BILA MAHATHIR TUKAR TABIAT, WAWASAN 2020 JADI WAWASAN MALAYSIAKINI . . .

Tuesday, May 27, 2008

Sebagai rakyat biasa, saya cukup hairan dengan kedudukan Tun Mahathir,Mukhriz dan Mokhzani. Kedudukan tiga beranak ini menjadi tidakmenentu. Mujurlah Mahathir akhirnya keluar dari UMNO. Itupun setelahdicabar oleh ahli UMNO dalam satu perjumpaan di Kedah. Kalau tidak,belum tentu Mahathir keluar tinggalkan UMNO lagi.

Baru kena cabar secara berdepan saja sudah tak tahan. Iman dalamperjuangannya untuk bersama bersatu dilihat amat rapuh sekali. Betullah kata orang tua-tua, orang yang cakap besar itu, hatinya tidak sebesar yang dicakapkan.

Hanya dari cabaran seorang ahli biasa sahaja jika dibandingkan dengan kedudukan Mahathir, samalah seperti seekor nyamuk bertempek, gajah mencecet lari. Pada hal bukannya ramai pun. Kalau satu bahagian UMNO mencabar, boleh la dikatakan Gajah takut dengan salakan sekumpulan serigala.

Dari pandangan kasar itu menunjukkan Mahathir tidak sehebat yang disangkakan selama ini. Kehebatannya tidak kekal. Ia terlalu berupa sementara apabila kalau kita toleh di belakang, sejarah Mahathir terhadap UMNO, orang Melayu keseluruhannya, kesetiaannya terhadap institusi kesultanan Melayu, kepada bekas-bekas perdana menterisebelum beliau, beranilah saya katakan, Mahathir bukan dari kalangan orang yang ikhlas dan jujur sejak dia kembali menganggotai UMNO setelah dipecat dari UMNO di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra dulu..

Sifat dendamnya yang bukan-bukan, telah sedikit sebanyak menggambarkan Mahathir adalah spesis insan besar kepala, bongkak dalam manis, tidak sedar diri dan lebih dahsyat lagi ayatnya yang berjenama 'Melayu mudah lupa' telah menempelakkan dirinya balik. Dia lupa bahawa tempoh jawatan perdana menteri untuknya sudah lama luput.

Dia juga lupa bahawa segala pujiannya terhadap Anwar Ibrahim semasa menjadi timbalannya di peringkat awal telah bertukar menjadi cacian yang amat keji. Perjuangannya terhadap orang Melayu tidak langsung beragenda teratur apabila parti PAS yang rata-rata orang Melayu dijadikan cacian hina dan musuh utama negara. Mentang-mentanglah PAS itu pembangkang, macam-macam dikatanya. Ia menunjukkan hormat Mahathir terhadap orang Melayu tidak langsung seimbang.

Atas sifat itulah juga beliau semasa menjadi perdana menteri digelar macam-macam nama hingga sebut sahaja Mahazalim, kanak-kanak pun tahu itu adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Setiap sanjungan yang diterima sama ada dari dalam mahu pun dari luar negara, telah menjadikan beliau seorang yang cukup berego tinggi dan sombong.

Macam-macam buruk mengenainya didedahkan sama ada dalam bentuk buku, bentuk makalah telah menggambarkan betapa Mahathir bukan satu-satunya pemimpin yang boleh dijadikan contoh kepada generasi baru untuk membantu negara ke arah lebih maju.

Ketika Mahathir mengesyorkan sistem quota yang menyekat perlawanan dua jawatan dalam UMNO supaya presiden dan naib presiden tidak boleh dilawan dengan mengenakan peratus pencalonan yang tinggi, sudah cukup kita membuat ukuran bahawa nawaitu Mahathir pada ketika itu mahu memegang jawatan hingga ke akhir hayat.

Semua orang tahu, semua ahli UMNO tahu, tetapi siapa berani bantah? Kalau siapa bantah, Mahathir akan menggunakan kuasa yang pada padanya untuk 'merejam' orang itu ke lembah hina. Berpunca dari situlah Mahathir naik tocang, besar kepala dan berjaya memerintah Negara tercinta ini selama 22 tahun – satu tempoh yang cukup lama bagiMalaysia sekecil ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Sikap itu tidak ubah mantan perdana menteri Singapura yang terus mahu campur tangan dalam pemerintahan walaupun dikatakan sudah bersara. Malah direkanya satu jawatan baru meletakkan beliau sebagai menteri kanan yang membawa maksud bersara sambil memerintah.
Sebenarnya itulah paten yang Mahathir mahu.

Dia mahu jadi macam Lee Kuan Yew. Tetapi mungkin tidak dengan nama menteri kanan. Mungkin beliau mahu diberi jawatan Perunding Negara atau nama-nama lain yang menunjukkan beliau masih memegang tampuk utama dalam perintahan. Nawaitu beliau seumpama itu amat jelas kerana apabila beliau rasa macam terbiar, tidak dihormati, tidak dirujuk atau diminta nasihat mahupan pandangan bagaimana mahu meneruskan pemerintahan selepas kuasa diberikan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya pada ketika itu orang yang amat dipercayai.

Apabila dirasakan dirinya seperti tidak diendahkan, mulalah dia mengkritik, menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan corak pemerintahan yang bukan mudah untuk dikelola akibat dari beberapa faktor corak diktator dan kotor. Ia tentunya memakan masa cukup lama untuk menjalani pemulihan secara total.

Antara yang Mahathir benci dan takut menghadapi kenyataan pemerintahan Pak Lah ialah keterbukaan dan telus. Rakyat boleh kritik bebas tidak terhad kepada pemimpin parti politik sahaja itu telah membuka peluang betapa rakyat mahu ungkit perkara-perkara zaman pemerintahan Mahathir. Sedikit demi sedikit, telah menyerlahkan beberapa pendedahan kerakusan dan penyalahgunaan kuasa di tangan Mahathir menjadikan beliau menghadapi satu sindrom keresahan yang amat jelas.

Cara terbaik untuk menutup kelemahan itu hanyalah dengan mengalih pandangan rakyat ke arah menghentam Pak Lah secara peribadi dan berterusan. Ini satu lakonan rohaniah bagi menutup 'kesempor' atau 'seeh' kata orang selatan. Tetapi rakyat semakin sedar walaupun dilihat Mahathir pada ketika ini mempunyai ramai penyokong. Penyokong yang berpengetuan kosong dari kalangan orang Melayu tidak bertahan lama. Arwah Datuk Harun Idris pernah mendapat sokongan yang cukup dahsyat ketika tindakan hendak dikenakan terhadap beliau berkaitan kes penyalahgunaan wang dengan sebuah bank. Perkarangan rumahnya dan di mahkamah menjadi sesak.

Tetapi kesesakan itu akhirnya beransur reda dan tinggallah beberapa orang sahaja termasuk ahli keluarga arwah di penghujung perbicaraan. Akhirnya rakyat sedar sokongan mereka adalah sia-sia belaka.

Perkara yang sama akan terjadi kepada Mahathir nanti jika beliau sendiri tidak sedar bahawa zamannya sudah berlalu dan hari ini seluruh rakyat menerima keterbukaan, ketelusan yang menjadi amalan baru untuk sama-sama kita capai kemajuan kekal mengejar Wawasan 2020 di mana kapsul wawasan keramat itu dibuka untuk mengetahui apakah kandungannya walaupun ia nanti hanya sebuah nota yang meraikan kehadiran satu kurun baru sahaja bagi memperingati pencipta wawasan yang benar-benarkosong.

Ketika itu Mahathir sudah berusia terlalu tua untuk senyum dan menepuk tangan. Tetapi yang pasti, jika Pak Lah masih lagi menjadi perdana menteri atau siapapun yang mengganti tempat beliau, beliau pasti akan membuka dan meraikan hari yang tidak siapa tahu apakah kandungannya.

Macam-macam maksud boleh ditafsirkan ketika ini. Kalau ia satu mandat, mandat itu pasti sudah lapuk. Kalau ia satu wasiat, ia adalah satu wasiat yang sudah terlambat.Ramai yang menjangka, kandungan kapsul Wawasan 2020 itu hanya satu gimik untuk memperingkati Mahathir sahaja. Ia tidak ada apa yang mengejutkan kerana rakyat Malaysia tidak pandai terkejut. Kalau terkejutpun, mereka berpura-pura sahaja.

11 comments:

Anonymous said...

Umno terlalu tebal dengan feudalisme sehingga ia menjadi antara punca parti itu semakin kurang mendapat sokongan orang Melayu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Selagi amalan ini tidak dibuang, tidak dihapuskan, Umno tidak akan berjaya sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu, dan rakyat amnya," katanya.

Shahrir berkata budaya "feudal" yang dimaksudkannya itu sikap pemimpin bawahan yang "takut bersuara" kerana tidak mahu mengatasi pemimpin atasan, lapor Bernama.

"Mereka takut bersuara kerana takut dikatakan melebih-lebih. Mereka tunggu pemimpin atas bersuara.

"Pemimpin bawahan juga takut bersuara menegur jika apa yang dirasakan mereka tidak kena. Semuanya takut," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap itu terbentuk kerana pemimpin berkenaan mahu menjaga kepentingan sendiri.

"Ya, mereka tak nak bersuara takut kedudukan mereka terjejas. Inilah juga masalah dalam parti sekarang. Mereka bukan lagi nak perjuangkan parti dan bangsa, tetapi untuk diri sendiri," katanya lagi.

Shahrir, yang menyifatkan feudalisme itu sebagai "api dalam sekam", berkata pemimpin sedia ada harus berbalik kepada asas penubuhan Umno jika benar-benar sayangkan parti.

"Jika dilihat daripada sejarah Umno, kekuatan Umno sebagai sebuah gerakan popular masyarakat Melayu ialah kerana Umno bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

"Dia (Umno) melihat kepada masalah masyarakat, dan menyelesaikan masalah masyarakat, dia mendengar pandangan masyarakat, Umno menjadi saluran kepada pandangan masyarakat dan ini memberikan satu sistem maklum balas yang demokratik," katanya.

Pada zaman itu juga, tambah Shahrir, apabila pemimpin Umno bercakap sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan, mereka mewakili pandangan orang ramai bukan pandangan sendiri

Anonymous said...

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyifatkan bahawa Umno tidak boleh menjadi tunjang kepada perpaduan di negara ini memandangkan masalah perpaduan dalam Umno sendiri tidak selesai.

Mahfuz ketika berucap dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi berkata, sejak dahulu lagi ada sahaja pemimpin tertinggi Umno iaitu presidennya keluar Umno selepas melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Terbaru ujarnya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bertindak demikian memandangkan kemelut kepimpinan Umno yang semakin meruncing.

Umno bertambah parah apabila bekas Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Junid turut serta dengan Tun Mahathir yang bertindak keluar Umno baru-baru ini.

Hal ini perlu dipandang serius oleh seluruh rakyat betapa Umno sendiri yang menjadi ‘kepala’ kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyelesaikan kemelut perpaduan dalam partinya sendiri.

Anonymous said...

wawasan 202o akhirnya menjadi wa sawan 2020

my-fikirr menulis said...

Assalamulaikum Sdra,

Membaca artikel Sdra, mmg saya tidak dapat nafikan bahawa ianya ada kebenaran, sebagaimana tidak dapat dinafikan juga kebenaran bahawa kita semua termasuk Sdra, pernah merasai nikmat hasil jasa semasa kepimpinan Tun M.

Kalaupun tidak Sdra mengakuinya, ramai di kalangan pemimpin besar dan hebat dunia yang mengakuinya. Hingga ke hari ini.

Kalaupun Sdra tidak bersetuju dgn beliau, janganlah Sdra menunjukkan bahawa Sdra seorg yg emosional. Gaya penulisan Sdra membayangkan kpd saya Sdra seorg yg berakal.

Sdra, pdgn masing2 tidak sama. Keputusan juga hak masing2. Yg penting kita kena sentiasa hormat menghormati. Lebih2 lagi, kpd yg lebih tua.

Justru itu, siapalah kita dibandingkan dgn pemimpin negara. Apatah lagi yg telah diberi mandat memimpin selama 22 tahun.

Pdgn saya, kan lebih baik Sdra mendoakan yg terbaik pada ketika kita sdg berhadapan cabaran ini.

Menghentam tidak membawa apa2 kebaikan.

Apapun, ia cuma satu pdgn peribadi.

Sekian.

my-fikirr menulis said...

Setuju dgn saranan Datuk Shahrir Samad...kita kena berbalik kpd asas penubuhan parti Umno.

Semua pemimpin dan ahli Umno kena hayati saranan beliau demi mengembalikan maruah parti.

Sekian.

Akar Umbi said...

Saudara,

Rasanya tidak adil untuk menuduh Wawasan 2020 sebagai replika untuk mengingati Tun Mahathir. Saya sendiri pun tidak dapat berfikir untuk melangkui batas masa tersebut, tapi mungkin saudara mempunyai kelebihan fikiran yang lebih tajam dari Tun.

Walau pun fikirannya lebih rendah daripada saudara, sekurang-kuranya beliau telah meletakkan asas Malaysia sebagai negara majoriti Islam yang bangkit selepas 100 tahun kejatuhan Kerajaan Uthmaniah.

Anonymous said...

KERAJAAN SELANGOR MELARANG ACARA YG BERBAU KE ARAH ISLAM HADHARI
DI ADAKAN DI NEGERI INI.

Ini sudah bagus. Buat apa nak ada
Islam Hadhari. Yg selama ni kita hanya ada satu ajaran saja.
Yg Si kaldai tu cipta Islam Hadhari
buat apa. Buang masa la....

Kalau rasa gembira tepuk tangan...
Kalau rasa gembira hentak kaki....
Kalau rasa gelihati tahan perut...

Kalau rasa gembira beginilah caranya...
Kalau rasa gembira buat semua....
ha...ha....

Anonymous said...

jangan kata mengata parti lain..parti sendiri kena cermin dahulu…Umno oh Umno dalam Umno sendiri penuh dengan lobi melobi,tindas menindas,fitnah menfitnah,dengki mendengki,birokrasi…macam-macam lagi….Umno sendiri yang membawa melayu jatuh dan di pijak…Dap baru beberapa hari memerintah dah kata melayu di tindas di pijak apa-apa lah lagi sedangkan sebelum ni Umno BN memerintah lagi berat sebelah…IKM,ILP,MRSM, di Sabah kebanyakan kakitangan dari Semenanjung dan majoriti berbangsa melayu!di IKM kota kinbalu hanya seorang yang berbangsa kadazan dalam pentabiran….kononnya ini memberi peluang perkerjaan untuk rakyat sabah tetapi itu hanya perisa untuk penyedap rasa…seluruh malaysia kakitangan perkhidmatan yang kita lihat ada berapa ramai yang berbangsa cina india?di p.pinang baru je Dap memerintah belum nampak lagi keberkesanan kerja mereka…tapi Umno sudah melenting!melayu sudah cukup selesa,cukup segala-galanya mahu apa lagi…tahulah melayu sedarlah jangan terlalu lena dengan keistemewaan yang telah termaktub dalam negara kita Malaysia…melayu harus bangkit berdikari,jangan cepat melenting!beri peluang pada mereka yang berbangsa lain,itu satu perubahan angin sekiranya sudah terbukti mereka menindas orang melayu seperti negara jiran(kita tidak tahu bukan kita yang merasa)tempoh 4 tahun atau 5tahun itu cukup singkat jika terbukti sampai masa tersebut kita undi lain pula!macam BN kata muka baru untuk perubahan baru…BN kata macam-macam kenapa parti pembangkang kita nak pandang rendah…jangan hina,khianat,iri hati,benci itu satu dosa besar bagi orang melayu khusus mereka yang beragama islam sedangkan agama lain pun ada mengatakan itu adalah sesuatu kelakuan yang tidak patut kita lakukan.apa pun parti yang memerintah ianya sudah terjadi maka kita terima dengan hati terbuka insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar dan lebih baik dari sebelumnya…janganlah kita mendoakan sesuatu yang buruk.jika terjadi di sebaliknya kita doakan agar ianya tidak berpanjangan.kita hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan,sesiapa saja melakukannya tidak kira pangkat usia atau bangsa maka janganlah tidak wasangka terhadap sesiapapun setelah kita mengenal hati budi mereka.Kepada BN janganlah terlalu mengutuk,memandang rendah,dengki dengan
parti pembangkang kerana BN didalam kamu penuh dengan dusta,khianat,dengki,fitnah,rasuah.bersihkan diri sendiri sebelum membersihkan orang lain.pada parti pembangkang jangan riak dan takbur,buktikan kamu lebih baik dari yang lain dan pastikan diri sendiri telah bersih sebelum orang lain bersihkan!

Anonymous said...

memang begitulahmahathir..sinonom dengan kejutan..

Anonymous said...

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1555249

Anonymous said...

semasa pemerintahan tun mahathir..anak nya telah mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda..lihat saja mokhzani,mukhriz yang mempunyai harta menimbun nimbun..tun adalah bapa korupsi

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP