Kenapa Mukhriz tak ikut jejak Dr. Mahathir? - Malaysiakini

Wednesday, May 21, 2008

SATU perkara yang perlu diketahui; 'suasana kalah' seperti yang berlaku sekarang pernah berlaku sekali dalam tahun 1969, di mana Perak dan Selangor 'tumbang' ke tangan pembangkang, walaupun akhirnya terselamat akibat 'lompat' dan antara yang tewas, termasuklah Dr.Mahathir Mohamad yang digelar duri dalam daging oleh Tun Musa Hitam.

Sebaik sahaja tewas di tangan Ustaz Yusof Rawa, Dr. Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu, (Almarhom) Tunku Abdul Rahman Putra, mengkritik dan mendesak Tunku berundur.

Langkah Dr. Mahathir itu, dengan beberapa surat pembaca yang ditulisnya tanpa menggunakan nama sebenar, kini dikuti oleh anaknya, Mukhriz yang terus menerus membuat onar mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Tahun 1969 juga, Menteri Penerangan adalah orang Kedah, Senu Abdul Rahman tewas. Tahun 2008, Menteri Penerangan juga dari Kedah, Zainuddin Maidin namanya. Pun tewas. Persamaan ini, hanya dibezakandengan kehadiran 'internet, blog dan laman web' sedangkan tahun 1969, semua 'media baru' ini belum wujud lagi.

Ketika Dr. Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno, tentunya orang-orang lama akan berkata 'betul tindakan Tunku Abdul Rahmandahulu yang memecat Dr. Mahathir dari Umno'.

Marilah kita sedekah al-Fatihah buat Almarhom Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang berpandangan begitu jauh, ketika menilai siapa Dr. Mahathir ini. Al-Fatihah!

Jangan lupa, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, Umno diharamkan. Apakah 'luka' ini boleh dilupakan begitu sahaja? Apa yang Dr. Mahathir tidak buat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah, selain memindahkannya dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan seterusnya menggugurkannya… boleh dianggap sebagai 'haknya' yang tidak perlu dipersoalkan.

Apa yang tidak dilakukan Dr. Mahathir terhadap Musa Hitam hingga menyebabkan Musa mengambil keputusan mengundurkan diri dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan melepaskan semua jawatannya termasukMenteri Dalam Negeri.

Begitu juga dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba 'disingkirkan' dengan penuh penghinaan walaupun gambaran di luar seolah-olah Ghafar dikalahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam filem P. Ramlee bertajuk Laksamana Do Re Mi… ada satu adegan di mana seorang Raja dan seorang Permaisuri 'bertakhta' di bawah sebatang pokok, masih lagi mahu memerintah dengan memanggil Memanda Menteri, sedangkan ketika itu sudah tidak mempunyai negeri, jauh sekali mempunyai kuasa gara-gara Menteri Pasola.

Hari ini, Dr. Mahathir yang sudah 'melepaskan semua jawatannya' masih lagi mahu menyeru ahli-ahli Umno mengikut langkahnya, meninggalkan Umno buat sementara waktu untuk mendesak Perdana Menteri, berundur.

Seperti ada persamaan Raja dalam filem Laksamana Do Re Mi dengan Dr.Mahathir dalam hal ini. Sudah hilang kuasa, terasa masih berkuasa lagi. Menyeru lagi!

Alahai, Dr. Mahathir. Dr. Mahathir terlalu banyak berbuat tidak adil kepada 'orang lain'ketika dia berkuasa dahulu. Hari ini, semua tindakannya itu, tertimpa ke atas dirinya sendiri – memecat dirinya sendiri selepas 'kusut fikirannya' mengenangkan pendedahan klip video Linggam!

Dr. Mahathir masih tidak malu bertempik di merata tempat bercakap soal Jambatan Bengkok dan isu Proton. Suatu ketika dahulu, di bawanya bekas CEO Proton berjalan bersama-samanya untuk mengecam kepimpinan Pak Lah.

Kini, panglima yang dibawanya berjalan, kelihatan Sanusi Junid, bekasMenteri Besar Kedah yang pernah melepaskan jawatan akibat 'cakapbesar' dengan menghancurkan politik Umno di Kedah.

Sanusi pernah sekali, bersama-sama Anwar dan Pak Lah menjadi Naib Presiden Umno dalam tahun 1990. Di mana-mana dia pernah dipetik sebagai berkata; "Pak Lah ni hanya tukang baca doa" yang tidak patut dapat jadi Perdana Menteri.

Sanusi bercakap dengan ramai orang, merendah-rendahkan Pak Lah kononnya mahu dibandingkan dengan dirinya sendiri, lebih layak menjadi PM Malaysia, jika dibandingkan dengan Pak Lah.

Bila ada wartawan bertanya selepas Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari Umno, Sanusi menjawab; "saya sudah keluar Umno lebih dulu dari Dr. Mahathir."Jawapannya itu, bolehlah ditafsirkan sebagai "dia lebih berani dari Dr. Mahathir dan dia lebih dulu dari Dr. Mahathir."

Lupakan hal Sanusi ni. Menteri 'Mat Jenin' ini hanya catatan sejarah kecil sahaja di Malaysia. Tidak perlu untuk dipanjang-panjangkan ceritanya kerana tidak ada apa yang hebatnya dia. Dr. Mahathir, sebenarnya tidak dapat memisahkan hidupnya dari 'lampukamera'.

Jika dia tidak keluar, tidak berucap, tidak dapat buat sidang akhbar, dia merasakan masyarakat sudah melupakan dia. Ini dia tidak boleh terima. Selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, bukan sekali desakan berundur dihalakan kepadanya. Dia pekakkan telinganya. Dia butakan matanya.

Dia buat-buat tidak tahu ada desakan di bawah, yang menuntut dia berundur. Ketika dia menjadi Presiden Umno, ada dua bekas Presiden Umno meninggalkan Umno. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Di zamanPak Lah, hanya seorang sahaja bekas Presiden Umno bertindak meninggalkan Umno, iaitu Dr. Mahathir. Di zaman Dr. Mahathir, bukan dia sahaja berkrisis dengan timbalannya tetapi boleh dikatakan semua parti komponen BN, menyaksikanpertelingkahan Presiden dengan Timbalan Presiden.

Bolehkah kita lupa macam Lee Kim Sai berbalah dengan Dr. Ling Liong Sik? Bolehkah kita lupa bagaimana Datuk Seri S. Samy Vellu bertelingkah dengan Datuk S.Subramaniam?Tan Sri Taib Mahmud bertelingkah dengan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapa, Dr. Lim Kheng Yeik berbalah dengan Kerk Choo Ting dan semuaini 'mungkin kerana semua parti-parti komponen menyaksikan' kepimpinan melalui teladan.

Mereka tengok Dr. Mahathir boleh ada empat timbalan, mengapa mereka tidak boleh?Orang Melayu, khususnya orang Umno, usah melatah. Orang Melayu, khasnya orang Umno, usah terpedaya dengan permainan 'Maha Zalim'.

Orang Melayu tidak ada parti lain, selain dari Umno yang telah membuktikan perjuangan dan pembelaannya terhadap bangsa, agama dan negara.Hari ini, Dr. Mahathir 'menghasut' orang-orang Kedah kononnya tidak ada seorang pun menteri dari Kedah dan menyindir, ada negeri yang dapat banyak kerusi menteri.

Lupakah kita di era kepimpinan Dr.Mahathir, Johor pernah dimalukan dengan 'melantik' hanya dua menteri yang tidak penting, Datuk Ajib Ahmad (Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Shahrir Abdul Samad (Kebajikan Masyarakat) sedangkan Johor menyumbangkan 18 kerusi Parlimen ketika itu.

Lupakah kita bahawa Dr. Mahathir pernah 'membuang' empat orang doktor ketika dia menjadi Perdana Menteri. Empat 'Dr.' itu ialah Dr. Ibrahim Saad, Dr. Kamal Salleh, Dr. Nongsari Ahmad Radzi dan Dr. AffiffudinOmar.

Hari ini, kedengaran Dr. Ibrahim dan Dr. Affifuddin'bersama-sama' Tengku Razaleigh Hamzah berkempen ke hulu dan ke hilir,mahu menjatuhkan Pak Lah. Dr. Mahathir risau namanya, legasinya dan sejarahnya tertutup akibat 'kebaikkan dan keterbukaan' Pak Lah sebagai pemimpin Negara.

Dr. Mahathir tidak boleh nyenyak tidur malam kerana dia merasakan Anwar Ibrahim mungkin berjaya menjadi Perdana Menteri yang bererti membuka pintu penjara buat dirinya. Datuk Shahrir Abdul Samad tentunya boleh menceritakan bagaimana'bencinya' orang-orang di Johor Bahru terhadap Dr. Mahathir yang menyebabkan Shahrir meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan kemudian bertanding semula – bagi membuktikan benar Dr.Mahathir dianggap sebagai diktator oleh pengundi-pengundi di Parlimen Johor Bahru.

Hilangnya Dr. Mahathir dari Umno bukanlah sesuatu yang perlu ditangisi. Biarlah dia pergi dengan jiwanya yang berkecamuk dan dia mungkin terhibur berdamping dengan Sanusi Junid yang merupakan penglipur lara kepada Dr. Mahathir.Persoalan sekarang… kenapa Mukhriz tidak ikut jejak Dr. Mahathir?Adakah dia benar-benar sayangkan Umno atau dia tidak menghormati pendirian ayahnya sendiri.

14 comments:

Anonymous said...

AFUNDI

NADIA............

NADIA............

NADIA.............

NADIA.............

NADIA.............

NADIA.............

NADIA.............

NADIA................

NADIA...............

REDAH JER..........

Awie Sri Mawar said...

Muhkriz perlu berundur..ikutlah kehendak bapak kau tu..jangan jadi anak derhaka..pergilah Muhkriz, kami Pemuda UMNO tidak perlukan khidmatmu lagi..

Anonymous said...

MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..

Anonymous said...

MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..

Anonymous said...

MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..
MUHKRIZ PERLU BERUNDUR..

Mamak Mahdir said...

Sebelum ini semua orang semestinya tertanya-tanya samada menantu Pak Lah yang paling kontroversi mampu memainkan peranan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang "perform" didalam dewan rakyat. Seluruh negara juga tertunggu-tunggu apakah keupayaan dan kecemerlangan beliau sebagai seorang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mendepani isu-isu bangsa mampu diulangi pada ketika mana beliau menjadi ahli dewan rakyat?

Khairy seperti yang kita tahu sering dikelilingi pelbagai konflik, fitnah, dan kontroversi. Beliau jugasering disasarkan oleh barisan pembangkang sebagai menantu yang mengawal bapa mertuanya. Beliau juga sering digambarkan didalam laman-laman blog sebagai seorang yang mempunyai masalah moral yang serius serta mempunyai perancangan yang cukup terancang untuk merampas kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, individu kelulusan oxford ini akhirnya membuktikan bahawa beliau mampu menggertak dan menyerang tokoh-tokoh terkenal pembangkang dengan pelbagai persoalan dan isu. Pada hari isnin yang lalu sewaktu membahaskan titah paduka DYMM Yang Dipertuan Agung, Khairy telah banyak menimbulkan kemarahan, teriak tempik pembangkang. Anak muda ini juga mempertikaikan keutuhan sebuah pakatan yang disifatkan oleh beliau sebagai "PR Exercise" semata-mata.

Ada masa beliau juga mencabar kerelaan parti PAS yang diketahui ramai mendokong agendaislamisasi, yang akhirnya terpaksa tunduk kepada ego dan keras kepada DAP. Banyak perkara yang seharusnya dijadikan peluru ataupun "bullet" diterjemahkan oleh anak muda ini didalam perbahasan tersebut. Hakikatnya adalah cukup sukar untuk seseorang yang pertama kali berbahas didalam institusi terpenting negara mencerna dan membentangkan hujjah yang cukup bernas, padu dan mampu menggoncang manusia seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar dan banyak lagi.

Kita masih lagi tertunggu-tunggu beberapa individu lain yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh terbilang negara. Persoalannya adakah Mukhriz, Nurul Izzah, dan Gobind Singh Deo mampu memberi persembahan memberasangkan didalam sesi parlimen kali ini? Adakah mereka juga mampu membuktikan bahawa kehebatan ayahanda mereka sewaktu beraksi didalam Dewan Rakyat mampu diwarisi? Hakikatnya anak muda yang sering ditohmah, difitnah ini telah memberi gambaran awal bahawa beliau tidak harus dipandang eneteng ataupun sebagai "punching bag" didalam perbahasan Dewan Rakyat. Namun, apa yang perlu kita lihat adalah anak muda ini sudah bersedia dan beliau mampu menjadi salah seorang pembahas yang tersohor dikalangan ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Jelas, Muhkriz tiada sumbangan apa-apa kepada parti, yang ada suara sumbang beliau yang tidak henti2 mendesak PM berundur...
inikah ciri-ciri pemimpin??

che det stim ganja said...

pontianak harum sundal kat chowkit said...

Jangan lupa, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, Umno diharamkan. Apakah 'luka' ini boleh dilupakan begitu sahaja? Apa yang Dr. Mahathir tidak buat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah, selain memindahkannya dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan seterusnya menggugurkannya… boleh dianggap sebagai 'haknya' yang tidak perlu dipersoalkan.

Apa yang tidak dilakukan Dr. Mahathir terhadap Musa Hitam hingga menyebabkan Musa mengambil keputusan mengundurkan diri dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan melepaskan semua jawatannya termasukMenteri Dalam Negeri.

Begitu juga dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba 'disingkirkan' dengan penuh penghinaan walaupun gambaran di luar seolah-olah Ghafar dikalahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

taricaklempong said...

jika mahathir ditakrif sebagai duri dalam daging... apa pula untuk mukhriz??? aku rase mukhriz boleh dianggap sebagai anai-anai... anai-anai yang sedang mendiami sebuah mahligai indah bernama UMNO... perlahan-lahan anai-anai ini akan menjamah akar umbi mahligai umno nih... jika tidak dibendung dari awal tidak mustahil anai-anai ini akan terus membiak... membiak... dan membiak... mengunyah tiang2 seri yang sekian lama berdiri ampuh... jika tidak dilenyapkan anai-anai ini dari awal percayalah tiang-tiang yang menegakkan UMNO ini bukan saja boleh goyah malahan tumbang... ingatlah bro semua gigitan anai-anai ini walaupun kecil tetapi lama-kelamaan ia mampu memberi impak yang tidak terjangka dek akal...

Anonymous said...

Hanya jauhari mengenal manikam.
Yang lemah tetap akan lemah dan
lemah buat selama-lamanya.
Buatlah strategi apa pun, org
tetap tahu menilaikannya.

So PAK LAH,
PLEASE STEP DOWN!!!!!!!

PLEASE STEP DOWN!!!!!!!

Dah jemu, jelak dgn sandiwara
you all anak beranak mcm
haprak!!!!

GENERASI KE 2 FELDA
PAHANG.

Anonymous said...

PAK LAH PLEASE STEP DOWN!!!!

PAK LAH PLEASE STEP DOWN!!!!

Apa nak tunggu lagi.
Semenjak hang jadi PM mcm2
kejadian sungguh luar biasa berlaku.
Jadi haru biru Malaysia nih.
Apa hang ingat Tok Wan hang dulu
jadi Tok Imam, so family hang
dari kalangan alim ulamak la.
Konon nak memperjuangkan
ISLAM HADHARI Versi MURTAD!!
Tengok la semenjak hang jadi PM
dah byk org Murtad la...
Tu LINA JOY lagi satu CT FATIMAH.
Kan dah ada buktinya.
Tu nak hang Si Nori tu konon dulu baking sgt dgn Si Lina Joy tu.
Ada ke kata setiap org ada hak
kebebasan beragama.

Apa hang ingat ni INDON KE!!!
Kalau hang rasa mcm tu pi la duk
kat Indon. Jadi org Indon.
Hang bawak anak beranak hang semua duk kat Indon.
Pulak tu menantu hang si Khairy tu
muka dia memang mcm org FOREST,
memang sajak pun!!!!!!

Anonymous said...

2004 - 2008 indek jenayah meningkat naik,anak luar nikah naik,buang bayi - pengguguran haram berleluase, tol naik, harga barang naik, hg minyak naik bak kata semuanye naik, so ape yg kite nak banggakan dgn keadaan skrg keadaan jadi makin teruk kerana pemimpin tak berwibawa, bercakap pasal islam namun tak laksanakan hukum hakam islam. Halal & haram tak dipedulikan. Natijahnye inilah hukuman dariNya bagi mereka atau org2 yg lupe akan peringatan2. Usahlah bercakap pasal islam kalau kite tolak islam. So fikir lah. Kite lacurkan bangsa kite bangsa melayu, kite jual agama kite, agama islam demi kekayaan, harta & kuasa. Jgnlah bercakap pasal bela bangsa melayu, kerana melayulah yg gadai bangsa mereka

Anonymous said...

WA INGAT PAK LAH NAIK GANTI MAHA ZALIM KEADAAN NEGARA KIAN ELOK KIAN BAIK
RUPENYA PELANDOK DUA SERUPE JEK. MANE TAK TUMPAH KUAH KALAU KAT NASIK
DEPA SAME JEK CUME VERSI BERLAINAN YG SUSAHNYE RAKYAT GAK
DEPA MANE TAU, DUIT & HARTA BANYAK, PI LAH TGK PETANI2 KAT KG TU, NELAYAN2 KAT TEPI PANTAI, SEDIH WA TGK.
BYK LAI RAKYAT YG KAIS PAGI KAIS PTG CARIK SESUAP NASIK UTK ANAK MEMBESAR, MENGELUH.
SEMUA CAKAP PASAL BELA RAKYAT, CAKAP KOSONG JEK YG PASTI DEPA TU FIKIR PASAL TEMBOLOK DEPA JE.
CAKAP SENOHONG IKAN DURI DURI LAME2 MENCURI DUIT RAKYAT JEK PANDAI. TU TGK DUIT PETRONAS SAPE UNTUNG,. APE YG RAKYAT DPT CIK PEGI DAH, PETROL KIAN NAIK ADE LA.

LU TGK TOL MAKIN NAIK ITU LE NAME PEMBANGUNAN N KEMUDAHAN UTK RAKYAT
SO MANE PINYE DUIT PETRONAS AKU PON TAK TAU..DEPA KENYANGKAN TEMBOLOK DEPA JEK UTK RAKYAT SEMUANYE BERBAYAR KENA BAYAR HAMPRAK PUNYE PEMIMPIN YG MEMIMPIN BANGSA MELAYU.

no name said...

pak lah adalah benteng terakhir umno dan bn …
serba sedikit sebanyak rakyat awam masih ada suka pada pak lah walaupun dihentam terok …
mahathir sebenarnya dah ‘finish’ walaupun orang sibuk kata dia ikon …
yang ada pada mahathir hanya sejarah tentang the so called bapa pemodenannya itu …
tapi yang banyaknya sejarah buruk dan jijiknya itu
dan kejijikan itu meliputi segenap orang dan segenap lapisan
kerana mahathir rasa dia orang paling hebat dan paling pandai di Malaysia …
so apa lagi kita perderas dan perosokkkan bn dan umno habis habisan
mana mana yang dapat ditarikkan
usahakanlah untuk kita tarik kepada kita sebanyak-banyak nya
mereka ini tak de ‘bad’ sangat
cuma kerana terlalu lama disetting mindakan …
kita brainwash balik balik mereka ini …
selain dari main psycho war
kita perhebatkan dakwah untuk menarik mereka …
cepat cepat kalau tak jun , julai paling lewat ogos
peralihan mesti berlaku
Amin Ya Rabb kabulkan doa kami demi Malaysia dan Islam tercinta dan semua kaum …

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP