarnya lebih taku apabila mengetahui bahawa penyumbang-penyumbang dana politik Hisham adalah terdiri daripada tauke-tauke cina. Mungkin inilah sebabnya Hisham begitu akur dan takut terhadap mana-mana pertikaian MCA dan Gerakan.


Hakikatnya, saya percaya janganlah ada apa-apa persoalan ditimbulkan kepada mana-mana pemimpin pembangkang yang berniat untuk kembali menyertai UMNO. Didalam keadaan UMNO yang semakin lemah, kita sememangnya memerlukan pemerkasaan berterusan tidak kira dari mana. Bagi saya Hisham tidak layak mengajukan persoalan ataupun ”interrogation” tersebut kepada Ezam. Hisham perlu kembali menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai dan mempertikaikan orang lain.


Mukhriz terlalu biadap untuk dimaafkan


Saya masih teringat beberapa patah Melayu yang memberi gambaran mengenai manusia yang melampaui batas. “Seumpama Kaduk Naik Junjung”, ataupun “Seumpama Belanda Mendapat Tanah”. Hari ini, kita telah menyaksikan seorang manusia yang selayaknya diberi pepatah Melayu tersebut. Hari ni warga UMNO telah menyaksikan kebiadapan dan kekurang ajaran Mukhriz Mahathir yang berani meletakkan pra-syarat kepada Presiden UMNO untuk meletakkan jawatan ataupun menyaksikan beliau keluar daripada parti seawal Julai 2008.


Kita semua sudah semestinya masih ingat bahawa ini bukanlah kali pertama Mukhriz melakukan dosa terhadap UMNO, tetapi beliau telah menuntut agar Presiden UMNO meletakkan jawatan sejurus selepas pilihanraya dahulu. Seharusnya Mukhriz perlu bersyukur diatas sikap pengecut Hishammuddin yang takut untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tapi kali ini, beliau sekali lagi dengan sikap angkuh memberi ultimatum kepada Presiden Parti.


Hakikatnya, Mukhriz bukannlah seorang yang cukup istimewa didalam UMNO. Apa hebat sangat tentang Mukhriz sampai tidak ada tindakan diambil terhadapnya. Mukhriz menang Exco bukan sebab dia memang hebat ataupun punya karisam kepimpinan yang tinggi. Dia juga bertanding kerusi parlimen Jerlun pun bukan sebab beliau memang layak untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat. Tetapi peluang ini diberi kepadanya kerana UMNO menyanjung tinggi jasa dan sumbangan ayahnya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.


Beliau seharusnya bersyukur dan perlu mengenang jasa UMNO. Anak-anak Mahathir bukannya miskin atau papa kedana. Anak-anak Mahathir sememangnya hidup mewah dan kaya raya disebabkan bapa mereka adalah seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada waktu itu. Janganlah terlalu beretorik mendabik dada mengatakan bahawa mereka langsung tidak mengecapi nikmat diatas jawatan itu.


Walaupun tiada sokongan secara langsung daripada bapa mereka, namun tidak dapat, tidak reputasi dan kredibiliti bapa mereka pada waktu sememangnya dihormati dan akan diberi perhatian utama. Siapa tidak kenal Mokhzani sebagai diantara bakal disenaraikan sebagai salah seorang bilionaire melayu, dan siapa juga tidak kenal Mukhriz dan Mirzan yang juga memiliki syarikat berprofail tinggi.


UMNO janganlah terlalu berlembut terhadap Mukhriz. Beliau perlu diberi pengajaran bahawa UMNO bukanlah kepunyaan Mahathir. UMNO bukanlah milik sesiapa sahaja. Tetapi UMNO adalah satu wadah milik keseluruhan umat Melayu. Sesiapa juga tidak harus terlepas daripada hukuman kerana menghina dan merendah-rendahkan institusi Presiden dan UMNO. Kita tidak perlu risau kehilangan satu kerusi parlimen, kerana apa yang lebih penting adalah sesiapa pun tidak penting melainkan parti. Kebiadapan Mukhriz kali ini terlalu besar dan UMNO tidak boleh bertolak ansur kali

8 comments:

Anonymous said...

pada saya, isu permohonan maaf keris itu ada untungnya. Ramai dari golongon muda Melayu sebenarnya lebih suka satu imej Melayu yang lebih yakin dan murah hati daripada Pemuda yang kerap menunjukkan taring ultra-nya.

Kalau benarlah UMNO hendak memenangi golongan muda Melayu yg berpendidikan, sikap ultra-Melayu inilah yang perlu dikikis. Ini bukan imej Melayu yang kami gemari.

Sebaliknya, jika UMNO berkeras hendak mempertahankan keris lah, Ketuanan Melayu lah, nak marah MCA lah...saya yakin golongan muda akan terus berpindah ke PR. Kita bukan nak tangkap golongan muda Mat Rempit. Kita nak tangkap golongan muda yang global, yang mampu menaikkan imej Melayu ke taraf dunia. UMNO tak boleh dah nak main politik kampung. Lembut tu tak bermakna salah..prinsip tetap prinsip..tapi strategi kena pandai sikitlah. Kalau pendekatan ultra ini diteruskan, macam mana nak tangkap golongan muda profesional yang ramai kawan Cina, ramai kawan India. Mereka ini lah yang akan mengundi besok. Jangan angkuh UMNO, kalau tak ubah jugak jangan mimpi lah UMNO akan terus berkuasa.

Wallahu alam

Anonymous said...

Rasa-rasanya Ezam ni spy PKR. Habis laaaa segala rahsia Umno dibocorkannya lagi. Saperlah yang beria-ia sangat terima Ezam masuk Umno ni. Bodoh betul.

Ezam takkan kau dah ludah.. jilat semula.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra,

Di dalam kupasan Sdra tentang isu Ezam, saya amat bersetuju dgn pdgn Sdra. Hanya isu ini sahaja.

Benar, Umno hari ini perlu keterbukaan yg luas di dlm usaha menarik minat golongan muda. Dan Ezam boleh menjadi salah satu faktor penariknya.

Jika ada yg mempersoalkan keikhlasannya, akan membuatkan saya tertanya2, yang sedia ada di dlm kepimpinan ketika ini, adakah benar2 ikhlas kpd parti?

Positifkan minda kita terhadap kemasukan semula Ezam. Beri beliau masa bagi membuktikan taubatnya itu, adalah sebenar2 taubat nashuha. Masa akan menentukan.

Tahniah Sdra di atas kupasan bernas tersebut.

Sekadar satu pdgn peribadi.

Kihampau said...

Ibarat sekor ANJING yg dipelihara di dalam rumah...apabila anjing tersebut turun ke tanah dan nampak tahik...dia WAJIB menghidunya.bertaubatlah sebanyak mana..kalau dlm jiwa seseorang itu tiada PENDIRIAN dan KEIKHLASAN berjuang...akhirnya...BUANG KAHAK dan JILAT semula!!...ahhhhhhhh....rugi menyokong org macam itu!!

abe MIE said...

salam...

ada 5 motif kenapa ezam masuk UMNO.

pkrpasdap.blogspot.com

anwar dot com said...

Salam

Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Ezam Percaya Kepada Refomasi Pak Lah?

Ezam membuat kenyataan di dalam akhbar bahawa beliau menyertai UMNO semula kerana beliau mahu menyokong beberapa tindakan Pak Lah di dalam mereformasi beberapa institusi negara.

Bagi saya, takkanlah sdr Ezam begitu dungu dan bodoh sekali. Segala tindakan Pak Lah itu semuanya tidak ikhlas dan tidak efektif.

Apa gunanya mereformasi institusi kehakiman atau Badan Pencegah Rasuah sedangkan kebebasan bersuara tidak dijamin. Sekiranya Ezam bijak dan mampu menilai sudah tentu Ezam dapat melihat dua perkara pokok yang tidak dilakukan oleh Pak Lah:

a. Pak Lah tidak mengizinkan kebebasan media dan bersuara. Media di Malaysia masih dibelenggu dengan akta cetak dan elektronik. Apa gunana diwujudkan badan itu dan ini sekiranya rakyat tidak diberitahu
b. Mengapa reformasi ini bermula selepas Barisan Nasional kalah di banyak tempat? Mengapa Pak LAh tidak melakukan reformasi ini sewaktu selepas PRU 2004 dahulu? Sedangkan reformasi-reformasi ini adalah sebahagian dari janji-janji Pak Lah?

Pada hakikatnya, segala tindakan Pak Lah setakat ini hanyalah untuk memburukan imej Dr.Mahathir yang kerap menyerang beliau. Sekiranya Pak Lah ikhlas, tindakan pertama yang harus beliau ambil adalah membebaskan semula media di Malaysia ini.

Dengan adanya kebebasan media, barulah rakyat maklum tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan mereka sekali gus membanteras rasuah dan salah guna kuasa dengan jayanya. Rakan-rakan dari Indonesia memberitahu kita bahawa keadaan rasuah dan salah guna kuasa di Indonesia semakin hari semakin baik. Dan faktor utamanya adalah kebebasan media dan bersuara diberikan kepada rakyat Indonesian.

Bukannya dengan menubuhkan atau mengubah struktur berbagai-bagai badan yang ada dalam kerajaan. Segala inisitatif yang telah di isytiharkan oleh Pak LAh setakat ini tidak membawa kepada natijah yang baik. Ianya cuma menambah birokrasi sahaja kerana keputusan terakhir tetap di tangan Perdana Menteri.

Ini bererti kemasukan Ezam tiada kait mengait dengan beberapa langkah yang telah diambil oleh Pak Lah. Kemasukan Ezam ke dalam UMNO semata-mata untuk menjadi balachi Pak Lah dan dalam masa yang sama mengumpul laba untuk kepentingan peribadi beliau sahaja.

Nasihat saya kepada saudara Ezam, jangan la ingat kita semua bodoh. Kalau kami bodoh kami tak kekal dalam Pakatan Rakyat, kami akan masuk UMNO. Berhentilah dari menggunakan alasan-alasan lapok dan tidak berasas.

Jinbara said...

kvxxfSaya baru berinteraksi dengan kawan lama saya, Saudara Shahrein (bukan nama sebenar). Beliau seorang bekas aktivis KeAdilan di salah sebuah negeri di Selatan tanah air.

Beliau kata tujuan Pak Lah beriya-iya sangat nak ambik Ezam masuk semula kepada UMNO adalah kerana Ezam akan menjadi alat beliau untuk menumpulkan pengaruh Najib Tun Razak. Ezam (dan kuncu-kuncunya) akan menjadi alat Pak Lah/Khairy Jamaluddin di dalam menghadapi percubaan Najib Tun Razak di dalam merebut jawatan Presiden UMNO.

Saya tergamam dengan penjelasan beliau itu. Ia selaras dengan maklumat dari para pemberita yang saya kenal bahawa ramai pemimpin UMNO marah dengan tindakan membawa Ezam ke dalam UMNO.

Jelas Ezam diterima masuk kembali ke dalam parti yang beliau maki dan nista dahulu semata-mata untuk menjaga agenda politk Pak Lah dan keluarga (aka Khairy Jamaluddin).

Ia juga bererti perpecahan di dalam UMNO akan semakin meruncing. Walau bagaimanapun, ia juga bermakna regim Pak Lah akan menjadi semakin kuat di dalam UMNO. Peluang Pak Lah mengekalkan kuasa juga semakin cerah kerana kem Pak Lah/Khairy mempunyai "anjing salak" yang cukup garang di dalam menghadapi kemaraan kem Najib dan Mahathir.

Ezam Mat Nor pula selepas ini akan terpaksa mempertahankan regim Pak Lah untuk survival politik beliau. Ini bererti Ezam terpaksa mempertahankan:

a. Amalan nepotisma Pak Lah. Segala amalan pemberian kontrak bagi mengkayakan keluarga Pak Lah dan Khairy Jamaluddin.
b. Segala keputusan dan tindak-tanduk budak-budak tingkat empat. Selama ni mereka bemaharaja-gila menentukan arah tuju negara. Sekarang Ezam terpaksa mempertahankan mereka.
c. Sikap anti Islam Nori Abdullah dan Zainah Anwar. Kita lihat Pak LAh sanggup menangguhkan Akta Shariah Wilayah Persekutuan hanya kerana Nori dan si munafik Zainah Anwar tidak bersetuju. Ezam selepas ini terpaksa menyokong penghapusan mahkamah syariah dan penguatkuasaaan Agama Islam seluruh Malaysia
d. Ezam kelak wajib mempertahankan segala tindakan Pak Lah yang berpihak kepada Singapura. Sejahat-jahat Mahathir, beliau tidak sanggup melihat Singapura bermaharajagila seperti yang berlaku di bawah Pak Lah. Ezam nanti akan terpaksa mempertahankan setiap tindakan ini.
e. Ezam juga terpaksa mempertahankan segala tindakan pemberian kontrak dan “persen” yang diberikan kepada Khairy dan kuncu-kuncunya. Al maklumlah setiap keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan mesti melalui “Budak-budak Tingkat Empat” dan biasanya tolnya besar. Ezam akan terpaksa mempertahankan amalan ini.

Saya cuma harap Ezam tidak berubah perangai beliau menjadi sombong dan bongkak sepertimana perangai budak-budak tingkat Empat ini yang sudah menjadi pengetahuan umum.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP