Muhyiddin perlu berundur, bukan Pak Lah

Tuesday, May 6, 2008

DI kalangan pemimpin Umno, yang jelas mahu menonjol diri dalam krisis sekarang ialah Naib Presiden, Muhyiddin Mohd Yassin diikuti Datuk Mukhriz Dr. Mahathir, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Dr. Mohd Fuad Zarkashi. Itulah sebabnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz membidas dengan kata-kata 'ada menteri yang tidak cerdik' ketika menghadapi isu politik sekarang. Muhyiddin cukup terasa dengan 'penangan' Nazri itu.


Muhyiddin sudah berkali-kali mengulangi isu kepimpinan atau dalam bahasa yang lebih mudah, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), perlu 'turun' dan tempatnya digantikan dengan timbalannya, Datuk Ser Najib Tun Razak. Kenapa ketika bercakap soal 'kepimpinan' Muhyiddin tidak menjadikan dirinya sebagai contoh? Berhenti atau berundur dari kerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang disandangnya atas belas ihsan Pak Lah. Kalau dia mahu terus kekal memegang jawatan Naib Presiden, tidak jadi masalah.

Muhyiddin sepatutnya boleh bercakaplah dengan berterus-terang, "Pak Lah, saya tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah dan dengan ini saya mengundurkan diri jawatan kabinet."Saluran paling tepat, dalam Jawatankuasa Pengurusan Umno dan kemudiannya dibawa ke Majlis Tertinggi (MT). Undurlah dari jawatan Kabinet. Jika mahu menggunakan saki-baki perkhidmatan yang ada sebagai Naib Presiden Umno untuk mengadakan pertemuan dengan ahli parti di peringkat grassroot, bagi membuat penerangan, ia tidak jadi masalah."

Kenapa Muhyiddin tidak ada rasa malu ketika dia bercakap soal kepimpinan, dia masih berketuakan (dengan bahasa mudah, kepimpinan) Pak Lah. Macam mana dia bercakap soal 'kepimpinan' tapi dia masih mahu berketuakan pemimpin yang dia ajak seluruh orang 'curiga'terhadap kepimpnan itu.Ada orang percaya, Muhyiddin menjadi jurucakap seseorang yang amat teringin menjadi Perdana Menteri (PM) dan dalam masa yang sama, Muhyiddin pula teringin menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). Jika tidak, mereka yang menceritakan hal ini mendakwa, mustahil Muhyiddin begitu berani mempersoalkan kepimpinan parti dan kerajaan hari ini kerana, kalau ahli Umno diberikan hak bersuara, sudah tentu mereka juga akan mempersoalkan 'siapa Muhyiddin' ini.Ingat, dalam pemilihan Umno 2004, apabila Muhyiddin hanya mendapat 1,234 undi dia dengan angkuh mengatakan 'saya bukan menang tetapi terselamat'. Ini kerana dia tidak dapat menerima kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Naib Presiden 1, Naib Presiden 11 dan dia sebagai Naib Presiden 111.

Muhyiddin seolah-olah tidak bersyukur dia masih menang walaupun jelas perwakilan memang kurang berminat dengan kecuali dengan 'kempen dan pertolongan' Pak Lah, menyebabkan dia menang.Berani Muhyiddin bersumpah, dengan menjunjung al-Quran, dia menang tanpa menggunakan sesen pun wang untuk berkempen? Padahal, dengan wajahnya yang dilihat sebagai sombong, tidak kenal orang Umno (perwakilan) dan tidak kenal siapa nama Ketua Bahagian, menang sebagai Naib Preiden (walaupun di tempat ketiga), dia sepatutnya tahu bersyukur.

Nasib baik, dalam Umno (di ibu pejabat) ada kawan-kawan Muhyiddin yang sanggup menjadi 'perkakas' untuk menjatuhkan Mohd Isa. Bila Mohd Isa terhukum, mungkin ada orang yang seronok tetapi kesannya, Pilihan Raya Umum ke 13, BN (Umno) hampir-hampir lenyap. Mustahil kerana menghukum Mohd Isa, kesannya begitu teruk tetapi biasanya 'doa orang yang teraniaya, tiada hijab antaranya dengan Allah'. Mohd Isa hilang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Hilang jawatan Naib Presiden dan hilang jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang. Apa jadi dengan Parlimen Teluk Kemang, dari BN tumpas kepada PKR. Apa jadi dengan Wilayah Persekutuan, hampir kalah semua, kecuali Parlimen Setiawangsa yang mempunyai puluhan ribu undi pos.

Nasib baiklah Wilayah Persekutuan ada Labuan dan Putrajaya. Kalau tidak, BN menang hanya satu dari 10 kawasan Parlimen. Kalau kira negeri-negeri lain, Datuk Seri Zulhasnan Rafique tidak 'behak' jadi Menteri Wilayah Persekutuan berdasarkan keputusan tersebut. Muhyiddin jangan 'baling batu sembunyi tangan'. Muhyiddin jangan ingat dia menang di Pagoh dan dia tidak terlibat dengan kekalahan besar-besaran BN di seluruh negara. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bolehkah Muhyiddin semak kawasan-kawasan yang terlibat secara langsung dengan kementeriannya dahulu, lebih banyak menang atau lebih banyak kalah? Hari ini, ada empat orang yang bergelar Tan Sri menjadi Pengerusi agensi kerajaan. Antaranya Tan Sri Abu Zahar Ujang (kawan baik Tan Sri Muhyiddin) dilantik menjadi Pengerusi LPP, Tan Sri Leo Moggie dilantik menjadi Pengerusi TNB, Tan Sri Dr. Mohd Yusoff Nor, Pengerusi Felda dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengerusi RISDA tetapi kini sudah menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Lebih wajar, jika Pak Lah melantik Muhyiddin menjadi Pengerusi LKIM untuk 'membuktikan dia layak' mempersoalkan soal kepimpinan. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, Muhyiddin secara 'garang' mahukan 'peralihan kuasa' perlu disegerakan. Kemudiannya, ketika menghadiri satu majlis di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Muar, Datuk Malik Munip, Prof Zainal Keling dan Datuk Dr. Hassan Ahmad, Muhyiddin masih mengulangi bahawa 'kepimpinan' perlu bertukar atau dengan bahasa lebih mudah difahami, Pak Lah perlu berundur.
Tidak malukah Muhyiddin, sebagai seorang anggota kabinet Pak Lah, ketika dia mempersoalkan kreadibiliti Pak Lah, ketika dia membuat desakan supaya Pak Lah berundur, dia masih duduk berketuakan Pak Lah? Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Alwi Che Ahmad dalam beberapa siri SMS kepada kawan-kawan dan kenalannya, jelas mempertikaikan kejujuran Muhyiddin sebagai seorang anggota kabinet.

Alwi adalah penyokong setia Muhyiddin sejak sekian lama. Walaupun dia tidak pernah dianggap penting oleh Muhyiddin tetapi kerja kerasnya selama ini membantu Muhyiddin sudah tidak akan berlaku lagi. Dia seolah sudah kecewa dengan tingkah laku Muhyiddin yang selama ini cukup dihormati, tetapi ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 'meletakkan seekor musang dalam reban ayam' .

Tersilap besarlah kalau perwakilan Umno 'menyanjung' Muhyiddin hanya kerana 'keberaniannya' membuat pelbagai desakan terhadap Pak Lah. Hubungan Muhyiddin dengan Datuk Seri Najib juga boleh dipertikaikan. Mustahil Najib boleh mempercayai Muhyiddin yang pernah 'mengutip' undi tertinggi dalam pemilihan Naib Presiden 1993, mengatasi undi Najib, duduk di bawahnya sebagai TPM jika Najib jadi PM. Najib juga tentunya sedar, Muhyiddin sebenarnya ingin sangat menjadi TPM di baah Pak Lah tetapi Pak Lah menamakan Najib sebagai TPM yang menyebabkan Muhyiddin 'berlinangan airmata' apabila dia bukan sahaja tidak dinamakan sebagai TPM, malahan, tidak dimaklumkan lebih awal yang Pak Lah mahukan Najib menjadi orang nombor dua . Undurlah Muhyiddin dan kemudian desaklah orang lain undur sama, barulah 'cakap serupa bikin'.

20 comments:

Anonymous said...

KHALIFAH VS PEMIMPIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w

Sekali pandang perkataan di atas tentulah istilah tersebut membawa erti yang sama. Namun sejauh manakah manusia memandang dua perkataan yang membawa erti yang sama tetapi pengertian yang jauh berbeza. Secara sedar atau tidak penulisan ini akan lebih di khususkan kepada sekelompok manusia yang bergelar Islam terutamanya yang telah membawa satu pengertian yang berbeza ke atas dua perkataan yang sama, lalu diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Pelik bukan? Kalau orang Melayu maka perkataan pemimpin begitu sinonim dengan mereka. Manakala orang yang mendalami Islam serta memahami Islam dengan sedalam-dalamnya akan tentu mengerti bahawa mereka tidak mungkin akan mengutuk pemimpin sesebuah Negara terutamanya beragama Islam sekiranya mereka mengerti istilah sebenarnya perkataan tersebut dan dari mana pangkat dan jawatan sebagai khalifah itu datang. Bila sampai di bumi dan jatuh ke tangan Melayu maka jadilah pemimpin bukan perkataan sahaja berbeza tetapi juga mereka telah membawa pengertian yang berbeza di dalam kehidupan seharian mereka.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

khalifah bukan pemimpin ke? lembu, kambing atau BABI bukan khalifah atau pemimpin...jadi pemimpin adalah manusia...

kalau beza khalifah dengan pemimpin ambil nik aziz (MB Kelantan) dengan Khalid (MB Selangor)... seorang guna agama dan seorang guna wang...tapi dalam konsep politik= kedua-dua penipu...

orang melayu bawah Nik Aziz tak g jauh melainkan bantuan kerajaan pusat (BN)...anak Nik Aziz pun belajar guna biasiswa kerajaan pusat...

(http://malaysialoni.blogspot.com)

Anonymous said...

ni apahal pulak ni

Anonymous said...

Tersilap besarlah kalau perwakilan Umno 'menyanjung' Muhyiddin hanya kerana 'keberaniannya' membuat pelbagai desakan terhadap Pak Lah. Hubungan Muhyiddin dengan Datuk Seri Najib juga boleh dipertikaikan. Mustahil Najib boleh mempercayai Muhyiddin yang pernah 'mengutip' undi tertinggi dalam pemilihan Naib Presiden 1993, mengatasi undi Najib, duduk di bawahnya sebagai TPM jika Najib jadi PM. Najib juga tentunya sedar, Muhyiddin sebenarnya ingin sangat menjadi TPM di baah Pak Lah tetapi Pak Lah menamakan Najib sebagai TPM yang menyebabkan Muhyiddin 'berlinangan airmata' apabila dia bukan sahaja tidak dinamakan sebagai TPM, malahan, tidak dimaklumkan lebih awal yang Pak Lah mahukan Najib menjadi orang nombor dua . Undurlah Muhyiddin dan kemudian desaklah orang lain undur sama, barulah 'cakap serupa bikin'.

Anonymous said...

Sudah sekian lama juga Pemuda tidak menjadi kuasa pendesak sebenar didalam dan diluar parti. Sudah semestinya, permohonan maaf sayap parti yang seharusnya menjadi kuasa pendesak ataupun benteng utama UMNO akan mengundang pelbagai persepsi buruk daripada rakyat dan umat Melayu. Tahniah kita ucapkan kepada Hishammuddin kerana menjadi Ketua Pemuda pertama yang memohon maaf dan tunduk kepada tekanan anti-melayu.


Saya ingin merayu kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda untuk kita bingkas bangun dan tolak mana-mana kepimpinan Pemuda yang mengamalkan politik selamat dan melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya. Martabatkanlah pemimpin yang benar-benar berani dan lahir daripada sepak terajang akar umbi, kerana ciri-ciri inilah yang kembali memartabatkan maruah Pergerakan Pemuda yang terjejas teruk akibat penangan pemimpin bangsawan ini.

Anonymous said...

Saya ingin merayu kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda untuk kita bingkas bangun dan tolak mana-mana kepimpinan Pemuda yang mengamalkan politik selamat dan melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya. Martabatkanlah pemimpin yang benar-benar berani dan lahir daripada sepak terajang akar umbi, kerana ciri-ciri inilah yang kembali memartabatkan maruah Pergerakan Pemuda yang terjejas teruk akibat penangan pemimpin bangsawan ini.

Anonymous said...

Kali ini, Muhyiddin mendesak Abdullah Ahmad Badawi segera berundur. Apakah ini bermakna sistem kuota pencalonan harus dikekalkan? Apakah Umno dibawah kepimpinan yang baru dapat menyelamatkan parti menghadapi undi tidak percaya anjuran Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat? Apakah tidak ada pula penyokong-penyokong setia Abdullah Badawi yang bertindak mengkritik kemimpinan baru dari luar? Apakah kepimpinan yang baru terlindung dari cubaan rampasan kuasa seperti yang dicanangkan sekarang?

Saya mula tertanya-tanya motif Muhyiddin Yassin bila beliau mencadangkan barisan pimpinan Umno diketuai Timbalan Presiden Najib Tun Razak turun ke bawah yakni negeri-negeri yang kalah bagi mendapatkan "feedback" dari ahli-ahli parti. "Feedback" dari kalangan yang kecewa tentu sekali "panas" dan bercelaru. Umum sudah mengetahui betapa meradangnya individu seperti Kadir Sheikh Fadzir yang mulanya hilang jawatan Menteri kemudiannya digugurkan dari senarai calon plihanraya BN.

Anonymous said...

TAN SRI MUHYIDDIN SEPATUT NYA GANTI PAKL
Kalau najib jadi PM...mula mula dia akan bebaskan RAZAK BAGINDA dan DUA EKOQ polis tu..
Tak percaya tunggu dan lihat..
NAJIB.. razak baginda adalah pembantu anda..ingat na..najis Rasuah 500 juta kenapa anda tak saman ANWAR ..kami sedang menanti anda sahut cabaran ANWAR..

Pada aku biar MUHYIDDIN yang jadi PM..sejarah dia lebih bersih dari NAJIB

Anonymous said...

Dah kerja orang PAS/PKR mengutuk menghin
Sejak dari zaman Tengku lagi mereka ni suka menghina terhadap siapa saja yang jadi PM,tak boleh tengok orang melayu jadi PM mesti mereka tak puas hati, lepas tu naik pula Tun Razak depa kutuk jugak Tun Razak, habis tu depa Kutuk Tun Husin, yang paling teruk kena kutuk zaman Tun Mahathir sebab kepala kutuk antaranya Arwah Fadzil, Hj Hadi, Mat Sabu, Arwah Benjamin, Mahfuz,Hasan Ali. Bila Tun koner sikit kutuk Pak Lah mereka2lah yang pergi cium bontot TDM, tu belum TDM sokong mereka lagi tu, pasti aku rasa ramai yang sanggup jilat pungkok TDM.

La ni depa kutuk Pak Lah dari segala sudut supaya dia cepat letak jawatan, nanti bila naik najib depa akan kutuk Kaw...Kaw pulak dan yang pasti isu Altantunya, Rasuah kapal selam, Ziana Zain dan banyak lagilah akan di besarkan semula. Bila berhenti pulak Najib dan katakan naik Mahyudin mereka2 ni akan cari isu untuk hina Mahyudin sampailah mahyudin berhenti... bagitulah seterusnya... baginilah busuknya hati orang melayu yang berada dalam PAS dan PKR.

Anonymous said...

jangan serkap jarang
Saya baca berulang kali wawancara Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mingguan Malaysia. Sekali imbas, memang agak keras bahasanya tetapi pada saya, itu biasa. Kenapa kita hendak melatah? Takkan runtuh bukit hanya dengan salakan anjing. Percayalah, Pak Lah akan dapat membuktikan kemampuannya walaupun dalam suasana kritikal. Pak Lah adalah pemimpin yang jauh lebih baik dari Perdana Menteri sebelumnya. Langkahnya membatalkan Jambatan Bengkok dan projek-projek yang membazir sejak era Tun Dr. Mahathir membuatkan ada orang kurang senang hati. Selagi Pak Lah boleh bersabar, sedia mendengar kritikan dan berlapang dada, tiada siapa yang boleh menurunkannya kecuali Allah swt. Pak Lah, disebalik banyak serangan terhadap mu, sebenarnya sebilangan besar yang masih mengharapkan kepimpinanmu. Teruskan, sesungguhnya orang yang sabar itu akan menang juga akhirnya.

Anonymous said...

pak lah orang dah suruh turun tu turunla. semasa tun dr mahathir menjadi pm,dia telah di kecam teruk. kemudian anak anak nya menasihatkan dia berhenti. dalam kes pak lah ni orang dah hentam teruk teruk, anak anak nya kenapa tak nasihatkan orang tua tu? hmm suspect betulla. muhyiddin tiupkan semboyan.

Anonymous said...

Sokong Muhyiddin jadi PM
Secara peribadi saya sokong TS Muhyiddin jadi PM menggatikan Pak Lah. Memang benar beliau lebih "bersih" jika dibandingkan dengan DS Najib.... Bagilah orang Johor pula jadi PM... Satu lagi UMNO & BN kuat di Johor... Tak lah jadi menang bersabung negeri tergadai....

Anonymous said...

Kali ini, Muhyiddin mendesak Abdullah Ahmad Badawi segera berundur. Apakah ini bermakna sistem kuota pencalonan harus dikekalkan? Apakah Umno dibawah kepimpinan yang baru dapat menyelamatkan parti menghadapi undi tidak percaya anjuran Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat? Apakah tidak ada pula penyokong-penyokong setia Abdullah Badawi yang bertindak mengkritik kemimpinan baru dari luar? Apakah kepimpinan yang baru terlindung dari cubaan rampasan kuasa seperti yang dicanangkan sekarang?

Tan Sri Muhyiddin Yassin.Telah Terbayang Tinggal Di Rumah Najib

Anonymous said...

Masalah yang kita hadapi sekarang selain dari menghadapi luka-luka PRU12 yang lalu adalah kumpulan yang menyokong Tun dan mereka yang kecewa yang tidak mahu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan UMNO.

Selain dari menekan UMNO dan memburukkan UMNO apakah jasa dan sumbangan mereka untuk memastikan UMNO berjaya dalam PRU12 yang lalu.

Mereka menekan dan membantu pembangkang untuk mengalahkan UMNO. Hari ini mereka mahu pihak yang mempertahankan UMNO untuk membetulkan UMNO sedangkan mereka sendiri tidak mahu UMNO itu diperbetulkan.Semenjak sebelum pilihanraya, tidak satu pun sumbangan mereka membantu UMNO melainkan menelanjangkan UMNO.Semua pemimpin UMNO dikatakan bodoh, salah, gila dan macam-macam kata-kata yang memburukan UMNO.

Hari ini mereka terus menyalak dan menyalak tidak henti dengan tanpa segan silu mengaku diri mereka penyokong UMNO. Bila kita tanya mereka, siapa yang betul dalam UMNO mereka kata tidak ada. Siapa yang mahu mereka gantikan mereka pun tidak tahu. Jika kita tanya siapa sepatut ganti Pak Lah, Najib tidak layak. Ku Li mereka tidak sokong , jadi siapa. Laman web mereka mahu menyenarai hitamkan dalam UMNO ialah:


1. Pak Lah
2. Khairy
3. Mat Taib
4. Nazri Aziz


Selain itu mereka juga telah banyak menghina pemimpin UMNO yang lain. Siapa mereka mahu menyenarai hitamkan ahli UMNO. Sebenarnya UMNO patut menyenarai hitamkan mereka:


1.Tun Mahathir (pecat saja )
2.Mukhriz
3.Khir Toyo
4.Puad Zakashi

Sebaiknya nama-nama ini perlu dihantar kepada badan perhubungan UMNO untuk dipertimbangan pemecatan atau senarai hitamkan. Tun telah mengikut jejak pembangkang menjelajah memburukkan negara, Khir Toyo telah mengikut jejak Tun meniup api kebencian terhadap kerajaan.

Persoalan rakyat dan ahli UMNO yang cintakan UMNO. Apakah sumbangan laman web berkenaan dan sumbangan kumpulan berkenaan untuk membantu UMNO dan BN memenangi PRU12 yang lalu. Mereka sebenarnya bukan bersedih atas kekalahan UMNO dibanyak kawasan termasuk kekalah UMNO pertahankan negeri-negeri yang dibawah kepimpinan BN. Mereka sebenarnya berrtepuk tanga gembira. Mungkin Khir Toyo sahaja yang terperanjat kerana sebelum ini pengampu-pengampu mereka (kumpulan ini juga) yang telah mengampu Khir dan memberikan laporan positif terhadap prestasi Selangor . Ok Boss , Rakyat Selangor ok Boss, mereka sokong Boss, Boss kuat jangan takut , kami ada untuk perjuangkan Boss. Bila Boss jatuh semua tarik boss bangun dan lawan dengan Pak Lah.Inilah masalah Khir percayakan sangat pengampu mereka yang anti UMNO, yang bencikan UMNO tetapi mengatakan bahawa mereka lah pencinta UMNO. Orang lain dalam UMNO semua salah, yang betul mereka dan Tun mereka sahaja.

Bila PRU12 berikan keputusan yang buruk semua tunding jari kepada Pak Lah dalam hati mereka berkata , padanlah muka , kami sebenarnya yang akibatkan UMNO kalah .

UMNO tidak Kalah BN Juga tidak Kalah

UMNO dan BN tidak kalah , hanya prestasi mereka agak menurun kerana ada orang-orang yang macam mereka ini yang memburukkan UMNO. Adalah lebih baik mengampu dari menjadi pengkhianat UMNO. Pengkihanat adalah satu perkataan yang dibenci oleh bangsa Melayu. Jika mereka benar-benar sudah tidak suka dengan empimpinan UMNO , keluar saja dan tubuhkan parti lain seperti yang dilakukan oleh Ku Li dahulu. Mandat yang diberikan oleh rakyat membuktikan masih ramai yang menyokong kerajaan. 30 kerusi bukan sedikit.itu baru perbezaan dan belum yang menyokong solid. Teruskan usaha anda menyalak. silap-silap nanti tumbuh ekor.Belum kalah dan menyalak suruh pemimpin turun, mereka ini dayus tidak ada semangat juang. PAS yang kalah bertahun-tahun . PKR hanya tinggal 1 kerusi tidak pernah menyalak meminta pemimpin mereka berundur.Mereka ini dengan tidak malu mengaku diri mereka sebagai pejuang,Pejuang taik kucing.Pejuang lari bila BN masih menang, Pejuang lari dan kelam kabut bila kita masih menguasai perperangan. pejuang apa ini.

Pejuang akan berjuang sehingga dirinya terkorban dalam satu peperangan, pejuang akan bangun untuk mencari kemenangan. Mana ada pejuang tembak rakan sendiri bila tewas sesdikit. Mana ada pejuang yang mahu hancurkan pasukan sendiri dari dalam. Ini bukan pejuang . Ini dayus yang penakut dan pembelot. fikirkanlah.....

Anonymous said...

UMNO dan BN tidak kalah , hanya prestasi mereka agak menurun kerana ada orang-orang yang macam mereka ini yang memburukkan UMNO. Adalah lebih baik mengampu dari menjadi pengkhianat UMNO. Pengkihanat adalah satu perkataan yang dibenci oleh bangsa Melayu. Jika mereka benar-benar sudah tidak suka dengan empimpinan UMNO , keluar saja dan tubuhkan parti lain seperti yang dilakukan oleh Ku Li dahulu. Mandat yang diberikan oleh rakyat membuktikan masih ramai yang menyokong kerajaan. 30 kerusi bukan sedikit.itu baru perbezaan dan belum yang menyokong solid. Teruskan usaha anda menyalak. silap-silap nanti tumbuh ekor.Belum kalah dan menyalak suruh pemimpin turun, mereka ini dayus tidak ada semangat juang. PAS yang kalah bertahun-tahun . PKR hanya tinggal 1 kerusi tidak pernah menyalak meminta pemimpin mereka berundur.Mereka ini dengan tidak malu mengaku diri mereka sebagai pejuang,Pejuang taik kucing.Pejuang lari bila BN masih menang, Pejuang lari dan kelam kabut bila kita masih menguasai perperangan. pejuang apa ini.

Anonymous said...

tau siapa pembelot?
umno dah semakin hancur dan semakin nyanyuk macam madey jugak.. tengok la di hardtalk hari tu.. jawab macam budak tadika.. macam asal menjawab je.. tapi fakta hancus..

kalau dah bapak kencing berdiri, anak pula kencing berlari, manakala cucu kencing lari berganti-ganti.. keke..

Anonymous said...

Saya menjadi semakin curiga dan amat-amat tidak memahami tindakan beberapa kerat pemimpin UMNO yang gemar menunding jari, seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai dosa terhadap UMNO. Ratanya-ratanya berpuas-hati kerana dapat 'membogelkan' kepimpinan UMNO yang disifatkan perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas.

Pertemuan jawatankuasa pengurusan UMNO bersama-sama kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian pada minggu lepas telah memperlihatkan siapa yang menjadi "hero" kononnya berani memberi protes serta bersuara lantang dihadapan kepimpinan UMNO. Ada juga yang menuduh bahawa UMNO sekarang sudah tidak terbuka berbanding dahulu. UMNO sekarang ditadbir secara "kuku besi" serta sama sekali tidak memberi ruang kepada orang lain meluahkan pandangan.

Merujuk kepada tuduhan diatas, disini saya ingin kembali mengajukan soalan kepada individu-individu yang pada masa ini mendabik dada, melontarkan tuduhan "Adakah dulu UMNO ini cukup terbuka? Adakah dulu setiap ahli boleh meluahkan pandangan?, Dan adakah dulu setiap ahli UMNO mahu menghapuskan kuota pemilihan?". Kenapa tidak bersuara dari dahulu?. Disini saya berani mengatakan bahawa setiap pemimpin UMNO yang mencaci Pak Lah, mencaci MT sebenarnya banyak yang kecewa tidak menjadi calon ataupun dilantik ke beberapa jawatan penting.

Siapa tak kenal Dato Kadir Sheikh Fadzir?, kononnya begitu lantang sewaktu perjumpaan bersama pengurusan. Kita semua tahu bahawa beliau sememangnya mempunyai masalah dengan Datuk Azimi Daim yang turut terpilih menjadi calon ADUN. Siapa tak kenal Dato' Mahadzir Mohd Khir dan bahagian Sungai Petani? Sebuah bahagian yang tidak pernah aman hinggakan pada suatu masa Pengerusi Perhubungan Negeri sendiri terpaksa memangku jawatan Ketua Bahagian.

Dan siapa tak kenal Dato' Rahman Ariffin, Ketua UMNO Bahagian Jerlu dan bekas ahli Parlimen yang sememangnya bermasalah dengan skandal-skandal sosial. Kalau nak dihuraikan lagi banyak pimpinan UMNO Bahagian yang bermasalah tetapi bercakap seolah-olah mereka itu cukup bersih dan langsung tidak mempunyai dosa terhadap UMNO. Secara dasarnya kita cukup arif bahawa setiap pimpinan yang bangun bercakap dengan nada yang kurang sopan ini sebenarnya nak jadi hero dan pada masa yang sama "buntut bergelumang najis".

Hakikatnya, saya amat-amat bersetuju bahawa UMNO perlu berubah. UMNO memerlukan penjenamaan ataupun "rebranding". Dan proses "rebranding" ini tidak semestinya kena tukar pemimpin. Proses "rebranding" yang saya maksudkan ini memerlukan input "support market" daripada pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Yang tidak berubah hanya misi menjulang umat Melayu. UMNO perlu terus relevan dalam hal ini. Kapal yang rosak perlu dibaiki, dan nakhoda yang tersalah laluan perlu diberi kompas baru. Beri peluang pada pucuk pimpinan melakar pelan peralihan kuasa secara sistematik dan tidak tergesa-gesa.

UMNO tidak seharusnya terus-menerus melayan suara-suara jalanan yang menuntut perubahan radikal. Ini bukan budaya UMNO. Kalau sekali tuntutan jalanan ini dituruti, maka akan berlakulah seribu satu lagi tuntutan jalanan menuntut perkara-perkara diluar jangkaan. Kepimpinan UMNO perlu menujukkan kepada rakyat dan parti bahawa mereka sedang berubah dan pandangan akar umbi akan tetap menjadi keutamaan.

Anonymous said...

Muhyiddin semasa MB Johor di benci istana kerana menjual tanah rizab melayu kpd cina. Ini hakikat sebenar, sebab tu lah, kalau nak bertanding Timbalan presiden atau prseiden umnio sekalipon, jangan nak harap dptkan undi dari 'backyard' sendiri Johor. Muhyiddin pon masa sukan komanwel berjuta sapu, sampai sekrang kes masih pending. Bersih amendenya!!!

Hero Labis

Anonymous said...

Reply to Mizie
Posted May 7 10:26 am.

Ada betul juga anda cakap.
Memang kerja Pembangkang asyik nak
condemn sesiapa saja yg jadi PM
nih.
Samaada ex-PM tu excellent ke atau
pun tidak kena hentam, kena hina
juga.
Dulu masa TUN M jadi PM, NIK AZIZ
sentiasa perli TUN M suruh bersara.
Ha skrg beliau dah bersara, Tuan
Guru hang tu bila lagi?
Buat malu aje, Tuan Guru apa
ke mendanya.

LADY BIRD

Anonymous said...

Assalamualaikum,

MELATAH MEMBAWA REBAH....

Saya sedang melihat karenah pemimpin UMNO yang tidak pernah berubah sejak dulu hingga sekarang...(jangan tak berubah dari dulu...kini dan selamanya dahla). Setiap kali UMNO/BN bermasalah...mulalah, masing-masing sibuk tuding jari menyalahkan orang lain, masing-masing nak jadi hero, nak poular, nak tonjolkan diri buat statement macam-macam...kalau statement panas lebih baik sebab media cover. Itu yang dikehendaki sebab boleh jadi popular...walaupun pada hakikatnya mereka semua sedang membuka pekung didada. Pembangkang gelak sakan...sambil hantuk kepala kedinding sebab tengok gelagat pemimpin-pemimpin UMNO bercakaran.

Bagi saya mudah, patutnya kita bermuhasabah, kenapa UMNO lemah, kenapa BN lemah hingga kita banyak kalah dalam pilihanraya...hingga jatuh 6 negeri. kelemahan UMNO dan BN secara menyeluruh. Wajarnya kita segera bermuafakat...cepat duduk berbincang...apa masalah kita hingga jadi begini, kenapa cina dan india tidak menyebelahi BN lagi. Apa kesilapan BN selama 50tahun ni....hingga kaum lain menolak BN.

Bagi saya tindakan Pak Lah melantik agensi bebas untuk membuat kajian pun tak berapa tepat, sebenarnya tak perlu sangat kajian agensi luar tu, jawapannya ada pada semua pemimpin UMNO/BN. Cuma kita nak jujur dan telus untuk mengaku atau tidak saja apa kelemahan kita. Hasil kajian...SABOTAJ... kalau pasal tu bagi saya setiap kali pilihanraya ada kes-kes sabotaj calun ni...cuma untuk kali ini kenapa ia lebih berleluasa....disamping UMNO/BN kehilangan sokongan pengundi muda. pENDEKATAN BARU PERLU DIFIKIR UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA SOKONGAN PENGUNDI MUDA.

Untuk akhirnya, saya menolak kaedah desak-mendesak untuk letak jawatan atau mengundurkan diri, tak kiralah samada Pak Lah atau TS Muhyiddin, itu bukan amalan demokrasi. UMNO mengamalkan demokrasi, kalau semua ahli rasa Pak Lah atau TS Muhyiddin sudah tidak layak lagi, atau semua ahli MT yang ada memang gagal dalam tugasnya...Mudah saja...kan perwakilan ada kuasa mengundi untuk menentukan kemana mereka harus pergi...tak perlu digembar-gemburkan kesana kemari...buat kering tekak saja. Lagi baik kalau ada yang rasa layak untuk mengganti Pak Lah sebagai Presiden dan PM...haaa apa lagi tawarkan diri untuk bertanding...kan baru nampak gentelment. Calunnya siapa sahaja, tidak semestinya seorang menteri atau timbalan menteri, mana tau seorang Ketua Cawangan...pun boleh kalau memang ia seorang yang punyai kredibiliti dan wibawa untuk memimpin negara. Yang penting ia mendapat sokongan padu dari kita semua. Wassalam.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP