ANWAR SUDAH RANCANG MUNGKIN BERATUS CARA ALIH PANDANGAN RAKYAT SUPAYA KES LIWATNYA DILUPAKAN-Malaysiakini

Thursday, July 31, 2008

Dengan tiba-tiba sahaja heboh pasal rekod perubatan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pusat perubatan swasta dihebahkan di laman web yang kononnya Saiful tidak pernah diliwat. Serentak itu juga Anwar terus meminta supaya kes liwatnya itu digugurkan serta merta. Pada hal perkara itu belum tentu sesahih mana dan dalam peringkat tidak menentu lagi kerana ia bukan disiarkan oleh pihak yang layak membuat hebahan seumpama itu.

Ini adalah salah satu lagi tektik pihak Anwar yang begitu banyak menguasai blog dan laman web pada ketika ini untuk dipergunakan bagi mencelah kesempatan mengalih pandangan orang ramai supaya tidak mempercayai apa yang Anwar perjuangkan mencari jalan menutup malunya dituduh meliwat.

Tidak dinafikan sama sekali bahawa masih ramai yang masih tidak percaya Anwar terjebak dalam aktiviti liwat sejak dari dulu lagi dalam round pertamanya semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri. Dan apabila timbul round ke dua ini, masih lagi di tahap yang sama, penyokong taksub dan orang yang melihat Anwar hebat dari pertuturannya yang berupa orang bijaksana tidak mudah menerima bahawa ia mungkin ada kebenaran disebalik tuduhan itu yang memungkinkan ia dijadikan kes dan memang cukup memalukan.

Kebijaksanaan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu dari aspek positif dan negatif. Yang negatif pun misalnya, ada yang sanggup menyangkal hingga ke paras apa salahnya kalau Anwar meliwat pun kerana itu dianggap peribadi yang tidak ada kena mengena dengan kepimpinan yang ditunjukkan layak jadi perdana menteri. Kalau boleh semasa debat pasal minyak di TV pun ada orang berkata bahawa apa salahnya kalau beri peluang kepada Anwar jadi perdana menteri dalam waktu percubaan selama enam bulan atau setahun.

Begitu sekali pandangan orang yang taksub dengan seseorang yang boleh berfikir hingga ke tahap tidak munasabah kerajaan sekarang mahu menyerah untuk menyelesaikan soal kenaikan harga minyak dengan menyerahkan kepada beliau untuk mentadbir negara sedangkan kesnya yang menunggu didakwa cukup memalukan bangsa agama dan negara kita di mata dunia terutama dunia Islam. Macam cerita Hindi pula yang boleh buat filem memberi pinjaman jawatan sepenting perdana menteri sehari sebagai menyambut cabaran dari pihak pembangkang.

Kalau dilihat secara positif pun perkara ini, ia juga memerlukan makanisme lojika di mana apabila seseorang sudah membuat dakwaan dan polis sudah mengambil kes itu dalam keadaan susah payah dan berhati-hati supaya tidak timbul kes lebam mata kali kedua, Anwar semakin dilihat mengada-ngada. Sikapnya terhadap kes liwat ini telah menampakkan Anwar dari peringkat awal pun sudah menunjukkan beliau bertindak seperti orang sasau kononnya beliau hendak dibunuh lantas mendapatkan perlindungan di kedutaan luar negara.

Dia meracau-racau tidak tentu kalu walaupun akhirnya memberanikan diri keluar menyertai debat yang tiada kaitan dengan kes liwatnya. Lepas itu tidak takut pula ada orang mahu membunuhnya dan boleh pergi pula ke BPR membuat kenyataan atas laporannya terhadap peguam negara dan ketua polis mahu mendapat pembelaan terhadap kesnya di round pertama dulu.

Tetapi Anwar bersikap enggan membuat kenyataan kepada polis terhadap kes liwatnya hingga polis terpaksa bertindak menangkapnya sebelum dia kembali berkurung di rumah yang sudah pasti penuh dengan kumpulan reformasi untuk menimbulkan kekecohan jika Anwar ditangkap di rumahnya. Walaupun tempoh diberi hanya sejam lebih awal, tetapi polis sudah mendapat maklumat bahawa Anwar kalau tidak diserbu secara begitu, beliau akan merancang perkara lain pula yang boleh dengan mudah membabitkan nama buruk polis.

Dan tempoh sejam itulah yang Anwar gunakan untuk membidas polis yang tidak lagi mempercayai dia kononnya akan pergi membuat kenyataan. Waktu sejam itu adalah waktu kecemasan bagi polis untuk bertindak kerana bagi mengelak daripada menimbulkan kekecohan sebagai salah satu usaha beliau menarik perhatian ramai ke pandangan perkara lain.

Adalah diduga selepas mainan rekod perubatan Saiful, ada banyak lagi yang Anwar dan orang-orangnya telah menyusun strategi mengalih pandangan orang ramai sambil mencari ruang supaya rakyat bersimpati dengannya semata-mata kerana pada Anwar, kes liwatnya dengan Saiful mesti ditutup rapat-rapat.

Daripada rentetan perkembangan yang boleh dikatakan setiap hari ini, Anwar berharap dia masih boleh dipercayai bahawa kes liwat itu tidak benar dan terus menerus menuduh dirinya dirancang oleh satu konspirasi menyekat beliau dari mendapat pengaruh untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti yang telah diuar-uarkan pada 16 September akan datang.

Tidak menghairankan pula selepas ini adalah pihak yang mengeluarkan hasil siatan polis lebih awal menyebut, kes liwat Anwar dengan Saiful adalah rekaan semata-mata walaupun sebelum peguam negara membuat pernyataan sama ada dia perlu didakwa atau tidak. Soal buang kes, tidak timbul langsung dalam hal ini kerana kalau Anwar tidak didakwa, Saiful tetap akan didakwa kerana membuat laporan palsu. Sebaliknya kalau Saiful didapati ada kes, Anwar tetap akan didakwa. Yang tidak timbul sekarang ini ialah Anwar tidak mendakwa Saiful membuat laporan palsu atau bersedia menyaman Saiful jika dia fikir dia benar.

Anwar tidak mahu dirinya menjalani pemeriksaan DNA. Dia juga tidak mahu menyambut cabaran supaya dia bersumpah mengikut hukum syarak. Dia tidak mahu hadir kepada polis hingga ditangkap. Jadi, apa yang dia mahu ialah rakyat percaya dengan dia. Dia mahu orang percaya bahawa polis membiarkan dia tidur atas simin kosong mengakibatkan dia sakit-sakit tulang kononnya dia sudah tua. Itu yang mahu diperbesarkan kerana Anwar tahu, sebilangan besar rakyat negara ini masih jijik dengan penglibatan pemimpin terhadap hubungan pemimpin yang mempunyai rekod kemungkaran terutama terhadap kes liwat, hubungan seks dengan bukan muhrim dan terkejar-kejar perempuan untuk memuaskan nafsunya. Ubah muka dan biadap pun rakyat tak suka lagi dah. Anwar kena ukur dirinya dulu sebelum mahu menjadi pemimpin kepada rakyat yang belum lagi hilang pedoman.

Read more...

Teka-teki laporan liwat Pusrawi - Malaysiakini

Wednesday, July 30, 2008

BAIKLAH Anwar, kalau sudah itu laporannya, baguslah! Tapi, janganlah terus nak buat keputusan. Hadapilah proses peryiasatan seterusnya. Jangan berdolak-dalik. Beri kerjasama supaya polis boleh menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara – untuk didakwa atau sebaliknya.


Beberapa lama web yang pro Anwar, menyiarkan satu laporan pemeriksaan, kononnya Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat. Bersorak sakan kawan-kawan Anwar termasuk Mohamad Azmin Ali yang terus mempertahankan 'bossnya' yang suatu ketika dahulu dituduh ada 'skandal' dengan isterinya (Azmin).


Jadi, kalau dah puashati dengan laporan pemeriksaan Pusrawi yang sudahpun dinafikan pihak Pusrawi sendiri, aturkan satu upacara bersumpah – dengan Mohamad Saiful Bukhari, bagi membersihkan namanya di mata umat Islam, khususnya para fanatik PKR (yang beragama Islam) kononnya semua ini konspirasi. Jangan berarak di jalan raya, seperti perarakan mengusung mayat.


Saya juga ingin melupakan isu ini, kerana sudah malu dan jijik untuk menulis mengenainya tetapi disebabkan keperluan massa, ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Anwar seorang yang berkarisme. Semua orang boleh dilawannya. Dari Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Menteri-Menteri dan semua orang dia sanggup berdepan, kenapa bila berhadapan dengan cabaran Mohamad Saiful Bukhari, Anwar dilihat lebih panik dari budak sekolah apabila dimarah cikgu kerana tidak menyiapkan kerja rumah?


Jom, teruskan dengan 'lawan tetap lawan'. Kali ini, gunakan semua jentera dan para penyokong PKR untuk berhadapan dengan Mohamad Saiful Bukhari. Bukankah ini perkara kecil jika benar-benar Anwar bersih, sebersih 'sabun mandi'.


Ketika Anwar sibuk mencari 'bukti alibi' bagi menafikan penglibatannya dalam 'dakwaan kes liwat', Anwar sebenarnya 'tidak mampu berbohong' dengan dirinya sendiri. Wajahnya tidak dapat member gambaran sebenar, dia tidak terlibat dengan dakwaan ini. Nampak dia 'gelisah' bila Mohamad Saiful Bukhari 'tidak dapat dihubungi lagi'.


Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah nampaknya terus mengusung gambar-gambar Mohamad Saiful Bukhari bersama seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, gambar bersama Datuk Seri Azalina Othman Said dan gambar bersama Datuk Shahrir Abdul Samad. Kononnya gambar-gambar ini 'dapat membuktikan ada konspirasi'.


Maka, usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang cuba dibawanya di Parlimen, mungkin ada kaitan dengan isu dakwaan kes liwat suaminya ini. Apabila ia tidak berjaya, semua Ahli Parlimen pembangkang, bertindak keluar Dewan, kononnya membantah (kecuali Datuk Ibrahim Ali – Bebas Pasir Mas).


Anwar, ketika membuat pendedahan tentang laporan dari Pusat Rawatan Islam bertarikh 26 Jun 2008 di Petaling Jaya, pada Selasa 29 Julai lalu berkata; "bukti yang baru diperolehi semakin mendekatkan saya kepada kebenaran."


Siapa yang turut hadir bersama Anwar, tentulah Azmin Ali dan Dr. Wan Azizah. Yang lain-lain, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr. Hatta Ramli dan Dr. Syed Husin Ali. Ketika semua orang tidak nampak Azmin melompat-lompat kegirangan, tetapi seperti ada 'rasa kegembiraan' yang amat sangat di hati Azmin Ali. Bekas Ketua AMK, Mohamad Ezam Mohd Nor tentunya tertawa besar dengan 'sidang akhbar ini' kerana di luar sana, ada seorang lagi yang 'menonton' dengan penuh minat adegan ini, iaitu Datuk Nalla Karuppan .


Serentak dengan itu, pihak Hospital Pusrawi pula menafikan mengeluarkan laporan kesihatan berhubung pemeriksaan terhadap bekas pegawai Penasihat PKR, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.


Pengurus Besarnya Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, berikutan pendedahan laporan kesihatan itu, Pusrawi telah menubuhkan badan siasatan sendiri untuk menentukan kesahihan dokumen itu. Badan siasatan itu yang ditubuhkan Hospital Pusrawi dianggotai seorang pegawai kanan sumber manusia, seorang pegawai kanan pemasaran dan seorang ketua jururawat yang tiada kaitan dengan pemeriksaan ke atas Mohamad Saiful Bukhari.


Hasil siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada polis, kata Wan Mahmood.
Menurutnya, laporan yang dikeluarkan (dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah bagi pengesahan kepada pesakit, bukanlah sebagai satu kenyataan rasmi.


"Pemeriksaan yang dilakukannya adalah sebagai pengesahan sahaja, bagaiamana pun bagi mendapatkan pengesahan tepat dia diarahkan melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Hanya HKL boleh mengeluarkan pengesahan tepat," ujar Wan Mahmood.

Read more...

Jangan peduli, jangan layan dan jangan ambil kisah desakan Karpal Singh - Malaysiakini

Monday, July 28, 2008

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)


RINTANGAN pertama, pertemuan antara Pas dengan Umno, ialah – suara Pengerusi Dap, Karpal Singh yang mahu Pakatan Rakyat – Gabungan antara PKR,Dap dan Pas, mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu.


Tentunya, ada sedikit kerisauan di dada Menteri Besar (MB) Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang dilihat, menjadi MB atas 'ihsan' Sultan Perak dengan persetujuan Dap – tetapi janganlah kerana 'kerisauan' itu, kepentingan Islam dan Melayu, secara keseluruhannya mahu dipinggirkan.


Umno, tidak perlu 'terkejut' dengan kenyataan Karpal kerana Karpal ini seorang 'manusia unik' yang tidak memerlukan sesiapa untuk menasihatkannya. Dia tidak nampak lain, kecuali kepentingan Dap yang telah meletakkan dirinya dan anak-anaknya di satu tempat yang cukup membahagiakannya.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya 'tidak akan tergamam' untuk meneruskan usaha-usaha pertemuan yang dinamakan sebagai muzakarah dan kemudiannya bertukar menjadi muqabalah, walaupun Karpal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula 'kedudukan Pas' dalam pakatan tersebut.


Umno dan Pas tentunya tahu, Karpal bukan Melayu dan bukan Islam. Jadi, kalau dia khuatir dengan pertemuan antara Umno dengan Pas, ia adalah perkara biasa. Yang luar biasanya, jika Karpal yang mencadangkan supaya Umno dan Pas mengadakan muzakarah.


Biarlah Karpal menentang. Biarlah Karpal curiga. Biarlah Kapal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu, yang pentingnya, aspirasi perjungan Umno dan Pas, bukan aspirasi Karpal. Kenapa Umno dan Pas nak pedulikan apa yang Karpal perkatakan.


Karpal mungkin tidak memerlukan sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam untuk memenangkannya dalam setiap kali pilihan raya. Begitu juga Abdul Hadi dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak memerlukan sebarang undi dari Karpal untuk menang pilihan raya. Maka, antara Hadi, Pak Lah dan Karpal – mereka berada di tempat yang berlainan dan kepentingan berbeza.


Karpal menganggap dia peguam yang cukup popular. Kadang-kadang, percakapannya seolah-olah orang lain tidak ada yang 'tahu undang-undang'. Jangan dilayan manusia seperti ini. Lagi pun dia bukan ramai, dia hanya seorang dua. Dia tidak boleh buat apa-apa kalau Pak Lah dan Hadi mahu terus berjumpa.


Pak Lah pula, tentunya beliau tahu yang beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tanggungjawab Pak Lah bukan sahaja untuk membela orang-orang Melayu dan Islam di negara ini, tetapi juga kepada bangsa lain dan penganut agama lain. Maka, para pemimpin parti komponen BN yang lain tidak perlu 'risau' dengan tindakan Pak Lah – walaupun ia dilihat seperti 'perbincangan perkauman'.


Kebijaksanaan Pak Lah, tiada siapa boleh mempertikaikan. Jika Pak Lah melakukan pertemuan dengan Pas, Gerakan, MIC dan MCA tidak perlu risau. Tidak perlu dipertikaikan. Seperti kata Presiden MIC, Samy Vellu, dia akan menunggu penjelasan Pak Lah di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.


Dari kenyataan ini, ketika banyak pihak 'tidak puashati' dengan Samy Vellu, termasuk bekas anak-anak buahnya yang bertindak keluar parti – tetapi dalam isu muzakarah ini, jauh Samy Vellu menunjukkan kematangannya berpolitik. Samy Vellu tahu, calon-calon MIC yang bertanding, memerlukan sokongan semua kaum untuk menang.


Berbeza dengan Karpal, mungkin dalam kotak fikirannya, dia menang kerana pengundi mahu menolak BN – mengundi Dap. Maka, kita boleh menilai kenyataan Samy Vellu dengan kenyataan Karpal Singh. Samy Presiden MIC dan Karpal Presiden Dap. Walaupun kedua-duanya Presiden, tetapi kedua-duanya 'jauh berbeza' dalam melihat kepentingan politik di Malaysia.


Dap sebenarnya sebuah parti yang tidak boleh dihampiri. Kepentingan 'Malaysian Malaysianya' mengatasi kepentingan Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Bagi Karpal Singh, Melayu dan Islam bukan 'urusannya' kerana itulah terlalu kecil orang Melayu dan Islam berada di Dalam Dap.


Jika ada pun, seorang dua, yang ibarat melukut di tepi gantang. Adanya mereka tidak menambah, tiadanya mereka tidak mengurang. Kita pernah dengar nama-nama seperti Abdul Muluk Daud, Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Ahmad Ton dan beberapa nama lagi, yang sukar untuk diingati. Ia bukan kerana Dap minat untuk meletakkan Melayu dan Islam di dalam parti itu, tetapi, sekadar 'menutup mata' dari disebut sebagai sebuah parti perkauman yang cukup tebal.


Apabila PKR menerima Dap sebagai 'sahabat' mereka, tidak ramai yang melihat Pas akan ikut sama. Antara Pas dengan Dap, ibarat langit dengan bumi. Namun, PKR adalah 'jambatan' yang menghubungkan Pas dengan Dap. Jika ditakdirkan PKR 'berkubur' – mustahil Pas dengan Dap akan bekerjasama, seperti mana mereka bekerjasama sekarang.


Dalam situasi politik sekarang, Dap perlu menunjukkan mereka 'boleh menerima Pas' kerana mereka tidak ada pilihan. Tetapi apabila mereka cuba menghalang 'usaha baik' yang hendak dibuat oleh pemimpin Pas dengan Umno, ia sesuatu yang boleh dianggap sebagai keterlaluan. Kalau kita tidak mampu berbuat kebaikan, kenapa harus kita tentang orang berbuat baik?


Jika Pas, mahu menghentikan pertemuan dengan Umno ini, bermakna Pas 'akur' dengan kehendak Karpal Singh sedangkan Pas sebenarnya masih ingat ayat yang pernah keluar dari mulut Karpal Singah 'langkah mayatnya dulu'…. apabila ada pihak menyebut mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Noktah.

Read more...

MUKHRIZ SOKONG HISHAMUDDIN NAK NGENDENG MENGEKOR BELAKANG - MALAYSIAKINI

Wednesday, July 23, 2008

Oleh Sabrani Muin

Pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember ini nampaknya belum reda apabila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menyokong peralihan kuasa di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan turunkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi dalam masa yang sama menyokong supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingakan.

Hishamuddin mendapat sokongan penuh daripada Ahli Parlimen Jerlun dan juga EXCO pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan walaupun desakan Mukhriz supaya Abdullah meletakkan jawatan sebelum ini begitu asyik sekali. Ramai melihat kenyataan Hishamuddin seperti orang tidak berpendirian dan bercelaru dalam masa yang sama beliau sendiri mahukan kerusi Naib Presiden UMNO.

Hishamuddin bakal meninggalkan Pemuda UMNO dalam penuh kegagalan membawa pemuda ke persada yang berkelibar menjadi penasihat kerajaan, menentang gejala luar, mengangkat martabat generasi muda dalam semua aspek. Dalam pemuda, Hishamuddin ternyata gagal memperlihatkan sikap kepimpinan kental untuk membawa pemuda ke tahap yang membanggakan jika dibandingkan semasa zaman Datuk Harun Idris dulu.

Dunia pemuda menjadi sepi malah menjadi huru hara dengan konflik generasi muda dengan budaya barat yang memberi impak besar kepada pembangunan modal insan untuk menjadi pemuda tiang seri dan harapan negara. Kegagalan ini bukan kerana Hishamuddin tidak bijak, tetapi beliau tidak bersedia untuk menjadi ketua pemuda, tetapi lebih sibuk mahu meniti tangga ke jawatan hingga ke Presiden UMNO akan datang.

Dalam Pergerakan Pemuda UMNO, Hishamuddin hanya menjadikan ia batu loncatan sahaja kerana dari situlah beliau fikir mudah untuk melompat ke kerusi naib presiden yang kini sudah lebih 10 orang mahu merebut tiga kerusi itu termasuk dua inkumben yang mempertahankan jawatan masing-masing. Tiga kerusi itu yang satunya terpaksa dikosongkan sekian lama kerana nasib tidak menyebelahi Tan Sri Mohd Isa Samad, kerusi Tan Sri Muhyiddin sudah rosak kerana sifatnya tiba-tiba berubah dan tak sealiran dengan kepimpinan sekarang.

Yang masih steady nampaknya kerusi Mohd Ali Rustam yang bukan calang-calang orang untuk dikuis ke tepi. Dalam kiraan kasar dan rambang, daripada 10 atau 12 orang yang akan merebut jawatan naib presiden itu, Hishamuddin adalah yang tercorot. Di tambah pula Hishamuddin hanya mendapat sokongan dari orang yang boleh dianggap durhaka dengan pemimpin sejak menjadi ahli parlimen atas tikit BN menyuruh perdana menteri meletak jawatan. Ramai veteran UMNO menganggap Mukhriz tiba-tiba menjadi budak rosak akhlak.

Ramai yang berpendapat,juga Hishamuddin mendapat regu sokongan dari orang durhaka dan gagal kerana Mukhriz sudah jadi tidak menentu dalam mengejar cita-citanya mahu memegang jawatan ketua pemuda dalam pemilihan nanti. Sudah pasti Mukhriz tidak akan menyokong Khairy Jamaluddin yang sekarang ini penyandang naib ketua pemuda untuk naik ke ketua pemuda kerana pada Mukhriz, wajah Pak Lah ada pada Khairy.

Dalam hal ini, Mukhriz yang pernah menggeleng kepala membaca akhbar ketika Datuk Seri Mohd Khir Toyo menyampaikan penyapu kepada ketua jabatan di Selangor tidak akan teragak-agak menyokong Mohd Khir apabila dirasakan dirinya kurang selamat untuk menentang Khairy. Namun demikian, Hishamuddin pula dilihat lebih waras kerana mengejar jawatan naib presiden untuk menghambat Najib sepupunya dari belakang untuk menggantikan tempat Najib kalau Najib dapat jadi Presiden UMNO nanti di pertengahan tahun 2010.

Beliau yakin, kalau ketika itu dia (Hishamuddin) berada di kerusi naib presiden, maka pastilah Najib akan mencangking sepupunya itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ketika itulah Mukhriz akan menagih simpati untuk menariknya ke atas supaya peralihan kali ini adalah satu peralihan yang menonjol pemerintahan generasi kedua dari kalangan anak-anak bekas perdana menteri. Gambaran ini ramai yang tidak berkenan. Yang tidak pedulikan politik pun sebelum ini sudah mula bimbang perkara cangking mencangking keturunan bekas perdana menteri terus menerus mentadbir negara hingga ke akhir zaman.

Atas sebab inilah perjuangan Najib yang buat ketika ini ikhlas menerima dan terharu dengan Pak Lah untuk menurunkan jawatannya kepada beliau akan menjadi sia-sia jika seluruh ahli UMNO menyedari akan hal ini akan merosakkan UMNO. Mukhriz pula berkata bahawa kalau ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan memecah-belahkan parti dan orang Melayu, merupakan satu pandangan yang sangat karut.

Mana boleh tidak berpecah kalau maksudnya menyokong pertandingan jawatan presiden itu lebih dari menyokong pertandingan jawatan timbalan presiden itu kurang. Semua orang tahu kempen Mukhriz dalam pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden itu terlalu lebih kepada jawatan presiden. Tangan sebelah Muhriz dan Hishamuddin menyokong pertandingan dibuka kepada jawatan presiden dan tangan sebelah lagi meminta ahli UMNO jangan sokong pertandingan berlaku pada timbalan presiden.

Kempen mereka di mana-mana sama ada terbuka, berkumpulan mahupun dalam bisikan, itulah yang dibawanya. Mohd Khir Toyo pun tumpang tui kerana mereka berdua tidak akan menyokong Khairy walaupun Khariy hanya membiarkan gelagat mereka bermain wayang kulit dan bertikam-tikaman dengan bayang-bayang.

Sebaliknya apa yang berlaku hari ini, ketenangan dan tingkah Khairy sudah menampakkan hasil di mana dari kalangan pemuda menyedari Khairy sudah berjaya dalam mempelbagaikan nama pemuda dalam banyak arena dalam kuasa yang amat terhad ketika Hishamuddin menjadi ketuanya. Semua pemuda tahu yang Khairy sangat setia dengan Hishamuddin dan masih bersedia untuk jadi naib lagi kalau Hishamuddin mengekalkan jawatan ketua pemudanya lagi sepenggal.

Tetapi wajarlah apabila bosnya sudah memilih untuk meninggalkan jawatan ketua untuk pergi ke setakuk ke atas, Khairy lebih berhak untuk merebut jawatan setakuk juga ke atas walaupun terpaksa berdepan dengan anak bekas perdana menteri hebat dengan bekas menteri besar yang melepaskan Negeri Selangor ke tangan pembangkang atas kebencian rakyat Selangor mendapati Mohd Khir sanggup ubah muka untuk menjadi handsome dan menjawab isu mukanya dengan satu ayat menyakitkan hati rakyat kononnya muka beliau berubah kerana makan banyak tempe.

Dan isu memberi 'anugerah penyapu' telah membawa sial kepada Negeri Selangor yang akan menjadi lebih sial apabila projek mega menternak babi menjadi kenyataan nanti. Kononnya Mohd Khir berada dalam ranking nombor satu dalam senario ketua pemuda seperti sesetengah pihak diyakinkan begitu. Sebenarnya perkara itu semata-mata karut walaupun Mohd Khir kali ini benar-benar berhabisan untuk merebut jawatan ketua pemuda, tetapi pemuda bukan kuno, bukan buta, bukan bodoh untuk membuat pemilihan membabi buta. Pemuda hari ini mempunyai mata luas, telinga terdendeng dan walaupun mulut mereka kecil tetapi bersuara besar.

Read more...

Bila Ibrahim Ali ‘sergah’ Anwar - Malaysiakini

Oleh Saiful Malek Muda

SEBENARNYA, sudah begitu lama saya menunggu satu kenyataan daripada bekas Ahli MT Umno, Datuk Ibrahim Ali mengenai ‘isu dakwaan liwat’ Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Apa tidaknya, ketika Anwar masih dalam Umno, Ibrahim yang ketika itu merupakan anggota MT telah menepuk meja, menyergah Anwar supaya lebih bersikap sopan bila bercakap di hadapan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri D. Mahathir Mohamad (kini Tun).

Pita rakaman cadangan Ibrahim itu tersebar dengan meluas, yang menyebabkan Ibrahim akhirnya tewas dalam pilihan raya umum 1999. Kini, selepas kembali menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Pasir Mas, bertanding atas tiket Pas tetapi tetap mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas, Ibrahim dengan tegas berkata, “Anwar jangan berdolak-dalik.”

Menurutnya, kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwatnya.

Katanya, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancer sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah. Ibrahim juga berkata, pihak polis telah memberikan jaminan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar.

“Berani kerana benar takut kerana salah,” Ibrahim dipetik sebagai berkata demikian dalam Ceramah Perdana di Pasir Mas, minggu lalu.

Khabarnya, selepas ucapan Ibrahim ini tersiar di laman-laman portal dan media cetak, telefon tangannya dipenuhi dengan sms yang memarahinya kononnya dia tidak perlu lagi bertanding atas tiket Pas jika tidak ‘menyokong’ Penasihat PKR itu.

Menurut Ibrahim lagi, jika Anwar tidak memberikan kerjasama, rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Keberanian Ibrahim ini, yang dianggap ‘berlawanan’ dengan hasrat pembangkang, tidak menyenangkan barisan pembangkang. Di kalangan barisan Ahli-Ahli Parlimen PKR, sudah mula memikirkan apakah masih boleh ‘berceramah satu pentas dengan Ibrahim’ apabila Ibrahim berpendirian ‘lain’ dari pendirian PKR terhadap isu liwat ini.

Dalam perkembangan yang sama, Peguam Mohamad Saiful Bukhari, Zamri Idrus menafikan sekeras-kerasnya bahawa anak guamnya terlibat dengan kegiatan homoseksual (hubungan sejenis).

Dia berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan wartawan, sama ada pemuda berusia 23 tahun ini terlibat dengan kegiatan hubungan sejenis atau ‘gay’ sebelum kejadian ini.

“Tidak, dia tidak pernah terlibat dalam kegiatan seperti itu (hubungan sejenis),” jawabnya ringkas untuk menafikan anak guamnya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Peguam ini juga mewakili bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, 50, mengadakan siding media di sebuah hotel di ibu kota menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kes liwat ini. Sehubungan dengan itu, Peguam Zamri Idrus melahirkan rasa kecewa bapa Mohamad Saiful terhadap Anwar yang sentiasa berdolak-dalik.

Katanya, sikap Anwar yang enggan memberikan kerjasama terhadap siasatan polis telah menimbulkan pelbagai andaian seterusnya melambatkan proses siasatan.

Malah, menurut Azlan, anaknya Mohamad Saiful telah mengambil sikap ‘berani kerana benar’ dengan memberikan kerjasama yang baik kepada polis bagi membantu siasatan kes liwat tersebut.

Lebih penting, Azlan juga mengesahkan anaknya ini sanggup bersumpah mengikut cara Islam dengan sebenar-benarnya di masjid dengan disaksikan para ulama. “Anak saya sanggup berbuat demikian demi menegakkan kebenaran bahawa dia diliwat seperti apa yang dilaporkan kepada polis,” beritahu Zamri Idrus lagi.

Menurutnya lagi, anaknya itu berkali-kali memberitahu keluarganya bahawa dia bertindak begini (membuat laporan polis) kerana kebenaran dan seluruh anggota keluarga turut berdoa agar Allah swt menunjukkan kebenaran.

Read more...

Apa perlu Muhyiddin, Hishammuddin buat kenyataan? - Malaysiakini

Friday, July 18, 2008

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

PELAN peralihan kuasa, sebagaimana yang dikatakan sudah dipersetujui, nampaknya menjadikan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti sudah tidak dihormati lagi. Kenyataan dari dua pemimpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menimbulkan kekeliruan.

Muhyiddin yang juga Naib Presiden Umno, dipetik sebagai berkata, jika itu keputusan Majlis Tertinggi (MT) dia akan akur tetapi jangan ada sekatan jika ada mana-mana pihak mahu bertanding sebarang jawatan (baca: jawatan Presiden dan timbalan).

Selang dua hari kemudian, kenyataan Muhyiddin ini disambut Hishammuddin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahawa jawatan Presiden dan timbalan, boleh ditandingi kerana ia termaktub dalam perlembagaan (parti).

Namun, hari ini, Khamis 17 Julai 2008, Ahli MT Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta keputusan Badan Perhubungan Umno di peringkat negeri-negeri perlu dihormati walaupun perlembagaan parti membolehkan jawatan Presiden dan timbalan dipertandingkan pada pemilihan Disember ini.

Kata Zahid yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda, keputusan itu perlu dihormati kerana ia turut mewakili suara daripada peringkat bahagian.

Ketika Zahid meminta keputusan perhubungan negeri dihormati, kenyataan-kenyataan yang dibuat seorang dua pemimpin yang kononnya 'ada orang tertentu' menyekat pencalonan untuk jawatan Presiden dan timbalan, adalah langkah tidak menghormati Presiden Umno yang juga Perdana Menteri.

Adakah sesiapa yang 'menyekat atau menghalang' cawangan-cawangan mahu membuat percalonan? Jika tiada, apa perlunya kenyataan itu? Mencari populariti atau, kedua-dua mereka mahu bertanding salah satu jawatan tertinggi parti?

Apabila Muhyiddin dan Hishammuddin dilihat seperti 'sekata' dalam isu ini, persepsi masyarakat terbanyak, memang akan ada calon yang mencari pencalonan untuk menentang Presiden dan timbalan, malah, akan ada pertandingan. Dalam konteks ini, calon yang dimaksudkan bukan Tengku Razaleigh Hamzah, sebaliknya, dari kalangan hirerki kepimpinan Umno sendiri, yang mana Muhyiddin dan Hishammuddin sudah mengetahuinya.

Sia-sialah saranan Zahid jika dia meminta keputusan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri-negeri dihormati kerana keputusan Pak Lah yang mahu mempertahankan jawatan Presiden dan Najib, sebagai timbalan pun sudah 'dilihat sebagai tidak dihormati lagi'.

Mungkin, kedua-dua orang ini (Muhyiddin dan Hishammuddin) sudah membayangkan, Pak Lah sudah tidak lama di situ, yang menyebabkan mereka tidak perlu lagi menghormatinya. Atau, kedua-dua orang ini membayangkan, Najiblah yang paling layak ditonjolkan sebagai Presiden, supaya akan berlaku kekosongan jawatan timbalan dan naib yang memudahkan mereka (Muhyiddin dan Hishammuddin) mengisinya.

Biasalah, dalam politik bila pohon sudah condong 'kura-kura pun nak panjat'. Saya bukan bermaksud Muhyiddin dan Hishammuddin sama seperti kura-kura tetapi kedua-dua mereka seolah-olah 'hanya mereka sahaja yang tahu dan menghayati perlembagaan'.

Muhyiddin mungkin sudah membayangkan dia akan menang mudah bagi jawatan timbalan manakala Hishammuddin merasakan dialah yang paling layak menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) apabila Muhyiddin 'hanya mengisi jawatan itu untuk sementara' kerana sejarah Allahyarham Tun Razak Hussein melantik Allahyarham Tun Hussein Onn menggatikan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang meninggal dunia.

Kebetulan ini, ialah Tun Razak (Pahang) melantik Dr. Ismail (Johor). Bila Dr. Ismail meninggal, pilihan Tun Razak ialah Hussein (Johor). Dari sejarah ini, Muhyiddin dan Hishammuddin 'tidak boleh tidur malam' memikirkannya. Muhyiddin kepingin mengulangi sejarah pencapaian tokoh-tokoh Johor yang pernah menjadi TPM dan PM.

Mana mungkin Muhyiddin mahu 'menyamakan' sejarah pencapaiannya sama seperti Tun Sardon Jubir (Allahyarham) yang hanya menjadi Naib Presiden Umno sahaja tetapi tidak sempat menjadi TPM dan Timbalan Presiden Umno. Paling tidak, Muhyiddin mahu menyamakan rekod dan pencapaian Dr. Ismail dan Tun Musa Hitam sebagai TPM. Tetapi kalau boleh, mahu menyamai rekod Hussein mahu sampai ke kerusi PM.

Begitu juga Hishammuddin. Walaupun dia 'yakin dalam kabur' dia adalah 'pilihan' Najib apabila tiba masanya, tetapi jarak antara dia dengan Najib sekarang, terlalu jauh. Najib sudah di kerusi timbalan, tetapi dia masih di kerusi ketua pemuda.

Terbayang-bayanglah di mata Hishammuddin, dia tidak mahu menjadi seperti sejarah Mohd Tawfek Tun Dr. Ismail dan Mohd Tamrin Tun Ghafar Baba yang mana, pencapaian mereka bukan sahaja tidak setinggi pencapaian aruah bapa mereka, malahan, hanyut bersama-sama orang lain yang bukan dari kalangan anak pemimpin.

Hishammuddin sudah nampak, anak-anak bekas menteri pun ramai yang dapat jadi menteri, mana mungkin anak bekas perdana menteri hanya setakat menjadi menteri? Dia Nampak, anak Allahyarham Datuk Abdul Rahman (bekas Menteri Pelajaran – Pahang) hanya menjadi timbalan menteri (Datuk Fauzi Abdul Rahman). Anak kepada Syed Jaafar Albar (bekas Timbalan Menteri) berjaya menjadi menteri (Syed Hamid Albar).

Anak Tan Sri Ghazali Jawi (MB Perak dan Menteri) berjaya menjadi menteri dan MB (Datuk Seri Mohd Tajol Rosli), anak MB Perlis (Sheikh Ahmad Hashim) berjaya menjadi menteri (Radzi Sheikh Ahmad) dan ramai lagi.

Disebabkan sejarah-sejarah ini, maka Hishammuddin sudah semakin 'gopoh' untuk meningkat dalam hirerki politik kerana dia bimbang tercicir.

Read more...

Khir hanya layak jadi Ketua Pemuda Kampung - Malaysiakini

Thursday, July 17, 2008



Baru-baru ini penulis ada mendengar luahan hati Khir Toyo, di mana beliau akan membawa pembaharuan dalam kancah politik Umno sekiranya beliau memegang jawatan Ketua Pemuda. Bagaimana si Jawa tempe ini hendak membawa pembaharuan sedangkan dia pernah mengalami kekalahan yang besar dan memalukan di Selangor pada PRU yang lalu. Apakah beliau sudah terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa rakyat menolak beliau sebagai Menteri Besar Selangor, inikan pula sebagai Ketua Pemuda Malaysia.

Penulis lebih gemar mengelar Khir Toyo sebagai Si Jawa tempe kerana beliau bukanlah lahir dari golongan bangsawan seperti Datuk Hishammudin, Khairy Jamaludin dan Mukhriz Mahathir. Beliau hanyalah sekadar orang kampung yang sudah lupa pada asal usul silam beliau..

Dahulunya beliau pernah ke sekolah tanpa menggunakan sepatu(kasut) seperti kanak-kanak lain, mengambil upah mengali kubur untuk menyara yuran persekolahnya dan bermacam-macam pekerjaan yang telah dibuatnya sewaktu beliau dalam kesusahan.

Namun, sekarang kehidupan Khir Toyo sudah berubah dan kemewahan kini dikecapi. Dengan kemewahan yan kemampuan yang diperolehinya itulah dia mula mengubah fizikal yang telah sedia ada dianugerahkan oleh Yang Maha Esa.

Biarlah puluhan ribu dihabiskan untuk suntikan botox dan pembedahan plastik, asalkan penampilan yang segak dan kelihatan muda terjamin dan memuaskan hati. Modal kempen KP M'sia berteraskan yang dia bukan bangsawan dan hanya orang kampung. Tetapi hakikatnya kehidupannya ala Hollywood. Bersama kereta kereta mewahnya seperti yang dihadiahkan kepada Ketua Pemuda Taiping Tun Zailani dan sebuah Nissan Murano kepada Ketua Pokok Sena Aris Che Mat. Mana ada orang kampung bagi kereta mewah, kecuali orang kaya raya ala Hollywood. Tertanya lagi, botox dan pembedahan plastik budaya mana? Bukanya Hollywood USA?

Namun, Khir Toyo tetap mahu berdalih dengan mengatakan bahawa rahsia beliau muda tampan itu adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

Salasilah penyalahgunaan penggemar tempe ini bukan sahaja terhadap dirinya sendiri, malah ia juga berkepuk banyaknya semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dulu.

Isu rasuah dan salahguna kuasa Menteri Besar, Khir Toyo

Khir Toyo begitu tamak , apabila terdapat mana-mana kekayaan negeri, misalnya tanah dan projek jalan raya, terus dihumbankan semuanya kepada kroni, demi untuk mengutip kemewahan secepat mungkin. Lihat saja Khir memberikan projek jalan di Sekinchan, yang sepatutnya tidak melebihi RM50 juta tetapi meningkat kepada RM92.5 juta kepada kroni terdekatnya, seorang tauke Cina berumur 27 tahun, bekas tuan rumah sewanya dulu. Khir kemudiannya melantik seorang kenalannya, iaitu seorang ahli farmasi, Ahmad Termizi Teujeurry, sebagai wakilnya dalam Cabaran Wangsa Sdn Bhd, sub-kontraktor yang menjalankan semua kerja pembinaan itu.

Mengapa Khir memberikan tanah seluas 50 ekar yang bernilai tinggi di Kuala Langat kepada budak-budak berumur 20 tahun? Memang mengikut peraturan tidak salah memberikan tanah kepada pemohon yang berusia 18 tahun ke atas, tetapi bukanlah pelik budak-budak semuda itu sudah pandai dalam selok-belok mencari tanah kosong dan mengemukakan permohonan dalam masa cukup singkat, iaitu tidak sampai pun sebulan sebelum Khir meluluskannya. Disyakki mereka hanyalah penama saja dengan diberi sedikit bayaran saguhati, sedangkan keuntungan lumayan dipungut oleh orang-orang yang rapat dengan Khir.

Sewaktu selaku Pengerusi PKNS, Khir mendapat dua kali tawaran tanah PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang mana tanah dengan keluasan lebih 22,000 kaki persegi itu dijual murah kepadanya, dengan potongan 50 peratus. Pengurus Besar PKNS, Harun Salim terpaksa membuat tawaran kepada Khir kerana dalam satu mesyuarat PKNS, yang dipengerusikan Khir sendiri, Khir menyindir dengan pedas sekali pegawai PKNS dengan membangkitkan bahawa semasa beliau belum menjadi MB dahulu, segala permohonannya untuk mendapat tanah dengan PKNS ditolak mentah-mentah, "tapi sekarang bila aku sudah jadi MB ...."

Dalam kes ini, Khir juga telah berbohong di sidang DUN Selangor pada 31 Oktober 2001, apabila beliau menafikan ada menerima dua kali tawaran tanah itu dengan harga berbeza dan sekali lagi beliau berdusta apabila mengatakan beliau tidak mampu untuk membeli tanah berkenaan kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Segala dokumen berkaitan pembayaran yang dibuat oleh Khir kepada PKNS Bangi ada disertakan kepada BPR. Laman web Umno turut melakukan "lawak-jenaka" apabila mendakwa Khir hanya membeli tanah yang tidak laku dijual selepas dibuka kepada umum pada 1998 dulu. Ini kerana harga pasaran untuk tanah tersebut, paling kurang RM30 sekaki persegi, iaitu tiga kali lebih mahal daripada harga yang PKNS tawarkan kepada Khir. Maknanya, kalau Khir menjual kembali tanah itu kepada umum hari ini, dia boleh mendapat keuntungan sekurang-kurangnya RM450,000.

Sumber kewangan Khir semasa membayar semua baki pinjaman perumahannya sebanyak RM150,000 tunai di BBMB Kajang pada bulan Mac 2001, untuk rumah semi-D di No B22, Jalan Jati, Taman Bukit, Kajang turut dipersoalkan. Ini kerana, kalaupun Khir tidak membelanjakan walaupun satu sen elaun MB yang diperolehinya sejak September 2000, beliau tidak akan mampu membayar baki pinjaman itu. Sumber mendakwa aset Khir ketika itu hanya lebih kurang RM300,000 dan bukan semua dari jumlah itu dalam bentuk tunai. Tidak logik, misal kata seseorang yang mempunyai RM200,000 tunai sekalipun, untuk membayar pinjaman RM150,000 yang sebenarnya boleh dilunasi secara berperingkat-peringkat seperti dalam perjanjian asal.

Kelulusan tanah berulang kali kepada kroni yang rapat dengan Setiausaha Politiknya, Dr Karim Mansor juga dipertikai. Lutfi hanya mendapat maklumat daripada dua mesyuarat Exco yang diambil secara rawak. Dibimbangi jika diperiksa keseluruhan mesyuarat Exco yang dipengerusikannya, Khir mungkin telah meluluskan begitu banyak tanah yang bernilai tinggi dengan keluasan yang besar kepada kroninya. Harus diingat, bagi tanah, misalnya di Bukit Cherakah, seseorang yang mendapat satu ekar tanah, walaupun tanpa membangunkannya, iaitu dengan menjual terus kepada pembeli, beliau boleh mendapat keuntungan RM200,000 untuk satu ekar. Bayangkan, kalau 50 ekar, bukankah sudah untung RM10 juta dengan mudah sekali.

Khir juga pada 17-18 April 2001 telah meluluskan permohonan untuk mengusahasil kayu balak di Kompatmen 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, yang mana pengarahnya adalah Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim An, kroninya yang mendapat projek jalan di Sekinchan bernilai RM92.5 juta. Pua Kim An juga mendapat 100 ekar tanah di Shah Alam.

Timbul beberapa persoalan, mengapa Khir boleh meluluskan kawasan balak seluas lebih 1,200 ekar di kawasan hutan simpan itu, tadahan hujan itu. Dan didapati permohonan Pua Kim Seng hanya memakan masa singkat, lebih kurang tiga bulan sebelum Exco meluluskannya.

Khir bukanlah MB terburuk. Dikalangan pemimpin Umno, beliau juga mengamalkan rasuah, salah guna kuasa bagi mengumpul kekayaan buat diri dan suku-sakat masing-masing. Khir juga di sponsor oleh Tycoon balak yang dimiliki oleh bangsa Cina,Tan Sri Tiong Hiew Kong melalui Ketua Pemuda Kapar Faizal Abdullah.

Hari ini Khir Toyo dan penasihatnya hebat memerangi Tan Sri Mohd Taib yang mengambil alih pucuk kepimpinan Negeri Selangor daripada beliau. Jika diukur daripada prestasi kedua mantan Menteri Besar Selangor ini, Tan Sri Mohd Taib adalah lebih baik jika prestasinya ketika memerintah Selangor cuma silapnya Tan Sri Mohd Taib terlibat dengan isu wang yang dibawa ke Australia. Semua manusia ada membuat kesilapan dan beliau telah pun dihukum kerana kesilapan itu. Walau bagaimanapun, prestasi Mohd Taib memajukan Selangor sememangnya tidak boleh dinafikan.

Jalan penyelesaian bagi menyelesaikan dan menutup mulut orang yang mengetahui segala rahsia ini hanyalah berkesan sekiranya beliau mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Dan dengan itu, jawatan Ketua Pemuda Malaysialah yang harus beliau dapatkan pada pemilihan Agung parti Disember ini.

Memang diketahui Khir Toyo tidak boleh duduk semeja dengan Hishamuddin. Akan tetapi Khir Toyo juga tidak sehaluan dengan Khairy Jamaluddin. Malah beliau dikatakan menjadi kuda tunggangan kepada Mukhriz untuk memangkah Khairy.

Hishamuddin sudah menyatakan pengunduran beliau. Khir Toyo dan Mukhriz pula dari awal lagi sudah angkat tangan menawarkan diri. Semakin hampir tarikh mesyuarat akan diumumkan, semakin resah calon yang telah menawarkan diri. Khir kini sudahpun membimbit beg-beg penuh berisi duit ke hulu hilir bersamanya bagi memudahkannya menyelesaikan segala urusan 'sukar'. Malah bukan sahaja beg berisi duit yang dibimbit bersama, dikatakan juga Khir ada membawa bomoh jawa semasa berkempen. Benar atau tidak hanya Allah s.w.t yang mengetahui.

Khairy Jamaluddin pula bila lagi? Mesyuarat cawangan sudah hampir dan hanya menunggu masa untuk diumumkan tarikhnya bermula. Adakah Khairy akan masuk bertanding nanti, ataupun Khairy hanya sekadar mempertahankan jawatan yang disandangnya selama ini? Kenapa Khairy masih belum mengumumkan hasrat beliau? Atau adakah, masih menunggu signal daripada Najib sendiri?

Khir ini memang hanya mahu menang KP M'sia untuk menutup rekod buruknya di Selangor dan laporan terkini, Khir sedang memujuk Mukhriz untuk menarik diri dan bertanding Majlis Tertinggi. Mukhriz pula terkial-kial, kerana sambutan di akar umbi dingin walaupon Pak Lah sudah memberi tarikh pengunduran. Nampaknya, selepas Tun Mahathir keluar UMNO, rating si Mukhriz susut banyak dan sedang berjumpa dengan Sanusi Junid dan Aziz Samsuddin untuk membantunya ke MT ataupon kemana mana sahaja.

Kesimpulannya mahukah pemuda menerima seorang pemimpin yang berfikiran penyapu untuk menerajui sayap UMNO yang mempunyai ahli-ahli yang dinamik ini dan ke manakah arah pemuda yang mahu dibawa oleh Khir Toyo sekiranya beliau berjaya menerajui kepimpinan Ketua Pemuda UMNO ini.

Read more...

GERAKAN ANWAR SEDANG PERBODOHKAN PARTI SEKUTUNYA-Malaysiakini

Tuesday, July 15, 2008

Oleh Sabrani Muin

Dalam rayuan Ahli Parlimen Pematang Pauh dalam sidang rakyat semalam, Datin Seri Wan Azizah Ismail berhubung usul tidak percaya terhadap perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyebut bahawa beliau ingin menyampaikan suara rakyat.

Mungkin Wan Azizah keliru agaknya menggunakan perkataan betul. Yang betul suara pakatan rakyat, bukan suara rakyat. Kedudukan rakyat secara majoritinya ialah suara rakyat yang buktinya ialah Barisan Nasional yang memerintah sekarang ini. Suara Pakatan Rakyat ialah di tahap minoriti lagi.

Kemungkinan dari kenyataan itu Wan Azizah sengaja mahu mengelirukan rakyat kononnya beliau seolah-olah mewakili seluruh rakyat Malaysia. Perkara ini tidak betul.
Kekeliruan yang mahu dicipta Wan Azizah sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjadi kebiasaan daripada kalangan anggota parti dalam Pakatan Rakyat di mana-mana dalam ceramah mereka selalu menyebut suara rakyat. Perkara ini perlu diperbetulkan.

Hendaknya pula rakyat jangan turut keliru dengan salahguna perkataan ini kerana bukan semua rakyat menyokong PR. Majoriti masih menyokong BN. Ini perkara nyata.

Usul tidak percaya kepada perdana menteri digerakkan sebelum ini diuar-uarkan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee. Tetapi Wan Azizah bagaikan terpaksa mendahului SAPP kerana parti pimpinannya sedang sibuk mengalih pandangan rakyat daripada tumpuan kes liwat suaminya yang juga penasihat PKR dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang rakyat ingin sangat mengetahuinya.

Apa pun usaha dan cara anggota PKR mahu mengalih pandangan rakyat, ia tetap menjadi fokus bukan sahaja rakyat Malaysia semata-mata, bahkan seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat yang bagaikan bersekutu dengan apa jua tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memerangi kerajaan.

Saban hari rakyat menunggu berita untuk melihat sepantas mana pihak polis bertindak terhadap kes liwat ini di muka pengadilan. Di mana-mana orang ramai mahu tahu kedudukan kes ini yang sudah berada di paras paling atas selain dari kes pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Sharribuu yang tidak habis lagi dibicarakan.

Pada mata rakyat, kes Altantuya juga bagaikan sudah boleh diteka ia akan berakhir dengan pelbagai percanggahan kenyataan yang membawa kes ini ke arah kesilapan teknikal. Jawabnya, Altantuya 'tidak dibunuh oleh sesispa atau tidak ada siapa yang mengarah supaya ia dibunuh dan diletupkan.'

Tetapi dalam kes liwat Anwar dan Saiful, awal-awal lagi Anwar sudah menunjukkan dia gelabah dengan menggunakan pelbagai istilah kononnya ada konspirasi untuk memalukan dirinya. Untuk mengelak daripada bersumpah, Anwar membuat laporan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Lebih sahih lagi apabila Anwar tidak hadir untuk memberi kenyataan kepada polis apabila sampai masanya dia berbuat demikian. Daripada sikap ini pun kita boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar sudah menunjukkan dia terus mengelak dari satu pendedahan besar untuknya.

Semua ini, parti-parti pembangkang yang walaupun tahu perkembangan ini terdorong menyokong usul tidak percaya kepada PM bagi membantu sekutu mereka supaya isu liwat Anwar tidak terus diperhangatkan. Kalau tujuan PKR mahu rakyat lupakan isu hangat lagi menarik ini, tidak semudah itu kerana kes ini akan terus hidup selagi Anwar masih hidup.

Keadaan sudah menjadi semakin ketara dengan langkah-langkah PR membantu niat Anwar mahu rakyat lupakan hal ini. Lebih buruk daripada itu, 'kumpulan Anwar' sudah dilihat terlalu terdesak hingga bertindak mengajak rakyat mencetuskan kekecohan pula. Inilah gerak tidak sihat yang cuba dibangkitkan supaya apabila kekecohan berlaku, Anwar fikir dia akan terlepas daripada apa yang mengancam dirinya untuk menjadi hero kepada satu kumpulan yang sedang diperbodohkan.

Ketelanjuran Anwar sudah jelas dan kerajaan tidak boleh lagi sepatutnya bertolak ansur kerana negara kita tidak memerlukan insan seperti Anwar bebas terus mempengaruhi rakyat yang dia berada di pihak yang benar sebelum mahkamah menentukan nasibnya.

Read more...

PERALIHAN KUASA: ALASAN MUHYIDDIN DAN KU LI SUDAH DIJANGKA - Malaysiakini

Monday, July 14, 2008

Oleh Mahfir Sabtu

Setelah Pak Lah umumkan akan menyerah kuasa Presiden UMNO dan Perdana Menteri kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan tahun 2010, memang pun sudah dijangka Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan setuju dengan keputusan muktamad dari Presiden UMNO itu.

Muhyiddin kata ia terlalu lama dan Ku Li pula kata satu langkah yang silap. Memang itulah sebenarnya yang tersirat dalam hati dua jaguh yang sedang berhempas pulas untuk menunaikan hasrat yang terpendam dalam diri masing-masing untuk jadi perdana menteri.

Mereka bukannya tidak boleh menerima Pak Lah sahaja, tetapi mereka berdua juga tidak sanggup melihat Najib dinamakan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah. Mereka berdua ini ingat merekalah yang layak, bukan Najib.

Kasihan Najib mempunyai anggota bawahannya yang sedemikian rupa. Nescaya Muhyiddin terutamanya akan menggunakan apa saja cara untuk mendapatkan pencalonan dari akar umbi memintas Najib dengan cara melawan jawatan presiden Disember ini.

Tidak kurang Tengku Razaleigh juga akan meneruskan kempen untuk mendapatkan calon hingga layak melawan Pak Lah. Mereka berdua tidak akan memberi kerjasama kepada Najib kerana yang penting ialah mereka mahu menjadi ketua kepada Najib supaya mudah sahaja mereka kepak Najib apabila mereka berkuasa nanti.

Bagi orang menunggu, memanglah dua tahun itu satu tempoh yang bagaikan 100 tahun. Bagi yang sabar dan tidak kisah, dua tahun itu hanya sekelip mata sahaja. Kejam celik, kejam celik dah sampai bulan Jun 2010. Itulah kelebihan orang sabar. Namun semua ini tidak akan berlaku kerana sifat haloba, gopoh dan tidak bersyukur adalah senjata mereka menjadi perebut justeru hilang pertimbangan, hilang kesetiaan dan hilang hormat.

Sepertimana kata Muhyiddin dalam kenyataannya terhadap peralihan kuasa ini, beliau masih mengharapkan pandangan setiap ahli UMNO yang mewakili peringkat cawangan dan bahagian membuat keputusan kerana beliau percaya ahli UMNO ada kemahuan, ada aspirasi dan mereka ada harapan.

Ayat ini adalah ayat mengharapkan perwakilan tidak mengundi Pak Lah dan Najib supaya memudahkan laluannya untuk menjadi presiden terlaksana. Begitulah busuknya hati Muhyiddin yang sepatutnya selesa dengan kedudukannya sebagai menteri senior dalam heraiki parti.
Tengku Razaleigh sememangnya sudah menanam cita-cita lebih awal dari Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri.

Dan kali ini adalah ikhtiar dan peluang terakhir untuk beliau berjuang ke arah itu untuk melawan jawatan presiden. Beliau telah gagal melawan Mahathir dulu dan sekarang ini cubaannya terhadap Pak Lah pula.

Percayalah bahawa kalau Ku Li tidak dapat jadi Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang, beliau akan terus pencen dan menjadi 'ahli hantu' mengecam siapa saja menjadi perdana menteri. Kalau masih Pak Lah, dia akan terus kritik Pak Lah. Kalau Najib jadi perdana menteri, pasti dia akan kutuk Najib. Begitulah juga kalau ditakdirkan Muhyiddn jadi perdana menteri, dia akan bedal Muyiddin kerana dalam dirinya, dia percaya dialah paling layak.

Mentang-mentanglah Ku Li dari kalangan kerabat di raja, beliau terus menyatakan apa yang Pak Lah umumkan mengenai peralihan kuasa akan berlaku pada pertengahan tahun 2010 adalah satu langkah yang silap kerana tidak mendapatkan restu Yang DiPertuan Agong terlebih dahulu seperti tercatat dalam perlembagaan.

Perkara itu semua orang tahu. Kenyataannya, Pak Lah belum lagi melantik Najib secara rasmi. Itu adalah dalam perancangan peralihan. Untuk Najib benar-benar jadi perdana menteri semestilah diperkenan Yang DiPertuan Agong terlebih dahulu. Malah untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO pun Najib perlu mendapat pencalonan yang cukup baru boleh pertahankan jawatannya sekarang.

Inilah caranya Ku Li cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa dia orang cerdik. Atau mungkin mengharapkan ahli UMNO akan yakin dengan cakapnya apabila mengaitkan Yang DiPertuan Agong kerana beliau adalah dari kalangan kerabat DiRaja yang mempunyai hubungan baik dengan Yang DiPertuan Agong.

Naluri ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia hari ini sebenarnya mahu melihat transisi peralihan kuasa yang kemas dan teratur, tanpa perlu desak mendesak, perli memerli dan kutuk mengutuk semata-mata untuk mengejar jawatan. Seluruh rakyat mahukan satu suasana politik yang tenang terutama dari UMNO yang sedang menerajui kerajaan Barisan Naisonal yang cukup banyak kerja untuk dilakukan menjelang bukan sahaja pada 2010, tetapi juga untuk mencapai Wawasan 2020 dengan jayanya untuk Mahathir sebagai penciptanya.

Read more...

Dr. M risau pasal peralihan kuasa-Malaysiakini

Friday, July 11, 2008

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin




MELAYARI http://test.chedet.com/, terbaca oleh saya satu tulisan ringkas, tentunya dari bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, bekas Pengerusi BN, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dan bekas Ahli Umno, bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kerisauannya terhadap peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Sepatutnya, saya tidak membaca tulisan ini kerana, tidak ada faedahnya melayan syak wasangka dan busuk hati Dr. Mahathir terhadap Pak Lah bukan sehari dua ini. Dia sudah melakukan sejak sekian lama, dalam banyak ceramah-ceramahnya selain menulis dalam webside yang kononnya mendapat kunjungan ramai.


Apabila sudah terbaca, saya rasa seperti terpanggil untuk mengulas sesuatu, tentunya bercakap mengenai hak dan keistimewaan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ingat! Ketika Dr. Mahathir menjadi PM dan Presiden Umno, bukan sedikit carca-marba yang dilakukannya. Lupa, bagaimana dia menyindir Datuk Shahrir Abdul Samad apabila MP Johor Bahru itu, yang ketika itu adalah Ahli MT Umno menulis di laman web?


BN biasa kalah di peringkat negeri ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sabah, Kelantan dan Terengganu merupakan 'sejarah hitam' yang tidak mungkin dapat dipadam. Mahukah Dr. Mahathir menafikannya? Kelantan terlepas ke tangan PAS bukankah ekoran 'pergaduhan' Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah?


Lupakah kita, Parti Melayu Semangat 46 pernah menang satu kerusi di DUN Johor, Pahang dan Selangor ketika kemuncak kebencian rakyat terhadap Dr. Mahathir? Hari ini, apabila Presiden Umno yang boleh mengimamkan sholat mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua bahagian dari seluruh negara, Dr. Mahathir nampaknya 'menghasut' mereka bahawa Pak Lah akan memberi gula-gula kepada Najib.


Gambarannya Pak Lah akan berundur 2010, kemudiannya Najib akan diserang dengan pelbagai tuduhan, menyebabkan Najib dianggap tidak layak menjadi TPM dan Pak Lah akan melantik seorang lain yang setia kepadanya sebagai TPM, menunjukkan Dr. Mahathir cuba 'menyamakan ketidak ikhlasan' hatinya dengan keikhlasan hati Pak Lah.


Perdana Menteri pertama yang bermasalah dengan timbalan, bukan Pak Lah tetapi Dr. Mahathir. Gandingan 2M (Mahathir dan Musa) suatu ketika dahulu mengusarkan Dr. Mahathir yang sentiasa menganggap Tun Musa Hitam mahu menentangnya. PM yang tidak mahu berundur sebenarnya ialah Dr. Mahathir. Dia hanya berundur kerana dia tidak ada pilihan lain.


Usahanya menawarkan diri bertanding G7 di Kubang Pasu juga menunjukkan 'ada yang tidak puas di hatinya'. Dia mahu masuk lagi Perhimpunan Agung Umno, walaupun dia sudah menjadi Presiden Umno 22 tahun, tidak masuk tujuh tahun sebagai Timbalan Presiden.


Hari ini, Dr. Mahathir menyebut nama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mungkin 'dianggap sebagai tidak setia kepada parti, pengkhianat dan tak hormat arahan demokratik dari Presiden Umno' jika meneruskan hasratnya bertanding jawatan yang lebih tinggi dari Naib Presiden Umno.


Muhyiddin mungkin 'tersenyum kambing' dengan kenyataan Dr. Mahathir ini.
Tetapi jika Muhyiddin ingat bagaimana Dr. Mahathir 'menjatuhkannya' dari kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996, Muhyiddin mungkin tidak dapat memaafkan Dr. Mahathir sampai ke mati. Ingat, antara kata-kata Dr. Mahathir di dalam Ucapan Dasar Presiden Umno tahun 1996?
Antara kata-katanya;


"Jika kita memilih orang yang member duit kerana membeli undi, orang ini nanti akan menjual negara dan parti ini untuk mendapat semula wang yang digunakan untuk tujuan membeli undi…


" Walaupun kata-katanya itu tidak ditujukan kepada Muhyiddin yang ketika itu menduduki kerusi Naib Presiden nombor satu, tewas hingga jatuh ke nombor enam. Nasib baik ketika itu, ada seorang calon bernama Yeop Tajuddin (Naib Ketua Umno Cawangan Dalam Bahagian Lembah Pantai) mendapat undi 111, yang meletakkannya di kerusi nombor tujuh. Jika tidak, Muhyiddin tercorot.


Bolehkah Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya memaafkan Dr Mahathir dengan apa yang berlaku? Lupakah Muhyiddin dia hamper-hampir 'bertumbuk' dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kerana situasi politik ketika itu? Siapa yang melaga-lagakan mereka jika bukan Dr. Mahathir?


Ketika tewas, Muhyiddin dikatakan ada memberitahu kawan-kawannya "saya ditanam enam kaki ke bawah tanah" oleh Dr. Mahathir dan Ghani Othman. Mungkin saya tidak boleh muncul lagi selepas ini. Sebelum itu, apakah Muhyiddin lupa bahawa Dr. Mahathir 'tidak menghormati kedudukannya' sebagai Naib Presiden nombor satu, kerana hanya melantiknya menjadi Menteri Belia dan Sukan sedangkan kementerian itu adalah kementerian paling junior dalam cabinet.


Siapa yang meletakkan Muhyiddin di Kementerian Pertanian (satu kementerian yang cukup besar dengan 13 agensi kerajaan di bawahnya) dan sekarang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Bukankah Pak Lah? Siapa yang berkempen (ketika membentangkan budget dan pertemuan Presiden dengan perwakilan Umno) sebelum pemilihan 2004, untuk Muhyiddin jika bukan Pak Lah?


Hari ini, Dr. Mahathir yang pernah 'takut Pak Lah melantik Muhyiddin' menjadi TPM, tiba-tiba mahu menjadi pembela Muhyiddin. Kata-katanya 'mendahului' orang lain supaya Pak Lah tersepit dengan keadaan ini. Dulu, dia (Dr. Mahathir) tidak berhasrat melantik Najib, bukan kerana Najib tidak layak tetapi kerana 'kehendak Allah' dan rezeki Pak Lah.


Dr. Mahathir bukan lagi ahli Umno. Jika dia tidak ada sesiapa berani mengelarkannya sebagai 'pengkhianat' tetapi hakikatnya begitulah. Parti yang meletakkannya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri kini sudah ditinggalkannya. Memang masih ada orang yang bernostalgia dengannya. Kononnya dialah PM terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia.


Tetapi, untuk memerintah Negara ini, tidak cukup sekadar bernostalgia sahaja. Lama dah… cemoi dah. Cukuplah! Kenapa sampai sudah berundur, masih mahu menyusun atur siapa yang patut berhenti, siapa yang patut menjadi PM dan siapa yang patut melawan Presiden parti.

Jika Dr. Mahathir tidak perlu risau jika ada 'suara-suara dari pengasas parti yang sudah meninggal dunia' marahkah Pak Lah kerana kononnya Pak Lah sudah 'hi-jeck' parti ini kerana apa yang berlaku hari ini, termasuk kemarahan rakyat, Isu Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Daim Zainuddin adalah 'kesilapan di era dia sendiri'.


Tidak ada siapa yang berani menegurnya ketika dia berkuasa hingga menyebabkan dua bekas PM bertindak tidak mahu menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan kawan-kawannya.


Kalau Dr. Mahathir menyangka yang Pak Lah akan melakukan sesuatu yang tidak patut kepada Najib dan Muhyiddin, Dr. Mahathir juga seharusnya bertanya dengan Najib dan Muhyiddin apakah mereka berdua juga ada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan kepada ketua mereka yang jujur dan ikhlas melantik mereka?


Kepada pelayar-pelayar laman web 'chedet' dan memberi komen menyokong Dr. Mahathir, fikirkanlah bahawa Umno itu lebih penting dan berjasa daripada 'Dr. Mahathir tanpa Umno'. Rasionalkan fikiran dan bantulah Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal aman dan harmoni, serta bebas dari fitnah.

Read more...

PERMAINAN BARU DALAM PERANCANGAN? -Malaysiakini

Tuesday, July 8, 2008

Majlis perkumpulan “AllBlogs 100 Days” yang diadakan di Blog House semalam nampaknya mendapat sambutan bukan sahaja daripada para bloggers, akan tetapi turut mendapat sambutan para Ahli Parlimen dan artis tempatan negara kita ini.

Ternyata perkumpulan ini lebih mengeratkan tali ikatan yang wujud sesama manusia dan tidak kurang juga menimbulkan persoalan yang agak memusykilkan. Namun, segalanya sukar untuk dikenal pasti kerana masing-masing menggunakan helah dan berselindung disebalik terang yang nyata.

Pada majlis tersebut, kelihatan juga dua orang anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu Marina dan Mukhriz begitu rancak bersenda dengan para bloggers dan Ahli Parlimen yang hadir.

Marina yang dikenali tidak begitu menonjol secara terbuka sepertimana Mukhriz dalam diam sebenarnya turut sama membantu keinginan adik dan ayahnya dalam dunia politik negara ini. Marina lebih banyak menyumbang dalam dunia siber dan menggunakan tulisannya untuk membantu ahli keluarganya dengan kerjasama blogger besar seperti raja segala pembohongan Raja Petra Kamaruddin(RPK) dan Ahiruddin Atan(Rocky Bru) yang sememangnya dikenali sebagai blogger yang tidak takut pada undang-undang dan sentiasa ada idea baru mencetuskan pembohongan terutamanya membabitkan pemimpin kerajaan kini.

Raja Petra merupakan penulis blog Malaysia Today yang memaparkan isu-isu kontroversi yang telah membuat beliau meringkuk dalam lokap. Raja Petra boleh dikatakan 'penjual ubat' yang mendapat upah daripada pihak pembangkang untuk mensensasikan isu-isu semasa memandangkan dia memang tidak ada kerja lain selain menulis. Ada juga sumber-sumber mengatakan Raja Petra ialah Paderi Melayu yang sering berulang-alik ke gereja tetapi kononya telah diislamkan dengan cara PAS walaupun sampai sekarang beliau masih berulang alik ke gereja.

Raja Petra begitu bangga dengan tulisanya yang kononnya berkualiti walaupun ia hanyalah kenyataan syok sendiri. Setelah polis mengambil keterangan mengenai tulisan-tulisan beliau yang menjadi isu kontroversi, beliau dengan serta merta membuat kenyataan di sebuah TV internet yang pro-pembangkang. Semasa ditemuramah memang hebat betul Raja Petra 'menjual ubat'nya. Hanya itulah sahaja yang termampu dilakukan oleh pihak pembangkang. Melalak melolong menyebarkan ketidakbenaran. Silap-silap suatu hari nanti negara turut terjual.

Namun, bagaimana pula Mukhriz boleh kelihatan begitu mesra bersama mereka ini sedangkan beliau berada seailran dengan pihak kerajaan? Mungkinkah Mukhriz sebenarnya duri dalam daging dan bertindak sebagai serampang dua mata kepada pihak pembangkang? Mukhriz yang pernah mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri seharusnya tidak boleh mendapat pelepasan sebegitu mudah. Beliau merupakan pengkhianat besar dalam parti dan hanya menggunakan parti sebagai medan untuk beliau dan bapa beliau membuat tohmahan kepada kepimpinan kini.


Nurul Izzah juga kelihatan hadir dalam majlis tersebut. Dan beliau juga kelihatan berbual mesra dan amat mesra dengan Marina Mahathir dan Nuraina Samad. Sudah pasti ada satu perancangan baru yang dirancang oleh mereka ini.

Jika Marina anak kepada Mahathir(yang kini amat sibuk bersuara kononnya Pak Lah teruk) dan Nurul Izzah pula anak kepada Anwar Ibrahim(yang sememangnya nak sangat jadi Perdana Menteri) berbual bersama blogger, pasti ada agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri lagi.

Busuk! Itulah perkataan yang selayaknya diberikan kepada segala pakatan kotor yang dibuat oleh mereka ini. Walau bagaimana sekalipun perancangan perang saraf yang akan mereka lakukan ia tidak akan mampu mengatasi kecekalan yang ada pada pemimpin negara kita kini.

Politik negara ini semakin hari semakin kotor, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan hal tersebut. Jika musuh sudah menjadi sahabat kepada rakan seperjuangan, pasti ada permainan kotor yang dalam perancangan… `

Bukan mudah angkatan tentera Mahathir dan Anwar untuk menang begitu sahaja. mereka harus membuktikan terlebih dahulu bahawa diri mereka bersih dan tulus dalam kepimpinan sekiranya ingin menapak lebih jauh.sekiranya keadaan masih sebegini, mereka pasti tidak akan ke mana.

Read more...

Sumpah bersyarat sama macam syarat Puteri Gunung Ledang

KETIKA Alak, penyanyi Kumpulan Underground mengerang kesakitan kerana dibelasah penyokong Pas, Anwar Ibrahim yang terpalit sekali lagi dengan isu liwat, bertempik kononnya dia sanggup bersumpah tetapidengan bersyarat.

Kalau pembaca semua masih ingat, cerita bersyarat ini samalah dengan 'menolak'. Kisah Puteri Gunung Ledang menerima pinangan Sultan Melakadengan bersyarat, termasuk jambatan emas dan hati kuman, menunjukkan sebenarnya Puteri Gunung Ledang tidak berminat untuk menerima pinanganSultan Melaka.

Anwar mungkin jadi bersumpah dan mungkin juga tidak. Tetapi kenapakita semua harus hanyut dengan cerita 'kejujuran' Anwar? Jika Anwar jujur, kisah ini (liwat) ini tidak timbul. Biarlah Anwar menyelesaikan kes ini, kerana polis pun sedang memulakan penyiasatan. Bukan ada apa-apa kisah bersumpah ini sebenarnya jika kita fahami betul-betul. Biarlah Anwar seorang sahaja 'mempertahankan dirinya'kerana tangan yang mencincang, biarlah bahu yang memikul. Kenapa kita pula mahu menjadi tukang pikulnya?

Isu dalam negara ini, bukan isu Anwar sanggup bersumpah atau tidak! Pihak polis tentunya mempunyai mekanisme sendiri untuk menjalankan siasatannya berdasarkan report polis yang dibuat Mohd Saiful BukhariAzlan. Biarlah pakar-pakar ini menjalankan siasatannya. Kita kena tumpukan soal-soal lain, soal-soal memperkuatkan negara ini dariserangan yang bertalu-talu.

Jika Anwar bersumpah sekalipun, tetapi ujian DNA yang telah dijalankan membuktikan dia terbabit dengan isu ini, dia kena hadapi pendakwaan di mahkamah Malaysia. Anwar boleh mendapatkan khidmat peguam-peguam yang sanggup mendapat publisiti mudah, jika mereka menjadi pasukan pembela Anwar.

Taktik tidak percaya hakim, tidak percaya Pejabat Peguam Negara dan tidak percaya Pasukan Polis ini mainan macam cerita Puteri Gunung Ledang sanggup menerima pinangan Sultan Melaka dengan bersyarat. Jika siasatan dan pendakwaan menyebelahi pengadu, kradibiliti mereka sudah dipertikaikan tetapi jika siasatan dan pendakwaan itu nanti menyebelahi Anwar, masing-masing akan mengatakan nanti, pasukan peguam mereka hebat-hebat belaka.

Rakyat usah membuang masa, melayan 'karenah' orang yang terdesak. Banyak hal lagi yang hendak kita perjuangkan. Biarlah Azmin Ali danTian Chua sahaja menjadi pembela Anwar di samping 'kawan-kawan yangsewaktu dengannya'. Kenapa hari minggu yang sesuai untuk kita gunakan bersama keluarga, dipersia-siakan dengan menghadiri majlis anjuran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang?

Jika minyak naik, salahkah kita merancang penggunaan kenderaan kita? Jika harga beras naik, tidak bolehkah kita menyusun semua perbelanjaan keperluan kita dengan kos yang tidak menyulitkan. Memanglah agak sukar tetapi, memetik kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan akan terus membantu meringankan beban rakyat. Subsidi minyak selama ini dibazirkan, kini akan digunakan kerajaan untuk perkara lain pula.

Kita kena sedar, kita tinggal di Malaysia. Sebuah negara yang cukupaman dan harmoni. Jika negara kita susah, mustahil pendatang asing sanggup bergadai nyawa datang ke Malaysia. Apakah kita tidak nampak semua ini. Apakah kita tidak nampak, bagaimana warganegara asing boleh hidup senang dan mewah di negara kita?

Tentu ada silap kita di mana-mana. Kita kena tumpukan perhatian kitauntuk menambah pendapatan keluarga. Kita kena berjimat. Kita kena merancang ekonomi kita. Susah? Semua orang susah tetapi mereka sabar dan tekun. Kita, sibuk bertempik di Stadium MBPJ. Apa yang kita dapat?Harga minyak turun hasil mendengar ucapan Anwar dan lambaian tangan Lim Kit Siang?

Kita semua, buat-buat tidak tahu kisah liwat ini. Kita serahkan bulat-bulat kepada polis dan Pejabat Peguam Negara menguruskan hal ini. Lagi pun kita bukan pakar dalam hal-hal perundangan. Kalau kita bercakap, silap cakap, berdosa. Kalau kita menuduh, benda yang tidak betul, berdosa. Kita kena ingat dosa dan pahala kerana kita akan mati juga akhirnya.

Tugas kita, beri sokongan kepada pucuk pimpinan kita, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memikirkan formula bagi membantu rakyat di semua peringkat. Dengan penarikan semula subsidi minyak ini, wang yang ada akan digunakan untuk pembangunan rakyat juga.

Bukan untuk masuk poket Perdana Menteri. Kita biarkan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Mahathir berdepan dengan Anwar Ibrahim. Mereka mungkin mahu menyenggarkan semula cerita 10 tahun dahulu, ketika era reformasi hangat. Anwar, jika dia betul, dia pertahankanlah dirinya dan jika dia salah ,tanggunglah apa yang dibuat. Kenapa nak seret rakyat bersama-sama. Masa dia 'sedap' dia seorang diri. Bila dia nak sakit, dia ajak rakyat sakit sama.

Berbeza dengan Pak Lah. Dia selesa tetapi dia tidak mahu rakyat sakit. Dia berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat. Rakan-rakannya dalam kabinet sibuk berkempen merebut jawatan, tetapi beliau buat tak tahu aje. Sebenarnya Pak Lah tahu banyak cerita kerana beliau pun banyak kawan-kawan yang melaporkan.

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Biarlah mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sendirian. Lagi pun mereka yang ada hubungkait dengan tertuduh pertama kes Altantunya Shariibuu, Abdul Razak Baginda.

Razak Baginda bukan kawan Pak Lah, bukan kawanAnwar Ibrahim dan bukan kawan Tun Dr. Mahathir. Razak Baginda adalah 'orang yang buat ucapan' Datuk Seri Najib suatu ketika dahulu. Jika ucapan Datuk Seri Najib sekarang kurang berbisa, bukan kerana silap sesiapa tetapi kerana ketiadaan Razak Baginda. Ketiadaan Razak tidak dapat diganti dengan kehadiran Nasir Safar dan Datuk Shahlan Ismail. Tidak hairanlah kalau Nasir Safar ke hulu ke hilir sekarang, menceritakan perlunya Pak Lah berundur dan Najib menggantikan Pak Lahdalam masa terdekat.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor janganlah garang-garang sangat dengan pegawai-pegawai dan orang-orang lain walaupun dia tidak pernah mahu menghormati suaminya Najib Tun Razak.

Read more...

LUMRAHNYA NILAI AKUAN BERSUMPAH - Malaysiakini

Monday, July 7, 2008

Oleh Salim Selamat

Adalah malang bagi negara kita yang hari ini bagaikan diserang virusbertubi-tubi sedangkan seluruh dunia menghadapi krisis minyak danmakanan di mana kita tidak terkecuali daripada bahana itu. Virus yangmenyerang pula berupa fitnah memfitnah dengan niat jatuh menjatuhsesama sendiri semata-mata seperti mendedahkan kelemahan masing-masingdalam kita mengejar kemajuan bertamadun.

Bila laporan polis tidak cukup dipermainkan, akaun bersumpah pulamenjadi usaha pihak tertentu menjadikan ia bagaikan meminta rakyatmempercayai sumpah bertulis itu sebagai sesuatu yang sah dariseseorang.

pengelola laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddinmembaut akaun bersumpah mendedahkan tuduhan bahawa isteri TimbalanPerdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya berada di lokasimeletupkan mayat mendiang Altantuya Shaariibbu, penyiasat bebas,P.Balassubramaniam pula melakukan perkara sama mendedahkan rentetanterperinci berhubung peristiwa pembunuhan wanita Mongolia kononnyapernah berurusan peribadi dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Paling menghairankan ramai, dalam waktu yang sangat singkat, Balatelah menarik balik akuan bersumpahnya yang sekali gus membinggung danmembuatkan Anwar yang sebelum ini mengiringi Bala membuat akuanbersumpahnya telah tiba-tiba belot. Dan dengan serta merta Bala terusdilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi oleh saudara maranya.Walaupun perkara ini menimbulkan tandatanya ramai, tetapi itulahhakikatnya apa yang telah berlaku. Ramai berpendapat, itulah politikyang siang cakap lain, malam buat lain. Malam cakap lain, siangnyabuat lain. Lantas ia menjadikan negara kita seperti tidak mengawalundang-undang secara tegas dan berhemah.

Walaupun Bala menyatakan beliau melakukan ketika membuat akuanbersumpah pertamanya atas sebab tekanan dan mengakui sangat bencidengan kerajaan, ia telah memberikan gambaran bahawa Bala adalah insantidak berpendirian dan mudah dikotak-katikkan oleh orang yangmempunyai pengaruh. Selepas ini, Bala masih boleh mengubahpendiriannya lagi jika beliau dihadapkan mahkamah dan menyatkan beliauditekan oleh satu pihak lain. Dalam hal ini, Bala merupakan manusiayang sepatutnya menerima hukuman setimpal dari pihak berkuasa danperlu dicari hingga ke lubang cacing untuk di'belah' fikiran danhatinya.

Maka dari satu sudut undang-undang, akuan bersumpah sama ada di buatmelalui pesuruhjaya sumpah mahupun di mahkamah hari ini, ia sudahkelihatan lumrah untuk menarik perhatian lebih di mata ramai supayaapa yang dinyatakan bagaikan benar belaka. Bersumpah cara ini hanyanampak lebih moden daripada sumbah yang lazim kita dengar menjunjungQuran, bersumbah di masjid atau di hadapan pintu Ka'abah di Mekahbagi orang Islam.

Akuan bersumpah tanpa mengangkat tangan, tanpa melafazkan sumpahnyaboleh dibuat tanpa perlu rasa bimbang kerana ia dengan mudah bolehdireka dengan baik supaya kelihatan lojik dan munasabah. Akhirnyaapabila sesuatu akuan bersumpah itu ditarik balik, ia menimbulkan rasatidak puas hati rakyat mentafsirnya dengan tanggapan lebih liar.Pengaku boleh menokok tambah untuk menguatkan hujahnya kerana ia bolehdikarang seperti mengarang cerpen. Kononnya, akuan bersumpah ituadalah senjata terakhir bagi orang yang melakukannya.

Biarpun iatidak betul mahupun separuh betul, tetapi ternyata akuan bersumpahsudah menjadi perkara yang boleh dipertikaikan kesasihannya.Lebih-lebih lagi disebalik kenyataan bersumpah ini digunakan bagimengalih pandangan orang ramai terhadap isu asal kes liwat sepertiDatuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan. Bila adaorang yang sanggup membuat pengakuan berumpah menuduh Datuk Seri NajibTun Razak dan Isteri beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia,tentunya rakyat lebih tertarik dengan isu itu daripada isu liwat yangramai sudah menganggapnya Anwar memang kaki liwat.

Kes liwatnya yang lampau tidak ada orang yang sanggup membuat laporan.Tetapi apabila terkena pada Saiful, ia menjadi kes kerana beliauberani membuat laporan walaupun sebelum ini beliau diketahui hidupdengan mewah yang mungkin dibiayai oleh seseorang yang kaya raya. Dankali ini, kemewahan itu tidak membeli kepuasan nafsu seseorang.Begitulah tanggapan ramai. Sepatutnya diwaktu inilah pihak polis kenatelus dalam penyiasatannya dan harus tidak teragak-agak mendedahkansecepat mungkin akan keputusan DNA dan bertindak cepat mengumumkannyakerana keputusan DNA sudah berada dalam tangan. Rakyat mahu tahucepat apakah hasil DNA itu positif atau negatif.

Dengan menangguh pengumuman itu sahaja sudah menjadikan rakyat membuattekaan yang macam-macam rupa yang mencemarkan banyak pihak.Sekurang-kurangnya rakyat tahulah jawapannya dari pihak berkuasadaripada mendapat tahu dari sumber yang datang entah dari mana-mana.Ia amat mengeruhkan.

Lagi ditangguh, lagi banyak tekaan yang berbentuk fitnah berlegar dipasaran hari ini. Keyakinan rakyat amat bergantung kepada ketelusanpihak berkuasa sepertimana janji Perdana Menteri, Datuk Seri AbdullahAhmad Badawi bahawa semua perkara hendaklah cepat dan telus. Apatunggu lagi? Apakah kena tunggu kebenaran Peguam Negara dulu. Atauselepas itu nak tunggu Peguam Negara minta kebenaran Perdana Menteridulu?

Read more...

KONSPIRASI REKAAN NAJIB DAN MUHYIDDIN?-Malaysiakini

Tuesday, July 1, 2008

Datuk Seri Najib Tun Razak berkeras mengatakan bahawa beliau langsung tidak terbabit dalam konspirasi yang melibatkan kes memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat seorang pembantu khasnya itu.

Benarkah kehadiran Mohd Saiful Bukhari Azlan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri pada 12.2.2008 itu bertujuan untuk memohon sokongan bagi melanjutkan pelajaran? Benarkah Saiful hadir tanpa sebarang undangan khas daripada Datuk Najib sendiri?

Bukti sudah terbentang wujud. Gambar Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama pembantu khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof dirakam di Pejabat Timbalan Perdana Menteri merupakan bukti sahih kehadiran Saiful di sana.

Perjumpaan itu dilakukan selang beberapa minggu sebelum pilihanraya umum(PRU) berlangsung dan sejurus selepas berakhirnya PRU, Saiful dilantik pula oleh Anwar sebagai Pembantu Khas. Apakah permainan yang sedang berlangsung ini?

Saiful berada di pihak siapa? Mana mungkin seorang yang aktif berpersatuan di pusat pengajian tingginya dahulu bertindak bagai serampang dua mata dan bekerjasama dengan kedua belah pihak yang diketahui langsung tidak sehaluan.

Jika Saiful merupakan Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim dan berpihak kepada arus politik Anwar Ibrahim, kenapa pula beliau ingin meminta bantuan sokongan daripada Najib? Sedangkan Anwar boleh menjadi funder yang pasti menjamin masa depan Saiful.
Adakah ini perancangan terancang yang diatur oleh Najib memandangkan beliau sedar kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak menjamin beliau untuk mendaki tangga menjawat jawatan Perdana Menteri pula disebabkan Anwar Ibrahim yang juga besar pengaruhnya itu telah bebas untuk berpolitik?

Ditambah pula timbul isu kaitan dirinya dan isteri (Datin Rosmah) dalam kes pembunuhan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaaribu yang sedang hangat diperkatakan minggu lepas, membuatkan Najib semakin menggelabah.

Adakah disebabkan itu beliau terpaksa bertindak segera bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada isu yang sama hangat seperti demikian? Beliau juga terpaksa membabitkan nama Pak Lah dan menantu beliau, Khairy dalam segala pertuduhan dengan harapan nama baik Pak Lah akan turut tercemar dan perancangan cita-cita menjadi Perdana Menteri beliau itu tercapai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga nampaknya tidak betah duduk. Isu yang sedikit sebanyak mencemarkan nama Najib itu sebenarnya akan merosakkan rancangan asalnya juga.
Hajat Muhyiddin untuk menjadikan Najib sebagai kuda tunggangan sementara memberi peluang untuk Najib naik menjadi Perdana Menteri untuk seketika sebelum beliau memangkas Najib nampaknya juga sedikit tergugat.

Najib dan Muhyiddin sengaja mengaitkan nama Pak Lah dan Khairy dalam konspirasi kes pembunuhan Altantuya dan menjadikan Saiful sebagai bahan untuk menjatuhkan Anwar. Najib dan Muhyiddin sedar rakyat pasti tidak akan marah pada mereka sekiranya Anwar dituduh sebegitu. Yang akan menjadi tumpuan segala pertuduhan diletakkan pastinya Perdana Menteri iaitu Pak Lah.

Sedangkan ia semua bukan angkara Pak Lah malah Pak Lah langsung tiada kaitan dalam kes itu. Semua ini telah dirancang oleh Najib dan Muhyiddin. Merekalah yang mereka segala konspirasi ini dan membuat segala perancangan untuk menjatuhkan Pak Lah dan menyekat kemaraan Anwar dalam bidang politik negara ini demi merealisasikan impian mereka sendiri.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP